ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, October 15, 2020


Cerpen Belum Bernama- Siri 6
Aku meneruskan perjalanan keluar dari kampungku. Aku melalui kedai runcit kedua tempat di mana aku selalu berhimpun waktu cuti sekolah. Di situ suatu waktu ramai orang minum kopi atau teh sambil berbual kosong tentang apa sahaja dari politik hinggalah ke harga getah.
Waktu itu tv belum ada di setiap rumah seperti sekarang. Namun di kedai runcit itu ada menawarkan siaran tv berbayar dengan harga 10 sen untuk satu kepala.Walaupun tv hitam putih, namun ramai orang berkumpul untuk menonton.
Tidak terkecuali aku. Aku turut sama menonton tv bersama rakan rakan istimewa waktu cuti sekolah. Aku tidak melepaskan siaran kegemaranku terutama siri penyiasatan, Mannix dan Hawai Five's O.
Kadangkala aku berbual kosong sahaja hingga larut malam dengan teman- teman sekampung. Waktu itu aku rapat dengan Rahim dan Razali. Rahim juga menunggu keputusan STPM. Kawanku Razali meneruskan pelajaran di ITM dalam bidang Art and Design.
Tiba-tiba wajah En melintas di depanku. "Dah lama kat hospital ni," tanya En. " Hampir sebulan ," balasku. '"Perkenalkan ini Idrus, kawan yang baru tamat pengajian di Belanda, "terang En tentang pemuda yang mengiringinya ke hospital melawatku . "Siapa dia" tanysku. Namun suaraku tidak keluar melepasi kerongkong. Aku memerhatikan sahaja pemuda itu. Rambutnya ikal dan kelihatan kulitnya agak cerah. Ia tersenyum padaku.
Aku membalas senyuman ldrus. Namun senyumanku terasa tawar dan hambar. En tidak pula menerangkan kepadaku siapakah pemuda itu dan apa hubungan dengannya. Hatiku juga tertanya-tanya siapakah pemuda itu.
Waktu melawat hampir berakhir. En minta diri untuk pulang. Kami bersalaman. Aku ingin sekali bertanya En apakah hubungannya dengan pemuda itu. Namun suaraku terasa seperti tersekat. Sewaktu En melangkah keluar aku menjerit bertanya "Siapa dia itu En," ? Namun En tidak menoleh. Dia terus melangkah. Suaraku tidak didengarinya. Tersekat di kerongkonku sendiri.
13.10.2020
23.29pm.
Faridah Alawiyah, Khairul MN dan 2 yang lain

No comments: