ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, October 20, 2024

Ulasan Puisi Medsos 14

 Selebriti Sasterawan Di Medsos- Siri 14.


Sasterawan adalah perakam zamannya. Bagitulah pendapat yang sering dikemukakan oleh para penelaah sastera. Saya pun bersetuju dengan pendapat ini. Sejarah hanya merakam peristiwa, kesan, pengalaman dan pengajaran dari suatu zaman. Namun sasterawan, khasnya penulis novel dan puisi, merakam bukan sahaja peristiwa, tetapi juga denyut nadi, resah gelisah, dan pergolakan jiwa masyarakat pada zamannya. Demikianlah antara peranan kesusasteraan dan sasterawan pada sesuatu zaman. Dengan begitu secanggih mana pun teknologi, ke dua-dua perkara ini tetap diperlukan.


Atas sebab demikian, saya masih terus meperkatakan perkara ini. Kali ini saya memilih Emillia Munira, atau nama penuhnya Emillia Munira bte Akil, penulis kelahiran Kelulut, Marang, Terengganu. Beliau juga merupakan adik kepada Zahari Akil, juga seorang pemuisi yang aktif di media sosial ini.


Kita cuba lihat sebuah sajaknya untuk melihat kepenyairannya:


Bismillah.


RINDU YANG TERBAKAR


Kenangan semakin jauh seperti senja kelmarin 

gerimis melewati ingatan di rantau hati 

rindu tengkujuh dibadai luluh dan sendu 


Dan di sini aku mengeja sebuah nama 

saban waktu lembar masa kubelek

susunan abjad kehidupan dan kematian 

tak pernah lusuh walau kau pergi tak kembali

menjadi reja-reja kenangan 


Mengenangmu sahabat

adalah setulus persahabatan 

doaku pun tak pernah putus  

antara musim beredar

aku masih berdiri di sini 

genggam kenangan hingga 

perasaanku rentung


EMILLIA MUNIRA 

Marang, Terengganu

5 Oktober 2023.


Dalam Rindu  Yang Terbakar sebenarnya, Emillia mengenang seorang sahabat karibnya yang telah pergi terlebih dahulu ke alam abadi. Kenangan itu seperti rindunya pada musim tengkujuh, diikuti perasaan rindu dan sendu yang membadai di jiwanya. Tentulah sahabat itu amat akrab dengan kehidupannya. 


Kerinduan itu seolah ia mengeja sebuah nama sambil membelek lembar waktu dan susunan huruf-huruf abjad. Ia merupakan satu perbandingan perasaan yang hanya dapat dilukiskan sedemikian. 


Ia mengenang sebuah persahabatan yang tulus di samping doanya yang tidak pernah putus. Emillia masih mengenang sahabat itu seolah kenangan itu digenggam hingga rentung.


Tentunya sahabatnya itu seseorang yang istimewa dalam hidupnya.


Bahasanya tidak polos dalam puisi ini, cuma temanya agak ringan tanpa sebarang buah fikiran. Ianya lebih merupakan satu curahan perasaan akibat sebuah kehilangan.


Emillia mendapat dorongan kakaknya Puan Zahari Akil yang juga seorang penulis sajak yang sedang menempa nama.  Selain sajak, Emillia juga menulis cerpen. Sajak- sajak dan cerpennya pernah tersiar dalam akhbar Harian Ekpress, Utusan Borneo dan Berita Harian. Bila ditanya tentang rancangannya pada masa depan, beliau yang turut meminati muzik, berhasrat untuk menerbitkan antologi bersama dengan Puan Zahari Akil, di samping merancang untuk menerbitkan novel remaja. Emillia juga pernah memenangi beberapa peraduan penulisan puisi yang dianjurkan persatuan Pemuisi , Kembara Sastera dan lain-lain. Sajak-sajaknya juga telah pun diterbitkan dalam beberapa buah antologi bersama yang disertainya. Kita berharap kehadirannya dalam dunia puisi akan berterusan, mencapai apa yang diharapkan, dan turut mewarnai dunia perpuisian negara.


Ibnulazim, 

21.10.2023.

Wednesday, October 2, 2024

Umno Dan Pru 15

 Umno tidak sepatutnya menggesa PRU15 pada tahun ini juga. Ianya dicadangkan kerana Presiden Umno tersepit di tengah-tengah kes yang begitu banyak menantinya di mahkamah. Jika satu kes pun sangkut, ia tidak melayakkannya untuk menyertai PRU15. Namun kerana PM di bawahnya Dalam hirerki Umno, maka PM tersepit antara desakan Zahid dan bencana y ang diramalkan menimpa negara pada pertengahan November ini.


YDPA mungkin tidak meluluskan cadangan pembubaran Parlimen Dan kerajaan disebabkan banjir besar Yang dijangka melanda hujung tahun ini. Alasan lain, belanjawan 2023 belum dibincangkan Di Parlimen . Perbincangan belanjawan Akan memakan masa berbulan-bulan.


Sebaiknya biarkan saja PM yang ada menjalankan tugasnya selagi mana ia inginkan walaupun sehingga kerajaan Yang Ada tamat pada Julai tahun depan.  


Jika PRU diadakan juga, risikonya rakyat akan keluar mengundi pada musim banjir, Dan tentunya kerajaan tidak dapat mengawalnya dengan baik kerana perhatian tertumpu pada PRU. Korban banjir Dan kemusnahan dijangka meningkat. lni bermakna ia memperjudikannyawa rakyat Yang sudah pun semput akibat kenaikan harga barang, kejatuhan nilai RM Dan kehilangan pekerjaan akibat pendemik. Adalah tidak wajar memperjudikan rakyat Dan negara hanya kerana ketersepitan seorang Presiden parti kerana ia dilakukan oleh dirinya sendiri. PM Masih tetap PM sekalipun ia dipecat Dari Umno. Presiden Umno tiada kuasa ke atas PM. Kecualilah kalau sokongan parti ditarik balik, Dan Kita Akan bertukar PM sekali lagi. 


Jalan keluar adalah YDPA tidak meluluskan pembubaran kerajaan, atau PM memohon darurat politik diadakan.  


Perebutan kuasa Akan memangsakan rakyat Marhaen. Rakyat sudah pun menanggung beban kerana kehilangan Wang negara berbillion ringgit akibat Salah urus Dan rasuah.  Jangan paksa rakyat Marhaen menanggung krisis demi krisis. Semoga Tuhan selamatkan Malaysia Dari berbagai krisis akibat tamak haloba masyarakat kayangan.


Ibnu Lazim،

3 Oktober, 2022.

Friday, September 27, 2024

Sesusun Kata Sekuntum Bunga

 Sesusun Kata kata Sekuntum Bunga


Di tengah malam sepi begini 

kususun kata demi kata, untuk sebuah puisi, tak seberapa kerana hubungan belum akrab, namun janji perlu dilunasi.


Kukenal dirimu, lewat media ini, jarang bicara apa lagi seloroh gurau senda demikian puisi tak sampai ke jiwa.


Kau seorang  insan sopan

kukenal lewat laman ini, menjalin persahabatan di kesibukan putaran hari dan masa depan yang tak pasti.


Mawar, puisi ini untukmu dengan jarak usia berbeza, sebagai tanda persahabatan, semoga kenal ke hujung zaman.


Mawar, kau seputih namamu, sehingga Aku rasa malu, kerana Aku manusia biasa, berwarna, tak seputih hatimu yang bersih dan suci.


Ibnulazim,

13.9.2024.

Sunday, September 8, 2024

Nota 3

 Nota 3


kupergi menebas

kulihat engkau

kupergi ke Milan

kulihat engkau

kupergi ke Cu 

kulihat engkau

kupergi ke hardware 

kulihat engkau

kupergi ke segi

kulihat engkau.


kini alku tak tahu

kenapa diriku

jadi begitu

kenapa ya?


7.9.2024

BTP

EN 3

 EN Siri 3

(Ulangsiar).


Aku merenung jam yang tergantung di dinding. Sudah 3.30. Aku harus pulang segera ke KL. Aku memohon diri dari adikku. Kunyatakan padanya bahawa aku harus pulang. Ada kerja yang perlu dibereskan.


Aku masuk ke kereta dan menghidupkan enjin. Sempat kuperhatikan sawah padi di bawah bukit itu telah bertukar menjadi kolam yang agak besar. Aku baru teringat yang adikku pernah memberitahuku bahawa ia memelihara ikan keli , puyu dan lain lain untuk kegunaan ketika sukar di samping menjana pendapatan tambahan.


Pada bahagian lain kelihatan rumput yang agak panjang seolah tidak terurus. Rumput rumput itu meliuk lintuk ditiup angin. Tanpa ku sedari aku telah menghampiri rumah En melalui jalan sempit itu sebelum sampai ke jalan besar. Kuperhatikan rumah bentuk minang itu. Agak besar namun terbiar. Banyak kenangan waktu kecilku hingga remaja di rumah itu.


Tiba-tiba aku ternampak En. Wajah ayunya dan berhidung mancung mendebarkan dadaku. "Engkau itu En?" bisik hatiku. Hanya suaraku bergema di dalam hatiku. Tiada suara lain.


Ayahku mengejar ayam jantannya untuk disembelih dan membuat kenduri kecil, untuk meraikan permintaan En dan kejayaanku dalam peperiksaan STPM. Aku menyedari ayahku juga menyukai En. Begitu juga lbuku.


"Jemputlah ke rumahku tengah hari nanti. Ada sedikit makan makan. I belanja u." Ada apa ?" pintas En. " Kan dulu u minta belanja kalau aku dapat kelulusan bagus. Aku dapat sijil penuh. Setakat ni baru dua orang kampung kita yang dapat meloloskan diri ke lPTA. Aku bakal orang ketiga."


Wajah En nampak berseri. "Oklah. Demi u saya datang. Saya pun ingin meraikan u." Balas En tanda setuju hadir ke majlis kecil itu.


28.9. 2020.

Btp

En#.

Thursday, September 5, 2024

Mawar Berdurix

 Mawar Berduri


Kau tanam benih sepohon mawar, namun ia berduri، maka banyaklah kumbang mati kerana durinya.


Baunya wangi sepanjang hari, kaucintai dia

sepanjang masa, bunga adalah bunga umpama makhluk bernyawa

satu waktu kau terlupa menyiraminya, lalu sekuntum mawar berduri jatuh terkulai di kakimu kerana kekeringan dan kealpaan.


Ibnulazim,

7.8.2023.

Monday, August 26, 2024

Memaknakan Sebuah Kata

Memaknakan Sebuah Kata


Bagaimana harus kumulai tentang sepatah kata antara manusia benarkah dari mata turun ke hati

atau rasa itu menyusup ke dalam jiwa kerana ia bukan objek tetapi abstrak menghubungkan dua manusia melahirkan zuriat, dari kata keramat sejak azali kita bahaskan kata itu namun erti sebenarnya tidak diketahui kita pun gagal mentafsirkannya sesukar menafsir alam maya 

globalisasi entah di mana segala data disembunyikan oleh rasa cinta menjadi tarikan jantina.


Atau adakah seperti arus letrik menyalakan lampu, cinta menyinari hati, pun masih sangsi apa yang disinari.


Andai Socrates ada kita tanyakan bagaimana cinta berfungsi rasa atau imaginasikah membuatkan ia abadi Mark Zukerberg boleh menjelaskan bagaimana muka buku beroperasi

tetapi tidak cinta antara manusia mengolah peranannya, lalu kita berhenti bicara lantaran gagal  memaknakan sebuah kata: cinta.


Ibnulazim,

27.8.2023

Tuesday, August 13, 2024

Ulasan Puisi

 Puisi-Puisi Dari Pemuisi Nasional Ogos،2022- Satu pandangan.

(Ulangsiar)


Setiap hari ada sahaja puisi yang dilontarkan oleh pemuisi baru dan lama di laman ini. Puisi Maluku Pertama ditulis oleh Maze Lang adalah antara puisi dari nama baru di sini. Beliau merasa malu untuk melontarkan puisi ini. Namun dilontarkan juga untuk tatapan audien. Antara ayat yang menarik "Aku malu dengan tohornya ilhamku".


Dalam persembahan nya puisinya banyak menekankan rima akhir yang sama selain mengeksploitasiteknik aliterasi dan asonansi sebaik mungkin. Namun begitu ia adalah bakat baru yang bakal menyerlah suatu hari nanti.


Puisi selanjutnya adalah dari Niza Khairi yang berjudul Rumah Tanah. Dalam puisi ini Niza membeli sebuah rumah yang peralatannya tiada kecuali tanah. Saya rasa maksud Niza adalah persemadian terakhir bagi seorang manusia, iaitu tanah perkuburan.


Dalam puisi yang hanya dua rangkap Niza, seorang penyair yang sudah agak lama di sini banyak menggunakan teknik anafora, iaitu mengulang perkataan yang sama di awal baris.Misalnya:

sebuah rumah

tanpa dapur

tanpa tandas

tanpa bilik air

tanpa jendela..


Dia telah menempah rumah itu, namun tiada lagi tarikh menduduki. Ini mengingatkan Kita bahawa kematian tetap menunggu kita bila tiba saatnya.


Puisi Sejarah Membongkar Kisah nukilan AzmaMurniAziz menyentuh kisah epik Tuah dan Jebat. Azmah yang sudah lama menyair di sini mengambil iktibar dari kisah tersebut. Menurutnya kisah itu menguji setianya Jebat dan Tuah.


Tuah memegang janji setia sahabat dan menjunjung amanah peringkat atasan.


Puisi ini mengandungi ciri alusi, iaitu mengambil tokoh sejarah dan mengangkatnya ke dalam puisi.

Azmah sebenarnya boleh saja mengangkat Jebat sebagai tokoh Yang mempertahankan kebenaran dan Tuah mewakili taat setia pihak berkuasa sehingga matinya sahabat yang membela kebenaran. Tetapi Azmah tidak berbuat demikian.Sementara sejarah ini bercampur mitos yang tidak dapat dipastikan kebenarannya.


Sebuah lagi puisi Yang agak menarik temanya ialah Bila Sudah Tua (1) karya CM  Mansur.


CM Mansur juga sudah biasa berkarya di sini.


Puisi ini mengisahkan bila seseorang itu mencapai umur tua. Bila sudah tua makan pun kurang berselera. Jika ada yang menjaga itu nasib baik. Kadang anak pun tak boleh menjaga orang tuannya. Jadi tempat paling aman baginya adalah Masjid, tempat tumpuan segala harapan sebelum ke alam abadi. Tiada teknik khas dalam puisi ini. Persembahann ya biasa sahaja.


Kita lihat sebuah puisi lagi, Achantia Fulica nukilan Baharudin MDG. Saya Rasa Nama ini Masih Baru Di sini. Saya baru menemuinya beberapa Kali.


Puisi Achantia Fulica adalah puisi bagi kehidupan makhluk Yang kita panggil Siput Babi.


Penyair mengangkat makhluk ini ke dalam puisinya. Makhluk ini menurut penulisnya ia keluar mencari makan di waktu malam. Kemudian tertidur kekenyangan dan tidak pulang ke sarang. Esoknya dijumpai oleh petani, dihempas berderai dan terkorban. Sedang kekasihnya menanti kesedihan. Puisi ini juga tiada teknik yang luar biasa namun puisinya Masih baik.


Kehidupan makhluk ini memang keluar mencari makan pada waktu malam. Ia suka memakan daunan seperti Sabung Nyawa, benih kunyit dan sebagainya. Ia makhluk yang lembut  dan dilindungi kulit cengkerang namun tidak cukup kuat. Kalau terpijak ia hancur berderai. Hanya Tuhan yang tahu rahsia penciptaannya.


Ibnu Lazim,

14.8.2022.

Friday, August 2, 2024

NOTA 2

 NOTA 2


Katamu mesej boleh dihantar

Melalui aplikasi Tiktok, benar saya nampak itu

Tapi saya tidak tahu 

apa Akaun tiktokmu

tak pernah kau beritahuku

tentang itu.


Maka tinggallah mesej

membengkak di dada Dan kepala

Bukankah begitu?


2julai, 24.

Btp

Tuesday, July 30, 2024

NOTA

 NOTA


Seperti biasa, Aku berada dicelah dahan Dan Daun Limau

Wajah mu berlari Dalam bayang, fatamorgana barangkali.


Terasa ruang kosong dikeliling

Kerana bayang mu yang wujud ketika ini...


Terasa kosong, barangkali

kau curi hatiku Dan kau sangkutkan dimemorimu

Dan inilah notaku Hari ini.


30 Julai,24.

Friday, July 26, 2024

Barangkali Tidak Begitu Lewat

 Barangkali Tidak Terlalu Lewat


Barangkali kesunyian menyebabkan Aku,

mendekatimu, namun agak terlewat rupanya, atau akukah Yang terlambat ketika santunmu 

mengocak kalbu، sesuatu Yang tak pernah kutemu 

dirumahku.


Pernah sekali kuceritakan padamu, tentang itu، namun Aku malu, ditewaskan seorang perempuan

bergelar isteri, tidak sepertimu.


Harapanku

terimalah Aku seadanya

sebagai kawan, sahabat atau teman 

di kala kesunyian 

mencengkam kalbu.


Kusedar kautelah memiliki dan dimiliki, namun Aku tetap ingin bersahabat

dunia akhirat.


Ibnulazim,

25 Julai, 2024.


Sunday, July 21, 2024

Ulasan Puisi Lanang Sejagat

 Melihat Puisi Dari Kacamata Lanang Sejagad


Puisi telah ditafsirkan oleh ramai orang. Mereka dari golongan penyair،  pensyarah , doktor, jururawat, pendidik dan pelbagai latar belakang. Mereka biasanya meminati puisi sebagai satu cabang seni yang menyampaikan pelbagai tema dan persoalan di sekitar kehidupan mereka. Pelbagai tafsiran mengenai puisi sudah ditulis dan dibukukan. Antara yang terkenal puisi dikatakan 'kata-kata  yang terbaik dalam susunan yang juga terbaik.' Puisi juga dikatakan mengandungi rima yang hampir sama pada tengah atau hujung b aris untuk menghasilkan bunyi yang hampir sama untuk menimbulkan bunyi yang indah seakan ada unsur muzikal.


Pandangan ini sudah diterima umum dalam menafsirkan puisi moden.


Namun dalam mencari puisi yang ingin saya perkatakan kali ini (maaf agak lama saya tidak berbuat demikian kerana masalah kesihatan) saya menemukan sebuah puisi yang memperkatakan tentang puisi sebagai satu hasil seni kreatif di laman Pemuisi Berkarya yang ditulis oleh Lanang Sejagad. Elok rasanya saya turunkan puisinya dahulu di sini yang berjudul Puisi Itu, namun saya tidak dapat mengaitkannya dengan diri pemuisi kerana biografinya tidak lengkap. Satu kaedah untuk meperkatakan karya dengan lebih lengkap ialah dengan mengetahui latar belakang pengkarya. Di bawah ini adalah puisinya:


Puisi Itu


adalah seni kreatif

penyusunan dan untaian kata

bersulam diksi-makna

dalam ritma dan rima

adakala panjang

adakala pendek

kadang mudah difahami

kadang payah dihadhami

namun itulah sajak

bukan sekadar curahan hati

bukan untuk mendewa-dewa

dan datangnya tanpa dipaksa

kerana ia tulus,polos dan ikhlas

dan terbaik selalunya datang

dari kolam hati

yang maha 

dalam.


#puisi mikro

@Lanang Sejagad.


Bagi Lanang Sejagad 'Puisi adalah seni kreatif yang terdiri dari susunan dan

untaian kata

Susunan ini bersulam diksi-makna dalam ritma dan rima. Lanang Sejagad memajazkan menyusun kata itu seolah seperti menyulam biasa kain tenunan yang harus dibuat dengan hati-hati dan  teliti.


Pemilihan diksi juga dengan hati-hati, susunan kata yang puitis (ritma)dan ada persamaan rima.


Sajak atau puisi ini adakala panjang, ada kala pendek. Bahkan Sitor Sitimorang pernah menulis sebaris sahaja puisinya.


Sifat lain pada puisi adalah ia kadang mudah difahami، kadang sukar jika terlampau banyak majaz dan metafora. Datuk Wanrazuhar menulis menyatakan metafora menjadikan puisinya disalah fahami.


Tetapi itulah puisi, kata LS.la bukan sekadar curahan hati، datang tanpa dipaksa kerana ia tulus, polos dan ikhlas.


Namun, mengapa pula sang penyair memasukkan perkataan polos? Polos adalah pembaziran kata-kata Yang perlu dielakkan oleh setiap penyair.


Puisi yang terbaik selalu datang dari kolam hati yang maha dalam. Di sini unsur majaz digunakan, kolam hati.


Terlepas dari beberapa kelemahan, puisi ini agak baik.


Ia juga mengambil beberapa teknik puisi yang diterapkan ke dalam puisi ini. Umpamanya aspek rima kerap digunakan. Jika LS terus-terusan menulis dan memperdalam ilmu penulisan, dia boleh meniti kejayaan suatu hari nanti.


Zainal Lasim@

IbnuLazim.

21.7.2022.

Wednesday, July 10, 2024

Keakraban

 Keakraban


Mengapa sepi datang

menebarkan sayapnya

melahirkan puisi tanpa gizi,gelap malam mengundang

membungkus kenangan

yang kita cipta semalam.


Mengapa kopiku tawar

tanpa gula

malamku hambar

tanpa teman.


Kau dan dirimu

berpelukan

pengsan di ruang malam

sepi dan kelam dan aku di sini ditawan kegelapan tergantung

di anjung perasaan.


Barangkali

ingatanmu terbenam

atau sengaja

mematahkan kenangan

yang baru dibina tak sampai sepurnama.


Demikian

Kita mungkin sesuai

berteman kasih sayang tetapi bukan

cinta tanpa

manisan

dan aku tak rela ditinggalkan

hanya semalaman kerana ia menghilangkan keakraban yang masih 

dalam pembinaan.


Ibnulazim

11.7.2023

Saturday, July 6, 2024

Keajaiban Cinta

 Keajaiban

(Buat eila)


Malam ini

Aku tidur sendirian

tanpamu di talian


Ketika mengenangmu, tiada jawaban pasti, kenapa dikenang sedang tiada penghubung

antara kita

atau cintakah

menyebabkan kita saling mengenang tanpa mengira perbezaan umur dan darjat, memang cinta itu ajaib kerana ia menyambung tali emosi tanpa mengira akhirnya bersama atau sendirian tak mesti ia berakhir dengan penyatuan.


Dengan cintanya, Shah Jehan membina Tajmahal, Sulaiman menawan Saba' dan Yusof mengambil Zulaikha.


Ia ajaib sepanjang zaman.


Ibnulazim

7.7.2023.

Friday, June 28, 2024

Tak Tulis Puisi

 Tak Tulis Puisi


Saya tak baca apa apa


Tak tulis apa  apa


Tak fikir apa apa


Kemudian saya terfikir

tak tulis puisi pun

satu Puisi.


Ibnulazim,

28.6.2024.

Thursday, June 20, 2024

Melah 2

 Tiba-tiba wajah Melah menari di ingatanku. Lama sudah tidak kutemuinya. Sekarang Aku tengah kerja di perpustakaan membantu Puan Sakinah menyusun buku-buku ketika cuti semester. Aku tak suka balik kampung. Sunyi. Musuh utamaku adalah sunyi. "Apa Yang kau buat sekarang Melah? "Tanya hatiku. "Aku Di sini juga kerja, "jawab Melah. "Bila abang nak ke Bukit B? " Tanyanya. Aku terkejut bila seseorang menepuk bahuku. Aku menoleh. "Eh Mat, ingatkan siapa tadi. "Menung panjang nampak", tegur Mat Yang Sama kerja denganku Di perpustakaan. "Tak adalah." Jawabku ringkas. Aku angkat tangan. Mat menepuk tanganku. "Ingat Melah ke", Tanya Mat. "Tak. Cuma Aku ingat dah lama tak jumpa dia." Habis bila kau nak jumpa dia?" Sambung Mat. "Nanti habis kerja kat sinilah," jawabku. Ingatanku jauh melayang ke Bukit B. Ah, rindukah Aku?

Friday, June 14, 2024

Ulasan Puisi Dr FJ

 Puisi-puisi Fb- Februari 2021- Satu Analisa- 4


Di bawah ini sebuah puisi dari seorang aktivis yang tidak asing lagi, iaitu Dr.Fj yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Puisi berjudul Maghfirah ini pendek sahaja dan ditulis dalam bentuk puisi prosa. Dari tajuknya sahaja kita sudah dapat menebak bahawa ia membawakan tema ketuhanan.


MAGHFIRAH


MaghfirahMu Tuhan

kami harapkan

jadikan kami antara insan

dalam daftar pengampunan 

agar terlerai segala kekusutan

dan jadikan kami dalam kalangan 

jiwa-jiwa yang tenang


(Dr. FJ, PPPJJ, USM, PP, 5 Februari 2021)


Perkataan maghfirah berasal dari kata kerja ghafara ( غفر) dalam Bahasa Arab bermaksud dia telah diampunkan. 

Perkataan ini sering kita jumpa dalam alQuran seperti dalam ayat 

أن الله لا يغفر ان يشرك به ويغفر دون ذالك لمن يشاء.

 (maaf, saya tiada app nak letak baris). Bermaksud Allah tidak sekali-kali mengampunkan dosa syirik, namun Dia mengampunkan dosa selain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakkinya. Perkataan yaghfiru bermaksud mengampunkan. Manakala maghfirah dengan penambahan mim di depan membawa maksud pengampunan.


'Maghfirahmu Tuhan 

kami harapkan'

bermaksud keampunanmu Tuhan kami harapkan. Mengikut ulama tasawwuf harap itu harus disertai dengan takut, takut ia tak diperkenankan, harap ia diterima.


'jadikan kami antara insan, dalam daftar pengampunan'. Penyair berharap permohonan/ doanya diterima. Persamaan bunyi hujung pada ayat ini iaitu kan san nan, memberi kesan muzikal pada bait tersebut. 


Mudah- mudahan permintaanya diterima dan hilanglah rasa bersalah itu (guilty consious). 'Agar terlerai segala kekusutan.' Rima akhir yang sama menjadikan diksinya lembut berbanding prosa.


'Dan jadikan kami

dalam kalangan 

jiwa- jiwa yang tenang.' 

Tenang atau muthmainnah. Tuhan adalah tempat terakhir segala harap, kata seorang penyair dari seberang.


Kita lihat lagi sebuah puisi Pena Bayu yang bertentangan dengan tema Dr. Fj.


Puisi Jelita Malam karya Pena Bayu mengisahkan seorang wanita yang menjual tubuhnya untuk mendapatkan wang. Berikut adalah puisinya;


JELITA MALAM


Wajah - wajah cantik 

tanpa cahaya neon 

pucat di bawah cahaya bulan

hilang dipekat malam

semalaman menjadi bintang

bertabur tanpa nama


Duhai Jelita malam

semalam engkau kehilangan mimpi

di pentas yang menghayutkan keinsanan


keringat menitis kau halalkan

ketika ringgit menggoda dalam dakapan

engkau mula terlupa

keindahan cahaya di pagi hening

yang selalu menyapa

"Selamat pagi"


Jelita malam

malammu amat gelita

bila hilang pesona

hanya tinggal dirimu

memadam jelaga dosa.


Pena Bayu 

06.02.21

Menanam Sabah


'Wajah-wajah cantik

tanpa cahaya neon

pucat di bawah cahaya bulan

hilang di pekat malam

semalaman menjadi bintang

bertabur tanpa nama.'


Wanita-wanita cantik itu hilang di pekat malam, mereka menjadi bintang memuaskan nafsu laki-laki yang inginkan kepuasan hidup. Rima akirnya juga sama atau seakan sama. Apakah mereka menjadi bintang?

Pena Bayu seharusya memilih perkataan lain yang lebih sesuai dari 'bintang'. Umpamanya 'kupu-kupu malam', namun ia sudah terlalu lumrah digunakan. Gunakan kretiviti anda dalam memilih kata yang sesuai.


Pada rangkap selanjutnya beliau menulis ' engkau kehilangan mimpi

di pentas yang menghanyutkan keinsanan.' Di sini penyair melihat mereka ini sudah kehilangan sifat manusiawi dengan profesyen yang mereka pilih.


Jelita Malam menitiskan keringat dengan menganggap kerja mereka halal demi wang untuk meneruskan kehidupan. Hidup dengan  cara ini menjadikan malam mereka amat gelap, hanya tinggal diri mereka sendiri untuk 'menghapus jelaga dosa'.

Sesuaikah dosa dikaitkan dengan jelaga? Jelaga dikaitkan dengan api. Mungkin 'bintik- bintik hitam' lebih sesuai. Atau ada perkataan lain yang boleh digunakan untuk dosa seperti ini.


Satu permasaalahan lain ialah kenapa mereka tercebur di lembah ini. Adakah secara sukarela atau desakan hidup tertentu. Memang kata ahli ekonomi  'women bor n  with capital' dan profesyen ini boleh digunakan, namun akhlak dan maruah adalah penting untuk keseimbangan hidup manusia.


Zainal Lasim,

13.2.2021.

02: 35.

Thursday, June 13, 2024

Ulasan Puisi

 Selebriti Sasterawan Medsos -9.


Tulisan ini yang meliputi karya dan dikaitkan juga dengan personaliti penulisnya telah pun mencapai sembilan siri setakat ini. Saya tidak pasti adakah tulisan ini bermanfaat untuk khalayak sastera atau pun tidak. Setakat ini hanya Datuk SN Zurinah Hassan yang menyokong usaha ini.


Namun saya teruskan juga demi kaum sasterawan serta sastera Malaysia itu sendiri. Sastera tidak bermakna tanpa khalayak, begitu juga sastera tidak bermakna tanpa pembaca.


Prof Dr Noriah juga sesekali ada like tulisan saya. Ini satu tanda sokongan. Makasih prof.


PEMUISI.


Semakin terancam

puisinya semakin tajam

semakin tepu masalah

puisinya semakin menyerlah.


Kalah tidak pernah menyerah

menang tidak pernah bermegah

itulah ciri-ciri pemuisi

yang gagah bermaruah.


Baharuddin MDG

23.6.2023

Sungai Lui Hulu Langat.


Kali ini saya cuba melihat sajak di atas, yang ditulis oleh Baharuddin MDG. Beliau kerap muncul di sini kebelakangan ini. Bila saya membaca profile dia, saya menduga beliau seorang pesara, jika bekerja dengan kerajaan atau swasta. Walau sudah mencapai taraf warga emas, namun Baharuddin tetap aktif menulis sajak.


Sajak Pemuisi ini adalah sajak yang ringan sahaja dan tidak dibaluti oleh mana-mana aliran falsafah.


Pemuisi adalah sebuah sajak tentang penulis sajak itu sendiri. "Semakin terancam, puisinya semakin tajam". Demikian penyair, bila dihimpit masalah, puisinya semakin memukau, semakin menusuk kepada temanya. Puisinya akan semakin menyerlah. Sang penyajak tidak pernah mengalah, jika menang tidak bermegah. Menurut penyair itulah pemuisi yang bermaruah.


Maksudnya di sini seorang pemuisi tidak pernah menyerah kepada sebarang tekanan.


Secara teknikalnya, walau hanya dua rangkap,  temanya cukup bagus. Bersemangat. Sajak ini banyak menggunakan persamaan bunyi vokal dan konsonan di awal dan akhir baris.  Atau dengan kata lain banyak menggunakan aspek aliterasi dan asonansi. Tidak ada unsur perbandingan, similie atau personafikasi. Cuma mungkin terasa agak kurang puitis dengan gaya bahasa yang  terus terang. Begitupun, Baharuddin berjaya menunjukkan semangat yang harus ada sebagai seorang pemuisi untuk menegakkan kebenaran dan menentang kepalsuan.


Ibnulazim,

25.6.2023.

#ibnulazim

Sunday, June 9, 2024

Aku Dan Waktu

Aku Dan Waktu
(prosaic)

Aku adalah engkau yang berkejaran bersama waktu, saling mendahului tanpa pasti siapakah pemenangnya.

Sehinggalah pada suatu ketika kita merancang untuk menamatkan perlumbaan ini.

Dan suatu ketika sambil Aku berbincang- bincang dengannya; kata waktu akulah pemenang bila meninggalkan kau kaku tak bernyawa sedang Aku jalan terus tanpa henti menggerakan orbit ini.

Aku bangkit dan hentakkan kaki ke tanah, sambil memberi tabik hormat dan berkata padanya: kaulah pemenang sebenar dan aku tewas 
dengan kematian.

Ibnulazim,
8.6.2023.

Thursday, May 23, 2024

Jemputan Dari Presiden Pemuisi

 Assalamualaikum Tn Hj. Zainal. 

Untuk makluman, buku kumpulan puisi hamba yang ke-10, Kumpulan Puisi Bunga Kata, terbitan DBP akan dilancarkan oleh Yang Arif Datuk Vazeer Alam bin Mydin Meera, Hakim Mahkamah Persekutuan, Istana kehakiman Putrajaya di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC K.Lumpur pada 1 Jun 2024, jam 4.00 petang. Harap sangat dapat hadir bersama ke majlis tersebut. Atas sokongan semua, hamba ucapkan terima kasih. 

-Dato' Dr. Radzuan Ibrahim @Wanrazuhar.