ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, October 15, 2020

 

SURAT UNTUK BABAH 2- Dr Fj

Menanggapi Surat Untuk Babah (2) tulisan Dr. Faridah saya merasa terkesan bahawa tulisan itu adalah luahan rasa seorang lbu yang ditinggalkan oleh suaminya buat selamanya. Suaminya telah dijemput pulang ke alam abadi. Pulang yang tidak akan kembali lagi.

Saya tidak menemui surat pertama walau saya membuat carian di beberapa laman maya. Justeru itu tulisan singkat ini hanya berdasarkan surat yang ke dua.
Surat ini bukanlah cerpen dan bukan juga puisi prosa sebagaimana yang biasa beliau tulis. Ia hanyalah catatan perasaan bagi orang yang ditinggalkan dan terpaksa melakukan semua tugas urusan rumah tangga yang dulunya sebahagian besarnya diurus oleh sang suami.
Keadaan seperti ini biasa dialami oleh kaum sejenisnya yang banyak bergantung kepada pasangannya. Tersesat waktu memandu, terlupa password untuk internet banking adalah lumrah dalam keadaan begini. Kita hanya mampu bersimpati dengan keadaan ini dan sukar untuk membantunya kerana kita sendiri punya komitmen yang perlu diberi perhatian.
Kendati pun masalah- masalah seperti ini adalah lumrah dalam kehidupan ini jika tiada persiapan awal untuk menghadapi krisis- krisis sebegini. Di sinilah perlunya pelan menghadapi krisis dibuat lebih awal dan harus mempunyai beberapa pelan. Namun kita tidak tahu takdirnya begitu, datang tiada diduga dan kita termangu menghadapinya.
Bagaimanapun, Dr. Faridah mampu menghadapinya dengan caranya sendiri dan dapat menjalani hidup seperti biasa walau agak gugup pada awalnya.
11.10.2020
00.37 am.

No comments: