ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, June 4, 2020

ULASAN PUISI-DI PENGKALAN INI




Ulasan Puisi; Di Pengkalan lni; karya SN Dato' Zurinah Hassan (Bhgn.2)

Pada rangkap ke dua penyair menulis begini

Di pengkalan itu aku berpesan
Berhati hati anakku
Pilihlah pelabuhan terbaik
Perahumu hanya satu
Layarmu jangan tertarik.

Penyair berpesan kepada anak anaknya yang dilepaskan ke dunia kehidupan agar berhati hati dalam menempuh hidup ini yang penuh cabaran dan dugaan. Beliau menggunakan perkataan ' tercarik' yang mungkin bermaksud tergelincir dari landasan hidup. Perahumu hanya satu, kalau rosak tiada gantinya.

Seterusnya beliau menulis

Aku. berdiri di pengkalan
Dan berpesan
Lautan adalah pengajaran.

Penyair menegaskan, dia berdiri di pengkalan kehidupan sambil berpesan kepada anak anaknya bahawa dalam hidup ini terlalu banyak cabaran. Hidup ini ibarat lautan yang ada kalanya bergelora, berombak dan ada kalanya tenang. Hati hatilah dalam menghadapi hidup ini agar layarmu tidak terkoyak.

Ada beberapa imej yang digunakan dalam puisi ini seperti pengkalan, perahu ,
lautan, layar, tercarik' dan sebagainya. Ini memperlihatkan kematangannya dalam memilih kata kata untuk menyampaikan maksudnya.

Penggunaan tekniknya sama dengan puisi komtemporer yang tidak terikat pada gaya tradisional. Ada sedikit penggunaan rima seperti pantun khasnya pada rangkap kedua.

Selain itu , puisi ini boleh dijadikan contoh oleh penyair penyair baru dalam mengasah bakat kepenyairan mereka.


Zainal Lasim,
Rawang,
24.4.2020,
21.45pm.

Pantun Dulu-dulu




21 Mei pada 2:50 PAGI 
Dikongsi dengan Awam
Awam
Pantun dulu-dulu


Apa diharap padi seberang
Entahkan berisi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
Entahkan jadi entahkan tidak.

Pantun dikategorikan sebagai puisi. Melayu lama atau tradisiol. Keistimewan
Pantun terletak pada persamaan bunyi/riima. Dua baris pertama adalah pembayang maksud. Baris ketiga dan ke empat adalah maksud yg ingin disampaikan.

Perkataan apa diulang pada bait pertama dan ketiga. Padi pula hampir sama bunyinya dengam berisi.

Perhatikan perkataan alkhir di Setiap baris. Generasi muda seharusnya memberi perhatian wajar kepada pantun ini. Ia juga boleh dijadikan asas kepada penulisan puisi moden.

Seberang
Tidak
Orang
Tidak

Demikian ada persamaan Rima pada hujung baris iaitu a,b a b. Inilah keistimewaan genre puisi trdisional.

Zainal Lasim.
Rawang ,
21. 5.2020
02.58am.

Thursday, February 20, 2020

SEJAMBAK BUNGA YANG LAYU - BGH 3



SEJAMBAK BUNGA YANG LAYU - BHG 3

Persoalan yang saya bincangkan terdahulu ialah kepenyairan adalah lesen untuk tidak mentaati tatabahasa. Memang ada sebilangan mereka berbuat demikian. Namun tatabahasa penting dalam penulisan.

Pada bait berikutnya Wan Zai menulis ' merah sejambak mawar', pernah kukirim. Maksudnya penyair pernah mengirim sejambak mawar merah' kepada seseorang yang mungkin dianggap kekasihnya. Namun begitu sejambak mawar merah itu juga ditulis terbalik. Merah didahulukan, baru diikuti dengan sejambak mawar. Teknik begini bertujuan untuk memberi kesan mendalam kepada khalayak atau pembaca.

'Namun tidak bernilai di matamu adalah bait berikutnya. Penyair merasakan pemberiannya itu tidak mendapat perhatian sewajarnya dari penerima bunga berkenaan. Atau boleh juga dikatakan kasihnya tidak bernilai kepada orang yang diserahkan kasih itu.

Demikian maksud yang tersurat dan tersirat dalam karya Wan Zai ini.

Puisi ini tidak terikat kepada puisi tradisional seperti syair dan pantun. Tidak ada persamaan rima di hujungnya seperti karya tradisional yang sering menggunakan Rima akhir aaaa atau abab.

Kesimpulannya puisi ini agak baik dan berjaya menyampaikan mesej kepada audiennya. Ia mungkin lebih baik jika ditulis dua rangkap atau lebih.

Zainal Lasim,
17.2.2020
http://alkundangi.blogspot.com

Thursday, February 13, 2020

SEJAMBAK BUNGA YANG LAYU-BHG. 2

Sejambak Bunga Yang Layu

Ulasan [BHG. 2]

Agak sukar mengulas bahagian ini kerana puisi ini agak pendek , dengan itu tidak ba nak yang dapat diperkatakan. Namun satu huraian boleh dikemukakan.

Penyair memulakan puisinya dengan perkataan ini waktu. Mengapa dia tidak menulis waktu ini? Tentu ayat sebegini kita lihat terbalik dari biasa. Adakah penyair boleh membelakangkan tatabahasa? Sesetengah pemgkritik menyebut kepenyairan adalah lesen untuk tidak terikat dengan tatabahasa.

Ini waktu dan waktu ini mempunyai makna yang sama. Namun kesan yang ditimbulkan berbeza.

Zainal lasim,
13.2.2020.
bersambung.

SEJAMBAK BUNGA YANG LAYU

Sejambak Bunga Yang Layu

Tajuk di atas adalah sebuah puisi penyair Wan Zai Wan lsmail yang tersiar di Sabah Times pada 9.2.2020. Puisi ini agak pendek . Ia hanya serangkap. Namun ia mempunyai mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca, juga mungkin kepada seseorang yang hanya disebut 'mu' dalam puisi ini. Saya perturunkan puisi itu di bawah ini.

Ini waktu aku masih terkenang
Merah sejambak mawar
Pernah kukirim
Namun tidak bernilai
Di matamu.

Puisi pendek ini hanya mengandungi 5 baris dan ditulis dalam satu rangkap sahaja.

Tema dan persoalan

Puisi ini mengungkapkan kenangan penyair kepada sejambak bunga mawar merah yang pernah dikirimnya kepada seseorang, namun penerimanya hanya memandang sepi kiriman itu yang disifatkan oleh penyair sebagai tidak bernilai di matamu.

Apakah .memang benar penyair mengirim sejambak mawar merah atau ia hanya merupakan perlambangan kepada sesuatu yang lain seperti hadiah, atau perasaan kasih yang dihantanya kepada jejaka pilihan hatinya.lnilah kelebihan puisi. Ia boleh ditafsirkan dengan berbagai makna atau disebut ambiguiti yang tidak ada pada genre lainnya.

Namun terpulanglah kepada audien untuk menilainya. Sejambak mawar merah boleh ditafsirkan apa sahaja yang sinonim dengannya..

Bahasa, Teknik dan Struktur

[Bersambung di bahagian 2].
Zainal lasim
12.2.2020.

KOMUNIKASI DI MEDIA SOSIAL




Zainal Abidin Lasim
KOMUNIKSI
Reaksi seorang sahabat maya menyebabkan saya tulis ini; komunikasi. Apakah tujuan sebenarnya kita berkomunikasi dengan orang lain? Tak kira apa saluran yang digunakan, komunikasi adalah interaksi kita dg orang lain, melalui saluran tertentu supaya orang faham apa yang ingin kita sampaikan.

2. Komunikasi ditakrifkan sebagai 'who speak to whom with what channel and what effect. Umumnya komunikasi ada yang sehala seperti berceramah dan ada yang dua hala seperti berbual dengan rakan.

3. Tujuan komukasi adalah untuk memberi faham apa yang kita mahu/ atau fikirkan. Jika seseorang itu tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan, maka terjadilah kegagalan dalam proses komunikasi.

3.Banyak sebab komunikasi itu gagal. Antaranya bahasa yang tidak difahami, masalah psikologi seperti hilang tumpuan dan sebagainya.

4. Di media sosial ini selalu terjadi bila pembicara menggunakan bahasa sukuan seperti bugis, jawa, minang dan sebagainya.

5. Untuk mengelakkan kegagalan itu
saya menyeru warga maya agar tidak menggunakan bahasa sukuan apabila ingin berbicara/menulis.

6. Kegagalan komunikasi menyebabkan apa yang ingin kita sampaikan tidak difahami oleh sasaran, atau tersalah tafsir apa yang ingin kita sampaikan.
Maaf jika menyinggung perasaan.
Zainal Lasim,
26.1.2020

Saturday, December 21, 2019



BUKUKU


Satu bilik penuh buku
Buku sejarah
Kitab-kitab lslam
Buku komunikasi
Buku sastera
Buku sosiologi
Buku falsafah
Buku cerita- novel/cerpen
Biografi
Bahasa inggeris
Bahasa Arab
Kamus
Buku entah apa
dan lain lain yang tak dapat
dikelaskan.

Ada buku beli sendiri
Ada hadiah rakan penulis
Ada buku pinjam
Ada yang diambil kawan
Tak dipulang pulang.

Ada yang sudah dibaca
Ada yang belum dibaca
Ada yang dibaca separuh
Ada yang 10 tahun tidak dibaca
Ada yang dibeli saja
terus masuk rak.

Buku yang tidak tersusun
Tiada kemahiran pustakawan
Seminggu cari baru jumpa
Ada yang tidak jumpa jumpa
Ada yang beralih ke bilik tidur
Ada yang entah ke mana.

Ini bukan puisi
Ini tentang buku
penulis ikan bilis,
Ingin juga mengetahui
bagaimana dunia buku
Sasterawan Negara
Atau seorang profesor
Atau pengkritik sastera?

Budak budak tak minat buku
Selepas mati
Buku ini
akan ke mana?

16.11.2019
BTP.

Monday, December 16, 2019


ADAKALANYA

Adakalanya
Tidak ada apa apa itu
Lebih baik dari
Ada apa apa
Kerana ada apa apa itu
Seringkali merunsingkan.
Adakalanya
Hujan itu lebih baik
Dari panas, kerana panas
Menaikkan tekanan darah.
Adakalanya
Sendirian itu
Lebih dari beramai ramai
Kerana dengan sendirian itu
Kita lebih memahami
Diri sendiri.
Kadangkala
Adakalanya
Lebih baik
Dari tidak ada
Kalanya.
Zainal Lasim,.
Bandar Tasik Puteri
13.11.2019

DARI DRAMA TANPA PENTAS; KUTULIS PUISI INI



DARI DRAMA TANPA PEMTAS; KUTULIS PUISI INI

Sementara hari masih pagi
Matahari belum tegak di ubun ubun,
Bunga yang kau siram tiba tiba tersentap
Terkulai layu entah kerana apa
Tak jadi bercambah seperti adanya
Demikian benih yang ditanam
Disentap layu oleh entah apa
Lalu tak jadi tumbuh seperti adanya.Akukah yang terlambat atau kaukah yang terlewat,
Tiba tiba waktu memutarkan jarum jam
Berpusing kebelakang
Demikian aku pada saat ini
Yang terpesona dengan drama pembukaan,
Terpaksa bangun meninggalkan pentas
Kerana cerita telah berakhir sebelum para watak beraksi,
Begitulah kita terpaksa mengundur diri
Kerana ia tidak jadi dipentaskan
Sebaik saja dimulakan.

Namun pada saat yang lain
Kita kembali ke pentas
Dan menonton kembali
Cerita yang belum dapat dibayangkan
Apakah penamat apakah kesudahan.

Pada titik ini
Kita kembali ke pentas
Untuk kembali menonton
Rama dan Sita
Beraksi kembali.

Zainal Lasim.
Bandar Tasik Puteri,
11.12. 2019.

Wednesday, August 29, 2018

DI ANTARA KOTAK-KOTAK ITU

DI ANTARA KOTAK-KOTAK ITU


Kadangkala
Di antara kotak2 itu 
Ada duka tersirat di sebalik rezeki 
yang bakal diterimanya 
dalam pencarian itu 
Dia pencarian rezeki 
Di antara kotak
Dan bahan bahan terbuang
Bersama teman sepencarian 
Bergerak di antara tong sampah. 
Dan mini market Dan kedai runcit 
Yang seiring melemparkan bahan buangan 
Ada duka Ada suka. 
Di balik kehidupan. 
Yang tidak tertafsirkan.
 Dari rahsia Alam.

Di sana manusia lain bernafas. 
Dalam dingin penghawa dingin. 
Yang terpisah oleh dunia lain. 
Yang Tak dikenalinya. 

Di antara dia Dan kotak2 itu. 
Ada rahsia yang dalam. 
Dari putaran hidup. 
Dan membahagikan dunia 
dengan kekayaan Dan kemiskinan. 
Di antara dia Dan kotak2 itu. 
Ada rahsia yang dalam. 
Yang hanya diketahui. 
Di antara dia Dan Tuhan. 


Zainal Lasim.
28 ogos 2018
BTP, Rawang