ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, October 15, 2020

 Cerpen belum bernama-siri 5

Suasana kampung yang tenang dan damai mengembalikan nostalgia tentang kampungku. Pada musim padi kelihatan hamparan hijau memenuhi ruang kampung itu. Ikan puyu dan haruan menggamit keinginanku untuk memancing. Walau hanya menggunakan joran dari bertam atau buluh padi bersama-sama rakan sebaya, aku begitu ghairah untuk memancing.
Selalunya bila pulang ibuku akan menyiang ikan-ikan yang kubawa pulang dan menggulainya dengan cili padi. Masak lemak cili padi sudah sinonim dengan kampungku. Setiap kali aku pulang dari memancing, ibuku akan menggulai ikan. Dan memang sudah takdirNya, kegiatan memancingku tidak pernah menghampakan.
Di hujung bendang yang luas itu terdapat sebuah kedai runcit. Di situlah aku selalu membeli keperluan harian seperti gula, tepung dan sebagainya. Ayahku pula sering minum tea dan berbual bersama rakan- rakanya.
Suatu hari, ayahku pulang dari minum tea dan sebaik dia sampai dia menyerahkan sepucuk surat kepadaku. Memang posmen tidak datang ke rumah kecuali jika perlu. Semua surat-surat biasa ditinggalkan saja oleh posmen yang sudah pun arif penama surat tinggal berhampiran dengan kedai berkenaan. Ada tiga buah kedai runcit di kampungku itu. Satu di hujung, satu di tengah dan satu di hilir.
"Mana ayah ambil surat ni?:" tanyaku seolah-olah aku tidak tahu perjalanan surat di situ. " Dari bapa En," jawabnya ringkas. Aku tidak terkejut dengan jawaban itu. Namun aku sedikit kehairanan memikirkan samada ada pakatan di antara ayahku dan bapa En. Memang kedai runcit itu kepunyaan bapa En yang berniaga di situ di samping memandu teksi bila ada kelapangan.
Aku masuk ke bilik. Perlahan-lahan ku buka surat itu. Telefon masih belum ada. Jadi surat-surat lah yang menghubungkan kami dengan mereka yang merantau.
"Aku di kampus sekarang." Tulis En dalam suratnya." Sedang menjalani minggu orientasi, "jelasnya lagi. Pada akhir surat itu dia menulis "salam rindu, jangan nakal di kampung." Aku rasa terharu. '" Betul ke kau rindu", tanyaku kepada diriku sendiri.
Sejak itu setiap hari aku menanti posmen datang ke kampungku. Namun kosong. Tiada surat untukku. Sehinggalah seminggu lamanya bila sang posmen membelek belek surat sambil menyebut nama nama yang ada pada muka depan surat. Sang posmen kemudian memandangku lalu menyebut namaku sambil menyerahkan sepucuk surat.
Aku mencapai basikalku. Surat sudah dalam genggaman. "'En, terubatkah rinduku?" Aku melajukan kayuhanku. Aku mahu segera pulang.
9.10.2020
22.44pm.

No comments: