ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Sunday, June 13, 2021

 Analisa Puisi-Puisi FB, Mei, 2021- Siri 6.

Saya tertarik dengan namanya. Kemudian saya lihat gambar dia, memang Manja.
Di bawah ini sebuah puisi beliau Yang diterbitkan pada Bulan Mei,2021.
Cinta Seusia Tua
Rindu tak mngenal usia
jua tak memilih siapa
kala hadirnya
begitu menyesak dada
meruntum lara di jiwa
Cinta seusia tua
jua tak memilih siapa
mungkin lucu tapi luar biasa
kala hati sudah suka
tak endah buruk baiknya
semuanya indah belaka
Cintanya anak muda
patah tumbuh hilang berganti
cinta seusia tua
berbekas dihati
rintangan
halangan
begitulah banyak perkiraannya
Namun cinta seusia tua
lebih
hebat
dari cinta anak muda
tak dipamirkan gerak laku menggoda
tak diucapkan kata mengayat mesra
cukup bahasa jiwa mnggapai rasa
Indah sungguh cinta seusia tua
berbekas cantik
terlakar coretan dihati
mungkin seketika
namun begitu bererti
Cinta seusia tua
tak kekal lama
akan pergi jua
Manja Mohd,Seberang Takir 4.57am...Ahad_14/2/21
Manja menulis puisi bertemakan rindu. Namun rindu ini ada sedikit kelainan, iaitu pada usia tua.
Berikut adalah fakta ringkas puisi tersebut;
1.Rindu tidak menenal usia. Tidak memilih siapa.
2.Hadirnya menyesak dada.
3. Mungkin lucu, tapi itulah rindu orang tua.
4.Rindu membuat semuanya Indah.
5.Cinta orang tua berbekas di hati.
6.Cinta di usia tua lebih
hebat
.
7.Terlakar di hati, namun tidak lama.
8.Satu hari akan pergi , mungkin bersama tuannya.
Rima akhirnya juga baik.
Banyak menggunakan aliterai dan asonansi
Perbandingan; lebih
hebat
dari cinta Anak muda.
Diksi Yang menarik:
Meruntum lara Di jiwa
Cukup Bahasa jiwa menggapai.
Tak diucap kata mengayat.
Bahasa jiwa menggapai rasa.
Rima akhirnya juga baik.
Kata
Tidak memilih siapa diulang dua kali. Mungkin rangkap itu boleh disatukan.
Teknik pengulangan sering diguna-pakai dalam puisi namun biarlah kena pada tempatnya.
Contoh;
Rindu tak menenal siapa dan usia
hadirnya menyesak jiwa
meruntum lara
lucu tapi luar biasa
bila sudah suka
semua Indah belaka.
Sebelum pos para pemuisi cuba edit karya sendiri sehingga tiada yang polos.
Sajak ini baik Dan berjaya sampaikan maksudnya.
---------
Sajak ini juga tentang cinta Dan rindu:
67.EPILOG RINDU.
Simpulan dedaun perkasihan
menjadi teduhan tulus
tempat merebah sesaat tenat
ketika tiada riba mengalas
di pondok rasamu aku berlabuh.
Kubina tiang-tiang seri
pengukuh lunglai jiwa pasrah
kuhias dinding hati nan sungguh
warnai dengan sapuan pancar sari
penyeri nurani nan mewangi.
Kulabuhkan ingatan di bantal hatimu
menadah lena di peraduan sepi
berselimut rindu pada yang jauh
tiada alpa jarak terpisah
kasih sejati kekal di hati.
JULIA IKIN
JOHOR
29 Mei 2021.
Fakta Yang boleh diambil:
1.perkasihan menjadi. tempat rebah di saat tenat/penat.
2.kasih jadi penyeri nurani.
3.walau jarak terpisah namun kasih kekal Di hati
Bahasanya agak romantis, namun faktanya sedikit sahaja.
Persamaan rima akhir agak baik.
Kata-kata yang menarik:
Simpulan dedaun perkasihan
tempat merebah sesaat (sepatutnya di saat) penat. Tak mungkin penat sesaat.
Ketika tiada riba menggalas
Bantal mungkin kurang sesuai untuk hati. Yang susuai sudut hati, dalam hati.
Menadah lena di peraduan sepi.
Beerselimut rindu pada yang jauh- unsur personafikasi.
Sajak ini lebih kepada bunga Bahasa bagi orang mabuk cinta jarak jauh.
Apa pun sebagai sebuah sajak ia baik.
zainal lasim@
Ibnu Lazim
10.6.2021
01.48.

No comments: