REMAJA 19 TAHUN HILANG DARA DI MALAM MERDEKA
DAN BENAR seperti dijangka. Walaupun bunyinya kurang enak, tapi kadang-kadang yang pahit itu mesti kita telan. Ceritanya tentang malam menyambut merdeka. Satu Malaya menyambut malam itu dengan 1,001 cara. Dan salah satu cara yang telah menjadi budaya di kalangan generasi muda kita ialah dengan membawa pasangan masing-masing ke rumah tumpangan. Untuk merapatkan silatulrahim? Atau untuk merasmikan majlis pecah tanah bersama rakan kongsi? Atau dalam bahasa kelatnya bersama untuk berbincang dari hati ke hati, bersama untuk melayan nafsu nafsi!
Di Georgetown pada malam keramat semalam, terjadilah cerita itu. Seorang gadis 19 tahun ketika diserbu bukan sahaja cuba memperdayakan penguatkuasa agama dengan helah bodohnya menggunakan kad pengenalan ibu. Tapi rahsia daranya hilang untuk kali pertama juga terbongkar. Penemuan coli dan seluar dalam selain tompokan darah di atas cadar menjadi saksi yang tak boleh ditangkis dengan alasan lain. Rasmilah dia menjadi perawan yang bukan dara. Rasmilah dia sebagai mangsa korban malam menyambut anjung merdeka.
Malam mengawan juga tidak kurang meriahnya di tempat lain. Di Johor Bahru, di Kuala Lumpur dan di Kuantan hal serupa terjadi. Begitu juga di Petaling Jaya. Helah menempah bilik berasingan menggunakan nama sendiri-sendiri, bagi satu pasangan masih juga tidak menjadi. Penguatkuasa agama rupanya bijak benar menghidu mangsa. Akhirnya apabila lidah tak mampu meluncurkan kata-kata, tangis dan rayuan menjadi umpan meraih kesian. Namun segalanya telah terlewat!
Demikian sebahagian catatan mengawan di malam merdeka. Ia akan berulang dan berulang. Soalnya sehingga bila?
singalautmetro.blogspot.com
1.9.2010
No comments:
Post a Comment