Mana Bulan Mana Bintang-Kumpulan Cerpen-Karya Azaika SR (Ebook)- Satu Sorotan- Bhgn 2.
Pada bahagian ini kita cuba melihat beberapa buah cerpen yang ditulis oleh Azaika SR, seorang penulis prolifik di mana karya-karyanya mencakupi bidang puisi novel dan cerpen. Pada bahagian pertama saya telah menyentuh tiga cerpen dari kumpulan ini. Kali ini saya akan menyentuh tiga cerpen lagi iaitu Kisah Sebidang Tanah, Mana Bulan Mana Bintang, dan Nasihat Atuk.
Sinopsis
Kisah Sebidang Tanah membawakan tema sebidang tanah peninggalan bapa Mazlan. Tanah itu terbiar untuk beberapa waktu. Bapa Mazlan meninggalkan pesan supaya tanah itu jangan dijual, sebaiknya diusahakan. Namun seorang kaya bernama Ludin berhasrat untuk membelinya walau dengan harga duakali ganda. Dia menggunakan orang tengah, yang juga orang kampung Mazlan dengan menjanjikan komisyen yang lumayan. Namun usaha Ludin gagal, Kamal ditangkap polis kerana menjual secara tipu. Tanah itu akhirnya diusahakan oleh Mazlan dengan tanaman sawit.
Pada cerpen Di mana Bulan Di mana Bintang yang menjadi tajuk kumpulan ini membawa kisah seorang sahabat menipu sahabatnya sendiri. Kisah yang diceritakan ini bermula dengan kegelisahan Ana pada malam tiada bulan Dan Bintang itu menanggung permasaalahan hidup yang telah diakuinya. Ana ditemani oleh sahabatnya Faridah.
Pengarang membawa kita apa sebernarnya yang telah dilalui Ana sehingga ia mengalami kemelut hidup yang dilaluinya.
Ana sebernarnya dijanjikan oleh Sally sahabatnya untuk bersama-samanya membuka satu perniagaan kosmetik yang dijangka akan merubah hidup mereka berdua. Untuk itu Sally meminta modal dari Ana sebanyak 100,000 ringgit. Namun janji tinggal janji. Sally menghilangkan diri selepas menerima wang itu dan Ana pula putus tunang dengan Hazrin, kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan dahulu. Sally akhirnya ditangkap ketika sedang merancang melarikan diri ke luar negeri. Kes-kes penipuannya yang lain turut terbengkalai.
Dalam cerpen Nasihat Atuk jalan ceritanya mendatar sahaja. Kisahnya adalah nasihat Atuk kepada cucunya berdarkan pengalaman dan pembacaannya.
Watak Dan Perwatakan
Dalam Kisah Sebidang Tanah, watak utama ialah Mazlan. Watak Mazlan berkembang dari segi emosinya, terutama hal yang berkaitan dengan tanah peninggalan almarhum ayahnya. Secara fizikal.ia hanya berpindah tempat dari Kuala Lumpur ke kampungnya dan berhenti kerja untuk mengusahakan tanah pesaka ayahnya itu. Selain itu, ia mengalami sedikit krisis dengan Kamal yang beriya-iya untuk menjual tanah ayahnya itu kepada Ludin, orang Kaya yang berhajat kepada tanah itu. Watak-watak lain hanyalah watak sampingan sahaja.
Kamal adalah watak hitam dalam cerita ini yang ingin mengambil keuntungan lumayan jika tanah itu terjual.
Dalam cerpen Mana Bulan Mana Bintang Ana merupakan watak penting yang mengalami gangguan emosi akibat ditipu oleh sahabatnya Sally wang sebanyak 100,000 ringgit ekoran ingin menjadi usahawan kosmetik yang berjaya. Namun wangnya lesap dan tunangnya hilang akibat ditipu Sally.
Watak-watak lain seperti Faridah dan Hazrin adalah pelengkap kepada perjalanan cerita.
Dalam Nasihat Atuk hanya dua watak, Atuk dan cucunya Aku. Atuk pemberi nasihat dan Aku hanyalah pendengar.
Klimak,Peleraian Dan Kesimpulan
Dalam Sebidang Tanah jalan cerita menuju ke punacaknya bilamana polis datang ke tempat tanah yang menjadi subjek cerita dan Kamal ditangkap, sementara Mazlan kemudian mengusahakan tanah itu di samping mewujudkan pekerjaan kepada orang-orang Kampung.
Dalam Mana Bulan Mana Bintang konflik memuncak bila Sally cuba melarikan diri dengan wang modal niaga namun akhirnya ditangkap polis.
Pada cerpen Nasihat Atuk, tidak Ada konflik dan klimak. Ceritanya mendatar sahaja dan pengakhirannya juga mendatar.
Terlepas dari beberapa kelemahan, Azaika SR telah tampil sebagai penulis berbakat, namun bakat itu harus dipertajam, agar cerita- cerita mendatang lebih baik dan lebih mencabar minda.
zainal lasim@
Ibnu Lazim,
24.5.2021
O9.57
No comments:
Post a Comment