ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, June 13, 2021

 Ulasan Cerpen

Judul: Kisah Pak Abu Dan Barang-Barang Lama
Penulis; Azaika SR
Cerpen ini sebernarnya telah diasiarkan oleh Akhbar Mingguan Malaysia pada 30.5.2021.
Kisah Pak Abu Dan Barang-Barang Lama (KPBDL) adalah sebuah kisah sederhana yang membawa tema perlunya mengumpul barang-barang lama dan bersejarah.
Cerpen ini didukung oleh tiga watsk
sahaja, itu Pak Abu, Atan dan Tok Ketua.
Minat Pak Abu begitu mendalam terhadap barang-barang lama dan bersejarah. Dengan begitu Pak Abu merayau di sekeliling kampung untuk mendapatkan arang-barang lama dan antik itu. Ia berpendapat barang-barang- itu perlu dikumpulkan kerana ia adalah sebahagian dari budaya bangsa dan patut diketahui oleh generasi muda.
Watak seterusnya ialah Atan. Atan tidak berminat mengikut jejak langkah Pak Abu. Namun Pak Abu memujuknya untuk turut serta.
Akhirnya Atan berjanji akan mencubanya., mana tahu minatnya akan timbul di situ. Dan memang akhirnya Atan berminat mengumpul barang-barang yang sama.
Watak ketiga adalah Tok Ketua, yang merupakan pihak berkuasa di situ. Pak Abu memang mengharapkan satu tempat untuk meletakkan barang-barang yang telah dikumpul. Bila Tok Ketua menawarkan tempat untuk menyimpan barang-barang itu, Pak Abu begitu gembira menerimanya.
Penilaian & Kesimpulan
Cerpen ini temanya memang bagus, namun penyampaianya terlalu bersahaja dan sederhana sekali sehingga kita terasa tiada apa-apa pun yang cuba diketengahkan oleh pengarang selain usaha Pak Abu mengumpul barang lama atau antik.
Tiada unsur suspend, tiada konflik, tiada perkembangan jiwa kecuali sedikit pergolakan jiwa Pak Abu atas penolakan Atan untuk turut serta menyertainya.
Seharusnya pengarang membina cerita yang menarik dengan konflik dan peleraian yang mencabar minda. Pengarang juga boleh menimbulkan konflik yang boleh dihayati bersama oleh pembaca. Atau cuba gunakan plot yang lebih baik dari cerita konvensional seperti ada flashback dengan susunan bcad, bukan abcd- plot yang terlalu mudah.
Kesimpulannya cerpen ini sederhana sahaja dan tidak mencabar minda pembaca.
zainal lasim@
Ibnu Lazim.
12.6.2021.
00.53

No comments: