ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, July 4, 2009

TV ISLAM

Pengumuman Dato' Seri Zahid Hamidi mengenai TV Islam tentu agak melucukan. Setahu penulis, tidak ada negara yang menamakan TVnya TV Islam. Adakah ini satu penjenamaan semula kepada TV yang ada atau ingin mewujudkan satu lagi saluran TV yang telah begitu banyak di negara kita?

2.Orang yang diberi tanggungjawab ke atas projek TV Islam itu adalah Dato' Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di JPM yang kalah dalam pilihan raya lalu. Dari seorang pensyarah kawakan, pakar motivasi dan sebagainya, beliau menceburi politik UMNO di zaman Mahathir. Semua ilmu Islamnya ketika menjadi pensyarah di UIAM hilang entah ke mana. Bahkan beliau terlibat dalam isu menghalalkan pelacuran di kalangan orang kurang mampu demi untuk meneruskan hidup.

3. Kita lihatlah nanti apakah konsep dan halatuju TV Islam itu, apakah ia benar-benar bercorak Islam, atau hanya sekadar kosmetik sahaja. Kita sudah banyak saluran TV, bahkan sebahagiannya agak berlebihan dalam menawarkan program hiburan yang melekakan khasnya anak-anak muda.Ke manakah mereka mahu di bawa. Apakah peranan Dato' Jamil Khir Baharum yang suatu ketika dahulu terkenal dalam forum hal ehwal perdana di TV1, sebaris dengan Dato' Harun Din dan Dato' Ismail Kamus. Ke manakah suara tegas beliau sewaktu di forum dahulu? Apkah sudah hilang kerana termakan gula-gula UMNO-BN?

4. Sepatutnya kaji sahaja sekelian saluran TV yang ada dan terapkan lebih banyak program-program bercorak Islam yang mampu memberi kesedaran kepada golongan muda, bukan menghidangkan mereka dengan budaya hedonisme yang berlebihan. Tidak ada perlunya mewujudkan sebuah lagi saluran TV yang bersifat kosmetik dan mungkin memaparkan Islam sederhana dan mengelirukan atau seperti kata Syed Qutb, Islam ala Amerika, yang hanya merosakkan Islam itu sendiri oleh penganutnya gara-gara ghairah oleh kepentingan politik tertentu.


AlKundangi,
4.7.2009.
http://alkundangi.blogspot.com

Friday, July 3, 2009

KONFLIK POLITIK DI KEDAH

KONFLIK POLITIK KEDAH

AlKundangi

Perkembangan terbaru politik tanahair ialah keluarnya Ahli Undangan DAP Kedah dari gabungan Pakatan Rakyat.Ini pada saya sesuatu yang mengecewakan. Tatakala kita sedang berusaha untuk menawan Malaysia pada PRU ke 13 akan datang, satu badai sudah melanda dan meretakkan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat. Mungkin ada sesuatu yang berlku di balik tabir, atau ada dalang yang menggoda sehinga terjadi demikian, itu satu persoalan yang sukar dibaca setakat ini.

2.Apa yang berlaku di Kedah belum dapat ditafsir sepenuhnya.PAS bagaimanapun masih menguasai kerajaan negeri.PAS ada 16 kerusi,PKR 5,DAP satu,BN 14. Sukar bagi BN untuk menggugat Kedah sepertimana di Perak.Pakatan Rakyat masih ada 21 kerusi kalau ditolak satu kerusi DAP.Majoriti masih di tangan Pakatan Rakyat.

3.Sikap DAP dalam hal ini belum dapat diduga punca sebenarnya. Namun tentunya agak mengecewakan kejadian yang berlaku itu, dan ia pasti menguntungkan UMNO-BN. Adakah DAP sukar dipercayai?. Penulis tidak dapat menjawabnya. Politik Malaysia bercorak berbilang kaum. Oleh itu hubungan antara kaum harus dijaga dan dihormati.Anggap saja kenyataan-kenyataan pemimpin DAP adalah kenyataan politik, berdasarkan keadaan politik semasa. Dengan itu tidak ada sebab untuk membenci antara satu sama lain. Mungkin ada yang melaga-lagakan antara PAS,DAP dan PKR dalam usaha untuk menumbangkan sebuah lagi kerajaan negeri di bawah PR. Riak air harus dapat dibaca oleh para pemimpin politik. Media memang memainkan peranan memecah-belahkan perpaduan Pakatan Rakyat, sehinggalah mereka puas hati dan dapat menguasai semula Malaysia.

4.Namun zaman sudah berubah. Sokongan kepada UMNO-BN kian berkurangan. Tidak siapa pun dapat menafikannya.Hubaya-hubayalah dengan apa yang berlaku di Kedah. Semoga Menteri Besar dapat menanganinya dengan baik. Dan kita pun mengharapkan kebaikan dan keamanan.Mudah-mudahan Kerajaan Pakatan tetap teguh, bahkan lebih teguh dari sebelum ini. Badai yang melanda hanya kecil sahaja,jadi tidak wajar melatah. Biarkan UMNO-BN melatah dengan media-media rasminya.Biarkan siluncai terjun dengan labu-labinya. Kita perlu teruskan kehidupan dan perjuangan yang belum selesai ini. Insyaallah.

http://alkundangi.blogspot.com
4.7.2009.

Wednesday, July 1, 2009

H1N1

Tersebarnya wabak H1N1 memperlihatkan betapa Islam melarang umatnya dari mendekati khinzir yang menjadi punca pelbagai penyakit. Penyakit-penyakit seperti selsema burung, kuku dan mulut, cocksakie B, Japanese Eccepelentice dikaitkan dengan khinzir. Tetapi manusia memang bersifat degil,masih mendekati apa yang diharamkan oleh Allah.

2.Tuhan maha tahu apa yang baik untuk manusia dan apa yang tidak.Tetapi manusia selalu menentang penciptanya sendiri. Kini manusia dikejar oleh ketakutan yang abstrak sifatnya. Sebenarnya manusia dikejar oleh dirinya sendiri,oleh sifat tamak haloba dan degil.

3.Demikianlah, H1N1 merebak di seluruh dunia, dan sehingga ini tiada penawar khas untuk wabak itu. Cubalah kaji alQuran dan realiti yang disebutkan di dalamnya berlaku saban hari didepan mata. Kebenaran tetaplah kebenaran. Bila yang batil hilang, kebenaran akan mengambil tempatnya semula.


AlKundangi,
1.7.2009.