ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, June 4, 2020

ULASAN PUISI-DI PENGKALAN INI




Ulasan Puisi; Di Pengkalan lni; karya SN Dato' Zurinah Hassan (Bhgn.2)

Pada rangkap ke dua penyair menulis begini

Di pengkalan itu aku berpesan
Berhati hati anakku
Pilihlah pelabuhan terbaik
Perahumu hanya satu
Layarmu jangan tertarik.

Penyair berpesan kepada anak anaknya yang dilepaskan ke dunia kehidupan agar berhati hati dalam menempuh hidup ini yang penuh cabaran dan dugaan. Beliau menggunakan perkataan ' tercarik' yang mungkin bermaksud tergelincir dari landasan hidup. Perahumu hanya satu, kalau rosak tiada gantinya.

Seterusnya beliau menulis

Aku. berdiri di pengkalan
Dan berpesan
Lautan adalah pengajaran.

Penyair menegaskan, dia berdiri di pengkalan kehidupan sambil berpesan kepada anak anaknya bahawa dalam hidup ini terlalu banyak cabaran. Hidup ini ibarat lautan yang ada kalanya bergelora, berombak dan ada kalanya tenang. Hati hatilah dalam menghadapi hidup ini agar layarmu tidak terkoyak.

Ada beberapa imej yang digunakan dalam puisi ini seperti pengkalan, perahu ,
lautan, layar, tercarik' dan sebagainya. Ini memperlihatkan kematangannya dalam memilih kata kata untuk menyampaikan maksudnya.

Penggunaan tekniknya sama dengan puisi komtemporer yang tidak terikat pada gaya tradisional. Ada sedikit penggunaan rima seperti pantun khasnya pada rangkap kedua.

Selain itu , puisi ini boleh dijadikan contoh oleh penyair penyair baru dalam mengasah bakat kepenyairan mereka.


Zainal Lasim,
Rawang,
24.4.2020,
21.45pm.

No comments: