ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, June 13, 2021

 Mana Bulan Mana Bintang -Kumpulan Cerpen oleh Azaika SR (E-Book) Satu Sorotan- Bhg 1.

Kumpulan Cerpen persendirian ini dalam bentuk e-book mengadungi 10 buah cerpen karya Azaika SR.
Cerpen pertama ialah Suami Isteri Penulis. Cerpen Ke Dua berjudul Teraniaya dan Ke Tiga berjudul Biar Kalah Asalkan Jangan Mengalah. Pada bahagian ini saya cuba melihat ke tiga-tiga cerpen ini dahulu.
Suami Isteri Penulis mengisahkan pertemuan di antara Ayu dan Aku di pantai Teluk Kemang, Port Dickson. Ayu adalah gadis yang meminati tulisan 'Aku' yang merupakan penulis yang sudah mendapat tempat dan sudah dikenali dalam bidang penulisan. Ayu menyatakan kesediaannya untuk mempelajari ilmu penulisan dari Aku. Akhirnya mereka bercinta dan berkahwin.
Cerpen selanjutnya berjudul Teraniaya mengisahkan konflik di antara sesama manusia dalam sebuah syarikat pembinaan. Encik Rosli adalah pekerja kepercayan boss, En. Borhan. Satu watak lagi ialah En Azhar. Watak Hitam dalam kisah ini ialah Salleh.
Salleh berniat jahat dan ingin mengambil alih syarikat En.Borhan.Dia berusaha menimbulkan kebencian En. Borhan terhadap Rosli dan Azhar. Ke dua-duanya kemudian dibuang kerja. Namun akhirnya En.Borhan menyedari sikap Salleh, Dan beliau juga dibuang kerja. Rosli dan Azhar menubuhkan syarikat pembinaan yang baru. Borhan, Azhar dan Rosli kemudian bertemu secara kebetulan di sebuah restoran. Mereka berazam memajukan syarikat masing-masing.
Cerpen ke tiga pula mengisahkan pertemuan antara dua sahabat, lsdawati dan Hazman. Isdawati meluahkan rasa kecewanya dalam hidup ini kepada Hazaman. Namun tidak dijelaskan punca kekecewaan itu. Hazaman memujuk dan menasihati lsdawati hingga akhirnya lsdawati mahu kembali meneruskan kehidupan. Cerita ini juga mengambil pantai sebagai lokasinya, sama seperti cerpen pertama.
Dalam ketiga-tiga cerpen ini, watak-wataknya tidak begitu berkembang kecuali Rosli dan lsdawati diberikan sedikit pergolakan jiwanya. Namun dari segi lukisan alam penyampaian Azaika agak baik.
Konflik jiwa Rosli dan lsdawati mendapat sorotan agak baik. Watak-watak lain tidak disentuh perkembangan fizikal atau mental mereka.
Cuma saya tidak begitu bersetuju bila Azaika SR campur tangan dengan menyelitkan pendapat dan nasihat beliau di akhir cerita.lni mengubah sudut pandangan dalam cerita selain ianya tidak perlu dan ini bukan cerpen permulaan di zaman majalah Guru. Terlepas dari beberapa kelemahan , Azaika SR telah pun berjaya menyampaikan mesejnya melalui cerpen-cerpen berkenaan.
zainal lasim
@lbnu Lazim،
18.5.2021
01.16.

No comments: