Masalah Pejabat Pos
Suatu hari saya ke pejabat pos untuk membeli sampul surat poslaju. Setelah selesai saya pun pulang ke rumah lalu memberikan sampul itu kepada orang yang memesan barang tersebut.
Saya masukkan resit/borang alamat pengeposan dalam plastik di luar sampul. Bila pemesan bertanya saya mana borang alamat pengeposan, saya ada kat sampul. Namun bila disemak borang itu tiada, mungkin tercicir dalam perjalanan.
Saya kemudian kembali ke pejabat pos memohon borang pengeposan yang baru. Namun apa jawap petugas kaunter berkenaan. " Borang tak ada encik. Kalau encik mahu kena beli sampul lain. Satu sampul bersaiz separuh A4 bernilai RM 7.90. Kurang 10sen 8.00.
Alamak, kata saya dalam hati. Satu borang berharga hampir 8.00Rm? Saya cuba memohon lagi. Tapi jawapan yang sama saya terima dari petugas kaunter tersebut.
Akhirnya saya membeli satu sampul lagi, berharga hampir 8ringgit itu. Dalam hati saya berkata, apakah ini dasar baru Pos Malaysia yang telah diswastakan dan kini dimiliki oleh DRB Hicom? Beginikah cara Pos Malaysia mencari untung.? Apakah bezanya Pos Malayasia dengan syarikat syarikat kapitalis lain?
Bila saya kemudian mengepos sampul pos laju itu melalui mesin yang disediakan, yang discan adalah kod bar yang ada pada sampul, bukan pada borang pengeposan. Jadi apa hubung kaitnya antara borang dan sampul itu. Jika ada kaitan tidaklah terasa ralat sangat.
Kesimpulannya rakyat marhaen tetap tertindas walau pun hanya atas satu borang. Berhati hatilah sahabat sekelian bila berurusan dengan Pos Malaysia .
25.8.2020.
Ibnu Lazim.
No comments:
Post a Comment