ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, June 4, 2020

ULASAN PUISI- PEMBERSIHAN-DATO RAHMAN SHAARI





ULASAN PUISl; PEMBERSIHAN- karya Prof Dato' Rahman Shaari - Bhgn 1.

Saya belum pernah membaca puisi ini, kecuali sesudah Dato'
Zurinah Hassan
menyebutnya dalam satu tulisan di FB. Saya tertarik untuk membicarakannya, kerana temanya yang agak berlainan dari realiti hidup ini. Puisi ini saya mohon terus dari penulisnya, dan kemudian menghantar satu salinan di FB.

Saya bukanlah seorang penulis kawakan untuk membicarakan puisi seorang profesor dan penggiat sastera di negara ini. Namun minat untuk membicarakannya lebih kuat dari segalanya. Maka dengan itu tertulislah tulisan ini.

Saya lebih berminat untuk membicarakan temanya, kerana dari segi bentuk dan struktur ia tidak banyak berbeza dengan puisi puisi semasa.

Pembersihan. Itulah judul puisi ini. Kenapakah Prof. Rahman memilik tajuk 'pembersihan'. Bersih dari segi apa? Kalau dalam Islam disebut thoharoh; suci dari najis besar dan kecil, barulah boleh mengangkat air sembahyang dan solat.

Namun bersih yang dimaksudkan penyair. adalah bersih dari kekotoran, bersih dari pandangan yang menyebabkan kita senang dan lapang fikiran bila melihatnya.

Mereka perjuangkan kebersihan kota
Mengimbangi cantiknya bangunan batu
Dan banyaknya kenderaan lalu.

Sebuah kota memang selalu kotor oleh sampah sarap yang kurang terurus, sesak oleh kenderaan yang banyak dan bangunan baru dan lama yang kurang tersusun, menyebabkan pandangan kita terjejas untuk melihat kota impian. Apa lagi kalau kota itu dibangun tanpa perancangan.


Zainal Lasim,
23.03.2020.
Bandar Tasik Puteri,
Rawang.

No comments: