ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, June 13, 2021

 Analisa Puisi-Puisi FB, Mei 2021-Bhg.3.

Suasana Aidilfitri hampir berakhir namun lemang yang menjadi penanda aras Hari raya Melayu Muslim masih dijual di sana-sini.Dan hari ini bermulanya lockdown di seluruh negara akibat memuncaknya wabak covid yang melanda dunia.
Sajak-sajak di FB tetap bertambah walaupun hujan sudah mula berkurangan. Saya tertarik dengan tema sebuah sajak Md Sahak yang menjadikan bangsa Melayu sebagai intipati sajak beliau. Berikut adalah sajak beliau tersebut;
APA ADA PADA MELAYU
Kononnya
Melayu itu sebuah bangsa
bangsa yang cukup berani
dalam lembutnya ia keras hati
ketika sopannya ia tidak hilang identiti
begitulah kononnya Melayu itu.
Hakikatnya
Melayu tidak akan pernah bersatu
semua mahu tempat nombor satu
sentiasa tidak bersependapat
tidak akan bersetuju apa orang buat
dia saja yang paling hebat
sudahnya masing-masing merempat.
Konon ceritanya begini
Melayu ada harga diri dan berbudi
berani kerana dia saja yang berhak
berdegar kata-kata tanah ini miliknya
akhirnya orang lain juga jadi tuan
yang Melayu hanyalah menang sorak
tolak tangga hayun kaki.
Melayu kononnya adalah satu bangsa yang cukup berani. Keberanian ini ditimbulkan oleh dua tokoh yang dimitoskan dalam perwatakan Hang Tuah dan Hang Jebat dalam.kisah purba Melayu. Keberanian ini turut ditimbulkan dalam kisah pembunuhan J.W.W. Birch, pegawai kolinial British. Keberanian ini turut muncul dalam kes-kes lain yang tidak dapat disabutkan di sini.
Pada rangkap pertama ini bahasanya baik.Tiada perbandingan atau metafora. Hanya diselitkan aliterasi dan asonansi untuk menimbulkan aspek muzikal.
'Melayu itu sebuah bangsa.' Pada baris ini perkataan sebuah dipadankan dengan Melayu di mana penjodoh bilangan untuk Melayu itu saya kira tersasar. Sepatutnya satu bangsa yang digunakan, bukan sebuah.'Begitulah kononnya Melayu itu
Perkataan itu patut dibuang saja, kerana ia tidak perlu dan lebih kepada pembaziran.
Pada rangkap berikutnya penyair menyinggung keadaan bangsa Melayu hari ini. Menurut beliau Hari ini bangsa Melayu tidak lagi bersatu. Solidariti di antara mereka sudah hilang. Masing-masing berebut mahu menjadi pemimpin
'semua mahu tempat nombor satu'. Tempat nombor satu' menjanjikan kekuasaan, kekayaan dan kemewahan berada dalam genggaman. Melayu tidak lagi sepakat dan sependapat.Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat tidak lagi mereka amalkan.
Pada rangkap ini ada satu perkataan iaitu bersependapat. Pada saya sependapat sudah cukup. Tidak lagi perlu kepada penambahan 'ber'.
Pada rangkap akhir penyair menyatakan Bahasa Melayu ini mempunyai harga diri, dan dia merasa berhak ke atas bumi jantung pisang Yang didiami ini, namun akhirnya orang lain yang menjadi tuan. Memang menurut Perlembagaan Persekutuan orang Melayu berhak ke atas negara ini. Bagaimanapun dalam petjanjian kemerdekaan bangsa lain pun ada hak-haknya yang tersendiri.
Namun kerana sifat tamak haloba, negara ini telah tergadai sedikit demi sedikit dan orang Melayu pun semakin hilang perlindungan dan hak-haknya secara konstotusional.
Pada rangkap akhir dan di baris akhir penyair merubah sedikit peribahasa Melayu yang digunakan. Dia telah.menukar menang sorak tolak tangga hayun kaki sepatutnya menang sorak kampung tergadai
Ini menyebabkan sajak ini kehilangan sifat muzikalnya. Apa salahnya menggunakan ayat kampung tergadai.Kalau ingin membuat perubahan pun, biarlah perubahan itu mendekati maksudnya dan mengekalkan kepuitisannya, bukan mencipta sesuatu yang tidak puitis Dan hanya difahami oleh dirinya sendiri.
zainal lasim@
Ibnu Lazim,
2 Jun, 2021
01.33

No comments: