Memiliki Sesuatu
Perasaan ingin memiliki sesuatu adalah naluri semulajadi manusia. Tetapi manusia ini bila dah dapat hajatnya itu dia mimpikan yg lain pula. Atau dia ingin tambah lagi kepada apa yang ada.
Misal yang paling senang adalah harta atau wang. Manusia merasa sentiasa tidak mencukupi apa yang ada. Dah dapat proton saga nak Honda pula. Dapat simpan duit 10 ribu nak 20 ribu. Dapat satu rumah sederhana nak besarkan pula.
Keinginan manusia ini tiada batasan. Tetapi. kemampuannya terbatas. Maka timbullah gejala rasuah, tablet money dan sebagainya. Dalam hal ini Nabi menjelaskan manusia ini kalau diberi emas sebesar bukit Uhud., dia nak satu lagi bukit yang serupa.
Inilah sifat manusia. Dengan kata lain manusia ini bersifat tamak. Tamak adalah penyakit hati yang perlu diperangi, kerana ia menjadi hijab kepada pemurnian jiwa. Tamak juga menjadi hijab bagi manusia untuk mendekati khaliknya.
Untuk mengubatinya, rajin rajinlah bersedekah, membaca alQuran. berzikir selalu ke masjid/surau dan jika ia tidak hilang juga carilah guru dan hampiri dia selalu. Dengan perasaan tamak . manusia terhijab dari jalan makrifat dan hilanglah keberkatan hidupnya.
No comments:
Post a Comment