ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, March 10, 2016

BARANGKALI TELAH TERLALU LEWAT


(buat seseorang)


BARANGKALI TELAH TERLALU LEWAT

Barangkali telah terlalu lewat untuk kita bicara
Kebetulan suatu pagi ingatan ini berbalan-balam
Tahun-tahun silam yang kita lalui tanpa terucap
Kata-kata yang terbenam di dada hanya membisu
Tidak dibicarakan walau dalam apa keadaan sekali pun
Dan itulah detik-detik yang kita llui saban tahun
Mengiringi alam remaja, persekolahan dan rumah tangga  
tidak pula pernah kita bertanya
Soalan kenapa kita gagal di tengah jalan
Lalu masing-masing menyepi dan membawa diri
Sahingga satu saat kau bertanya
Berapa anak berapa cucu dan berapa menantu?

Tiada apa lagi yang dapat mengubah sejarah itu,Kintan
Lewat rambut menghurai menyapu laman sekolah
Kebetulan zaman itu tiada tukang sapu
Kitalah pelajar kitalah pembersih kawasan
Atas nama anak-anak yatim
Kita laluinya sebagai zaman yang penuh kenangan
Tak lupa di ingatan.




Telah terlalu lewat untuk kita bicara
Khususnya tentang cinta remaja
Kita  pun terpisah oleh keadaan dan takdir
Sehinggalah pagi ini; teknologi komunikasi menghubungkan kembali
Sejarah yang terpendam bahkan hamper padam
Ia hidup kembali menyemarakkan kenangan lama
Dan kita pun terhubung semula
Oleh teknologi yang tak pernah diduga
Namun barangkali; telah terlalu lewat untuk kita bicara
Atau memperkatakannya
Apa lagi mengucapkannya.

Zainal lasim,
10.3.2016,
Alkundangi.blogspot.com


Wednesday, February 24, 2016

MAAF KERANA MENYENTAP KEMBALI SEBUAH CINTA


(buat seseorang)

barangkali akulah yang gagal mentafsir
mimpi-mimpi kita yang panjang berjela
dari kolej hingga kita menjadi siswi siswa
tak dapat kutebak gerak rasa yang membadai di dada
mungkin  aku terlalu muda untuk membaca segala
atas perlakuan yang lebih banyak dari kata-kata
sehingga aku gagal memahami; mentafsir realiti
mungkin  aku belum cukup matang untuk meneka
apa benar gelombang di dadamu
menaburkan benih-benih kasih
lewat hubungan seperti saudara mara
tanpa disedari cinta menjengah jua
walau puluhan tahun sudah berlalu
kupohon maaf atas kegagalan itu
kerana tidak mampu menyintaimu.

memang gagal, tidak kunafikan kegagalan itu
sementara engkau terlalu banyak memendam rasa
bertindak lebih dari kata-kata tak terucap
apalagi di usia muda aku tak mampu membaca
rentak jiwa yang membadai di jiwa
sehingga pertemuan ini berakhir begitu saja
sementara teman-teman ramai di kampus  sepi ini
sepi hati kerana kering rasa dan jiwa
menjadikan aku merentap kembali
cinta yang belum kuberi.

Ilah, kalau suatu waktu kita bertemu
di saat usia sebegini; walau hari telah senja
akan kuucapkan juga; kata yang belum terkota
seusai mimpi-mimpi yang telah lewat
kukira kita tidak akan menyesal
kerana gagal mengucapkannya
lantaran malu atau menjaga kesopanan
menjadi pegangan generasi kita
yang telah pun melangkah ke usia emas ini
maaf Ilah; kerana teralpa mengucapkan cinta untukmu.


zainallasim,
24.2.2016
AlKundangi@gmail.com.

Wednesday, February 17, 2016

Saya tak faham bagaimana ada orang kacau blog ini.Dia tukar nama ID kepada aiman...saya kurang faham kenapa google boleh biarkan perkara ini berlaku. Nasib baik saya masih boleh masuk blog, tapi bila saya remove nama tu muncul semula...Ibu Hayati, saya sudah baca komen puan, saya belumdapat siarkan kerana perlu teliti lebih dahulu. Harap maaf. Saya tak dapat update blog ini kerana gangguan keseihatan dan kewangan. Insyaallah akan datang saya update.

Alkundangi,
17.2.16.

Tuesday, February 16, 2016

Belum ada masa nak update

Friday, October 2, 2015

Malaysiaku

Malaysiaku,

Sudah lama saya tidak mencatat di blog ini kerana berbagai masalah hidup. Hari ini kita berdepan dengan Malaysia yang pelbagai corak dan masalahnya. Dari masalah rakyat marhaen hinggalah ke masalah ekonomi dan politik negara. Rakyat kita sudah ramai, meninggat 3 kali ganda sejak saya sekolah menengah dahulu. Ditambah pula dengan pendatang atau warga asing yang bermastautin di sini lebih 7 Juta orang. Tentu Malaysia jadi semakin sesak dengan populasi. Kalau hujung minggu pun jalan raya penuh sahaja dengan kenderaan berulang dari utrara ke selatan, barat ke timur dan begitulah sebaliknya.

Apabila populasi sudah agak padat keselesaan hidup pun kian kurang. Pembahagian kekayaan, barangan keperluan, makanan, pakaian dan apa sahaja keperluan hidup terpaksa dikongsi dengan lebih 30 juta penduduk. Tentulah agihannya semakin sedikit bagi setiap seorang, apa lagi kalau ekonomi berkurangan, makin kecillah harapan untuk memilikinya.  Bagaimana kalau 70 juta penduduk? Tentulah lagi susah.

Masalah politik pun berbagai-bagai. Masalah pakatan pembangkang, masalah baju merah, baju kuning dan baju hijau semuanya mahu meluahkan perasaan masing-masing. Begitu juga dengan politik yang pelbagai sifatnya. Masalah 1MDB, masalah pembunuhan di sana sini, masalah kebocoran dan ketirisan dan sebagainya memperlihatkan keanekaragaman masalah Malaysiaku.

Saya tidak dapat hendak mencatat panjang. Hidup di Malaysia kenalah hidup cara Malaysia. Apa jadi pun Malaysia adalah negara kita. Berbanggalah dengannya.

Alkundangi,
2.10.2015.

Friday, April 24, 2015

MIMPI-MIMPI AMERIKA



Mimpi Amerika

Kebekalangan ini ada juga saya tonton filem-filem Amerika yang disiarkan oleh Astro (HBO). Memang mutunya lebih baik dan lebih berkesan dari filem-filem produk negara lain. Namun di samping sarat dengan aksi-aksi hebat, terselit cita-cita, mimpi-mimpi, tujuan dan objektif Amerika mengenai kewujudannya di dunia ini.Cita-cita politiknya untuk menguasai dunia jelas terlihat dalam kebanyakan filem, dan akhirnya dalam kesemua aksi, walaupun mereka hampir kalah, akhirnya mereka menang samada melawan terorrisme, melawan penjenayah, pengedar dadah dan sebagainya. Dalam Escape Planning misalnya, betapa cananggihnya penjara, kedua-dua heronya berjaya melepaskan diri menampilkan kehebatan hero Amerika dan menaikkan moral mereka.

2.Dalam kebanyakan filem walaupun memerangi dadah, akhirnya yang menonjol adalah moral Amerika. Mereka menguasai semuanya dan memenangi semuanya sesudah pergelutan yang hebat. Kita pun memandang hebat Amerika. Dalam Mission Impossible, kecanggihan teknologinya menampilkan kehebatan Amerika akhirnya.

3.Soalnya orang-orang filem,orang-orang seni kita bila pula akan menampilkan kehebatan Islam, kehebatan negara dan bangsa melalui karya-karya seni seperti itu. Terasa betapa kecilnya kita berbanding mereka, yang masih berkisar pada soal rumah tangga, cinta, keluarga dan segala macam tema yang itu-itu juga.Akhirnya mimpi kita tidak sampai ke mana.
24.4.2015,
FB.

Tuesday, April 21, 2015

Masih belum ada waktu untuk menulis blog. Dah lama tak tulis. kesihatan pun kurang.
biarlah dulu.lagi pun tak ada orang baca lagi.orang skrg main whatsup,twittwr dll.Tq

Wednesday, July 23, 2014

Menteri Besar Selangor

Penggantian Dan Pelantikan Menteri Besar Perlu Patuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri

pada 22hb Julai 2014 pukul 4.20 ptg
Saya menghormati keputusan politik Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun begitu, saya berpegang teguh kepada enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah.

Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Negeri Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan para pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
22 JULAI 2014

Wednesday, July 9, 2014

Maaf

Maaf, saya dah lama tak update blog ini,banyak gangguan,rumah tangga,anak-anak ,kesihatan dan berbagai masalah hidup,

Saya tertarik dengan Isu militan. Tapi tak sempat tulis.

kesimpulannys ia tiada dalam Islam.
Yang ada adalah jihad.Kalau Jihad dipandang sebagai militan, itu adalah satu pembohongan besar. Jihad ada banyak syaratnya, sila buka kitab-kitab fikah.
Tak pe.Kalau ada masa saya tulis.Orang berkuasa memang tak suka Jihad di perbincangkan.

Dipersilakan ke facebook sementara wktu. Saya kerap kat situ.

alkundangi
8.7.2014

Tuesday, February 25, 2014

update

Maaf, lama tak diupdate. Insyaallah, suatu hari...