Surat Cinta Untuk Babah (1)
Terlanjur mengulas surat cinta untuk babah (2) saya merasa tidak adil jika tidak berbuat perkara yang sama ke atas surat siri yang sama siri satu. Saya tidak adil kepada diri sendiri. Saya tidak berbuat demikian kerana tidak menemui surat 1, walau pun sudah membuat carian di alam maya agak lama juga, tapi saya tak menemuinya.
Tiba-tiba saya dikirimi Surat 1 oleh penulisnya sendiri, Dr. Faridah. Berikut adalah ulasan saya terhadap surat siri satu.
Mengikut surat berkenaan yang sahabat saya
Leo Aws
(penyair di alam maya, akbar dan majalah) sifatkan satu bentuk penulisan autobiografi yang puitis, yang berbeza dari penulisan autobiografi konvensional, pertemuan babah/dan mama adalah sedikit luar biasa dari lain- lain pertemuan.Ringkasnya pertemuan pandang pertama, cinta pertama bahkan pertama dalam banyak hal berlaku di rumah kakak Faridah sendiri di lpoh. Mereka tidak bertemu kerana berlainan kursus. Sang laki-laki menekuni bidang kejuruteraan di USM Tronoh, manakala sang perempuan ke Universitas Hasanadin, lndonesia.
Saya kira pengaruh puisi prosa atau puisi esei kata Datuk Jasni Matlani , diperolehi sewaktu di universitas Hasanadin. Puisi jenis ini berkembang pesat di negara tersebut mungkin lebih sepuluh tahun lampau, manakala di negara kita ia hanya meninggalkan kesan yang sedikit. Tidak banyak percubaan ke arah itu oleh para penyair negara kita. Saya kira ini bab terpenting dalam kedua-dua surat ini, kerana ia berkaitan dengan subjek kesusasteraan yang dibincangkan.
Saya masih tercari cari formula untuk memperkatakan puisi jenis ini. Penulisan biografi yang ketengahkan oleh Dr Faridah boleh dijadikan satu pilihan dalam penulisan biografi dalam negara ini.
12.10.2020
15.59pm.
No comments:
Post a Comment