ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, July 30, 2012

WATAK PENYOKONG BN

Setiapkali kita ke kedai kopi, berkumpul dan borak-borak santai selepas solat terawih, kita sering berdepan dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang bercakap pasal bisnes, adaa  hal keluarga, ada hal agama ada hal politik dan sebagainya. Apa yang hendak kita fokuskan di sini dalam tulisan singkat ini ialah cakap-cakap politik oleh kawan-kawan kedai kopi itu tadi.

Biasanya mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik akan menyatakan mereka tidak kisah, parti mana pun yang menang, asal dia senang, cari maka, negara aman, tiada gaduh-gaduh, dan yang penting, Melayu mesti jadi tunggak pemerintahan. Golongan ini biasanya tidak mendukung mana-mana ideologi politik, dan bagi mereka survival hidup lebih penting. Mereka mungkin tidak sedar bahawa harga sekilogram gula pun ditentukan oleh politik, begitu juga harga minyak, barang keperluan utama dan lain-lain.

Ada juga golongan yang bercakap tentang kerajaan sekarang dan kebaikannya. Jika kerajaan kalah dalam PRU13, keadaan dalam negeri pasti huru hara. Alasannya samalah seperti 13 Mei dulu. Jika Pakatan Rakyat menang, mereka akan lantik bangsa lain jadi Menteri Besar, mungkin juga Perdana Menteri. Mereka bercakap berapi-api seolah-olah berada dalam forum politik. Kalau pakatan rakyat menang, habislah negeri ini, kacau bilau, susah nak cari makan, tiada kestabilan dan pelbagai sangkaan negatif. Inilah mentaliti penyokong BN. Kepada orang ini kita harus yakinkan bahawa setiap parti ada agendanya sendiri. Ada kerajaan bayangannya seperti yang pernah kita tulis dalam blog ini. Boleh semak arkib.Adakah pertukaran pemerintah di Amerika, Britain, dan terbaru di Mesir, menjadikan negera itu huru hara? Tetapi itulah watak penyokong BN, mereka akan bermati-matian mempertahankan pendapatnya. Kepada mereka kita perlu terangkan apa pentingnya perubahan, apakah maknanya pertukaran kerajaan. bagaimana kalau satu-satu parti itu memerintah terlalu lama. Bagaimana pemimpin kerajaan mengumpulkan kekayaan pribadi dan kroninya. Mengapa harga barang saban waktu ada sahaja yang naik, tidak pernah turun. Mengapa sistem dua parti umpamanya penting untuk perimbangan kuasa dan penggunaan kuasa yang berlebihan dan sebagainya.
 
Sekiranya kita dapat meyakinkan golongan ini, pakatan rakyat ada harapan dalam PRU13 nanti. Marilah sama-sama kita usahakannya. Meyakinkan mereka yang tidak yakin, dan menurunkan mereka yang duduk di atas pagar serta mengubah pendirian mereka yang tidak memihak. Ia bukan kerja mudah,ya, namun kita harus usahakannya jika inginkan lanskap politik Malaysia berubah ke arah yang lebih baik dan berkebajikan.

alkundangi,
30.7.2012.      

Monday, July 23, 2012

PENANGGUHAN TAYANGAN TANDA PUTERA

Tanda Putera adalah sebuah filem biografi, kalau boleh dikatakan sedemikian. Ia dijangka ditayangkan pada 13 September depan dan sudah pun diluluskan oleh Finas.Filem tersebut menelan belanja 4.8 juta dan diarahkan oleh Pengarah Suhaimi Baba. Ianya dibiayai oleh Finas. Tanda Putera adalah kisah perjuangan Tun Abd Razak (bapa PM sekarang) dan Tun Ismail, timbalan PM waktu itu.

Filem berkenaan seolah-olah mahu meraih simpati masyarakat kerana ia memaparkan sudut positif PM itu dan timbalannya. Kedua-duanya ada masalah kesihatan di penghujung kariernya, namun kedua-duanya menyembunyikan masalah kesihatan berkenaan demi kepentingan rakyat kononnya. Namun filem berkenaan tidak jadi ditayangkan pada tarikh tersebut. Ketua Pengarah Finas, Naquib Razak (nama yang sinonim dg PM sekarang) menyatakan kesalnya atas penangguhan itu. Namun beliau memberikan justifikasi bahawa tarikh tersebut mungkin kurang sesuai kerana kita akan melalui 'Iadulfitri dan hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Namun kita percaya, penangguhan itu ada kaitannya dengan suasana politik semasa. Ia mungkin ditayangkan pada atau ketika hampirnya PRU13. Ini disebabkan, PM sekarang, sudah kehilangan sokongan dan populariti akibat terlalu banyak kes yang tidak terselesaikan. Mahkamah Perancis sedang menunggu kehadiran beliau untuk dibicarakan atas tuduhan rasuah dalam pembelian Scorpene yang dikaitkan dengan Altantuya dan Razak Baginda. Mungkinkah penangguhan itu atas arahan beliau? Kita sendiri dapat menduga jawabannya.

Namun Tanda Putera harus diberikan penghormatan, kerana ia mengangkat kehidupan seorang PM dan timbalannya ke layar perak, suatu usaha yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan, cuma pendekatannya harus lebih mengarah kepada kebenaran dari tujuan meraih simpati politik.

alkundangi,
23.7.2012. 

Saturday, July 21, 2012

BADLI SHAH, IBRAHIM LIBYA DAN TV ALHIJRAH

Seminggu dua yang lalu penulis menontom Rancangan 30 minit Ustaz Don di TV AlHijrah. Nampaknya rancangan itu, walaupun bab sembahyang, ia adalah bagus dan agak detail. Persembahan Ustaz yang masih sedang menyiapkan ijazah sarjana itu menarik untuk ditonton. Apa lagi ia membicarakan kitab Muniyatul Musolli, sebuah kitab jawi yang lengkap mengenai sembahyang. Penulis sudah pun mempelajari kitab itu pada tahun 80an, namun kupasannya tidak sebaik Ustaz Don. Syabas untuk Uztaz Don. Semoga beliau istiqamah dengan Ilmunya.

Selepas rancangan Ustaz Don, ada satu forum mengenai keselamatan Negara yang turut disertai oleh Ustaz Badlishah, seorang ustaz dari Pahang. Pemudahcara memperkenalkannya ustaz tersohor dari Pahang. Dalam satu slot, Uztaz Badli mengucapkan terima kasihnya kepada tentera kerana menjaga keamanan negara dari ancaman komunis, ancaman Ustaz Ibrahim Libya, Abu Sayyaf dan lain-lain. Penulis agak terkejut apabila dua nama itu disebut sebagai dua tokoh yang mengancam keselamatan dari sudut Islam (Islamic worldview).

Umum mengetahui Uztas Ibrahim Libya bukanlah pengganas atau terorrist seperti yang dilabelkan oleh Amerika. Semua orang sudah mengiktiraf ustaz Ibrahim Libya sebagai pejuang yang syahid di jalan Allah. Pihak kerajaan pun tidak berani menggali semula tempat persemadiannya, takut-takut nanti ada tanda-tanda shahid ditemui. Rancangan menggali semula itu dibatalkan. Tetapi apabila ustaz Badli menyenaraikannya sebagai tokoh yang mengancam keselamatan negara, penulis  merasakan ada yang tidak kena dalam pandangan ustaz Badli itu. Dalam hal ini, pandangan ustaz Badli sama sahaja dengan pandangan kerajaan Barisan, yang menolak kesyahidan ustaz Ibrahim Libya. Penulis pun tertanya-tanya apakah ustaz Badli ini ulama tersohor atau ulama rasmi seperti yang disifatkan oleh Ibnu Taimiyyah? Atau oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor? Atau Ustaz Badi tidak faham akan kejadian dan kronologi sejarah yang mengaitkan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya?

Seperkara lagi, dia juga menyenaraikan Abu Sayyaf sebagai mengancam keselamatan negara, khasnya di Malaysia Timur. Seharusnya kedudukan Abu Sayyaf dinilai semula sebelum melabelkannya sebagai pengganas. Selatan Filiphina adalah sebuah negara yang bergolak di antara pejuang-pejuang Islam dengan askar-askar kerajaan yang mewakili kerajaan Flliphina yang kristian itu. Oleh itu, ustaz Badli harus menilai semula kedudukan Abu Sayyaf dalam perjuangan membebaskan selatan Filiphina. Ketersohoran Ustaz Badli akan hilang jika beliau membuat pendirian yang bertentangan dengan pendirian kebanyakan umat Islam, hanya kerana disebabkan oleh kepentingan tertentu.

AlKundangi,
21.7.2012.   

Wednesday, July 18, 2012

PUASA RAMADHAN DAN PILIHAN RAYA-PRU13



 Ada dua perkara yang hampir dengan kita sekarang, Ramadhan dan PRU 13. Ramadhan, seperti kata kebanyakan ulama, adalah sebuah universiti yang ijazahnya ialah taqwa. Adakah kita sudah bersedia untuk itu? Jika kita memenuhi segalag syarat, membuat segala kertas kerja dan tugasan, insyaallah kita akan dapat menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah Taqwa itu. La'allakum tattaqun-mudah-mudahan kamu bertaqwa.

 Perkara kedua kita akan berhadapan dengan PRU 13 pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. Tentu BN dan PR sudah bersedia menghadapinya. Banyak pendapat mengatakan BN sukar untuk mengekalkan kuasa pada PRU 13 ini. Bahagian risikan kerajaan tentu arif akan hal ini. Sebab itu tarikh PRU sentiasa tertunda-tunda. Rakyat marhaen sudah masak dengan permainan politik kerajaan. Sudah lebih 50 tahun berkuasa. Kita sepatutnya sudah terlalu faham sepak terajang politik BN. Cuma orang-orang pro BN masih menganggap jika BN gagal mengekalkan kuasa, akan terjadi ketidakamanan, pergaduhan kaum, dan sebagainya.Ini adalah ugutan yang biasa sama seperti peristiwa 13 Mei, bila Perikatan gagal mempertahankan Selangor dari DAP. Tapi itu sejarah hampir 50 tahun dahulu. Rakyat kini sudah tahu menilai semua itu, apakah pergaduhan kaum, atau sebenarnya itu satu rancangan politik untuk memulihkan kuasa pemerintah?

 Presiden Mesir yang baru sudah mula mengorak langkah memulakan pembaharuan setelah memenangi pilihanraya baru-baru ini. Harapan menggunung umat Islam terhadap Morsi tentu tidak dinafikan, sementelahan pula Morsi mewakili Ikhwannul Muslimin, sebuah gerakan Islam terbesar dan disegani du dunia ini.Rakyat mesir sudah sedia untuk berubah setelah sekian lama berada di bawah regim aristokrat sejak zaman Firaun lagi. Apakah rakyat Malaysia masih mahu kekal di bawah regim lama, atau mahu berubah ke arah yang lebih baik di bawah pemimpin pakatan yang sebahagiannya adalah para ulama yang sealiran dengan Morsi. Pas adalah ibarat Ikhwan di Malaysia, semua pemerhati politik sedar akan hal ini. PRU13 akan menentukan halatuju kita, apakah kita masih mahu di bawah regim aristokrat, atau mahu memerdekan diri dari pengaruh lama yang sudah pun mengikis kekayaan negara hingga ke akar umbinya. Pilihan terserah kepada kita semua, yang sudah arif sepak terajang politik di negara ini.

 alkundangi,

18.7.2012.

Thursday, March 29, 2012

MENJELANG PILIHANRAYA

Memang lama saya tidak menulis di sini. Mungkin disebabkan rutin hidup harian. Ulasan politik pun tidak ada lagi, walau kini pilihan raya semakin hampir. Tentunya ada hal yang mendesak mengapa blog ini jarang dikemaskini kebelakangan ini. Namun, Insyaallah satu masa akan saya kemaskini semula.Media baru ini cukup bermakna untuk memperkembangkan minda kita yang beragam kerana sistem pendidikan kita juga beragam.Apa pun, kepelgaian itu memperlihatkan negara kita ini majmuk sifatnya, hasil peninggalan penjajahan British.

Namun penjajah tidak pergi begitu sahaja, ia harus memastikan tanah jajahannya mengikut telunjuknya.Mereka meninggalkan anak didik yang berkuasa hingga kini, yang terdiri dari kaum bangsawan yang sudah berkuasa lebih 50 tahun lamanya. Tidakkah rakyat Malaysia merasa jemu di bawah pimpinan kaum bangsawan ini? Mereka membolot kesemuanya, harta kekayaan, media massa, bahkan minda rakyat yang dipermainkan oleh media elektronik dan konvensional semuanya dikuasai oleh mereka. Di hadapan kita ada PRU ke 13. Jika inginkan perubahan, gunakanlah sebaik-baiknya agar negara kita lebih maju, lebih berkebajikan dan lebih prihatin akan nasib rakyat marhaen.

Kehidupan yang kian susah, ekonomi yang merudum, harga barang yang tak terkawal menampakkan pihak berkuasa sudah kehilangan cengkaman ke atas sistem sosial dan politik negara ini. Kenapa kita memilih mereka pada PRU ke 12? Adakah kita akan memilih mereka lagi dalam jangka waktu terdekat ini? Nasib rakyat negara ini ada di tangan mereka sendiri. Buatlah pilihan yang bijak kali ini. Jangan sampai kita merana di negara sendiri. Salam dan selamat malam.

alKUndangi,
29.3.2012.

Sunday, March 4, 2012

MENGAPA UNDI MELAYU PECAH -2?

Wacana Sinar Harian siri ke-11 yang diadakan di Audotorium Kompleks Media Karangkraf membawa tajuk 'Mengapa Undi Melayu Pecah' dipengerusikan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik dan dihangatkan bekas dua bekas menteri, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden PKR, Datuk Chu Jui Meng selain Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Rasim dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Ikuti bahagian kedua transkrip Wacana Sinar Harian yang berlansung kelmarin.

Soalan Datuk Zaid Ibrahim: Saya pasti penganjur, Sinar Harian dengan tajuk sebegini rupa, menjemput Umno. Apakah Umno sudah kehilangan sokongan Melayu atau terlalu yakin dengan undi Melayu hingga mereka tidak hadir? Mengapa Umno hantar Haji Ruslan (Kasim) dan tidak hadir sendiri?

Dzulkefly: Umno tetap ada, tapi dalam hati Haji Ruslan. Itu sudah nyata, jangan bersuluh lagi. Kenapa undi Melayu pecah. Ia sudah dinyatakan. Kalau sudah ada dua pilihan, kalau ada 100 orang, 50-50 ia sudah ditakrifkan pecah. Kalau siapa yang menafikan bahawa undi Melayu tidak pecah, itu hidup dalam penafian. Faktanya, Melayu 60 peratus kepada Umno, 40 peratus 60 peratus kepada Pas, tetapi tetap pecah.

Bukan semua, ada juga negeri di mana undinya 60 peratus Pas dan 40 peratus Umno. Persoalan paling besar apa dikehendaki Melayu? Hari ini, mengapa ada orang Melayu tidak lagi mengundi Umno? Kerana mereka menyaksikan Umno terlalu membawa kepada pembolotan dan kerakusan dalam membolot kekayaan hanya kepada elit tertentu, bukan semua orang Umno kaya, tetapi elit Umno Putra itu kaya. Ini sangat malang.

Kenapa hari ini Melayu menolak Umno? Kerana Melayu, dari sudut jurang perbezaan, Melayulah yang menyaksikan dan mengalami jurang kaya dan miskin paling ketara dan paling corot. Siapa yang disalahkan? Tak mungkin Pas kerana Pas bukan pemerintahnya lagi. Kedua, saya dapati anak muda sekarang, rata-ratanya Melayu, sangat mahu untuk hidup mereka kembali diberikan maruah.

Tidak boleh dengan hanya beri Klinik 1Malaysia. Tak boleh hanya dengan Menu 1Malaysia. Tidak boleh hanya diberikan Kedai 1Malaysia. Untuk apa? Untuk Melayu kekal dalam kepompong, kelas kedua atau kelas ketiga itu? Apakah itu cara kita mengangkat martabat orang Melayu? Kekal dengan segala sifatnya? 1Malaysia itu yang jelasnya kami sudah buktikan Kedai 1Malaysia mempunyai barang tidak standard. Jawab! Lalu dengan itu, hari ini Melayu mahu bukan hanya boleh dilindungi, tetapi diberi pemerkasaan yang dapat mengeluarkan mereka daripada disponsable income. 80 peratus Bumiputera yang isi rumahnya mempunyai pendapatan kurang RM1,000. Apa berlaku dalam urus tadbir Umno dan Barisan Nasional?


Ruslan: Kita memang berusaha untuk berpadu dan bersatu daripada awal lagi. Kita harus meraikan perbezaan yang ada. Awal lagi saya sudah katakan, rambut sama hitam hati lain-lain. Tak mungkin kita akan sama. Itu robot sahaja. Apa maknanya dalam sebuah rumah ada empat bilik, tapi semua tidur di tempat sama, berkongsi bantal dan tilam, tetapi mimpi tidak sama. Lebih baik dalam rumah ada empat bilik, dipenuhi setiap­ bilik dan terpulang kepada mereka untuk bermimpi apa pun, pokoknya, dalam rumah yang sama. Yang penting ada persefahaman, keluarga yang besar.

Cara mengurus pandu sebuah rumah itu mestilah bersama. Itu disebutkan Dr Zul mengenai perbincangan­, bukan autokrasi atau kuku besi. Dr Dzul juga membincangkan Umno yang bersalah. Saya beri satu contoh, masalah di Kelantan. Sudah 22 tahun Kelantan memerintah, masalah air tak selesai, takkan Umno dipersalahkan dalam kes ini! Begitu juga projek perumahan rakyat. KB Mall runtuh, takkan Umno juga salah! Begitu juga masjid. Sepanjang tempoh pemerintahan, hanya ada sebuah masjid dibina, tak akan Umno salah. Ini dinamakan menuding telunjuk dan meletakkan kesalahan kepada orang lain; langsung tidak bertanggungjawab. Saya ke sini bukan dihantar Umno, sebaliknya Sinar Harian menjemput saya.

Menjawab persoalan orang muda, saya berikan fakta dan tidak mahu bercakap berdasarkan imaginasi­ atau kata-kata menyedapkan telinga mendengar sahaja. Pilihan raya kecil di Galas dan Manek Urai. Berdasarkan kenyataan bekas atau masih Setiausaha Pas Kelantan. Di Kelantan, saluran empat dan lima di mana generasi muda mengundi Barisan Nasional kerana mereka mahukan perubahan, pembangunan, pekerjaan dan selama ini taraf hidup mereka terabai. Ini realiti yang berlaku di mana generasi muda semakin memberikan undi mereka kepada Umno dan BN.


Sebelum Datuk Seri menjawab soalan penonton, minta Dr Dzulkefly menjawab mengenai isu di Kelantan.

Dzulkefly: Saya bukan mahu beretorika. Tapi istilah kita harus bersatu dan berpadu ini biar ia punya erti amal. Kita bersatu dan berpadu untuk melaksanakan tuntutan semak imbang dituntut ALLAH SWT meskipun kita berada dalam dua parti berbeza. Itu perkara saya sebutkan tadi. Kalau tidak kita disemak dan mengimbangi dua kelompok berbeza, seluruh­ muka alam ini musnah. Jadi Ruslan faham ayat itu, tapi mungkin buat-buat tak faham. Bersatu dan berpadu untuk memastikan kemakmuran negara dikecapi seluruh rakyat. Itu perkara yang menjadi matlamat besar Pas bersama kawan dalam PR. Isu air punya rentetan ceritanya.

Saya berkebetulan daripada AJK Pas Pusat, kerap menziarahi isu air itu. Kalau kita ingat semula, dalam (aspek) penswastaan dan pengkorporatan. Di sini letaknya dana. Kalaulah PR memerintah, kita memastikan Kerajaan Negeri dalam amalan federalisme diperkasa dengan peruntukan berkapita dan bukan seperti hari ini, mengambil daripada pendapatan Selangor dan lain-lain lagi, tetapi memberi sedikit. Ini pengkhianatan dari sudut amalan federalisme.

Bukan itu sahaja; paling besar, mengapa merampas royalti minyak Kelantan yang andainya diberikan, kami akan selesaikan semua permasalahan air dan apa-apa masalah di Kelantan. Itu perkara cukup jelas, tetapi mereka curang.

Sudah termeterai, (bekas Menteri Kewangan) Tengku Razaleigh (Hamzah) menyebut, kita mesti lunaskan kontrak itu. Kalau ia diberikan, sudah sampai RM3 bilion yang wajar dibayar; bukan hanya air, tanah dan apa-apa pun masalah di Kelantan, Insya-Allah akan dibereskan dan kami beri kemakmuran kepada rakyat seluruhnya.

Tee Keat: Apa saya nak jawab soalan bukan sekadar kawasan Pandan sahaja. Saya mahu jelaskan, tidak diberi tanggungjawab untuk jawab mana-mana parti. Itu tidak kena. Saya suka nak sentuh sedikit, soalan berbangkit menyentuh­ kekurangan pentadbiran sama ada BN atau PR. Tapi saya tidak nampak orang politik lebih fokus kepada masalah timbul. Kita hanya tahu tuding jari. Apa orang lain tak buat, kelemahan orang lain. Kononnya diri sendiri tidak terlibat.

Semua ini boleh dipersalahkan pada orang lain, tetapi pada masa sama kalaulah ada sesuatu yang dia rasa mungkin dapat untung khasnya perhitungan politik, maka mereka tidak teragak-agak clean credit dan membolot perjuangannya. Kalau macam ni masa depan politik tidak ke mana. Saya juga orang politik. Memang ada orang tidak setuju dengan cara saya. Tetapi saya lebih suka rakyat pun lebih mengharapkan orang politik kita baik dari parti pemerintah di persekutuan ataupun parti pembangkang.

Kalaulah betul kita mahu amalkan politik dua barisan seperti mana dilaungkan seperti sekarang ini, kena tepuk dada tanya selera sama ada kita sudah bersedia atau tidak untuk mencungkil bakat orang berpotensi. Bukan yang mahu jadi calon, tapi yang dapat mencari kelemahan sedia ada. Tak kisahlah kelemahan itu dari BN atau PR. Tapi, kita cari jalan keluar bagi negara kita. Kalau tidak, masalah akan kekal sebagai masalah. Saya harapkan, kalaulah boleh, kita cuba merubah kiblat perjuangan kepada satu arah lebih membina. Saya rasa tiada kesudahannya. Itulah saya rasa satu-satunya micro manage yang bukan begitu positif. Mungkin ia tidak begitu serasi perbincangan kawan saya tadi.


Komen Datuk Chua mengenai kenyataan Tee Keat?

Jui Meng: Bagi saya, kita mahu jelas apa itu jalan depan. Kita nak menghala ke mana sebagai satu bangsa Malaysia. Itu sudah disenaraikan. Kita lawan hari ini atas idea. Lawan pada PRU13 dengan BN yang lama atau PR yang baru dengan Buku Jingga. Saya tertarik soalan Datuk Zaid, siapa yang mewakili Umno? (Beliau) Adalah Perkasa. Ong Tee Keat kata tidak mewakili mana-mana parti. Tengok macam MCA, tapi bukan MCA. Dulu saya sebagai menteri kesihatan, saya meronda ke kampung Melayu saya nampak kemiskinan ketara. Saya pergi ke Sabah dan Sarawak, melihat kemiskinan yang teruk. Baru-baru ini saya tengok Orang Asli. Mereka sangat daif hingga ada mengisi perut dengan­ pasir, khasnya Bumiputera.


Apa Datuk lakukan waktu itu?

Jui Meng: Saya bina hospital dan melaksanakan satu budaya penyayang­ kepada golongan miskin. (Saya) cakap dengan doktor dan jururawat, jangan angkuh kerana mereka mahu kasih sayang daripada kita.


Bermakna, BN masih lakukan sesuatu untuk bantu rakyat?

Jui Meng: Ya, kerajaan mesti melakukannya. Tetapi sebagai Menteri Kesihatan, saya buat lebih daripada orang lain. Idealisme dan fikiran yang sama saya bawa masuk ke dalam PR. Saya mahu kita memusatkan kepentingan rakyat, bukan kroni.

Kita tidak mahu membina sebuah­ negara ramai orang kaya. Orang kampung kais pagi makan pagi masih ada lagi. Di Selangor, (Menteri Besar, Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim merubah garis kemiskinan pada Bajet 2009. Kerajaan Persekutuan kata bawah RM720 adalah golongan miskin. PR kata tidak ada. RM1,500 garis panduan realistik masa ini. Inflasi naik sangat ketara. Baru-baru ini dia umumkan, penjawat dalam syarikat milik kerajaan (GLC) di Selangor, gaji minimum mereka RM1,500. Kami mahu membasmi kemiskinan. Tetapi kalau ada negara yang ada rasuah, ia boleh memiskinkan rakyat.


Soalan penonton: Mengapa rakyat­ perlu beri majoriti dua pertiga di Parlimen menyebabkan mereka mewujudkan proksi kepada rakyat?

Dzulkefly: Persoalan majoriti dua per tiga, dalam amalan politik baru, sebenarnya ia tidak perlu kekuatan dua pertiga ini. Dengan kuasa dua pertiga ini menjadikan negara kita musnah dengan concentration power membawa subversion kepada judiciary dan Parlimen itu sendiri. Pada masa akan datang, saya cadang rakyat jangan memberi dua per tiga kepada mana-mana parti kerana ia memberi kemakmuran kepada semua.


Soalan penonton: Lebih kurang empat tahun daripada PRU12, kita masih tidak nampak kabinet bayangan daripada PR. Adakah tanpa Kabinet Bayangan, misi untuk tawan Putrajaya? Berani­kah­ PR untuk menyebut Kabinet Bayangan ini?

Dzulkefly: Saya teruja soalan Kabinet Bayangan ini. Walaupun kami tidak ada Kabinet Bayangan, sesungguhnya kami menubuhkan apa dikatakan sebagai jawatan kuasa bayangan. Jawatan kuasa ini hanya bayangan selagi belum jadi pemerintah. Oleh kerana itu, kami ada peribadinya. Kalau kami duduk di sini, bersebelahan kawan pembangkang dan melihat begitulah menteri dan timbalan menterinya, kami tidak cukup bagus, tapi mereka itu sudah teruk.

Bayangan itu kelam sangat, hingga tak ada yang nampak.

Dzulkefly: Mungkin sebelum PRU13 ini akan diuar-uarkan. Saya pun tidak tahu. Terpulang kepada Majlis Presiden PR
.

Soalan penonton: Siapakah yang memulakan perpecahan di kalangan orang Melayu. Apakah satu jalan yang dapat didukung orang Melayu?

Dzulkefly: Siapa mulanya pecah undi Melayu. Ketika ada Umno dan ulama dari Pas yang keluar dari Umno yang mereka tentang isu loteri serta isu lain atas nama Islam dan mereka menubuhkan Pas. Itulah mulanya perpecahan Melayu kerana Melayu sudah terpecah dua kelompok, iaitu Umno dan Pas. Kalau nak dipersalahkan­, saya kira ia bukan kesalahan syariah kerana ia dituntut dalam semak imbang. Bukan perkara dosa, tapi perkara wajar dilakukan untuk menyelamatkan Melayu dan Islam. Kalau tidak, semua Melayu duduk dalam kebobrokan Umno. Maaflah di atas bahasa saya gunakan.


Soalan penonton: Keputusan yang dibuat PR adalah secara konsensus. Jika ini cara pentadbiran, adakah bermakna hukum hudud dan negara Islam tak akan dapat jadi realiti?

Dzulkefly: Mudah sahaja. Kalau kita memahami, Pas parti Islam, tetapi Pas juga parti politik berdaftar. Saya menyebut diri saya Islam demokrasi. Kita punya prinsip dan cita-cita, wawasan dan matlamat. Namun kita perlu ingat, dalam pertarungan dan persaingan politik hari ini, meskipun kita membawa bersifat wahyu, tetapi kita mesti memenangkan, tampilkan dasar perjuangan kita, manifesto atau apa juga yang lain sehinggalah rakyat punya 60 peratus dan 40 peratus bukan Melayu. Selagi Melayu dan bukan Melayu tidak menyokong kita, apa pun cita-cita kita sama ada hudud atau yang lain. Ia hanya akan duduk dalam parti Pas. Inilah cabaran bagi parti Islam, bahkan di seluruh dunia memenangi hati budi rakyat untuk pandangan, wawasan, prinsip dan syariat­ mereka disokong bukan sahaja orang Islam malah bukan Islam. Itu membuatkan Pas sebagai parti demokrasi sebenar. Kita sanggup menang­ dan sanggup kalah atas nama demokrasi. Itu kelebihan dan keunikan Pas dalam perkara ini.

Jui Meng: Secara serius, kita nampak Malaysia, khasnya Malaysia Timur. Tengok beberapa negara zon rantau ini telah buat reformasi mereka, termasuk jiran, Indonesia; sudah jalankan reformasi tumbangkan Sueharto, satu rejim yang korup. Saya pernah dengar ada seorang jutawan China melabur di Indonesia. Di Taiwan sudah ada dua parti. Korea, Filipina dan banyak negara sudah buat reformasi kerana ia memberi (peluang supaya) kekayaan negara dapat dikongsi bersama rakyat. Satu kajian dibuat tahun lalu (mengenai) kedaulatan undang-undang. Dalam 66 negara, kita di tempat ke-59. Jangan hanya berbincang Melayu. Itulah politik asabiyah. Sekarang kita cari pemimpin mirip al-Quran dan hadis.

Ruslan: Kalau betul apa disebut Datuk Chua. kenapa masih wujud sekolah aliran jenis Cina dan Tamil dan sekolah agama masih wujud? Dalam erti kata lain, kita kena meraikan kepelbagaian dan perbezaan yang ada. Kita boleh bersatu walaupun berbeza perkara ranting. Ada perkara pokok boleh disatukan. Kedua, berbeza daripada wadah, tapi sama akidah.


Perkasa ada ahli Cina?

Ruslan: Ia bergantung matlamat penubuhan organisasi. Perkasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kami mahu pertahan hak orang Melayu. Kita cuma berbeza dari segi usluk, berbeza ada jalan penyelesaiannya. Rasuah, salah guna kuasa, kita tentang. Asabiyah mempertahankan puak kita melakukan kezaliman. Amalkan sikap bertoleransi. Kalau dengan DAP boleh bertoleransi, tak akan dengan Melayu tak boleh!

Tee Keat: Bukan sekarang sekolah Cina sahaja. Apabila menyentuh kepelbagaian mesti ada perbezaan. Itulah kekayaan negara kita, bukan kecacatan. Berbalik apa dibangkitkan, renungi kembali apa itu ghairah menyentuh soal sama. Setahu saya, SKJC satu-satunya sama sukatannya dengan sekolah kebangsaan. Tak ada beza. Kalau kita nak menyentuh ajaran agama, kena mengakui bahasa alat dicipta Tuhan untuk satu padukan makhluk. Seolah-olah mempertikaikan kuasa Tuhan. Sistem pendidikan, sama ada wujud atau tidak. Memang bahasa pengantar sama.

Sukatan pelajaran memecahbelahkan? Jawapannya tidak. Kedua bahasa, alat memecahbelahkan kita. Integrasi berbeza dengan asimilasi. Ia makin mantap. Sekali-sekali ada terdapat dugaan. Takkan tak boleh nak satukan mereka dalam rancangan menyatukan semua bangsa. Ini kerana tiada iltizam buat sesuatu. Kita, termasuk orang politik dan pendidik dan pegawai pendidikan. Bercerita mengenai rasuah. Perangi habis-habisan. Tapi jangan hanya menuding jari kepada pihak lawan tapi paling mencabar, adakah sedia untuk membersihkan pentadbiran sendiri?


Penggulungan untuk hari ini? Siapakah Melayu yang patut undi pada PRU13?

Jui Meng: Undi parti idealisme sama dengan al-Quran dan hadis.

Ruslan: Sudah tentulah mengundi parti boleh menjamin masa depan.

Dzulkefly: Wajar mengundi mereka yang boleh membawa mereka keluar daripada kemelut rasuah dan kebobrokan urus tadbir.

Tee Keat: Undilah pembela rakyat yang membela rakyat sepanjang masa bukan bermusim.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

sinarharian.com.my

MENGAPA UNDI MELAYU PECAH?

Wacana: Mengapa Undi Melayu Pecah
Wartawan Sinar Harian
1 Mac 2012
Wacana: Mengapa Undi Melayu Pecah

Wacana Sinar Harian siri ke-11 yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang membawa tajuk `Mengapa Undi Melayu Pecah' dipengerusikan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik dan dihangatkan dua bekas menteri Datuk Seri Ong Tee Keat dan Naib Presiden PKR, Datuk Chua Jui Meng selain Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad. Ikuti wawancara penuh Wacana Sinar Harian.

Soalan kepada semua. Tajuk hari ini kenapa undi Melayu pecah? Tetapi saya ingin bertanya adakah benar undi Melayu pecah, kalau benar siapa yang untung siapa yang rugi?

Tee Kiat: Undi sesuatu kaum itu pecah memang satu fakta. Dan sejak bila ia berpecah, kita perlu meneliti daripada satu sudut di mana bila undi sesuatu masyarakat itu pecah tidak bermakna kaum lain akan ambil kesempatan. Saya tidak bersetuju dengan perkara itu. Kita kena meneliti dalam soal kenegaraan, jika undi pecah, orang lain untung dan orang lain ambil kesempatan.

Itu saya rasa tidak kena. Sejak dahulu lagi undi ini telah berpecah tetapi kali ini semakin terserlah kerana banyak parti yang muncul yang kononnya memperjuangkan hak sesuatu kaum. Kita nampak bahawa undi itu tidak tertumpu kepada satu parti. Pada masa sama, saya ingin menjelaskan saya tidak mewakili MCA kerana saya tidak diberi kuasa untuk berbuat sedemikian. Saya datang hari ini kerana sebagai rakan kepada Sinar Harian.

Dzulkefly: Undi Melayu pecah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan, mungkin ada yang bertanya bila undi Melayu pecah. Undi Melayu pecah sejak dahulu lagi, ketika wujudnya dua parti yang mewakili kaum Melayu iaitu Umno dan Pas. Maka di situ bermulanya undi Melayu berpecah dan terbahagi kepada dua. Lalu persoalan undi Melayu pecah ini tidak timbul dalam pertikaian akademik. Ini bukan persoalannya. Kenapa Umno mengalami kemerosotan undi Melayu dan ia berlaku sebanyak dua kali. Pertama kali ketika Barisan Nasional (BN) yang dikenali sebagai Perikatan ketika dalam Pilihan Raya Umum Ketiga (PRU-3) tahun 1969, dan ketika itu Perikatan gagal memperoleh majoriti dua pertiga dan tumbang tiga negeri.

Ia berulang dalam PRU-12 yang lalu, sekali lagi kerajaan hilang kuasa dan yang lebih jelas kemerosotan undi Melayu yang dialami oleh Umno. Maka di sebalik membawa gagasan ini ke tengah untuk membicarakan kenapa Umno mengalami kemerosotan undi Melayu, kita juga perlu bertanya kenapa undi Melayu lari daripada Umno, dan hari ini orang Melayu tidak hanya ada dalam Pas atau PKR. Sebaliknya DAP juga mempunyai orang Melayu. Jika kita membincangkan tentang perpecahan itu, kini kita mempunyai Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan sekiranya Perkasa bertanding dalam tiket Bebas bertambah pecah undi Melayu. Persoalannya adakah siapa untung siapa rugi.


Ruslan: Apabila kita membicarakan tentang perpecahan ia ibaratkan `rambut sama hitam tapi hati lain-lain' sebagaimana dijadikan lelaki dan perempuan oleh Allah dengan bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kenal mengenali antara satu sama lain dan berkenalan di antara mereka. Bukannya menjadikan perbezaan itu sebagai alat untuk berpecah belah di antara kaum. Tidak mungkin seseorang itu mempunyai pemikiran, hati, jiwa dan kehendak yang sama, kita perlu akur dengan fakta sejarah bahawa perpaduan berlaku pada tahun 1946, ketika itu kita berhadapan dengan musuh Gagasan Malayan Union. Pada ketika itu juga bukan hanya orang Melayu bersatu tetapi membabitkan semua kaum iaitu Cina dan India dan diikuti oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada ketika itu.

Musuh kita pada itu adalah British dan misi yang membuat kita bersatu adalah untuk mencapai kemerdekaan. Kita perlu mencari satu visi yang boleh mengeratkan perpaduan Melayu khususnya apabila kita membicarakan tentang undi Melayu, seperti yang berlaku pada tahun 1974 ketika itu BN mendapat 87.7 peratus undi di mana ketika itu, Pas berada dalam BN ini tidak boleh nafi. Kalau berbicara tentang Melayu, realitinya adalah perpaduan antara Melayu Pas dan Melayu Umno. Ia adalah realiti yang harus kita terima bahawa perpaduan itu ada. Jika ditanya ada perpecahan. Saya mengakui berlakunya adanya perpecahan, sekiranya ada kerugian ia sememangnya ada kerugian yang berlaku.

Ibarat kata pepatah orang Melayu `Bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat'.

Saya cuma tertarik dengan ayat perpaduan Melayu Pas dan Melayu Umno bersatu. Melayu PKR hendak diletak di mana? Maksud Melayu ini amat luas untuk dikecilkan hanya pada Melayu Pas atau Melayu Umno. Datuk Chua sila mengulas mengenai tajuk yang kita perbincangan ini.


Jui Meng: Kita semua datang dari keturunan yang sama iaitu Adam dan Hawa. Bermakna apa juga bangsa kita, sama ada dari Cina atau India kita adalah adik beradik. Bagi saya soalan Melayu pecah, Cina pecah tidak relevan pada masa kini. Apa yang hendak saya utamakan adalah hak Melayu, Cina, India dan semua kaum di negara ini kerana kita dari satu keturunan.

Kalau dikatakan pecah, saya ingin mengambil pendekatan yang berlainan, kita hanya berbeza dalam pemikiran dan prinsip serta idealisme, kita tahu kehendak manusia. Mereka hendak kebebasan, mereka hendak satu kerajaan yang menjamin masa depan serta tidak rasuah. Konsep ini mendapat sokongan daripada pelbagai bangsa di negara ini, tetapi masih ada pihak yang ingin mengekalkan konsep lama tanpa memikirkan nasib rakyat.


Adakah memberi keuntungan kepada orang Cina jika undi Melayu pecah? Adakah undi orang Cina tidak pecah. Orang Cina boleh bersatu untuk kepentingan bangsa Cina.

Tee Keat: Saya percaya kalau kita berada dalam satu minda mengupas isu politik berdasarkan perkauman dengan mengatakan kaum ini berpecah-belah dan kaum lain mendapat keuntungan. Saya tidak berfikiran begitu, kerana bagi saya selama ini, jika mengamalkan parti berasakan kepada kaum dan memantapkan sokongan mungkin boleh digunakan pada masa lampau. Tetapi pada masa kini saya tidak nampak ia relevan lagi.

Bukan kerana saya tidak mempunyai jawatan atau mewakili MCA. Saya percaya kita kena peka terhadap kemahuan semasa, kerana keadaan sekarang sudah berbeza dan impian rakyat juga berbeza berbanding dengan dahulu. Berbalik kepada soalan tadi saya tidak nampak, kalau terus berpolitik dalam kaca mata perkauman, kita tidak akan ke mana dan masa depan kita terkubur. Ramai rakyat di negara ini khasnya di kalangan generasi muda baik dari mana-mana perjuangan mereka lebih kepada perkauman. Jika kita lihat di beberapa laman sosial, ramai yang menulis sesuatu fakta, mengikut pandangan dari kaca mata sendiri yang terkongkong dalam perkauman, ini saya rasa tidak relevan lagi.


Ruslan: Apabila kita berbicara tentang perpecahan yang berlaku, saya bersetuju dengan Tee Keat bahawa suasana sekarang ini adalah politik baru harus diikuti. Politik baru dalam erti kata tidak berasas perkauman kita akui, realiti parti yang ada sekarang lebih kepada perkauman, manakala politik baru ia perlu ada pendidikan dan ini akan memakan masa.

Kita lihat Umno Melayu, Pas Melayu, MCA Cina, DAP Cina dan PKR adalah campuran, saya pernah bersama mereka pada satu masa dahulu dan itu adalah realiti yang berlaku mereka masih meraikan perbezaan kaum yang mana mereka mempunyai sistem tersendiri. Dalam keadaan sekarang rakyat masih belum dapat menerima perkara yang berkaitan dengan perkauman dan sebagai contoh kenapa DAP tidak bertanding di kawasan Melayu dan Pas tidak bertanding di kawasan Cina. Ini menunjukkan bertanding pun berasaskan kaum dan ini adalah realiti yang berlaku di dalam negara sekarang.


Jui Meng: Kenapa saya masuk PKR, yang majoritinya Melayu, Cina 15 peratus, India 15 peratus serta Sabah dan Sarawak 15 peratus, kerana saya lebih selesa dengan PKR berbanding dengan MCA yang semuanya Cina. Kerana kita berada dalam MCA banyak perkara tidak dapat diselesaikan termasuk nasib kaum sendiri tetapi apa yang berlaku dalam PKR kita membincangkan masalah kenegaraan.


Kalau sebegitu halnya kenapa PKR, Pas masih merebut undi Melayu?

Dzulkefly: Saya menegaskan walaupun sifatnya kepada orang Melayu tetapi atas sandaran agama ia cukup berbeza, kerana tumpuan yang diberi bukan sahaja kepada orang Melayu walaupun Pas parti yang berteraskan agama Islam. Pas kini mengalami transformasi yang begitu besar dengan mendahului proses itu, bagi memperkenalkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu tetapi merangkumi untuk semua.

Ini adalah pendekatan kami. Ini yang kami bawa ke tengah. Kita berani bertanding di Kota Raja, kita lebih senang bertanding di kerusi campuran. Kini kita boleh lihat DAP dan PKR belajar mengenainya Islam dan boleh berbahasa Arab serta menggunakannya di Parlimen. Ini tidak disenangi oleh rakan-rakan daripada Umno yang mempertikaikan kenapa orang bukan Islam boleh menggunakan ayat-ayat al-Quran. Itu lah asas kami parti untuk orang Melayu tetapi terbuka kepada semua.


Adakah Pas bersedia Timbalan Presidennya daripada bukan Islam.

Dzulkefly: Kami bersedia dan kami sudah mula melangkah ke arah itu seperti yang berlaku di luar negara apabila gerakan Islam yang turut melantik orang bukan Islam sebagai Naib Presiden. Pas dengan negara berkebajikan telah membawa masuk kepada era politik baru. Umno masih belajar apa itu politik baru. Kita mahu menjadikan Pas sebagai watak utama bagi membawa politik baru di negara ini, muafakat Melayu, Cina ataupun India sudah tidak relevan dalam politik baru. Politik baru menuntut wujud multi parti sistem yang diiktiraf oleh Islam, bukanya berpecah antara satu sama lain.


Ruslan: Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Dzulkefly, bahawa kita kena bersatu atas satu akidah. Cuma saya ingin bertanya kepada Pas kenapa boleh bersama dengan DAP yang tidak satu akidah, tetapi dengan Umno yang satu akidah tidak boleh satu dan berpadu, ini berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Dzulkefly.

Dzulkefly: Kita bersama dengan DAP dan PKR seperti yang dituntut oleh agama. Kami sanggup minum kopi dengan DAP dan PKR daripada meminum arak dengan Umno, dan sekiranya bersama Umno kami terpaksa mengedarkan video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jui Meng: Selama 40 tahun dalam BN, saya tidak faham Islam tetapi bila dengan Pas dan PKR saya faham idealismenya. Umno tidak pernah ajar agama sebaliknya Pas yang mengajar saya mengenai Islam.

Tee Keat: Saya rasa jangan kita lupa tajuk wacana kita. Bila ghairah orang politik sememangnya suka cakap politik hormati pihak Sinar Harian, sebagai pemimpin politik kita pegang teguh kepada teguh kepada prinsip. Kita datang sini bukan promosi parti masing-masing fokus kepada tajuk asal Mengapa Undi Melayu Pecah. Sebaliknya apa yang saya lihat ahli panel sama ada sengaja atau tidak membicarakan tentang isu tersebut.

Saya ingin menyatakan adakah semua parti dapat memperjuang masa depan negara dan kaum, setakat mana kita mampu laksanakan apa yang berlaku di arena politik. Setiap parti hendak kuasa, kita ghairah menabur janji. Adakah kita dapat melaksanakan apa yang dijanjikan.

Persoalan yang timbul di kalangan rakyat pada masa kini negara Islam yang akan dibawa oleh Pas jika mereka duduk di Putrajaya dan kerana kita sedia maklum mengetahui bahawa DAP tidak bersetuju mengenainya, tetapi tiada pendekatan yang diambil oleh kedua-dua parti tersebut dengan berdiamkan diri dan tidak pernah menjawab persoalan tersebut yang amat ditunggui oleh semula lapisan masyarakat di negara ini. Bagaimana mereka hendak menyelesaikannya jika benar mereka ini berjaya menawan Putrajaya nanti.

Apakah kebimbangan Perkasa jika PR ke Putrajaya.

Ruslan: Saya tidak bimbang mengenai perkara tersebut, mana-mana parti boleh ke Putrajaya tetapi saya suka mengingatkan parti yang ke sana jangan lupa tanggungjawab mereka dan janji mereka kepada rakyat.

Dr Dzulkefly: Kita hormati Sinar Harian, dalam pada masa yang sama saya ditanya dengan soalan lain yang mempunyai hubung kait dengan Islam, orang Melayu tidak bimbang dengan negara Islam yang akan dibawa jika kami berada di Putrajaya tetapi apa yang saya orang Cina yang bimbang mengenai perkara ini malah ia telah dibangkitkan oleh MCA.


Apakah peranan Perkasa?

RUSLAN: Perkasa ditubuhkan bukan untuk berperang dengan sesiapa sebaliknya untuk mempertahankan hak yang dijamin di dalam perlembagaan yang boleh diterima pakai sejak dulu sampai sekarang melalui kontrak sosial yang diterima di negara kita. Maknanya tak betullah orang kata Perkasa ini perkauman, tak betullah ada yang kata Perkasa hanya memperjuangkan untuk kaumnya sahaja. Perkasa mengikut hak perlembagaan dan dipersetujui dulu sejak turun-temurun.

Dalam suatu keadaan, Kadang-kadang ada isu itu ada dalam perlembagaan, ada yang mengatakan itu perkauman. Tapi bila pihak lain mereka memperjuangkan hak mereka dikatakan keadilan, apabila Perkasa perkauman. Jadi tak kenalah. Tak betullah macam tu. Apa peranan Perkasa ketika Pilihan raya. sudah tentu Perkasa akan menyokong siapa sahaja yang diyakini boleh membawa rakyat ke tempatnya. Kita tak beri arahan tapi Perkasa memberi kebebasan berdasarkan pemikiran mereka yang waras. Jika saudara percaya bahawa ini politik baru, antara ciri-ciri politik baru adalah membimbing kebebasan membuat keputusan dengan bijaksana melalui pemahaman mereka dan bukannya emosi seperti sebahagian daripada penonton yang hadir pada hari ini (semalam).

Yang kedua adalah 'Third Force' yang dikatakan alat kepada Umno, Padahal kalau saudara baca (saya perlu jawab walaupun tidak ada kena mengena dengan soalan) itu tidak betul. Jika ada kesilapan yang Umno lakukan, kita akan tegur. Ada mata, baca laman web Perkasa. Ada telinga dengar ceramah Perkasa. Ada hati cuba faham. Jangan tutup mata, tutup telinga, tutup hati kepada satu pihak sahaja. Ini yang berlaku.


Presiden MCA sekarang, Datuk Chua Soi Lek, Perkasa sokong tak?

Ruslan: Saya bergantung tempat beliau bertanding. Tengok siapa yang beliau lawan. Kalau lawannya lebih baik, lebih memberikan jaminan untuk memajukan negara, memajukan masyarakat, sudah tentu, kita pilih yang satu lagi.


Apa kayu ukur calon itu lebih baik daripada Chua Soi Lek?

Ruslan: Sudah tentulah, kita kena mengenali. Kalau orang itu Datuk Seri Ong Tee Kiat, sudah pastilah saya sokong Datuk Seri.

Dzulkefly: Saya respons tentang perkara tadi. Bagaimana Perkasa, saya boleh sebutkan kalau kita mengimbau perkataan yang digunakan Haji Ruslan bagaimana rakyat digabungkan, dipunggah dan diangkat satu kebersamaan dalam menentang Malayan Union. Hari ini, Umno tidak boleh 'survive' kerana kuasa serangan luar itu tidak ada. Tetapi, malangnya ketika serangan luar itu tidak ada, Umno mencipta serangan dari dalam yang hari ini saya nampak jelas diangkat agenda itu oleh Perkasa.

Seolah-olah Melayu diserang, Islam diserang, Kristian akan mengambil alih kerana perlembagaan Kristian. Kristian akan ambil alih. Kristian akan jadi perdana menteri. Apa semua ini? Kalau tidak politik usang, politik takut menakut. Hari ini, Perkasa menjalankan tugasan dan agenda itu. Ini cukup malang. Ini tidak akan dapat memperkasakan dan penjernihan dan pencernaan minda yang bebas dan jiwa merdeka. Kita mahu Perkasa "cakap serupa bikin, dan bikin apa yang serupa cakap."


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.


sinarharian.com.my

Friday, January 6, 2012

AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Alhamdulillah kita masih sempat diketemukan Allah pada akhir tahun 2011, dan kini 2012 sudah masuk hari ke enam. Banyak peristiwa yang tidak sempat dicatat dan diulas dalam blog ini kerana kesibukan mencari rezeki dan kesihatan yang kian menurun. Namun Allah masih memberikan kekuatan untuk kita menghadapi tahun 2012 yang dijangka akan berlangsungnya PRU ke 13.

Banyak ramalan yang dibuat bahawa PRU 13 adalah peluang yang sama peratus (percentage)nya antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Apapun, sebagai rakyat kita berhak menentukan kerajaan yang memerintah. Gunakanlah peluang ini untuk membuat perubahan ke arah hidup yang lebih terjamin dan lebih adil. Kita sudah berada lebih 50 tahun di bawah BN. Kini kita sudah tentu dapat menilai buruk baiknya BN memerintah. Di bawah PR kita dapat merasakan sedikit kelainan terutama empat negeri yang diperintah PR. Walaupun dengan kuasa yang terbatas, kita seharusnya dapat menilai siapakah yang lebih baik dan adil, telus dan seimbang dalam pemerintahannya.

Mengapa rakyat Malaysia tidak berani mencuba sesuatu yang baru dalam hidup ini? Adakah rakyat Malaysia penakut? Ataukah rakyat Malaysia ditakut-takutkan oleh BN dengan media yang mereka kuasai, baik elektronik mahupun media cetak. Media memang memainkan peranan membentuk pemikiran masyarakat sekaligus menentukan mereka membuat pilihan samada untuk membeli rumah, barangan, perkhidmatan sehinggalah kepada parti politik yang menentukan corak pemerintahan. Orang yang memahami agenda media tentu tidak akan termakan dengan permainan media ini. Tetapi berapa peratuskah rakyat Malaysia yang memahami agenda media, yang menjadi satu bidang kajian komunikasi. Siapa yang mengawal media, dia akan dapat mengawal arus pemikiran rakyat massa, demikian kata seorang sarjana. Sebab itu menguasai media adalah penting dalam menentukan masa depan negara.

Tetapi untuk menguasai media elektronik dan media cetak tentunya sukar kerana ada pelbagai sekatan dan akta yang menghadkan kebebasan kita. Namun kita masih ada pilihan, media baru, iaitu blog, facebook, laman web, akhbar dalam talian adalah tempat terbaik untuk kita mengemukakan gagasan kita terhadap rakyat, di samping menawarkan mereka pilihan yang lebih baik jika mereka menggunakan akal yang waras. Namun kadangkala kepentingan mengatasi kewarasan. Ini adalah masalah yang sukar kita atasi. Kebatilan yang tersusun sering mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.

Namun rakyat Malaysia yang mempunyai pendidikan tinggi kian bertambah saban tahun. Mudah-mudahan mereka menggunakan akal waras mereka dalam membuat pertimbangan demi masa depan negara. Hanya itulah harapan kita, di samping usaha kita yang terhad dalam ceramah, pengajian, usrah, media baru dan sebagainya untuk menyampaikan fikrah kita terhadap perkembangan politik kini, dan perlunya memilih pilihan yang betul dalam menentukan hala tuju negara.

AlKundangi,
6.1.2012

Friday, December 23, 2011

MUNGKINKAH?

Mungkinkah Hassan Ali akan menyertai UMNO? Tuan-tuan jawablah sendiri.
Hassan dan Nashar sudah mulai memburuk-burukkan Parti Islam, parti yang mereka sertai sejak bertahun yang lalu.

Alkundangi.

Saturday, November 19, 2011



Hasan Ali Yang Saya Kenal

Apakah prinsip 5 cinta yang bilangkali dijeritkan oleh Hassan Ali dihadapan penuntut yang membayar ratusan ringgit setiap orang untuk menghadiri "Summer Camp"nya seiring dengan semangat dan perjuangan beliau sendiri? Jawapan saya. Saya kurang yakin!!!



Terus kepada kepada fakta. Tiada bunga bahasa kerana itu lebih sesuai dititipkan buat manusia yang hadirnya tidak menambah, hilangnya tiada yang susut.

Pernah saya titipkan dalam lelaman saya - kerajaanrakyat.com yang telah digodam, Dr Hassan Ali, yang sekarang ini adalah seorang EXCO Kerajaan Negeri Selangor pernah dibayar lebih RM12,000 hanya untuk berceramah kurang daripada 2 jam di Mersing, Johor. Ini berlaku sekitar tahun 1994!!!. Nah, tu dia bayar lebih RM12,000 untuk berceramah tidak sampai 2 jam. Perbelanjaan ini tidak termasuk kos pengangkutan, penginapan dan makan minum yang semuanya dibiayai oleh pihak penganjur. Ceramah apa? Ceramah agama..!!!!

Saya bersama ayahanda saya (Allahyarham) dan beberapa rakan termasuk Abdul Latiff Ahmad (Datuk, Timbalan Menteri) terlibat secara langsung dalam program ini dan melihat bagaimana ilmu agama diperdagangkan!!!! Oleh siapa?. Oleh orang yang mendakwa dirinya seorang tokoh perjuang anak bangsa. Oleh seorang yang mendakwa dirinya telah mendisplinkan ribuan manusia melalui "Summer Camp"nya.

Tidak dinafikan kesinoniman manusia bernama Hassan Ali dengan "Summer Camp"nya di Hulu Langat. Ceramahnya gah dengan selinggan bahasa 'mat saleh'. Malahan bahasa 'mat saleh' lebih kerap tersembur daripada mulutnya jika dibandingkan dengan Nas Al Quran atau hadith Nabi.

Saya sempat berjumpa Dr. Hassan di Hulu Langat sebulan selepas kemenangannya dalam pru-12 lalu. Ceritanya (jika off politik}, tiada kisah lain selain WANG. WANG. WANG..!!! Itulah manusia Hassan Ali yang saya kenal.

Hati kecil ini selalu bermonolog, "Apakah sebenarnya tujuan Hassan Ali sertai PAS? Apakah ini landasan mudah untuk berniaga dakwah? Dakwah pun diperniagakan?"


kerajaanrakyat.blogspot.com