PENULIS BILIS
Buat macam saya. Saya tidak pernah menulis untuk pertandingan. Saya juga amat jarang hadir dalam mana mana pertemuan sastera. Kecuali sekali dua. Saya hadir di universiti malaya menyaksikan Dato' SN Zurinah Hassan membaca puisi. Diikuti oleh Dinsman mementaskan dramanya Bukan Bun uh Diri. Itu pun saya hadir atas arahan Solehah Ishak (saya tidak tahu di mana dia sekarang), di mana saya mengambil subjeknya ' Pengantar drama' dan dia mewajibkan kami yang mengambil subjek beliau.
Sebagai penulis saya tidak prolifik menulis namun ada juga karya-karya saya terlepas ke Dewan Sastera.
Saya menyertai grup pemuisi UKM yang menerbitkan beberapa antologi bersama.
Juga kemudian saya menyertai e- sastera kelolaan Dr.lrwan dan aktif beberapa ketika dan memenangi beberapa hadiah yang saya tidak pernah ambil.
Saya mengunjungi Khadijah Hashim di NSTP sebagai lawatan persendirian
Dia agak terkejut dg kedatangan tidak diundang itu. Namun dia cepat mesra dan memberi layanan yg baik walau rambut saya mencecah paras bahu, dan itulah imej mahasiswa waktu itu.
Selebihnya saya berjumpa mana sikana di UKM, Dr. Awang Sariyan, juga di UKM, lsmail Kasan, UKM.
Suatu ketika pak Samad selalu mengunjungi Dayabumi dan saya ambil kesempatan berbual bual dengannya.
Ramli lsin, Muhammad hj Salleh , Sulaiman Masri , Othman Putih adalah guru guru saya secara formal. Begitu juga SN Siti Zainon yang mengajar Penulisan Kreatif.
Apabila saya ke UPM saya bertemu kembali dengan Dr Awang Sariyan, Lim Swee Tin dan Jusang Bolong.
Demikian sedikit sebanyak catatan penulis bilis dalam lautan kesusasteraan.
#sasterawan
#penulis bilis
#catatan pengalaman.
21.9.2020.
No comments:
Post a Comment