ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, June 13, 2021

 Cinta Sebidang Karpet: Satu Sorotan

Kebetulan saya membeli Akhbar Mingguan Malaysia beberapa minggu lepas. Kurang ingat tarikhnya. Saya melihat ada sebuah cerpen berjudul Cinta Sebidang Karpet. Saya lihat nama penulisnya, macam pernah terbaca. Namun saya biarkan saja, dua minggu kemudian baru saya baca. Kisahnya agak menarik kerana kaitan dengan masalah semasa. Juga terselit ciri-ciri silang budaya yang menjadi penelitian bidang komunikasi. Dengan begitu saya ingin memperkatakannya sedikit sebanyak. Saya sebernarnya bukan ahli bidang ini. Namun ada yang ingin saya kongsikan dengan pembaca.
Sinopsis
Cerpen ini yang ditulis oleh Umi Solehah membawa persoalan semasa, masalah pendatang Pakistan mencari rezeki di negara ini dengan berniaga karpet yang akhirnya berjaya dalam perniagaan mereka dan mengahwini orang tempatan. Mereka menyediakan kemudahan seperti rumah dan perniagaan runcit untuk isterinya itu. Ini adalah persiapan asas sekiranya mereka pulang ke negara asal. Dengan begitu isteri Melayunya itu boleh membiayai hidup sendiri seandainya ditinggalkan.
Plot
Cerpen ini yang menggunakan sudut pandangan orang pertama dimulakan dengan watak Aku berjiran dengan pasangan Pakistan, En. Sulaiman dan isterinya, Fatimah.
Mereka berjiran sekitar dua tahun dan atas beberapa sebab keluarga Pakistan itu berpindah ke lokasi lain. Hidup mereka agak mewah dan amat mentaati Agama Islam. Seperti Yang kita lihat ada juga yang kurang taat, terutama yang bekerja di kilang-kilang atau pasaraya.
Tidak seperti pendatang dari Indonesia lebih meneroka bidang pembinaan, satu bidang yang tidak diminati oleh penduduk tempatan.
Plot bergerak cepat ke arah tujuan bila 'aku' mendapat jemputan kahwin dari En.Sulaiman untuk perkahwinan anaknya Abd. Rahman. Tiba masanya 'aku' hadir ke majlis itu untuk melihat sendiri kebudayaan Pakistan menarik minatnya. Dia disambut oleh Fatimah, isteri Encik Sulaiman dan dijamu dengan nasi Arab.
Sedang asyik menikmati nasi Arab, 'aku' didatangi oleh seorang perempuan Melayu bernama Milah. Perkembangan cerita selanjutnya berkembang secara sorot belakang (flashback) melalui dailog 'aku' dan Milah. Dari dailog antara mereka berdua Kita diberi faham mengapa Milah juga berkahwin dengan lelaki Pakistan. Suami Milah Ali, pada mulanya berniaga karpet dengan berbasikal sahaja. Milah adalah pelanggan tetap Ali. Milah juga membantu Ali dengan mempromosi barangan jualan Ali, akhirnya mereka bercinta dan berkahwin. Perniagaan Ali bertambah maju, dia kemudian memakai motorsikal kemudian bertukar proton saga.
Strategi kejayaan orang Pakistan adalah memberi hutang kepada pelanggan mereka dan mereka ramah dengan pelanggan.
Sebagai isteri orang Pakistan Milah disediakan rumah, sebuah perniagaan runcit persekolahan anak-anak ditanggung suaminya.
Milah memberitahu 'aku' dia tidak kisah ditinggalkan jika suaminya pulang ke Pakistan. Dia tidak memilih lelaki Melayu kerana mereka malas, suka duduk di kedai kopi dan terlibat dengan dadah.Lagi pun lelaki Pakistan handsome, bermata biru dan hidung mancung. Kata-kata Milah itu menyebabkan ' aku' menyimpulkan bahawa lelaki Melayu sudah hilang permintaan. Teori permintaan dan penawaran adalah analisa ekonomi terhadap perniagaan.
Dalam perjalanan pulang dari majlis itu 'aku' singgah di kedai Laila untuk membeli tepung. Di situ dia juga menemui orang yang seperti Milah.
Watak Dan Perwatakan
Watak utama dalam cerita ini ialah 'aku' yang hidup berjiran dengan keluarga Pakistan. Gambaran fizikal tentang 'aku' tidak diberikan oleh pengarang. Hanya perkembangan jiwa dan pemikiranya dibentangkan kepada pembaca.la memikirkan nasib bangsanya yang ketinggalan berbading pendatang Pakistan. Dia juga melihat ekonomi negaranya diambil sedikit Demi sedikit oleh orang luar,sehingga ia memikirkan kata-kata keramat dari hikayat Hang Tuah 'Tak Kan Melayu hilang di dunia. Namun realitinya orang Melayu semakin terpinggir di negara sendiri, bukan sahaja oleh sebab saingan pendatang, tetapi politikus Melayu sendiri yang tamak kuasa, harta Dan korup.
Watak ke dua penting adalah Milah. Dari Milah kita tahu sebab-sebab kejayaan peniaga Pakistan dan Bagaimana ia tertawan dengan peniaga Pakistan dan akhirnya berkahwin dengan peniaga tersebut.
Watak-watak lain ialah En. Sulaiman dan isterinya, serta Abd.Rahman anaknya yang menjadi pelengkap cerita ini.
Penilaian Dan Kesimpulan
Secara keseluruhannya cerpen ini baik berjaya menggambarkan tema dan persoalan yang dipersembahkan. Saya juga pernah berurus niaga dengan bangsa ini dan ia sama seperti yang diceritakan.
Syabas diucapkan kepada Umi Solehah.
Oleh
zainal lasim
@lbnu lazim,
8.5.2021,
02.02am.

No comments: