ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Friday, November 2, 2012

SYARI'AH RABBANIYYAH


Syari’ah Rabbaniyyah

-,02 Nov 2012

Bahagian Pertama
Syari’ah Rabbaniyyah adalah ciri asas atau fundamental yang membezakan antara undang-undang Allah dan undang-undang ciptaan manusia (man-made law). Adalah mustahak untuk kita memahami ciri pertama ini. Jika kita diminta untuk menyimpulkan dengan satu perkataan apakah yang ciri asas yang paling penting yang membezakan undang-undang Allah dan undang-undang manusia, jawapan kita adalah “rabbaniyyah”.

Undang-undang Allah adalah bersifat rabbaniyyah. Ia bermaksud pemilik syariat Islam adalah Allah s.w.t. . Dengan lain perkataan undang-undang syariah mempunyai hubungan dengan Ketuhanan.

Mungkin ada yang bertanya apa istimewanya syariat Islam adalah syari’ah rabbaniyyah. Mereka juga mungkin bertanya apa hebatnya jika undang-undang ini adalah milik Allah.

Untuk mengetahui keistimewaan tersebut kita kena mengetahui siapakah Allah tersebut berbanding dengan manusia.

Untuk mengetahui siapakah Allah, kita kena lihat kalamNya di dalam KitabNya iaitu Al-Quran. Al-Quran menerangkan kepada kita siapakah Allah . Antaranya Allah menyatakan bahawa


“Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”[ Al-Baqarah : 227 ]

Allah juga berfirman :-


“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Perkataan “Sami’” kita tidak terjemahkan sebagai Mendengar. Sebaliknya kita katakan “Maha Mendengar”. Begitu juga kalimah “’alim” kita tidak terjemahkan sebagai Mengetahui. Sebaliknya kita terjemahkan sebagai Maha Mengetahui. Penambahan perkataan “Maha” kepada sifat Mendengar dan Mengetahui menunjukkan bahawa sifat mendengar dan mengetahui Allah tidak sama dengan sifat mendengar dan mengetahui manusia.

Bila Allah katakan bahawasanya Allah adalah Maha Mengetahui sekaligus kita tahu pengetahuan Allah  adalah tidak terhad. Allah mengetahui apa yang manusia tidak tahu. Pengetahuan manusia adalah “mahdud” (terhad) sedangkan pengetahuan Allah adalah ‘ghayr mahdud” (tidak terhad).

Sebagai contoh apabila Allah katakan di dalam Al-Quran bahawa zina satu benda atau perbuatan keji sudah tentu dengan kesempurnaan ilmu Allah hanya Allah sahaja yang mampu untuk memberitahu kita kekejian zina.Jika kita menerima pengetahuan Allah adalah sempurna dan tiada sebarang ruang kelemahan dan kekurangan adakah masuk akal untuk kita meragui bahawa zina itu suatu yang keji.

Jika kita masih ragui bahawa zina adalah benda yang keji ia menunjukkan dua perkara.

Pertamanya, kita hakikatnya tidak menerima pengetahuan Allah adalah sempurna maka meskipun Allah mengatakan zina itu keji namun kita ragui dan tidak percaya dengan apa yang Allah katakan.

Keduanya kita mungkin percaya dan menerima ilmu Allah adalah sempurna namun kita juga bersifat keras kepala atau sombong dengan tidak mahu menerima realiti bahawa zina itu keji. Dan apabila manusia sombong ia juga menunjukkan bahawa mereka secara tidak sedar merasakan ilmu mereke lebih sempurna daripada Allah. Dengan lain perkataan mereka merasakan mereka lebih hebat daripada Allah.

Apakah yang membezakan manusia dengan syaitan jika ia sombong dan takabbur untuk tidak mahu menerima apa yang Allah telah perintahkan dan memilih undang-undang yang mereka buat sendiri.

Jika kita boleh menerima Allah adalah Maha Mengetahui secara logiknya kita juga sepatutnya boleh menerima apa sahaja yang jadikan atau ciptakan adalah dari ilmuNya yang tidak terhad.

Secara logiknya sesuatu ciptaan yang dicipta oleh Pencipta yang ilmuNya tidak terhad atau sempurna dan tiada apa-apa kecacatan sudah pasti juga adalah sempurna.Atas dasar itu jika Allah menjadikan undang-undang sudah tentu undang-undangNya adalah sempurna dan tiada sebarang kecacatan.

Jika Allah kata bahawa Dia adalah Maha Bijaksana (hakeem) maka sudah tentu undang-undang yang dicipta oleh Allah adalah menggambarkan kebijaksaanNya.Begitu juga apabila Allah adalah Maha adil maka logiknya undang-undang yang Allah ciptakan untuk manusia adalah adil kepada manusia sekaligus tidak menzalimi manusia.

Secara ringkas kita bolehlah simpulkan bahawa Allah adalah Dzat yang memiliki segala sifat kesempurnaan.Maknanya Allah adalah Maha sempurna dalam semua perkara.

Jika di dalam Al-Quran Allah menyatakan bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, Allah juga dalam masa yang sama memberitahu kita di dalam kitabNya bahawa manusia pula bersifat dengan segala sifat kekurangan.

Oleh itu kita sekarang berhadapan dengan dua ekstrem. Di satu pihak Allah adalah bersifat dengan segal sifat kesempurnaan. Di satu pihak lain pula manusia pula bersifat dengan segala sifat kekurangan.

Mengenai manusia, antaranya Allah menyifatkan sifat-sifat manusia dalam Al_Quran seperti berikut :-

Pertama, mengeluh dan kikir.

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir." (QS. Al-Ma'arij: 19).

Kedua, lemah. Dalam Al-Quran, Allah mendeskripsikan dua kelemahan manusia, iaitu lemah secara fizikal dan lemah (dalam melawan) hawa nafsu buruk.

"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah ..." (QS. Ar-Rum: 54).

"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah." (QS. An-Nisaa ': 28).

Menurut Syekh Nawawi Al-Bantany, tafsir "lemah" dalam Surah An-Nisaa 'itu adalah lemah dalam melawan hawa nafsu.

Ketiga, zalim dan bodoh.

"... sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. "(QS. Al-Ahzab: 72).

Keempat, tidak adil.

"Dan Syu'aib berkata, 'Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka, dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan. "(QS. Hud: 85).

Kelima, membuat bencana dan menumpahkan darah. Dalam surah Al Baqarah, Allah menceritakan apa yang Malaikat katakana tentang sifat manusia

"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?"( Al-Baqarah : 30 )

Jika manusia bersifat dengan segala sifat kelemahan dan kekurangan secara logiknya adalah tidak munasabah untuk kita mengharapkan apa sahaja apa yang manusia lakukan atau hasilkan akan mencapai darjah kesempurnaan.

Apabila Allah gambarkan manusia berrsifat jahil adakah masuk akal untuk seorang yang jahil boleh mewujudkan satu yang sempurna.Kesempurnaan perlukan kesempurnaaan.Ini adalah logik. Begitu juga kekurangan juga akan menjelmakan kekurangan. Kita tidak dapat lari dari ketetapan dan logik ini.

Oleh itu dalam keadaan wujudnya  dua keadaan yang ekstrem iaitu di satu pihak Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan manakala di satu pihak yang lain pula  manusia pula bersifat dengan segala sifat kekurangan dan kelemahan adakah munasabah untuk kita membuat perbandingan hasil ciptaan Allah dan hasil ciptaan manusia.

Al-syahid ‘Abdul Qader ‘Audah menyatakan bahawa adalah tidak munasabah untuk kita membuat analogy (qiyas) antara undang-undang Allah dan undang-undang manusia kerana sesuatu perkara yang kita ingin buat suatu analogi mestilah paling kurang mempunyai kekuatan yang sama.

Bagi memudahkan pemahaman kita, saya ingin bentangkan contoh berikut. Katakan kita ingin mengadakan satu pertandingan menulis karangan/esei yang bertajuk “Sistem Telekomunikasi Dalam Era Globalisasi.”

Adakah munasabah jika pertandingan tersebut menggabungkan perserta terdiri daripada seorang profesor berkelulusan Phd yang mana bidang beliau adalah sistem telekomunikasi dengan seorang pelajar tadika.

Seorang profesor yang terdedah dengan ilmu pengetahuan dan pengkhususan serta  pengalaman sudah tentu akan memenangi pertandingan tersebut hatta sebelum ia dipertandingkan.

Adakah munasabah untuk pelajar pra sekolah yang masih “berjuang” hatta untuk mengenal huruf jauh sekali nak memahami tajuk esei tersebut untuk kita gandingkan dengan seorang profesor yang pengkhususannya adalah bidang sistem telekomunikasi ?

Ciri pertama iaitu syariah Rabbaniyyah inilah yang menunjukkan secara jelas mengapa manusia tidak dapat tidak amat perlukan undang-undang Allah .Ia juga menunjukkan mengapakah undang-undang manusia sehebat mana pun ianya digubal tidak akan berjaya mengatasi kelebihan dan kehebatan undang-undang Allah.

Bersambung...
----------------------------------------------------------------------------------------
* Penulis adalah seorang peguambela dan peguamcara. Beliau berkelulusan Ijazah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa ( LL.B ( Hons ) pada tahun 1992 dan pada tahun  1993 dikurniakan Ijazah Undang-Undang Syari’ah. Berbekalkan dua ijazah undang-undang (sivil dan syariah) beliau menceburi bidang guaman dan mula manjadi peguambela dan peguamcara pada tahun 1994 sehingga hari ini. Beliau juga adalah peguam syar’ie di Mahkamah Syariah di Perlis. 

harakahdaily

ISU BADRUL AMIN DITAHAN JAIS


Susulan serbuan Jais: Saya tidak buat salah, kata Badrulamin
NURUL AINI MOHAMED ALI
2 November 2012
 Susulan serbuan Jais: Saya tidak buat salah, kata Badrulamin
Dr Badrulamin Baharon antara hadir pada konsert bertemakan Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib di Rawang. Beliau turut ditahan untuk membantu siasatan.
SHAH ALAM- Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr. Badrulamin Baharon menafikan beliau seorang ahli jemaah Al-Ikhwan, sebaliknya hanya menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atas jemputan yang disampaikan melalui risalah.

Menurutnya, beliau pergi ke majlis malam tadi bukan atas jemputan rasmi tetapi kehendak dirinya sendiri dan ingin membawa isteri dan anak-anaknya melihat persembahan nasyid yang diadakan.

“Saya tidak nafikan tiada jemputan rasmi tetapi melalui risalah yang diberi ketika saya membeli-belah di kawasan Global Ikhwan Sdn Bhd, hanya ke sana untuk mebawa anak-anak saya yang menggemari nasyid dan sekadar makan-makan, itu saja,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Badrulamin ditahan dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas satu acara dianjurkan bekas pengikut Al-Arqam di Rawang.

Laporan akhbar mendakwa Badrulamin merupakan tetamu khas majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari.

“Apa salahnya jika saya memberi sokongan dalam majlis yang berbentuk dakwah itu, saya sendiri terpinga-pinga, belum sempat minum sudah ditahan Jais.

“Kalau benar mereka bersalah, tangkap saja ahli jawatankuasa penganjur majlis, jangan tangkap tetamu seperti saya, saya tidak salah, malah saya tidak ada kaitan sama sekali dan tiada kepentingan apa-apa dalam Al-Ikhwan,” tegasnya.
Menurutnya, beliau tertarik untuk menghadiri majlis itu atas rasa kagum dengan kegiatan ekonomi Global Ikhwan yang berkembang maju, malah dirinya sendiri serta keluarga selalu membeli-belah di sana.

“Saya suka membeli-belah dengan syarikat itu kerana mereka menyediakan segala kelengkapan bagi umat Islam, malah makanan yang dijual turut terjamin dari segi halal, sebab itu saya selalu pergi ke sana,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sebuah akhbar hari ini yang mengatakan dirinya ahli pertubuhan itu.

“Sejak bila pula saya ahli dalam Al-Ikhwan? Saya penat nak jawab, saya tidak ada kena-mengena langsung,” tegasnya.
Golongan pengikut Al-Arqam membangunkan entiti korporat kumpulan Global Ikhwan bagi mempertahankan empayar perniagaan Ashaari, selepas pergerakan itu diharamkan pada 1994.
Syarikat tersebut diasaskan pada 2009 selepas pihak berkuasa mengenakan tekanan ke atas Rufaqa Corporation Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh kumpulan sama pada 2006.
Ashaari meninggal dunia pada 13 Mei 2010.

sinarharian.com.my

Anwar: Aziz Bari ada kelebihan tanding di Sabak Bernam
RUZY ADILA IDRIS
1 November 2012
Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pemilihan bekas pensyarah  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari sebagai calon untuk bertanding kerusi Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ada kaitan dengan penyandang jawatan itu yang disabitkan kesalahan tuntutan palsu.

 “Semua itu tidak ada kaitan, calon yang dipilih sebenarnya mempunyai kelebihannya sendiri.

“Aziz merupakan seorang yang pakar dalam bidang undang-undang, menpertahankan hak asasi dan mempunyai kefahaman Islam yang baik, maka sebab itulah beliau dipilih,”  katanya kepada Sinar Harian Online selepas hadir pada pelancaran Buku  `Anwar’s Third Trial’ di sini, hari ini.

Ketua Umum PKR ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Aziz yang mengesahkan beliau akan bertanding di Sabak Bernam pada PRU13.

Penyandang jawatan Datuk Abdul Rahman Bakri disabitkan bersalah atas tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 empat tahun lalu.
Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap bukuAnwar’s Third Trial hasil nukilan Pawancheek Marican akan dijadikan sumber rujukan mahasiswa undang-undang dalam pengajian mereka.
“Pawancheek telah mencipta sejarah dengan terhasilnya buku ini yang boleh dijadikan sebagai rujukan mahasiswa malahan untuk mereka yang minat dalam politik di negara ini khasnya membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 “Buku ini boleh dijadikan kajian kes,” katanya dalam ucapan perasmian sebelum melancaran buku  Anwar’s Third Trial.
Hadir sama, Anwar bersama isterinya, Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Tambah Abdul Khalid, pengalaman Anwar mendorong ramai orang untuk laksana reformasi di negara ini dan menghentikan ketidakadilan.
 Sehubungan itu beliau menambah, semua orang wajar bersiap sedia untuk memenangi pilihan raya akan datang.
Sementara itu, penulis buku, Pawancheek pula berkata, beliau terpanggil untul menghasilkan buku kedua berkaitan perbicaraan Anwar berikutan banyak isu demokrasi dan hak asasi yang timbul supaya pada masa hadapan orang awam akan tahu apa yang telah berlaku.
“Setiap peristiwa mesti ada rekod, kerana ada kala dalam internet, ada perkara yang boleh dicapai dan ada kalanya tidak boleh. Kadang kala, ada juga orang yang tidak tahu hendak mencari bahan.
“Kadang-kadang terdapat juga fakta yang dicampur-adukkan dengan dengan komen orang lain, jadi dengan dibukukan, lebih mudah untuk mengurus rekod sejarah,” jelasnya mengenai buku setebal 201 muka surat itu.
Pawancheek yang merupakan salah seorang daripada sembilan penal peguam membela Anwar berkata, buku itu ditulis dalam bahasa Inggeris disebabkan beliau lebih mahir menulis dalam bahasa tersebut.
 “Saya generasi zaman dahulu. Saya memulakan pengajian awal saya menggunakan bahasa Inggeris.
“Kalau hendak menerbitkannya dalam bahasa Melayu, ia akan mengambil masa yang lebih lama dan saya perlu menyemak dengan lebih berhati-hati kerana keseluruhan fakta dalam buku adalah berkaitan dengan undang-undang,” katanya lagi.

sinarharian.com.my

PRESIDEN PAS SEDIA TANDING DI PEKAN


Presiden Pas sedia tanding di Pekan
MOHD AZLIM ZAINURY
2 November 2012
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
RUSILA - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan, yang disandang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya ikut keputusan parti, serah kepada parti. Parti akan membuat keputusan termasuk jika parti menyuruh saya bertanding di Parlimen Pekan," katanya pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah beliau akan kekal sebagai calon Parlimen Marang atau mempunyai perancangan untuk bertanding di luar Terengganu pada PRU13.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata, keputusan bertanding pada PRU13  bergantung sepenuhnya kepada keputusan parti, sama ada menetapkan beliau untuk kekal di Parlimen Marang atau bertanding di luar termasuk di Parlimen Pekan.

SINARHARIAN.COM.MY

BELI CARREFOUR; AEON PERLU RUJUK POLISI KERAJAAN


Beli Carrefour: AEON perlu rujuk polisi kerajaan

2 November 2012
Carrefour
Carrefour
PUTRAJAYA - Syarikat peruncitan utama Jepun, Aeon Co Ltd. (AEON) masih perlu merujuk kepada polisi dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan dalam urusan pengambilalihan operasi Carrefour Malaysia membabitkan kira-kira 15.1 bilion yen.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mereka tertakluk kepada garis panduan jawatankuasa pemborongan dan pengedaran yang dipengerusikan ketua setiausaha kementerian itu Datuk Saripuddin Kasim.
"Ini merupakan keputusan perniagaan antara Carrefour dan Aeon. Kita tak campur urusan pembelian. Tetapi perlu memohon kepada kementerian dari segi kebenaran untuk menjual dan AEON mesti memohon kebenaran daripada kita untuk membeli.
"Selain itu ia juga tertakluk kepada syarat untuk memastikan ekuiti bumiputera 30 peratus itu dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan 14 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2012 di sini hari ini.
Aeon menandatangani perjanjian pembelian saham untuk mengambil alih 100 peratus saham anak syarikat operasi pasar raya besar Carrefour Malaysia, Magnificient Diagraph Sdn Bhd, dan Carrefour Malaysia Sdn Bhd, yang mempunyai 9.3 peratus hak pengundian dalam Carrefour Malaysia daripada Carrefour S.A dan anak-anak syarikatnya.
Bagaimanapun difahamkan Aeon akan mengekalkan segala pengurusan sedia ada, pekerja serta mematuhi kontrak-kontrak lama, kata Ismail Sabri.
"Kita akan panggil mereka dan mengemukakan syarat-syarat ditetapkan itu," katanya.- Bernama

sinarharian.com.my

Tuesday, October 30, 2012

KHALID MENTERI BESAR TERBAIK


PERDANA Menteri menunggu Datuk Seri Anwar menobatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang terbaik dengan segala hujahnya.
Pertama dia ada integriti dan tidak rasuah dan tidak menjadikan pangkat dalam politik untuk mencari kekayaan. Malah dia bukanlah orang politik sangat, tetapi dia orang yang bekerja.

Jika Anwar katakan Khalid Menteri Besar/Ketua Menteri yang terbaik di seluruh negara sejak merdeka pun boleh bersetuju secara umum sebelum dibuat auditan untuk semua.

Kerana itulah kalau Anwar memberi kuasa kepada saya untuk menyusun kabinet bayangannya saya akan namakan Khalid sebagai calon menteri kewangan seperti yang saya tulis dalam Harakah dua minggu lalu.

Selepas saya namakan  dia calon menteri kewangan, Anwar pula kata  dia Menteri Besar Selangor yang terbaik. Maka sebagai Menteri Besar yang terbaik, boleh ditimbangkan dia untuk menjadi calon terbaik bagi menjadi menteri kewangan.

Selepas Perdana Menteri Mahathir ada tiga orang menteri kewangan – Tengku Razaleigh, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim – Barisan Nasional sudah  tidak jumpa orang untuk menjadi menteri kewangan lalu semua Perdana Menteri menjadi menteri kewangan. Sejak tahun 1999 hingga PRU13 kita tidak ada menteri kewangan khusus dan penuh masa. Malaysia ada menteri kewangan sambilan saja.

Malaysia kini adalah sebuah negara yang kucar kacir politiknya, ekonomi, kewangan dan pentadbirannya. Maka Perdana Menteri menunggu memerlukan seorang menteri kewangan yang lebih hebat dari Tun Tan Siew Sin.

Siew Sin jadi menteri kewangan pada masa negara baru merdeka yang masalahnya darurat dan ancaman komunis bersenjta saja. Rasuah tak ada, orang melarikan wang negera tiada selain dari penjajah kaut. Kewangan yang British tinggal tiada banyak masalah. Cuma ekonomi saja belum dibangunkan. Siew Sin tidak banyak masalah menyambung tugas yang Inggeris tinggalkan.

Tetapi negara yang Pakatan Rakyat hendak ambil ialah sebuah negara yang penuh dengan beban hutang, mata wang yang tidak kukuh, inflasi, rasuah, penyelewengan dll, maka tugas menteri kewangan adalah berat bagi menghadapi sistem pemerintahan yang porak peranda itu.

Negara memerlukan seorang menteri kewangan berwatak kuat macam Al-Marhum Tun Dr. Ismail yang tidak suka bermuka-muka. Orang yang tidak banyak politiking yang ada pengalaman boleh mengawal pentadbiran, kewangan  dan sebagainya.

Tentu Selangor juga merasa perlu wibawa sepertinya bagi menentukan reformasi pentadbiran dapat diteruskan. Apabila Selangor beroleh Menteri Besar terbaik tentulah ia berhadapan masalah mendapatkan ganti sebaiknya.

Seperti zaman Dato Harun Idris menjadi Menteri Besar, mungkin dia tidak sebaik Khalid, tetapi dia terlalu popular. Selangor berdepan dengan masalah untuk mencari penggantinya hinggalah datang Khalid Ibrahim.  Selangor bertuah beroleh Khalid. Payahlah mencari ganti sepertinya.

Jika Selangor boleh dapat pengganti, maka dia adalah calon pertama paling sesuai jadi menteri kewangan.

Saya kenal Khalid sebelum saya kenal Ustaz Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang. Masa jadi guru sementara sebelum masuk universiti, saya sudah kenal dia. Saya kenal neneknya, ayahnya, emaknya dan semua adik beradiknya. Maka saya tahu dan yakin dengannya.

Ketika dia mula bekerja di PNB sebelum jadi CEO, dia cerita pada saya kerja yang sedang dibuatnya. PNB belum ada apa-apa. Saya tanya bolehkan dia buat? Lepas itu dia  jadi CEO. PNB jadi gergasi yang sebelumnya adalah Awang Kenit.

Kerana itu saya terasa kementerian kewangan perlukan orang sepertinya.

HARAKAHDAILY.NET

ANGKARA CHUA SOI LEK, HABISLAH UMNO KALI INI



KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.


“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.

“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.

“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.

“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,”  tambah beliau.

Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau.


harakahdaily.net

Sunday, September 9, 2012

Hudud:Sedikit Komen Atas Tulisan Dr.Maza

Tentunya tulisan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis tentang hudud selaras dengan perkembangan semasa di mana ketika itu Hudud hangat dibicarakan. Saya sengaja menyiarkan tulisan tokoh itu di sini, kerana merasa terpanggil untuk memberikan sedikit komen. Tokoh ini bukanlah asing lagi bagi masyarakat Islam di sini, di mana tulisannya berselarak di sana sini yang boleh dianggap cendiakawan sebaris dengan Dr. Zaharuddin Abd. Rahman dan lain-lain yang menguasai dua tamadun, iaitu Islam dan Barat.

Saya pun tidak ingin memanjangkan komen ini, memandangkan isu ini sudah berlalu walaupun masih relevan untuk diperkatakan. Kesimpulan yang dapat dibuat oleh Dr. Maza ialah Hudud tidak sesuai dilaksanakan sekarang ini memandangkan keadaan masyarakat yang begitu bobrok dan tidak mencukupi syarat-syarat untuk sesuatu hukum Hudud itu dilaksanakan. Tetapi beliau tidak pula menyebut untuk dikanunkan atau dilembagakan, atau dijadikan sebahagian dari undang-undang negara, memandangkan hudud wajib dilaksanakan oleh umat Islam apabila cukup syarat-syaratnya, Menguatkuasakan Hudud sebagai undang-undang negara bagi menggantikan Kanun Kesiksaan dan Kanun Acara Jenayah adalah adalah berbeza dengan menjalankan hukum-hukum itu apabila menepati syarat-syaratnya. Menolak Hudud sebagai batang tubuh undang-undang negara adalah berbeza dengan  menolak hudud dari dilaksanakan secara praktikal untuk sesebuah negara.

Saya berpendapat hujah beliau menolak hudud kerana tidak sesuai dengan keadaan semasa adalah bercanggah dengan Islam itu sendiri yang menjadikan Hudud sebagai undang-undang bagi mencegah dari berlakunya jenayah berat dari kacamata Islam. Soal pelaksanaan adalah soal yang lain. Menerima hudud sebagai teras undang-undang jenayah tidaklah sama dengan penolakan terus dari ianya dilaksanakan. Adakalanya beliau memperluaskan Hudud itu kepada sempadan Allah, apa-apa yang ditegah oleh Allah seperti sempadan halal haram dan lain-lain. Itu sepatutnya tidak termasuk dalam perbincangan Hudud sebagai hukum bagi pencegahan jenayah. Umat Islam sepatutnya menjadikan Hudud sebagai teras undang-undang jenayah jika mencukupi syarat-syarat ianya dilaksanakan. Bukannya memberikan alasan zaman sekarang tidak sesuai dilaksanakan Hudud. Jika syaratnya tidak cukup, kita tidak akan laksanakan hudud, sebaliknya memilih hukum yang lebih sesuai mengikut urutan hukum Islam, seperti ta'azir dan sebagainya.
Umpamanya jika seseorang itu mencuri kerana lapar, pengagihan ekonomi yang tidak adil, atau adalah lai-lain keraguan, atau harta hak milik awam dan sebagainya, hudud tidak akan dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya mengatakan hudud tidak sesuai untuk dilaksanakan di zaman sekarang, tetapi kita tidak melaksanakannya kerana kekurangan syarat-syaratnya. Ini lebih bertepatan dengan kehendak Islam dan bukan mengatakannya ianya tidak sesuai. Itu adalah hujah orientalis untuk melihat Islam itu tidak dihayati sepenuhnya oleh umat Islam. Wallahu a'lam.

Alkundangi,
9.9.12,    

Majlis Syura Tidak Perlu Bincang Hal Nasharudin

Mohd Sayuti Omar

 SESUDAH SUBUH

Malam ini Majlis Syura Ulamak akan mengadakan mesyuarat rutin bulanannya. Mesyuarat itu akan dipengerusi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini sudah berada di ibu kota. Mesyuarat malam ini sudah pasti menjadi tumpuan dan dinanti-nanti media massa. Begitu juga ia sedang ditunggu oleh musuh-musuh Pas yang mahu melihat keputusan mesyuarat itu nanti akan membuahkan sesuatu yang kurang manis untuk dijadikan modal politik menghentam Pas. Itulah yang didoakan mereka.

Nasharudin: Biar dia pilih jalan sendiri.
Musuh Pas sangat berharap isu bekas timbalan presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang baru-baru ini 'sengaja' mendampingi perdana menteri Najib Razak semasa PM itu berjumpa dengan dua orang Mesir berjanggut di Makkah akan dibincang dan seterusnya diambil tindakan. 

Penampilan Nasharudin dengan PM menyebabkan beberapa hari peristiwa itu menjadi bahan berita. Termasuk beberapa orang anggota majlis syura juga turut 'disampuk hantu' mengulas isu yang sengaja dimainkan oleh media massa itu. Dua tiga orang anggota majlis itu memberi komen mempertahankan sikap Nasharudin dan memberi isyarat agar ia tidak dipengapa-apakan.

Pendirian awal anggota majlis syura itu dilihat tidak wajar dan mempengaruhi apa-apa perbincangan terhadap Nasharudin Mat Isa malam ini kalau diadakan. Kenapa tidak wajar kerana mereka selaku badan kehakiman tidak sepatutnya mengulas sesuatu isu yang mungkin dibincangkan. Inilah masalah berlaku di kalangan pemimpin Pas mereka selalunya dihidapi penyakit suka bercakap. Kalau boleh semua pihak cubalah berpuasa mulut dalam mengulas isu-isu yang boleh menyenakkan parti.

Jadi kerana kesampukan itu adalah elok sekali kalau majlis syura ulamak yang akan bersidang malam ini tidak membincangkan isu mengenai Nasharudin. Sebaiknya jangan disentuh dan diulas langsung. Juga tidak perlu diadakan sidang akhbar bagi menjawab mengenai perkara itu. Pastikan nama Nasharudin Mat Isa tidak disebut pun dalam sepanjang mesyuarat itu. Semua ahli majlis syura jangan sesekali membawa keluar apa juga butiran atau pun sikap ahli majlis syura di sepanjang mesyuarat itu. Jagalah rahsia dan bersikap amanahlah.

Tindakan ini lebih baik untuk menutup kes berkenaan agar ia tidak menjadi panjang dan diecerkan. Nescaya kalau isu Nasharudin dibincangkan malam ini ia membuka semula isu berkenana yang kini sudah hampir dilupakan kepada umum dan akan menjadi makanan lazat media massa. Media massa yang menjadi penjilat buntut akan eksploi isu berkenaan dan menghidupkan semula soal Nasharudin ini. Ini mereka nanti-nantikan.

Semua pihak kena faham musuh Pas suka kalau soal Nasharudin itu dibincangkan kerana mereka ada modal untuk mengungkitnya kembali. Hari ini Nasharudin tidak menjadi isu lagi. Jika ia dibuka semula malam ini Nasharudin akan terus menjadi isu. Dalam saat pilihan raya makin dekat Pas dari semua sudut dan oleh semua orang hendaklah lebih berhati-hati dan bersikap waras. Emosi yang berlebihan akan membawa parah.

Kalau isu Nasharudin ini tidak disebut dan dibicnangkan pun ia tidak menjadi masalah ia tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Pas, untung pun tidak rugi pun bukan. Paling-paling Nasharudin atau media yang menyokongnya akan mengulas Pas takut kepada Nasharudin setakat itu saja... dan biarkanlah.

Untuk memstikan ini... jangan masukkan isu Nasharudin di dalam agenda mesyuarat dan jangan ada sesiapa bangkit dalam agenda hal-hal lain. Jangan ada juga sesiapa di kalangan anggota majlis syura gatal mulut untuk bercakap mengenai Nashardin dan kalau hendak bercakap juga biarlah sepakat dengan keputusan kita jangan pedulikan dia.

Paling afdal ialah tutup mulut dari menyebut namanya, habis cerita. Sama ada Nasharudin hendak kekal dalam Pas, hendak mengkritik Pas memuji Umno terpulang kepadanya. Pas bukan baru sekarang hendak merasai kehilangan bekas pemimpin tertingginya tetapi sudah acap kali. Jadi apa perlu dibimbangi.

Nasharudin hanya sebutir benih yang pernah disemai di dalam Pas tetapi sudah mula membakut hanya disebabkan semusim kemarau. Benih yang kuat dan ulit itu akan sanggup dibahan kemarau berdekad bahkan berabad sebelum ia akan tumbuh menjadi pokok yang besar, gagah dan berbuah.  [wm.kl.7:19 am 09/09/12]

Monday, September 3, 2012

Hudud;Pandangan Dr.Asri Zainal Abidin


Hudud Oh Hudud!

HUDUD OH HUDUD!Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Isu hudud dalam negara kita sering kali dipolitikkan atas pelbagai kepentingan. UMNO dalam rekodnya tidak bersetuju cadangan hudud yang PAS bawa. Ketidaksetujuan itu boleh ditafsirkan atas pelbagai alasan; ada yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Hari ini nampaknya UMNO macam mula berubah.
PAS sejak dahulu menyebut tentang perlaksanaan hudud sehingga kelihatan pada mata umum PAS dan hudud bagaikan isi dan kulit. Seolah-olah matlamat utama kenegaraan PAS ialah menegakkan hudud. Ini agak menarik, di kala kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia tidak lagi memperkatakan tentang undang-undang jenayah hudud, PAS masih. Gerakan-gerakan Islam yang mendapat kerajaan di Mesir, HAMAS di Palestin, di Libya dan Tunisia meninggalkan tajuk hudud buat masa ini, tetapi PAS terus dengan slogannya.

Pertikai Hukum
Saya meyakini keikhlasan YAB TG Nik Abd Aziz Nik Mat. Saya banyak kali bersembang dengan beliau secara peribadi, ternyata hasrat Islam beliau begitu mendalam. Islam itu cuba dilahirkan dalam amalan peribadinya sehingga kepada usaha-usaha politiknya. Namun, tidak semesti hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara atas nama hudud. Sebahagian kadang-kala mengelirukan pihak lain terutama non-muslim dalam negara kita. Saya mencadangkan pembaca yang membaca tulisan ini turut membaca artikel saya ‘Hudud dan Beberapa Gambaran Salah’.
Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan penafsiran hukum berkenaan oleh manusia. Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan. Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dll yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar. Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendak oleh Allah dan rasulNYA. Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.

Sukar
Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan. Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu.

Tokoh ilmuwan muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi s.a.w hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia muslim. Sejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal sudah tiada lagi.

Dalam The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, John L. Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan. Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya dilaksanakan beberapa tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud.
Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya ‘An International Call for Moratorium on Corporal Punishment’ pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah. Demikian juga tokoh fekah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.

Tiga Golongan
Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan; pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya. Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji.
Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”. Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud.
Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud. Dalam ertikata lain, persekitaran yang memboleh hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan. Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.

Tujuan Kenegaraan
Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalah mechanism dalam mengatasi jenayah tertentu. Bahkan perkataan ‘hudud Allah’ dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak. Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.
Menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksaan. Tidak dari segi maqasid agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri. Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatut membincang bagaimana memasti tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara. Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang. Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan. Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasaraya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.
Akhirnya, saya ingin memetik apa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:
“Berkata al-Shafi’i: “Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak”. Kata Ibn ‘Aqil: “Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu “Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak” iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah.. apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA.
Allah S.W.T lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya. Bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siyasah yang adil itu satu juzuk dari syarak. Kita menamakannya siyasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasulNYA yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut

Isu bendera: Mengaku tidak wakili parti
Wartawan Sinar Harian
3 September 2012
Individu dikenali sebagai Singa Selatan bersama rakannya, Zairi (kanan) mengibar bendera Sang Saka M

SHAH ALAM – Individu bawa bendera baru dalam Himpunan Janji Demokrasi mengakui dalam blognya dia bersama rakannya adalah individu bertanggungjawab membawa bendera 'Sang Saka Malaya'.
Pemilik blog Singa Selatan itu berkata, dia hadir ke program itu tanpa mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan atau pembangkang, sebaliknya mewakili golongan muda.Beliau mendakwa mahu tonjolkan kebenaran dan sejarah yang ditenggelamkan pihak bertanggungjawab.

“Jauh sekali bermotif untuk menukar bendera Malaysia kepada Sang Saka Malaya kerana sebaliknya ia ditukar menjadi Jalur Gemilang pada hari ini,” katanya dalam blog singaselatan.blogspot.com.
Menurutnya, penerangan dalam blognya itu bukan mencari publisiti, tetapi beri pendedahan kepada masyarakat mengenai tujuan asal mengibarkan bendera itu.
Katanya, ramai tidak tahu kewujudan kesatuan terawal terlibat menentang penjajah iaitu Kesatuan Melayu
Malaya (KMM) ditubuhkan pada 1938.

“Di sini permulaan bibit penentangan penjajah. Ia diketuai Ibrahim Yaakob bertujuan melindungi hak orang Melayu dan menentang British,” katanya.

Menurutnya, Sang Saka Malaya simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.
Katanya, dia dan rakannya merasakan bendera itu layak dikibar pada malam kemerdekaan selain Jalur Gemilang.

sinarharian.com.my
3.9.2012

Tuesday, August 21, 2012

UMNO CEMBURU KEAKRABAN PAS-DAP



Wartawan Sinar Harian
21 Ogos 2012

  
PERMATANG PAUH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara Pas dan DAP.
Menurutnya, selagi keakraban antara parti-parti ini kuat, selagi itu Umno BN takut untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum.

Ketua Umum PR melahirkan pendirian ini ketika ketiga-tiga anggota perikatan - PKR, DAP dan Pas berhadapan dengan serangan bertubi-tubi.

Sebab itu katanya, Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan.

"Umno BN menanti perpecahan dalam Pakatan rakyat diantara DAP dengan Pas atau PKR baru mereka dapat menyusun semula strategi sepertimana lazimnya," kata beliau dipetik Harakahdaily, hari ini.

Anwar berkata, berbaga-bagai isu dicanangkan, namun tidak merosakan benteng antara DAP dan Pas.
"Itulah kekuatan kita yang terjalin atas sikap tanggungjawab terhadap kestabilan negara," katanya.

Tambah beliau, pemimpin Pakatan Rakyat tidak perlu untuk mengikut 'tarian' perkauman Umno-BN, sebaliknya melipat gandakan usaha mewujudkan suasana harmoni kalangan kaum.

"Jika kita tidak melatah, apa (jua) isu yang dibangkitkan Umno BN akan mati begitu sahaja.
"Biarkan Umno BN menari seorang dengan berbagai gaya, kita jangan ikut sebaliknya memerhati dengan serius mudah-mudahan mereka letih sendiri. 

"Pakatan Rakyat teruskan usaha mendekati rakyat di samping kemaskan jentera di semua peringkat, " tegasnya.

Sinarharian.com.my

KOMUNIS ADA KERAJAAN, MENGAPA ISLAM TIDAK BOLEH?


Muhammad Yusri Amin, 20 Ogs 2012
KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan ‘permainan’ Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan ‘agama lain, politik lain’.


Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

“Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

“Namun oleh kerana kita lena dengan ‘permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan ‘agama suku, politik suku’ itu betul,” katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ mestilah selari.

'“Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.

Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan ‘Melayu’.

Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari ‘Nabi Melayu’.

“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab.

"(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah ‘dunia akhirat’ pada rangkaian ucapan  ‘Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir Batin’.

Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu ‘akhirat’.

“Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat.  Orang putih baca, teringatkan akhirat.

“Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu ‘akhirat’,” ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.

harakahdaily.



Presiden Mesir Mohamed Morsi memecat Ketua Perisikan dan Gabenor Sinai Utara dalam REORGANISASI yang juga melibatkan ketua polis. Pengumuman itu dikeluarkan tidak lama selepas operasi tentera di Semenanjung Sinai.

Dalam pernyataan melalui televisyen hari Rabu, tentera Mesir mengatakan telah memulakan operasi di Sinai untuk memulihkan kestabilan dan kembali menguasai kawalan di kawasan itu. Sejak jatuhnya presiden Hosni Mubarak tahun lalu, terjadi peningkatan pemberontakan di bahagian-bahagian wilayah Sinai.

Para pegawai Mesir mengatakan mereka membunuh 20 suspek kumpulan bersenjata di Semenanjung Sinai dalam serangan udara hari Rabu, beberapa jam selepas kumpulan bersenjata menyerang pos-pos keselamatan di bandar El-Arish, kira-kira 50 kilometer dari sempadan dengan Israel dan sempadan Gaza.

Hari Ahad, kumpulan bersenjata melancarkan serangan yang mengorbankan 16 penjaga sempadan Mesir, dan berusaha menyeberang sempadan ke Israel.

Wednesday, August 8, 2012

KABINET MURSI



Kabinet Mursi sudah Dilantik


Oleh: Halimislam


Presiden Mesir Muhammad Mursi melantik kabinet baru pada hari Khamis lalu dengan mempertahankan ketua dewan tentera Marsekal Hussein Tantawi sebagai menteri pertahanan dan juga memberikan sejumlah kerusi kepada aktivis Islam yang lain.

Kabinet baru yang dipimpin Perdana Menteri Hisyam Qandil, dilantik pada Khamis. Upacara berlangsung lebih dari sebulan setelah Mursi terpilih sebagai presiden Mesir dalam pilihan raya pertama sejak jatuhnya bekas diktator, Husni Mubarak dalam sebuah revolusi tahun lalu.
 

Qandil, yang merupakan menteri pengairan di kabinet sebelumnya, berjanji bahawa kerajaan baru akan mempunyai langkah yang berbeza. Mengatakan bahawa ia telah memilih menteri mengikut jasa-jasa mereka bukan kerana pandangan politik dan agama mereka.

"Prinsip utama, kriteria utama, adalah penting," katanya, "Kita harus berhenti menggunakan istilah-istilah seperti mereka dan kami, seorang Koptik, Kristian, atau seorang Muslim. Yang saya lihat adalah orang Mesir dan warga negara."

"Kami adalah kerajaan rakyat, kami tidak menyebelahi mana-mana pihak pun," kata perdana menteri dalam kenyataan akhbar menjelang upacara angkat sumpah.

Kabinet baru tetap mempunyai tujuh menteri dari kabinet lama yang dilantik oleh Dewan Tentera, yang mengambil alih selepas penggulingan Mubarak. Mereka termasuk Menteri Kewangan Mumtaz al-Said dan Menteri Luar Negeri Mohammed Kamel Amr. bekas Perdana Menteri Kamal al-Ganzouri akan menjadi penasihat presiden.

Mursi dalam kempennya berjanji untuk menghidupkan kembali ekonomi Mesir dan memulihkan kembali keselamatan yang semakin memburuk, serta membentuk pemerintahan berkebajikan. Tapi dia masih perlu bersaing dengan tentera, yang secara sejarah merupakan lawan dari kumpulan Islam di Mesir. Tentera Mesir juga merupakan pihak yang mengawal dan mempunyai kuasa undang-undang selepas mahkamah memerintahkan parlimen yang dikuasai Islam dibubarkan pada bulan Jun.


Tuesday, August 7, 2012

KETERBUKAAN INTELEKTUAL DAN UNISEL


Akhir-akhir ini Kerajaan Pakatan Selangor diserang dari pelbagai sudut oleh UMNO/BN. Tujuannya cuma satu, iaitu untuk merampas kembali negeri terkaya itu pada PRU13. Kes Lembu Korban, kes Elizibeth Wong, Beng Hock, Syabas dan pelbagai isu digunakan untuk mengoncang kestabilan politik Kerajaan Selangor. Universiti Industri Selangor tidak terkecuali dalam hal ini, ia turut diserang dari pelbagai arah, dan terbaru kerajaan BN berjanji akan menjadikan Unisel sebagai Universiti Awam (IPTA) jika ia berjaya merampas kembali Selangor pada PRU13 ini.

Permainan kotor BN memang sudah diketahui umum, tak perlu disembunyikan lagi. Soalnya kenapa Unisel dijadikan sasaran politiking dalam usaha merampas kembali Selangor. Universiti adalah sebuah medan di mana anak-anak muda berkembang pemikirannya dan melahirkan seramai mungkin intelektual bangsa demi masa hadapan bangsa dan negara ini. Universiti tidak sepatutnya diheret ke kancah politik, kerana di situlah anak-anak  muda bangsa dididik untuk menjadi pemimpin masa hadapan. Jika sebuah Universiti sering diserang atas tujuan politik, kemungkinan perkembangan intelektual akan terbantut di Universiti berkenaan.

Biarkanlah universiti berkembang mengikut arahnya sendiri. Tidak perlu campurtangan politik demi untuk mengekalkan kuasa. Jika hal itu terjadi, ia telah dan akan memperjudikan nasib dan masa depan bangsa sendiri dalam menuju sebuah negara maju dan berwawasan. Pihak BN tidak sepatutnya mempolitikkan Unisel untuk kepentingan kuasanya. Keterbukaan adalah penting dalam menjamin perkembangan intelektual sesuatu bangsa. Sayangilah bangsa sendiri untuk masa depan negara, tanpa mengira parti mana yang memerintah. Janganlah kita merancang untuk melahirkan profesor-profesor kangkung yang tidak sedikit pun berguna untuk perkembangan intelektual sesuatu bangsa. Satu bangsa akan menjadi kuat jika perkembangan minda tidak disekat, dan tidak disalurkan menurut satu pendapat sahaja. Kepelbagaian melahirkan kematangan, kematangan berfikir, kematangan ilmu termasuk kematangan berpolitik.

alkundangi,
7.8.2012.    

Monday, July 30, 2012

WATAK PENYOKONG BN

Setiapkali kita ke kedai kopi, berkumpul dan borak-borak santai selepas solat terawih, kita sering berdepan dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang bercakap pasal bisnes, adaa  hal keluarga, ada hal agama ada hal politik dan sebagainya. Apa yang hendak kita fokuskan di sini dalam tulisan singkat ini ialah cakap-cakap politik oleh kawan-kawan kedai kopi itu tadi.

Biasanya mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik akan menyatakan mereka tidak kisah, parti mana pun yang menang, asal dia senang, cari maka, negara aman, tiada gaduh-gaduh, dan yang penting, Melayu mesti jadi tunggak pemerintahan. Golongan ini biasanya tidak mendukung mana-mana ideologi politik, dan bagi mereka survival hidup lebih penting. Mereka mungkin tidak sedar bahawa harga sekilogram gula pun ditentukan oleh politik, begitu juga harga minyak, barang keperluan utama dan lain-lain.

Ada juga golongan yang bercakap tentang kerajaan sekarang dan kebaikannya. Jika kerajaan kalah dalam PRU13, keadaan dalam negeri pasti huru hara. Alasannya samalah seperti 13 Mei dulu. Jika Pakatan Rakyat menang, mereka akan lantik bangsa lain jadi Menteri Besar, mungkin juga Perdana Menteri. Mereka bercakap berapi-api seolah-olah berada dalam forum politik. Kalau pakatan rakyat menang, habislah negeri ini, kacau bilau, susah nak cari makan, tiada kestabilan dan pelbagai sangkaan negatif. Inilah mentaliti penyokong BN. Kepada orang ini kita harus yakinkan bahawa setiap parti ada agendanya sendiri. Ada kerajaan bayangannya seperti yang pernah kita tulis dalam blog ini. Boleh semak arkib.Adakah pertukaran pemerintah di Amerika, Britain, dan terbaru di Mesir, menjadikan negera itu huru hara? Tetapi itulah watak penyokong BN, mereka akan bermati-matian mempertahankan pendapatnya. Kepada mereka kita perlu terangkan apa pentingnya perubahan, apakah maknanya pertukaran kerajaan. bagaimana kalau satu-satu parti itu memerintah terlalu lama. Bagaimana pemimpin kerajaan mengumpulkan kekayaan pribadi dan kroninya. Mengapa harga barang saban waktu ada sahaja yang naik, tidak pernah turun. Mengapa sistem dua parti umpamanya penting untuk perimbangan kuasa dan penggunaan kuasa yang berlebihan dan sebagainya.
 
Sekiranya kita dapat meyakinkan golongan ini, pakatan rakyat ada harapan dalam PRU13 nanti. Marilah sama-sama kita usahakannya. Meyakinkan mereka yang tidak yakin, dan menurunkan mereka yang duduk di atas pagar serta mengubah pendirian mereka yang tidak memihak. Ia bukan kerja mudah,ya, namun kita harus usahakannya jika inginkan lanskap politik Malaysia berubah ke arah yang lebih baik dan berkebajikan.

alkundangi,
30.7.2012.      

Monday, July 23, 2012

PENANGGUHAN TAYANGAN TANDA PUTERA

Tanda Putera adalah sebuah filem biografi, kalau boleh dikatakan sedemikian. Ia dijangka ditayangkan pada 13 September depan dan sudah pun diluluskan oleh Finas.Filem tersebut menelan belanja 4.8 juta dan diarahkan oleh Pengarah Suhaimi Baba. Ianya dibiayai oleh Finas. Tanda Putera adalah kisah perjuangan Tun Abd Razak (bapa PM sekarang) dan Tun Ismail, timbalan PM waktu itu.

Filem berkenaan seolah-olah mahu meraih simpati masyarakat kerana ia memaparkan sudut positif PM itu dan timbalannya. Kedua-duanya ada masalah kesihatan di penghujung kariernya, namun kedua-duanya menyembunyikan masalah kesihatan berkenaan demi kepentingan rakyat kononnya. Namun filem berkenaan tidak jadi ditayangkan pada tarikh tersebut. Ketua Pengarah Finas, Naquib Razak (nama yang sinonim dg PM sekarang) menyatakan kesalnya atas penangguhan itu. Namun beliau memberikan justifikasi bahawa tarikh tersebut mungkin kurang sesuai kerana kita akan melalui 'Iadulfitri dan hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Namun kita percaya, penangguhan itu ada kaitannya dengan suasana politik semasa. Ia mungkin ditayangkan pada atau ketika hampirnya PRU13. Ini disebabkan, PM sekarang, sudah kehilangan sokongan dan populariti akibat terlalu banyak kes yang tidak terselesaikan. Mahkamah Perancis sedang menunggu kehadiran beliau untuk dibicarakan atas tuduhan rasuah dalam pembelian Scorpene yang dikaitkan dengan Altantuya dan Razak Baginda. Mungkinkah penangguhan itu atas arahan beliau? Kita sendiri dapat menduga jawabannya.

Namun Tanda Putera harus diberikan penghormatan, kerana ia mengangkat kehidupan seorang PM dan timbalannya ke layar perak, suatu usaha yang sepatutnya sudah lama dilaksanakan, cuma pendekatannya harus lebih mengarah kepada kebenaran dari tujuan meraih simpati politik.

alkundangi,
23.7.2012. 

Saturday, July 21, 2012

BADLI SHAH, IBRAHIM LIBYA DAN TV ALHIJRAH

Seminggu dua yang lalu penulis menontom Rancangan 30 minit Ustaz Don di TV AlHijrah. Nampaknya rancangan itu, walaupun bab sembahyang, ia adalah bagus dan agak detail. Persembahan Ustaz yang masih sedang menyiapkan ijazah sarjana itu menarik untuk ditonton. Apa lagi ia membicarakan kitab Muniyatul Musolli, sebuah kitab jawi yang lengkap mengenai sembahyang. Penulis sudah pun mempelajari kitab itu pada tahun 80an, namun kupasannya tidak sebaik Ustaz Don. Syabas untuk Uztaz Don. Semoga beliau istiqamah dengan Ilmunya.

Selepas rancangan Ustaz Don, ada satu forum mengenai keselamatan Negara yang turut disertai oleh Ustaz Badlishah, seorang ustaz dari Pahang. Pemudahcara memperkenalkannya ustaz tersohor dari Pahang. Dalam satu slot, Uztaz Badli mengucapkan terima kasihnya kepada tentera kerana menjaga keamanan negara dari ancaman komunis, ancaman Ustaz Ibrahim Libya, Abu Sayyaf dan lain-lain. Penulis agak terkejut apabila dua nama itu disebut sebagai dua tokoh yang mengancam keselamatan dari sudut Islam (Islamic worldview).

Umum mengetahui Uztas Ibrahim Libya bukanlah pengganas atau terorrist seperti yang dilabelkan oleh Amerika. Semua orang sudah mengiktiraf ustaz Ibrahim Libya sebagai pejuang yang syahid di jalan Allah. Pihak kerajaan pun tidak berani menggali semula tempat persemadiannya, takut-takut nanti ada tanda-tanda shahid ditemui. Rancangan menggali semula itu dibatalkan. Tetapi apabila ustaz Badli menyenaraikannya sebagai tokoh yang mengancam keselamatan negara, penulis  merasakan ada yang tidak kena dalam pandangan ustaz Badli itu. Dalam hal ini, pandangan ustaz Badli sama sahaja dengan pandangan kerajaan Barisan, yang menolak kesyahidan ustaz Ibrahim Libya. Penulis pun tertanya-tanya apakah ustaz Badli ini ulama tersohor atau ulama rasmi seperti yang disifatkan oleh Ibnu Taimiyyah? Atau oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor? Atau Ustaz Badi tidak faham akan kejadian dan kronologi sejarah yang mengaitkan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya?

Seperkara lagi, dia juga menyenaraikan Abu Sayyaf sebagai mengancam keselamatan negara, khasnya di Malaysia Timur. Seharusnya kedudukan Abu Sayyaf dinilai semula sebelum melabelkannya sebagai pengganas. Selatan Filiphina adalah sebuah negara yang bergolak di antara pejuang-pejuang Islam dengan askar-askar kerajaan yang mewakili kerajaan Flliphina yang kristian itu. Oleh itu, ustaz Badli harus menilai semula kedudukan Abu Sayyaf dalam perjuangan membebaskan selatan Filiphina. Ketersohoran Ustaz Badli akan hilang jika beliau membuat pendirian yang bertentangan dengan pendirian kebanyakan umat Islam, hanya kerana disebabkan oleh kepentingan tertentu.

AlKundangi,
21.7.2012.