TlADA
Tiada tawa
Tiada hilai
Yang ada sunyi
Sepi dan menakutkan.
Tiada gerak
Tiada borak
Tiada kedai mamak
Tempat berkumpul
Dan berbincang
semua topik
Yang jadi kegemaran.
Tiada surau
Tiada jemaah
Tiada ceramah
Tiada ustaz
Tiada lmam
Tiada bilal
Tiada iqamat.
Semuanya sepi
Dan sendiri
Di tengah kebisingan
Wabak Corona
Yang mematikan
Setiap pergerakan.
Zainal Lasim,
7.4.2020
Rawang.
No comments:
Post a Comment