ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, June 13, 2021

 Analisa Puisi-Puisi FB Mei, 2021- Siri 4.

Puisi- Puisi selepas Aidilfitri agak banyak . Tentunya tidak dapat dianalisa semuanya. Kali ini saya memilih puisi tentang wanita. Wanita yang dijadikan Tuhan sebagai makhluk yang lembut, yang perasa, moody, yang banyak dipengaruhi oleh emosi, kadangkala sukar difahami dan bebagai lagi sifat positif dan negatif yang mereka miliki.
Kita lihat dahulu puisinya:
WANITA SEJATI IDAMAN HATI
Wanita itu hatinya tisu
Sifatnya pemalu
Mana mungkin bertindak melulu
Terlebih dahulu
Tanpa bukti yang nyata
Sebagai tanda ia benar belaka
Bukan hanya sekadar angan-angan atau impian cuma
Wanita itu cepat terluka
Andai ia terasa
Namun mudah bertimbang rasa
Asal saja kau bisa menjaga
Hati dan perasaanya
Wanita itu lembut hatinya
Ibarat kerak nasi
Apabila direndam akan lembut jadinya
Wanita itu harus dibelai jiwanya
Agar ia sentiasa segar dan tidak ketandusan
Kata Ali bin Abi Thalib R.A
"Wanita itu ibarat bunga
Mereka harus diperlakukan dengan lembut,baik hati dan kasih sayang.."
Walau siapa pun engkau
Andai sudah disayangi wanita
Kau pasti akan dijaga dan dipuja
Namun wanita sebegitu
Sukar dicari
Dizaman ini
Wanita solehah idaman hati
Penyejuk mata penawar hati
Penyejuk jiwa penawar lara
Itulah wanita sejati
Penambat sanubari
-Nurmurni-
31 Mei 2021
DAnjung Ivory
Wanita Sejati Idaman Hati karya Nurmurni ini antara lain sifat-sifat wanita itu;
1.Hatinya ibarat tisu. Satu perbandingan dari Nurmurni membawa maksud hati wanita lembut..mungkin juga muda tergoda dan sebagainya.
2. Wanita itu pemalu
3.Wanita itu cepat terluka.
4. Mudah bertimbang rasa.
5.Wanita itu lembut. hatinya. Ibarat kerak nasi. Satu perbandingan yang agak tradisional.
6.Wanita itu harus dibelai jiwanya- agar sentiasa segar dan tidak ketandusan.
7.Pada pendapat Ali bin Abu Thalib: wanita ibarat bunga.Harus diperlakukan dengan lembut, baik hati dan penuh kasih sayang.
8- Jika kaum lelaki dapat melakukan hal di atas, ia akan disayangi, dijaga dan dipuja.
9.Namun sekarang wanita sebegitu sukar dicari- penyejuk jiwa, penawar hati dan lara- kerana sifat-sifat ini sudah hilang dirempuh oleh falsafah materialism yang melanda manusia hari ini.
Puisi ini dari seorang wanita yang menerangkan sifat-sifat kini, dan tentunya tidak dapat diperdebatkan kerana ia ditulis oleh wanita sendiri.
Puisi ini tidak menggunakan teknik yang banyak yang terdapat dalam teori puisi. Namun ianya masih enak dibaca dengan unsur aliterasi dan asonansi Yang menimbulkan NADA muzikal. Hanya ada satu perbandingan 'hatinya ibarat kerak nasi.'
Dan ada satu teknik pengulangan iaitu penyejuk mata , penyejuk jiwa. Juga ia puisi yang tidak berangkap sama seperti kebanyakan puisi AGi.Kaum laki-laki harus memanfaatkan puisi ini dalam menawan hati wanita.
zainal lasim@
Ibnu Lazim,
4.6.2021,
08.16.

No comments: