ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, June 13, 2021

 Analisa Puisi-Puisi FB Mei, 2021- Siri 5.

Kali ini saya membuka peluang kepada pemuisi yang sentiasa pakai baju bola. Adakah dulu dia pemain bola dan kini menetap di sini. Maaf saya sentuh sikit soal peribadi ya Enzo Nazri. Sajak tuan Perutusan Hati adalah tentang Surat, sesuatu yang sudah ditinggalkan orang, kerana kemajuan internet dan telefon pintar dan wujudnya media sosial. Di bawah ini adalah sajak beliau:
PERUTUSAN HATI
Sudah lama
Mencari
Mana hilangnya tradisi
Mengutus warkah bicara diri
Sudah lama
Menanti
Kiriman surat perutusan hati
Menyapa khabar perihal duniawi
Semakin hilang cara
Beransur pudar jiwa
Berkongsi duka.. secara tiba
Semakin hilang kata
Dari dalam hati bilamana semua
Dambakan teknologi
Dalam meluah rasa pada layar maya
Hingga mudah terluka
Tika menyusun nada tinta
Kembalikan dulu
Acara itu
Temasya rindu bait bait kemahuan
Mengisi baris baris tulisan berutus dan berkiriman
Bertanya perkhabaran
Dari sekeping hati kepada sekeping hati
Menerokai perasaan..sesama kita insan
Enzo Nazri
Bani43000
26Mei2021
Putrajaya
Dalam sajak ini Nazri merindui surat yang menjadi penghubung sesama manusia. Malah ia menjadi tempat melepaskan rindu dendam bagi orang bercinta. Namun kata Nazri tradisi itu sudah hilang dan beliau merindui nya.
Surat itu menurut penyair adalah Perutusan Hati .
2.Surat juga warkah bicara diri.
3.Tiadanya surat jiwa beransur pudar.
4. Tiada surat semakin hilang kata.
5.Semua orang dambakan teknologi dan meluah rasa pada layar maya.
6.Hati mudah terluka bila guna alam maya
7.Penyair mengajak kenbalikan zaman surat-menyurat.
8.Berutus berkirim perkhabaran melalui surat dapat melihat tulisan tangan.
9. Dapat meneroka perasaan sesama insan.
'diksi Yang agak baik 'meluah rasa pada alam maya.
Selain itu hanya ayat ayat yang biasa diguna-pakai dalam penulisan . Enzo Nazri cubalah bersikap lebih kreatif' dengan pelbagai teknik dalam puisi dan mencari diksi-diksi baru untuk Puisi-Puisi mendatang. Mengapa menulis tema tentang Surat? Mungkin beliau ada kenangan tersendiri dengan 'surat.' Surat sudah ditinggalkan orang seperti kad Raya dan sebagai. Cuma Surat perlantikan jawatan atau perletakannya masih diperlukan. Arahan dan kenyataan bos-bos pun sekarang dibuat melalui media sosial atau media baru.Mungkin Nazri menunggu Surat dari seseorang?
zainal lasim@
Ibnu Lazim.
6.6.2021
21.03.

No comments: