ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, September 4, 2010

Memo Pas ke MT UMNO: Saifuddin


SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah akan membawa tuntutan Dewan Pemuda Pas berhubung isu penglibatan mahasiswa dalam politik ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Saya bukan menteri, jadi saya tidak ada kuasa untuk membawa tuntutan mereka ke Kabinet.

“Namun, saya akan cuba membawanya ke peringkat MT UMNO sebagai laporan perkembangan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penyerahan memorandum ‘Kewajaran Mahasiswa Berpolitik’ oleh saya parti Pas kepada beliau, kelmarin.

Memorandum tersebut antara lain menuntut supaya mahasiswa dibenarkan berpolitik, termasuk menyertai parti politik dan memegang jawatan dalam parti selain mahu Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, Pemuda Gerakan diketuai Ketua Pemudanya, Lim Si Pin turut mengadakan pertemuan dengan beliau semalam bagi berbincang isu berkaitan mahasiswa.

“Kami berbincang beberapa perkara seperti PTPTN, keusahawan pelajar dan tidak ketinggalan isu penglibatan mahasiswa IPT dalam politik, namun tidak secara spesifik bersetuju untuk membenarkan atau tidak.

“Antara perkara yang dibangkitkan ialah peluang kepada mahasiswa bersuara dan mengiktiraf suara mereka, garis panduan untuk mahasiswa berpolitik selain perbincangan tentang isu ini perlu diteruskan dengan ilmiah dan bijaksana, sesuai dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa beliau terbuka untuk berbincang hal ini,” katanya.

sinarharian.com.my
4.9.2010

No comments: