NOTA 2
Katamu mesej boleh dihantar
Melalui aplikasi Tiktok, benar saya nampak itu
Tapi saya tidak tahu
apa Akaun tiktokmu
tak pernah kau beritahuku
tentang itu.
Maka tinggallah mesej
membengkak di dada Dan kepala
Bukankah begitu?
2julai, 24.
Btp
NOTA 2
Katamu mesej boleh dihantar
Melalui aplikasi Tiktok, benar saya nampak itu
Tapi saya tidak tahu
apa Akaun tiktokmu
tak pernah kau beritahuku
tentang itu.
Maka tinggallah mesej
membengkak di dada Dan kepala
Bukankah begitu?
2julai, 24.
Btp
NOTA
Seperti biasa, Aku berada dicelah dahan Dan Daun Limau
Wajah mu berlari Dalam bayang, fatamorgana barangkali.
Terasa ruang kosong dikeliling
Kerana bayang mu yang wujud ketika ini...
Terasa kosong, barangkali
kau curi hatiku Dan kau sangkutkan dimemorimu
Dan inilah notaku Hari ini.
30 Julai,24.
Barangkali Tidak Terlalu Lewat
Barangkali kesunyian menyebabkan Aku,
mendekatimu, namun agak terlewat rupanya, atau akukah Yang terlambat ketika santunmu
mengocak kalbu، sesuatu Yang tak pernah kutemu
dirumahku.
Pernah sekali kuceritakan padamu, tentang itu، namun Aku malu, ditewaskan seorang perempuan
bergelar isteri, tidak sepertimu.
Harapanku
terimalah Aku seadanya
sebagai kawan, sahabat atau teman
di kala kesunyian
mencengkam kalbu.
Kusedar kautelah memiliki dan dimiliki, namun Aku tetap ingin bersahabat
dunia akhirat.
Ibnulazim,
25 Julai, 2024.
Melihat Puisi Dari Kacamata Lanang Sejagad
Puisi telah ditafsirkan oleh ramai orang. Mereka dari golongan penyair، pensyarah , doktor, jururawat, pendidik dan pelbagai latar belakang. Mereka biasanya meminati puisi sebagai satu cabang seni yang menyampaikan pelbagai tema dan persoalan di sekitar kehidupan mereka. Pelbagai tafsiran mengenai puisi sudah ditulis dan dibukukan. Antara yang terkenal puisi dikatakan 'kata-kata yang terbaik dalam susunan yang juga terbaik.' Puisi juga dikatakan mengandungi rima yang hampir sama pada tengah atau hujung b aris untuk menghasilkan bunyi yang hampir sama untuk menimbulkan bunyi yang indah seakan ada unsur muzikal.
Pandangan ini sudah diterima umum dalam menafsirkan puisi moden.
Namun dalam mencari puisi yang ingin saya perkatakan kali ini (maaf agak lama saya tidak berbuat demikian kerana masalah kesihatan) saya menemukan sebuah puisi yang memperkatakan tentang puisi sebagai satu hasil seni kreatif di laman Pemuisi Berkarya yang ditulis oleh Lanang Sejagad. Elok rasanya saya turunkan puisinya dahulu di sini yang berjudul Puisi Itu, namun saya tidak dapat mengaitkannya dengan diri pemuisi kerana biografinya tidak lengkap. Satu kaedah untuk meperkatakan karya dengan lebih lengkap ialah dengan mengetahui latar belakang pengkarya. Di bawah ini adalah puisinya:
Puisi Itu
adalah seni kreatif
penyusunan dan untaian kata
bersulam diksi-makna
dalam ritma dan rima
adakala panjang
adakala pendek
kadang mudah difahami
kadang payah dihadhami
namun itulah sajak
bukan sekadar curahan hati
bukan untuk mendewa-dewa
dan datangnya tanpa dipaksa
kerana ia tulus,polos dan ikhlas
dan terbaik selalunya datang
dari kolam hati
yang maha
dalam.
#puisi mikro
@Lanang Sejagad.
Bagi Lanang Sejagad 'Puisi adalah seni kreatif yang terdiri dari susunan dan
untaian kata
Susunan ini bersulam diksi-makna dalam ritma dan rima. Lanang Sejagad memajazkan menyusun kata itu seolah seperti menyulam biasa kain tenunan yang harus dibuat dengan hati-hati dan teliti.
Pemilihan diksi juga dengan hati-hati, susunan kata yang puitis (ritma)dan ada persamaan rima.
Sajak atau puisi ini adakala panjang, ada kala pendek. Bahkan Sitor Sitimorang pernah menulis sebaris sahaja puisinya.
Sifat lain pada puisi adalah ia kadang mudah difahami، kadang sukar jika terlampau banyak majaz dan metafora. Datuk Wanrazuhar menulis menyatakan metafora menjadikan puisinya disalah fahami.
Tetapi itulah puisi, kata LS.la bukan sekadar curahan hati، datang tanpa dipaksa kerana ia tulus, polos dan ikhlas.
Namun, mengapa pula sang penyair memasukkan perkataan polos? Polos adalah pembaziran kata-kata Yang perlu dielakkan oleh setiap penyair.
Puisi yang terbaik selalu datang dari kolam hati yang maha dalam. Di sini unsur majaz digunakan, kolam hati.
Terlepas dari beberapa kelemahan, puisi ini agak baik.
Ia juga mengambil beberapa teknik puisi yang diterapkan ke dalam puisi ini. Umpamanya aspek rima kerap digunakan. Jika LS terus-terusan menulis dan memperdalam ilmu penulisan, dia boleh meniti kejayaan suatu hari nanti.
Zainal Lasim@
IbnuLazim.
21.7.2022.
Keakraban
Mengapa sepi datang
menebarkan sayapnya
melahirkan puisi tanpa gizi,gelap malam mengundang
membungkus kenangan
yang kita cipta semalam.
Mengapa kopiku tawar
tanpa gula
malamku hambar
tanpa teman.
Kau dan dirimu
berpelukan
pengsan di ruang malam
sepi dan kelam dan aku di sini ditawan kegelapan tergantung
di anjung perasaan.
Barangkali
ingatanmu terbenam
atau sengaja
mematahkan kenangan
yang baru dibina tak sampai sepurnama.
Demikian
Kita mungkin sesuai
berteman kasih sayang tetapi bukan
cinta tanpa
manisan
dan aku tak rela ditinggalkan
hanya semalaman kerana ia menghilangkan keakraban yang masih
dalam pembinaan.
Ibnulazim
11.7.2023
Keajaiban
(Buat eila)
Malam ini
Aku tidur sendirian
tanpamu di talian
Ketika mengenangmu, tiada jawaban pasti, kenapa dikenang sedang tiada penghubung
antara kita
atau cintakah
menyebabkan kita saling mengenang tanpa mengira perbezaan umur dan darjat, memang cinta itu ajaib kerana ia menyambung tali emosi tanpa mengira akhirnya bersama atau sendirian tak mesti ia berakhir dengan penyatuan.
Dengan cintanya, Shah Jehan membina Tajmahal, Sulaiman menawan Saba' dan Yusof mengambil Zulaikha.
Ia ajaib sepanjang zaman.
Ibnulazim
7.7.2023.
Tak Tulis Puisi
Saya tak baca apa apa
Tak tulis apa apa
Tak fikir apa apa
Kemudian saya terfikir
tak tulis puisi pun
satu Puisi.
Ibnulazim,
28.6.2024.
Tiba-tiba wajah Melah menari di ingatanku. Lama sudah tidak kutemuinya. Sekarang Aku tengah kerja di perpustakaan membantu Puan Sakinah menyusun buku-buku ketika cuti semester. Aku tak suka balik kampung. Sunyi. Musuh utamaku adalah sunyi. "Apa Yang kau buat sekarang Melah? "Tanya hatiku. "Aku Di sini juga kerja, "jawab Melah. "Bila abang nak ke Bukit B? " Tanyanya. Aku terkejut bila seseorang menepuk bahuku. Aku menoleh. "Eh Mat, ingatkan siapa tadi. "Menung panjang nampak", tegur Mat Yang Sama kerja denganku Di perpustakaan. "Tak adalah." Jawabku ringkas. Aku angkat tangan. Mat menepuk tanganku. "Ingat Melah ke", Tanya Mat. "Tak. Cuma Aku ingat dah lama tak jumpa dia." Habis bila kau nak jumpa dia?" Sambung Mat. "Nanti habis kerja kat sinilah," jawabku. Ingatanku jauh melayang ke Bukit B. Ah, rindukah Aku?
Puisi-puisi Fb- Februari 2021- Satu Analisa- 4
Di bawah ini sebuah puisi dari seorang aktivis yang tidak asing lagi, iaitu Dr.Fj yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Puisi berjudul Maghfirah ini pendek sahaja dan ditulis dalam bentuk puisi prosa. Dari tajuknya sahaja kita sudah dapat menebak bahawa ia membawakan tema ketuhanan.
MAGHFIRAH
MaghfirahMu Tuhan
kami harapkan
jadikan kami antara insan
dalam daftar pengampunan
agar terlerai segala kekusutan
dan jadikan kami dalam kalangan
jiwa-jiwa yang tenang
(Dr. FJ, PPPJJ, USM, PP, 5 Februari 2021)
Perkataan maghfirah berasal dari kata kerja ghafara ( غفر) dalam Bahasa Arab bermaksud dia telah diampunkan.
Perkataan ini sering kita jumpa dalam alQuran seperti dalam ayat
أن الله لا يغفر ان يشرك به ويغفر دون ذالك لمن يشاء.
(maaf, saya tiada app nak letak baris). Bermaksud Allah tidak sekali-kali mengampunkan dosa syirik, namun Dia mengampunkan dosa selain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakkinya. Perkataan yaghfiru bermaksud mengampunkan. Manakala maghfirah dengan penambahan mim di depan membawa maksud pengampunan.
'Maghfirahmu Tuhan
kami harapkan'
bermaksud keampunanmu Tuhan kami harapkan. Mengikut ulama tasawwuf harap itu harus disertai dengan takut, takut ia tak diperkenankan, harap ia diterima.
'jadikan kami antara insan, dalam daftar pengampunan'. Penyair berharap permohonan/ doanya diterima. Persamaan bunyi hujung pada ayat ini iaitu kan san nan, memberi kesan muzikal pada bait tersebut.
Mudah- mudahan permintaanya diterima dan hilanglah rasa bersalah itu (guilty consious). 'Agar terlerai segala kekusutan.' Rima akhir yang sama menjadikan diksinya lembut berbanding prosa.
'Dan jadikan kami
dalam kalangan
jiwa- jiwa yang tenang.'
Tenang atau muthmainnah. Tuhan adalah tempat terakhir segala harap, kata seorang penyair dari seberang.
Kita lihat lagi sebuah puisi Pena Bayu yang bertentangan dengan tema Dr. Fj.
Puisi Jelita Malam karya Pena Bayu mengisahkan seorang wanita yang menjual tubuhnya untuk mendapatkan wang. Berikut adalah puisinya;
JELITA MALAM
Wajah - wajah cantik
tanpa cahaya neon
pucat di bawah cahaya bulan
hilang dipekat malam
semalaman menjadi bintang
bertabur tanpa nama
Duhai Jelita malam
semalam engkau kehilangan mimpi
di pentas yang menghayutkan keinsanan
keringat menitis kau halalkan
ketika ringgit menggoda dalam dakapan
engkau mula terlupa
keindahan cahaya di pagi hening
yang selalu menyapa
"Selamat pagi"
Jelita malam
malammu amat gelita
bila hilang pesona
hanya tinggal dirimu
memadam jelaga dosa.
Pena Bayu
06.02.21
Menanam Sabah
'Wajah-wajah cantik
tanpa cahaya neon
pucat di bawah cahaya bulan
hilang di pekat malam
semalaman menjadi bintang
bertabur tanpa nama.'
Wanita-wanita cantik itu hilang di pekat malam, mereka menjadi bintang memuaskan nafsu laki-laki yang inginkan kepuasan hidup. Rima akirnya juga sama atau seakan sama. Apakah mereka menjadi bintang?
Pena Bayu seharusya memilih perkataan lain yang lebih sesuai dari 'bintang'. Umpamanya 'kupu-kupu malam', namun ia sudah terlalu lumrah digunakan. Gunakan kretiviti anda dalam memilih kata yang sesuai.
Pada rangkap selanjutnya beliau menulis ' engkau kehilangan mimpi
di pentas yang menghanyutkan keinsanan.' Di sini penyair melihat mereka ini sudah kehilangan sifat manusiawi dengan profesyen yang mereka pilih.
Jelita Malam menitiskan keringat dengan menganggap kerja mereka halal demi wang untuk meneruskan kehidupan. Hidup dengan cara ini menjadikan malam mereka amat gelap, hanya tinggal diri mereka sendiri untuk 'menghapus jelaga dosa'.
Sesuaikah dosa dikaitkan dengan jelaga? Jelaga dikaitkan dengan api. Mungkin 'bintik- bintik hitam' lebih sesuai. Atau ada perkataan lain yang boleh digunakan untuk dosa seperti ini.
Satu permasaalahan lain ialah kenapa mereka tercebur di lembah ini. Adakah secara sukarela atau desakan hidup tertentu. Memang kata ahli ekonomi 'women bor n with capital' dan profesyen ini boleh digunakan, namun akhlak dan maruah adalah penting untuk keseimbangan hidup manusia.
Zainal Lasim,
13.2.2021.
02: 35.
Selebriti Sasterawan Medsos -9.
Tulisan ini yang meliputi karya dan dikaitkan juga dengan personaliti penulisnya telah pun mencapai sembilan siri setakat ini. Saya tidak pasti adakah tulisan ini bermanfaat untuk khalayak sastera atau pun tidak. Setakat ini hanya Datuk SN Zurinah Hassan yang menyokong usaha ini.
Namun saya teruskan juga demi kaum sasterawan serta sastera Malaysia itu sendiri. Sastera tidak bermakna tanpa khalayak, begitu juga sastera tidak bermakna tanpa pembaca.
Prof Dr Noriah juga sesekali ada like tulisan saya. Ini satu tanda sokongan. Makasih prof.
PEMUISI.
Semakin terancam
puisinya semakin tajam
semakin tepu masalah
puisinya semakin menyerlah.
Kalah tidak pernah menyerah
menang tidak pernah bermegah
itulah ciri-ciri pemuisi
yang gagah bermaruah.
Baharuddin MDG
23.6.2023
Sungai Lui Hulu Langat.
Kali ini saya cuba melihat sajak di atas, yang ditulis oleh Baharuddin MDG. Beliau kerap muncul di sini kebelakangan ini. Bila saya membaca profile dia, saya menduga beliau seorang pesara, jika bekerja dengan kerajaan atau swasta. Walau sudah mencapai taraf warga emas, namun Baharuddin tetap aktif menulis sajak.
Sajak Pemuisi ini adalah sajak yang ringan sahaja dan tidak dibaluti oleh mana-mana aliran falsafah.
Pemuisi adalah sebuah sajak tentang penulis sajak itu sendiri. "Semakin terancam, puisinya semakin tajam". Demikian penyair, bila dihimpit masalah, puisinya semakin memukau, semakin menusuk kepada temanya. Puisinya akan semakin menyerlah. Sang penyajak tidak pernah mengalah, jika menang tidak bermegah. Menurut penyair itulah pemuisi yang bermaruah.
Maksudnya di sini seorang pemuisi tidak pernah menyerah kepada sebarang tekanan.
Secara teknikalnya, walau hanya dua rangkap, temanya cukup bagus. Bersemangat. Sajak ini banyak menggunakan persamaan bunyi vokal dan konsonan di awal dan akhir baris. Atau dengan kata lain banyak menggunakan aspek aliterasi dan asonansi. Tidak ada unsur perbandingan, similie atau personafikasi. Cuma mungkin terasa agak kurang puitis dengan gaya bahasa yang terus terang. Begitupun, Baharuddin berjaya menunjukkan semangat yang harus ada sebagai seorang pemuisi untuk menegakkan kebenaran dan menentang kepalsuan.
Ibnulazim,
25.6.2023.
#ibnulazim