ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, October 15, 2020

 Catatan perjalanan

Kenapa harga barang barang terlalu mahal sekarang ini. Tadi di kedai runcit kulihat harga ikan kembung mencecah 19.50 perkilo. Bagi mereka yang ada duit itu tak jadi masalah. Dulu Najib kata itu ikan rakyat. Harganya 12-15 rm sekilo.
Tapi bila ikan rakyat pun naik harga, apa lagi rakyat marhaen nak beli.? Apa yang KPDNKK buat tak pantau harga barang barang keperluan ini. Aku pusing kepala melihat keadaan ini.
Tak tahulah apa nak jadi sekarang ini. Pencen pesara GLC cuma 500 ringgit. Macam mana nak hidup macam ni.? Harga nasi budget sekarang pun 5.00. Sudah tidak budget lagi.
Orang politik gaji puluhan ribu. Mereka tak ambil pusing pun hal ini. Rumah free, kereta free, api air kerajaan bayar. Ah . Sungguh bertuah jadi orang politik.
Di sana sini rakyat marhaen buka gerai berniaga. Cari wang. Satu masa datang pihak PBT dan angkut gerai mereka. Rampas semua. Apa mereka nak makan?
Ni negara demokrasi ke negara sistem komunis, Kata komunis dah habis diperangi. Tapi perangai komunis terus diamalkan. Ini orang kata cakap tak serupa bikin.
Pergolakan politik menjadikan kita semakin resah. Keserakahan mewarnai politik negara. Rakyat marhaen tak makan mereka tak ambil tahu, Rakyat marhaen boleh mampus. Janji dapat kuasa. Dari kuasa boleh bikin wang. Wang, wang,wang, Itulah dalam kepala ahli politik kini. Peduli apa pada bangsa dan negara. Yang penting dapat kuasa. Dari kuasa boleh bikin semua perkara, Dah nak mati baru taubat. Kalau tak sempat..
Inilah dunia dan negaraku sekarang.
Catatan perjalanan#
Tulis untuk rakyat#
13.10,2020.

No comments: