Analisa Puisi-Puisi FB, Mei, 2021-siri 7.
Bulan ini agak kerap saya membuat ulasan. Mungkin sebab lockdown. Mungkin juga sebab lain. Tetapi tulisan ini tidak bergantung kepada teori permitaan dan penawaran. Ia hanya sukarela dan saya anggap satu khidmat masyarakat. Mudah-mudahan saya terhindar dari bala bencana. Amin.
Untuk kali ini saya tertarik dengan sekuntum bunga & seorang dikau karya Rah Jaffar . Kita baca dulu puisinya:
SEKUNTUM BUNGA & SEORANG DIKAU
I
Sekuntum bunga itu bisa kuraih bisa kusentuh bisa kuhidu wangiannya pun bisa kutatap kecantikannya semahu hatiku.
Sekuntum bunga tika mekar segar ramai hati yang memuja namun tika ia layu dan gugur ke bumi tiada hati yang merasakan kesedihan.
II
Seorang dikau tidak bisa kuraih tidak bisa kusentuh jauh sekali untuk kutatap semahu hatiku.
Namun seorang dikau sentiasa mewangi di lubuk jiwaku sentiasa terlihat di mindaku dan seorang dikau sentiasa kuberbicara nun di relung sepi hamparan masaku.
III
Dahulu dan kini masih tiada seorang dikau layu dari ingatanku tiada juga dikau gugur dari belahan gusarku walau sepi lisanmu sentiasa mengisi ruang waktuku.
Rah Jaffar
Sg Tongkang
Jumaat@28/5/2021
Fakta yang dapat diambil dari puisi ini:
1.Bunga di sini bermaksud wanita atau perempuan.
2.Bunga itu bisa disentuh, hidu atau tatap semahunya.
3.Ketika mekar ramai yang memuja.
4. Ketika layu orang tak mahu.
5.Dikau di sini pendapat saya seorang lelaki.Tidak boleh diperlakukan sesuka hati.
6. Namun dikau sentiasa mewangi di lubuk jiwa, bermain di minda,
7.Dikau tidak pernah luput dari ingatan walau dalam keadaan bagaimana pun- maksud saya ingatan si bunga.
Ayat-ayat menarik:
Dikau tidak bisa kuraih dan sentuh.
Mewangi di lubuk jiwa.
Sentiasa terlihat di mindaku (biasa minda ingat bukan lihat). Lihat lebih dari ingat.
Puisi ini agak romantis bahasanya, mungkin kerana ia dicipta dengan rasa cinta kepada Dikau.
Ramai hati yang memuja. Pasangan untuk hati adalah banyak. Namun Di sini penulis bermaksud orang/manusia.
Di relung sepi adalah diksi yang baik.
Belahan gusarku- juga diksi yang baik.
Hamparan masa- juga baik.
Rimanya baik dan muzikal.
Selain itu tiada unsur lain seperti metafora, personafikasi , ambiguiti atau lainnya. Puisi ini berjaya sebagai sebuah puisi romantis.
zainal lasim@
Ibnu Lazim.
11 Jun, 2021
01.28am.
No comments:
Post a Comment