Jurang Kata-Kata
Kau menulis
dengan kata-kata
sebagai cendekiawan
memberi faham
makna atau kiasan
ulasan atau ehwal
semasa atau apa saja
kata-kata murni
juga tujuan murni.
Namun kadangkala
kata-kata sukar difahami
orang kampungku
istilah-istilah ganjil
tak dikenal
tapi aku bisa saja
melihat kamus atau Google
membikin aku faham
tapi orang kampungku
terkial-kial
mereka tak pernah
menjejak kaki
di kolej atau universiti.
Kau cendekiawan
Bahasa kita sama
namun orang. kampungku
terpinga-pinga
mencari kefahaman
kecendekiawanan.
Aku dan orang kampungku
dalam kata-kata
terdapat jurang yang dalam.
zainal lasim,
7.5.2021.
06.15
No comments:
Post a Comment