ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, October 3, 2020

 


Kontraktor kecil bumiputra

Tulisan ini bukanlah untuk semua kontraktor kecil negara, tetapi ia adalah berdasarkan pemerhatian saya kepada mereka yang wujud di tempat saya, iaitu Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Bandar ini telah dibangunkan sejak 20 tahun lalu dan lebih 90% penduduknya adalah bumiputera. Sasaran pemaju jumlah penduduk adalah 100,000. Kini penduduknya sudah melebihi 50,000 orang.

Selepas 10 tahun, kontraktor kecil yang melaksanakan tugas ubahsuai dan baik pulih kediaman dan rumah kedai yang dulunya dibolot oleh kaum Cina, kini dilaksanakan oleh kontraktor bumiputra yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Namun terdapat beberapa masalah yang timbul mungkin disebabkan oleh pertambahan penduduk yang kian pesat dan kemudahan prasarana yang hampir lengkap.

Antaranya bila penduduk inginkan khidmat mereka, mereka tidak dapat melaksanakannya dengan segera atas alasan kerja banyak. Masalah lain umpamanya perbezaan harga perkhidmatan , baik pulih, ubahsuai dan lain lain.

Pernah kontraktor A misalnya megenakan 100rm untuk baik pulih yang kecil, manakala kontraktor B mengenakan 400rm. Soalnya mengapa perbezaan harga yang terlalu besar atas satu perkara yang sama.

Selain itu terdapat masalah mutu kerja yang berbeza, atau kurang bermutu, atau tiada khidmat ulangan selepas siap satu satu projek.

Ini menimbulkan masalah di kalangan penduduk dan menimbulkan dilema di samping rasa tidak puas hati. Untuk mengatasi masalah masalah berkaitan kontraktor ini disarankan supaya mereka mewujudkan satu persatuan di mana mereka boleh membincangkan kos perkhidmatan supaya diselaraskan.

Dengan persatuan ini para kontraktor juga boleh meningkatkan kemahiran dengan pelbagai kursus dan sebagainya,

Ibnu Lazim,
15 Julai, 2020,
BTP, Rawang,
22.43pm.

No comments: