ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, October 15, 2020

 Catatan di sepanjang perjalanan yang sepi.

Catatan tanpa judul juga tidak puitis sebagaimana layaknya dari seorang yang sudah bertahun mengembara di lautan luas merempuh hidup kadang tersesat di belantara membuat aku merasa tidak betah atas nama kemanusiaan.
Kemanusiaan justeru membuat manusia tidak jadi berperang kerana perang bukan jalan terbaik untuk satu perhitungan.
Cuba kau toleh betapa birunya warna lautan yang bisa menyamankan perasaan.
Betapa hujan dan embun menyejukkan perasaan. Bahkan Tuhan menawarkan ubat tanpa mengira bangsa dan warna kulit putih atau hitam.
Lalu bangunlah dari tidurmu yang resah dan menghirup udara nyaman dari bunga-bungaan. Hidup perlu diteruskan. Jangan biarkan emosi menguasai diri kerana esok masih ada mentari yang menyinari diri dan alam ini sehingga beburung pun berkicau sejak pagi meraikan kemeriahan.
Alam tetap meriah walaupun kita pernah dilanda resah.
9.10.2020
18.20pm.

No comments: