ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, November 28, 2023

Orang Tuagg

 Orang Tua


Umur hanyalah angka, begitu kata setengah dari kita.


Namun orang tua

punya rasa berbeza, 

gigi gugur

rambut putih bertabur

ada ke masjid,

ada di kedai kopi, berbalah isu pentadbiran 

negeri, atau para politisi.


Orang Tua

keinginan tinggi, kemampuan boleh di bilang jari

ada mau kahwin lagi, katanya isteri tua tidak kuasa

melayani lagi, dan telah bersara

lalu ingin yang muda

bisa melayani

kehendak suami.


Orang tua

adalah makhluk perasa, hati-hatilah dengan mereka

kerana mudah terluka.


Orang Tua

satu saat menduga-duga, bilakah berangkat, ke alam baqa.


Ibnulazim ,

7.11.2023.

Di balik kelam

 Kau menghilang di balik kelam, tiada dapat kucari walaupun kini ada waze, ada medsos, namun tiada kutemui, walau bayangmu bermain dalam  mimpi yang tak pasti sekalipun lena yang panjang serta memenatkan.


Kita pernah bersama belajar menulis puisi, tentang cinta،tentang politik atau apa saja Yang terlintas di kepala, bergaduh dan bergurau senda dalam bahasa puisi

memupuk kemesraan

namun itu semua tinggal ingatan ketika kau menghilang tanpa kuburan.


Ogos 2023

Kita Pernah Bersama

Kau menghilang di balik kelam, tiada dapat kucari walaupun kini ada waze, ada medsos, namun tiada kutemui, walau bayangmu bermain dalam  mimpi yang tak pasti sekalipun lena yang panjang serta memenatkan.


Kita pernah bersama belajar menulis puisi, tentang cinta،tentang politik atau apa saja Yang terlintas di kepala, bergaduh dan bergurau senda dalam bahasa puisi

memupuk kemesraan

namun itu semua tinggal ingatan ketika kau menghilang tanpa kuburan.


Ogos 23


Ogos, 2023

AF YASSIN

 Apa Kata Teman

Kata Pengantar

Zainal Abidin Lasim 


[02/08, 01:01] Zainal Abidin Lasim: AF Yassin Yang Ku Kenali


Seorang rakan balik dari kedai buku dalam kawasan kolej tempat pengajian. Dia membawa sama majalah Dewan Sastera Dan Dewan Masyarakat. Tahun itu Kami bakal menduduki peperiksaan besar juga, iaitu SPM. "Muin! Pinjamkan sebentar Dewan Masyarakat, " pintaku dari kawan yang baru pulang tadi. "Eh, Aku pun belum baca," jawab Muin selamba. "Sebentar je, Aku nak tengok isi kandungannya saja." Balasku. "Ok. Sebentar saja tau!" Muin mengingatkan. "Ok," balasku.


Aku membelek-belek majalah berkenaan. Pertama-tama Aku mencari Nama Af Yassin Dan Noor Azam kalau-kalau Ada mereka berdua menyumbang tulisan pada Bulan itu.

[02/08, 01:03] Zainal Abidin Lasim: Memang AF Yassin cukup popular pada tahun-tahun 70an Dan 80an.Tulisannya menjadi rujukan bagi para pelajar Waktu itu Yang bakal menduduki peperiksaan SPM Dan STPM.


[02/08, 01:04] Zainal Abidin Lasim: Namun Kami hanya menenal namanya sahaja .Orangnya tidak Kami Kenali.

[02/08, 01:04] Zainal Abidin Lasim: Aku dan kawan-kawan meneruskan pengajian, ada yang masuk universiti, a da  yang masuk maktab, lTM dan lain-lain


Aku menghuni hutan Bangi (UKM) selama empat tahun. Aku masih membaca Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera. Namun AF Yassin tidak lagi menjadi sebutan sehinggalah suatu hari Aku melihat seorang tua bersarapan sendirian di sebuah kedai mamak di tempat tinggalku. Kuamat-amati orang itu. Aku rasa pernah melihat rupanya, tapi di mana ya? Aku memberanikan diri menghampirinya. Aku pun bertanya, " Tuan AF Yassin bukan?" aku mengajukan soalan. "Ya," jawab beliau sambil mempelawa aku duduk. Setelah memesan minuman dari pelayan, kami pun bercerita dan bertanya hal masing-masing."Mana kau kenal saya?" dia mengajukan soalan. "Wajah tuan selalu saya temui Dalam majalah-majalah. Bahkan tulisan tuan menjadi rujukan di zaman persekolahan". "Ya ka." Soalnya.?" 


Siapa tak kenal AF Yassin pada tahun-tahun 70an?" Jawabku. Kami pun ketawa.  Suaranya lembut bercerita tentang penulisan ,ekonomi , politik dan sebagainya.  Tapi dia amat hati-hati bila menyinggung soal politik.


[02/08, 01:05] Zainal Abidin Lasim: Sejak itu Kami mengadakan beberapa pertemuan sehinggalah dia menulis buku terbarunya Editor Minds.


[02/08, 01:06] Zainal Abidin Lasim: Pada minggu lepas dia menghantar mesej kepadaku meminta aku menulis mengenai diri beliau untuk dimuat dalam buku Yang sedang dirancang, "Apa Kata Teman." Maka terhasillah tulisan yang tidak sepertinya ini.


Zainal Lasim@lbnulazim

2.8.2023

Monday, November 27, 2023

Ulasan Puisi Emilia Munira

 Selebriti Sasterawan Di Medsos- Siri 14.


Sasterawan adalah perakam zamannya. Bagitulah pendapat yang sering dikemukakan oleh para penelaah sastera. Saya pun bersetuju dengan pendapat ini. Sejarah hanya merakam peristiwa, kesan, pengalaman Dan pengajaran dari suatu zaman. Namun Sasterawan, khasnya penulis novel Dan puisi, merakam bukan sahaja peristiwa, tetapi juga denyut nadi, resah gelisah, Dan pergolakan jiwa masyarakat pada zamannya. Demikianlah antara peranan kesusasteraan dan sasterawan pada sesuatu zaman. Dengan begitu secanggih mana pun teknologi, ke dua-dua perkara ini tetap diperlukan.


Atas sebab demikian, saya Masih terus meperkatakan perkara ini. Kali ini saya memilih Emilia Munira, atau nama penuhnya Emilia Munira bte Akil, penulis kelahiran Kelulut, Marang, Terengganu. Beliau juga merupakan adik kepada Zahari Akil, juga seorang Pemuisi Yang aktif di media sosial ini.


Kita cuba lihat sebuah sajaknya untuk melihat kepenyairannya:


Bismillah.


RINDU YANG TERBAKAR


Kenangan semakin jauh seperti senja kelmarin 

gerimis melewati ingatan di rantau hati 

rindu tengkujuh dibadai luluh dan sendu 


Dan di sini aku mengeja sebuah nama 

saban waktu lembar masa kubelek

susunan abjad kehidupan dan kematian 

tak pernah lusuh walau kau pergi tak kembali

menjadi reja-reja kenangan 


Mengenangmu sahabat

adalah setulus persahabatan 

doaku pun tak pernah putus  

antara musim beredar

aku masih berdiri di sini 

genggam kenangan hingga 

perasaanku rentung


EMILLIA MUNIRA 

Marang, Terengganu

5 Oktober 2023.


Dalam Rindu  Yang Terbakar sebenarnya, Emillia menengang seorang sahabat karibnya Yang telah pergi terlebih dahulu ke alam abadi. Kenangan itu seperti rindunya pada musim tengkujuh، diikuti perasaan rindu dan sendu Yang membadai di jiwanya. Tentulah sahabat itu amat akrab dengan kehidupannya. 


Kerinduan itu seolah ia mengeja sebuah sambil membelek lembar waktu dan susunan huruf-huruf abjad. Ia merupakan satu perbandingan perasaan yang hanya dapat dilukiskan sedemikian. 


Ia mengenang sebuah persahabatan yang tulus di samping doanya Yang tidak pernah putus. Emillia Masih mengenang sahabat seolah kenangan itu digenggam hingga rentung.


Tentunya sahabatnya itu seseorang Yang istimewa dalam hidupnya.


Bahasanya tidak polos dalam puisi ini, cuma temanya agak ringan tanpa sebarang buah fikiran. Ianya lebih merupakan satu curahan perasaan akibat sebuah kehilangan.


Emillia mendapat dorongan kakaknya Puan Zahari Akil Yang juga seorang penulis sajak Yang sedang menempa nama.  Selain sajak, Emillia juga menulis cerpen. Sajak- sajak dan cerpennya pernah tersiar dalam akhbar Harian Ekpress, Utusan Borneo dan Berita Harian. Bila ditanya tentang rancangannya pada masa depan, beliau Yang turut meminati muzik, berhasrat untuk menerbitkan antologi bersama dengan Puan Zahari Akil, di samping merancang untuk menerbitkan novel remaja. Emillia juga pernah memenangi beberapa peraduan penulisan puisi yang dianjurkan persatuan Pemuisi , Kembara Sastera Dan lain-lain. Sajak-sajaknya juga telah pun diterbitkan dalam beberapa buah antologi bersama yang disertainya. Kita berharap kehadirannya dalam dunia puisi Akan berterusan, mencapai apa yang diharapkan, dan turut mewarnai dunia perpuisian negara.


Ibnulazim, 

20.10.2023.