EN Siri 2
Assalamualikum , ujarku kepada adik bongsuku sebaik diriku tercegat di muka pintu rumah warisan keluarga kami. Rumah itu masih cantik kelihatan dan tiada ada apa kerosakan. Sudah lebih lima puluh tahun usia rumah ini , namun masih utuh.
Ayah pernah kerja dengan Jabatan Perhutanan sewaktu mudanya. Walau dia bekerja hanya untuk dua tiga tahun, namun pengalaman kerja itu menjadikan dia mengenal pelbagai jenis kayu. Sewaktu hendak membina rumah itu, dia sendiri pergi ke kilang papan bersama tukang rumah dan memilih sendiri kayu meranti, merbau dan cengal untuk membina rumah.
Aku memerhati keadaan keliling yang sudah banyak berubah. Kawasan paya tempat kami selalu mandi manda bersama adik beradik dan kawan-kawan sudah tiada. Airnya sudah kering kontang.
Namun di paya itulah kami sering bermain dan belajar berenang. En turut sama bermain di situ. Aku lebih tua setahun darinya. Walaupun dia perempuan, kami berkawan mesra.
"Dah dapat keputusan exam?"tanyaku kepada En. Kami sama sama menunggu keputusan masing masing setelah habis tempuh persekolahan. En merenungku tajam. Terasa debaran jantungku agak kuat bila direnung begitu.
"Aku telah memohon untuk menyambung pelajaran di sebuah institut," jawab En sambil matanya menjeling ke arahku. Jelingan itu agak manja menjadikan debaran di dadaku agak kencang. Waktu itu kami duduk berehat di bawah sebatang pohon rambutan. Ada sebuah bangku panjang ala kedai kopi kampung di bawah pohon itu.
" U bagaimana?," En mengajukan soalan kepadaku. "Saya masih menunggu keputusan , " jelasku kepada En. "Bila sudah dapat belanja ya?". Aku hanya anggukan kepala. En tersenyum meleret.
"Abang, jemput minum!" terdengar suara adikku. Aku terkejut dari lamunan. "Abang ingat apa?". Tak ada apa apa". Balasku ringkas. " Abang ingat kisah lama ya?"
Tak ada apa apa", balasku sambil mencapai segelas air. Aku hanya tersenyum tawar.
26.9.2020.
No comments:
Post a Comment