ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, June 4, 2020

ULASAN PUISI-PEMBERSIHAN 4




ULASAN PUISI; PEMBERSIHAN- karya Prof. Dato' Rahman Shaari (Bhgn. 4)


Apa pandangan orang kaya dan berkuasa terhadap orang miskin? Terutama penduduk bandar? Itulah satu persoalan utama di samping lain lain persoalan yg telah dibincangkan dalam tulisan ini terhadap puisi Pembersihan.

Adakah orang miskin mengotorkan pandangan? Apakah mereka tidak layak berada di dunia ini. Atau kehadiran mereka tidak diperlukan?

Menurut penyair pada rangkap terakhir
Kalaulah si miskin semuanya mati
Beritambah bersihlah kota ini.

Adakah ini pandangan sebenar penyair?
Jika orang miskin semuanya mati, kota itu tidak akan ada lagi kekotoran. Tidak ada lagi pandangan yang tidak enak pada penglihatan. Dan tentunya pihak berkuasa tidak lagi bersusah payah untuk menangani masalah 'kekotoran' yang ditimbulkan oleh golongan miskin.

Pada pandangan saya, ini bukan pandangan sebenar penyair. Sebaliknya ada unsur sinisme di sini. Unsur ini terutamanya dihalakan pada pihak berkuasa. Sebenarnya golongan miskin adalah golongan yang wajib ada dalam masyarakat ini, di mana ekonominya berasaskan kapitalisme dan sosialisme. Mereka adalah golongan bawahan yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan kaum pemodal yang menguasai ekonomi negara.

Merekalah yang melaksanakan kerja kerja perburuhan untuk kaum pemodal mengekalkan kekayaan mereka. Tanpa golongan miskin siapalah mereka. Siapakah yang akan melaksanakan kerja kerja bawahan untuk kaum pemodal. Sebab itu saya kata ia wajib wujud atau sengaja diwujudkan untuk mengekalkan sistem ekonomi negara. Demikianlah pandangan penyair yang sinis terhadap pembersihan sebuah kota.

Bahasa, struktur dan lain lain


Prof Rahman menggunakan bahasa yang biasa sahaja dalam puisi ini. Tidak ada unsur bombastik dalam puisi ini. Juga tidak ada unsur unsur puisi tradisi seperti pantun dan syair pada bait bait puisinya.
Cuma ada sedikit kelainan yang digunakannya seperti daun peribadi. Apa hubungan daun dan peribadi. Mungkin maksudnya keperibadian seseorang seperti daun yang mudah kering. Mudah hilang rasa kemanusiaan.
Begitu juga dengan penggunaan kasar kota, yang membawa maksud hidup yang kasar, tiada belas kasihan di kota ini. Penggunaan kata 'rampas balimg' sudah saya perkatakan di bahagian terdahulu.
Selain itu , tiada apa yang ingin saya perkatakan lagi. Susunan rangkanya biasa saja, dan terlepas dari ikatan tradisonal. Secara keseluruhannya puisi ini berjaya memaparkan gaya kehidupan kota yang berlandaskan kapitalisme dan sosialisme.


Zainal Lasim,
Bandar Tasik Puteri ,
Rawang.
2.4.2020.

No comments: