ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, September 11, 2010






Wasiat' Usang Dari Musa Hassan



Oleh: WFAUZDIN NS

TAN Sri Musa Hassan akan mengucapkan `babai' kepada PDRM bermula 12 Sept ini. Kontrak beliau tidak disambung untuk memberi laluan kepada Timbalannya Tan Sri Ismail Omar bagi menjawat jawatan Ketua Polis Negara yang baru. Selama lebih kurang 41 tahun Tan Sri Musa Hassan memakai uniform PDRM, nama beliau mula `popular' umpama artis pujaan ramai semenjak beliau dilihat mengetuai kumpulan `pengusung tilam' di dalam kes Liwat 1 melibatkan DS Anwar Ibrahim. Itu kisah lama dan mungkin peristiwa itu akan menjadi kenangan manis buat beliau.

Tertarik dengan `wasiat' dari Tan Sri Musa Hassan kepada seluruh warga PDRM sewaktu beliau berucap di dalam majlis serah menyerah tugas Ketua Polis Negara semalam. Di antara lain, beliau mahukan PDRM tegas, tidak menjadi `yes man', tidak menjadi `budak suruhan' dan tidak melakukan rasuah. Amat cantik bunyinya wasiat tersebut sehingga sejuk perut kita membaca wasiat dari beliau. Seandainya wasiat beliau itu direalisasikan sejurus Ketua Polis Negara yang baru mengambil alih tugas, alangkah bahagianya kita rakyat Malaysia.

Cuma sedikit terkilan, mengapa terlalu lewat ianya keluar dari mulut Tan Sri Musa Hassan? Mengapa ianya tidak direalisasikan sewaktu beliau berpeluang untuk merealisasikannya? Selepas ini beliau akan bersara dan menjadi orang awam yang tiada lagi kuasa seperti dahulu. Selepas ini beliau terpaksa menyesuaikan diri dengan masyarakat awam. Kita tidak tahu samada beliau boleh diterima atau tidak di luar sana, tetapi mahu atau tidak, Tan Sri Musa Hassan terpaksa bergaul juga dengan masyarakat selepas ini. Mungkin pada ketika itu, beliau boleh nampak dengan jelas mengapa masyarakat sering memandang serong dan negatif terhadap PDRM.

Apa pun, syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Tan Sri Musa Hassan yang telah berjaya memainkan `peranan'nya dengan efektif. Pedulikan berapa ramai yang `menggantung pisang' di atas persaraannya itu. Kini, tiba giliran Tan Sri Ismail Omar pula. Diharapkan agar Tan Sri Ismail Omar tidak menyimpan `wasiat' dari Tan Sri Musa Hassan itu sehingga ke akhir persaraannya pula. Bolehkah PDRM mendapat keyakinan baru dari rakyat selepas ini? Tunggu....

wfauzdin.blogspot.com
11.9.2010
Kembali Kepada Fitrah Perjuangan


Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Alhamdulillah, umat Islam baru sahaja menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia. Ramadhan diibaratkan sebagai sebuah madrasah, tempat latihan rohani dan jasmani. Ianya bulan yang paling sesuai bagi penyucian hati dari segala kekotoran dosa. Sebagai hamba Allah kita dituntut supaya sentiasa memperbaiki diri dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keredhaan dari Allah S.W.T. Mudah-mudahan amalan, amal ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan yang lalu akan diterima oleh Allah S.W.T.

2. Perjuangan memperbaiki diri bukan hanya terhad pada bulan Ramadhan sahaja, malah ianya perlu diteruskan dengan istiqamah setiap masa. Malah perjuangan ini perlu juga diperluaskan ke dalam masyarakat. Kita ingin melihat masyarakat kita bergerak ke arah masyarakat yang baik. Pembaikan atau islah sudah tentu berkait rapat dengan perjuangan dan dasar Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Perjuangan Keadilan adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang peri pentingnya perubahan ke arah politik yang berprinsip, ekonomi yang mapan dan sosial yang harmonis yang kesemuanya berpaksikan prinsip keadilan. Melaksanakan keadilan di dalam masyarakat bukanlah mudah, ia memerlukan iltizam dan semangat politik yang tinggi. Keadilan di sini bukan hanya menyentuh undang-undang dan polisi untuk kebaikan dan kegembiraan majoriti sahaja mahupun sekadar mempromosi dan melindungi hak asasi manusia, tetapi ianya menjangkaui lebih dari itu. Negara yang adil pada hemat saya ialah negara yang berupaya memahami nilai-nilai baik yang perlu dihayati dan diamalkan dalam setiap unsur pentadbirannya.

Saudara-Saudari,

3. Sempena hari raya Eidulfitri kali ini, marilah kita bulatkan tekad , menolak sesungguhnya politik sempit perkauman, kezaliman yang berleluasa, rasuah dan penyelewengan. Bukan itu sahaja, negara kita saban hari dihidangkan dengan gejala sosial yang amat parah. Baru baru ini kita dikejutkan dengan fenomena pembuangan bayi yang tidak berkesudahan. Nah! Di mana silapnya? Tidak dinafikan keluarga memainkan peranan penting dalam didikan agama dan moral, tetapi polisi dan sikap sang pemerintah yang penuh dengan penyelewengan dan rasuah juga turut menyumbang kepada keruntuhan akhlak ini.

3. Kebobrokan yang berleluasa di Malaysia kini ibarat zaman gelap yang memerlukan kepada suatu Pencerahan! Apa yang saya maksudkan sebagai Pencerahan di sini ialah setiap dari saudara dan saudari mempunyai tanggungjawab dan potensi diri bagi melakukan perubahan. Sebagai seorang insan adalah suatu yang fitrah untuk kita bergerak ke arah yang lebih baik. Adalah fitrah untuk kita menolak kezaliman, rasuah dan penyelewengan yang berleluasa! Ianya bermula dengan anda. Andalah penentu kepada segalanya. Kita dikurniakan akal fikiran yang murni untuk membuat pilihan bagi melakukan perubahan. Janganlah kerana kita merasa sedikit selesa,diberikan sedikit kekayaan tetapi kita lupa untuk menggunakan daya usaha kita itu untuk melakukan islah dalam masyarakat supaya negara kita menjadi lebih makmur.

4. Tanggungjawab untuk memakmurkan dunia ini sudah tentu tidak diberikan sewenang-wenangnya kepada manusia, tetapi dipilih oleh Allah kerana keistimewaan manusia. Allah berfirman “Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik baik kejadian”. Manusia itu adalah sebaik baik kejadian kerana adanya elemen x, iaitu elemen yang saya kategorikan sebagai keupayaan manusia untuk merancang dan merencana melalui akal fikiran. Kelebihan ini tidak ada pada haiwan, tumbuhan dan mineral. Kesempurnaan manusia ialah kerana akal fikiran yang digunakan untuk merancang dan merencana.

Saudara dan saudari sekelian,

5. Seperti yang kita sedia maklum, pada bulan November hadapan Parti Keadilan Rakyat akan menghadapi pemilihan kepimpinan Parti. Proses pencalonan telahpun berlangsung pada Ramadhan yang lepas. Sesungguhnya, ini ialah titik penting dalam meneruskan kesinambungan Parti. Buat pertama kalinya setiap ahli Parti seramai lebih kurang 400,000 orang akan diberikan kuasa untuk membuat pilihan barisan kepimpinan Parti. Usaha ini ialah bagi menyuburkan demokrasi di dalam Parti. Ini adalah bukti bahawa kepimpinan Parti serius menegakkan demokrasi yang sebenarnya dan ianya bukanlah suatu slogan kosong semata-mata. Dengan semangat ini, saya menyeru ahli-ahli Parti mengunakan kebijaksanaan dalam memilih barisan kepimpinan yang baru. Gunakan peluang ini untuk kita merencana dan merancang pembangunan Parti supaya lebih kuat dan kukuh. Parti yang kuat dan kukuh akan terus mendapat kepercayaan dari rakyat. Jadikan pertandingan kali ini ialah pertandingan antara saudara dan adik beradik, yang menang kita nobatkan yang kalah jangan kita pinggirkan. Justeru, saya berharap hasrat dan cita-cita murni untuk memperkasa Parti sebagai natijah daripada pemilihan ini sepatutnya dipelihara.


5. Jangan dilupa juga sumbangan anak muda. Anak muda seharusnya diberi ruang dan peluang secara luas untuk melibatkan diri secara aktif di dalam kepimpinan Parti. Pemilihan Parti kali ini merupakan kesempatan yang terbaik untuk melaksanakan misi penting Parti. Kewujudan kuasa ketiga, iaitu kekuatan anak muda di dalam kepimpinan akan menjadikan Parti ini relevan dan menjadi ikutan anak-anak muda. Sesuai dengan ayat al-Quran: Innahum fityatun amanu birabbihim wa zidnahum huda yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka merupakan pemuda-pemuda yang beriman dengan tuhan mereka dan dikurniakan mereka petunjuk.

Saudara-Saudari,

6. Di dalam keghairahan kita berhari raya, jangan dilupa kepada rakan taulan, sahabat handai dan para reformis yang berkorban keringat dan air mata dalam menegakkan keadilan di negara kita. Jasa-jasa mereka perlu kita kenang, tanpa mereka perjuangan menegakkan keadilan ini mungkin akan terbantut dan tidak seghairah sekarang. Kepada pasukan keselamatan yang bertugas di hari raya ini kita doakan mereka sentiasa sihat dan ceria di hari raya. Walaupun tidak berada di samping keluarga, sesungguhnya sumbangan mereka menjaga ketenteraman dan keselamatan membolehkan kita berhari raya dengan aman dan damai.

7. Akhir kalam, saya mewakili warga kepimpinan Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyusun jari sepuluh memohon maaf zahir dan batin jika ada khilaf kepada seluruh ahli Parti khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Mudahan-mudahan Syawal kali ini membawa sinar kebahagiaan di samping keluarga tersayang. Bagi yang memandu berhati-hatilah di jalan raya, moga kita selamat pulang dari kampung bagi meneruskan kehidupan seperti biasa.


Wallahu'alam, Kembali Kepada Fitrah Perjuangan, Eid Mubarak.

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
10.9.2010
Majoriti negara Islam raya hari ini


RIYADH 9 Sept. – Arab Saudi, Mesir dan Lebanon bakal merayakan Aidilfitri esok, yang menandakan selesainya umat Islam menjalani ibadah puasa selama sebulan.

Menurut agensi berita rasmi SPA, majlis tertinggi Arab Saudi menitahkan bahawa Khamis merupakan hari terakhir berpuasa sebelum menyambut Aidilfitri pada Jumaat.

Keputusan tersebut bergantung kepada penglihatan bulan dan oleh sebab itu, hari raya disambut pada hari yang berbeza-beza di seluruh dunia.

Kebanyakan negara Teluk itu berpandukan kepada Arab Saudi, yang merupakan tuan rumah bagi dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah, untuk menentukan tarikh bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sambutan hari raya yang juga jatuh pada hari Jumaat, hari suci bagi umat Islam, dianggap penuh dengan keberkatan.

Sebuah badan yang mengeluarkan fatwa di Mesir, Darul-Ifta turut mengumumkan bahawa Khamis mungkin menjadi hari terakhir rakyat Mesir berpuasa.

Dar al-Fatwa, yang bertindak sebagai kuasa tertinggi Sunnah di Lebanon juga berkata, Aidilfitri akan disambut di Lebanon pada hari Jumaat.

Hari Raya Aidilfitri bertujuan meraikan penyucian yang dicapai setelah berpuasa selama sebulan, satu daripada lima tuntutan rukun Islam dan diraikan dengan meriah selama beberapa hari.

Bandar raya di Arab Saudi merancang mengadakan pertunjukan bunga api dan persembahan untuk orang ramai.

Beberapa negara seperti Albania, Bosnia dan China yang penduduk Islam adalah minoriti, menyambut Aidilfitri semalam. – AFP

utusanonline,
10.9.2010
Kedutaan AS diarah berwaspada

WASHINGTON 9 Sept. - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengarahkan Kedutaan AS di seluruh dunia mengkaji semula langkah keselamatan mereka berikutan kebimbangan meletusnya serangan ke atas rakyat dan kepentingan Amerika jika sebuah gereja kecil di Florida meneruskan rancangan untuk membakar al-Quran pada Sabtu ini.

Pegawai Jabatan Negara semalam berkata, perwakilan diplomatik AS diarah mengadakan mesyuarat 'jawatankuasa tindakan kecemasan' untuk menentukan potensi berlakunya protes terhadap rancangan gereja berkenaan untuk membakar al-Quran pada hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September 2001.

Pihak kedutaan dikehendaki memberi amaran kepada rakyat Amerika di negara-negara di mana protes boleh berlaku.

Langkah itu memperlihatkan kebimbangan mendalam pentadbiran Presiden Barack Obama bahawa pembakaran al-Quran itu akan memarakkan sentimen anti-Amerika, terutamanya di kalangan penduduk Arab dan umat Islam lain, di samping meletakkan askar, diplomat dan pelancong AS dalam bahaya.

Paderi Dove World Outreach Center, Terry Jones di Gainesville, Florida menolak rayuan daripada Setiausaha Negara, Hillary Rodham Clinton dan para komander kanan tentera supaya membatalkan rancangannya untuk membakar 200 naskhah al-Quran.

Bilangan Kedutaan AS yang sudah mengkaji semula langkah keselamatan masing-masing belum dapat dipastikan, tetapi Kedutaan AS di Algiers mengeluarkan amaran kepada warga AS di Algeria semalam.

"Laporan media mengenai rancangan sebuah kumpulan kecil di Gainesville, Florida untuk membakar al-Quran boleh menjejaskan keselamatan rakyat AS di luar negara.

"Jika rancangan itu dilaksanakan, ia boleh mencetuskan reaksi keras dan protes di negara Islam di seluruh dunia, termasuk juga Algeria," menurut amaran tersebut.

Jabatan Negara turut berkata, rancangan untuk membakar al-Quran itu adalah inisiatif sebuah kumpulan pinggiran yang tersisih jauh dari masyarakat arus perdana.

"Kami berharap dunia akan faham tindakan ini adalah oleh sebuah kumpulan pinggiran yang sangat kecil dan tidak mewakili pandangan AS atau rakyat Amerika keseluruhannya," kata jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowley. - AP/AFP

utusanonline,
10.9.2010
Amanat terakhir Musa

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan bahawa polis bukan orang suruhan atau ‘yes man’ kepada individu tertentu ketika dalam perkhidmatan.

Musa pada ucapan terakhir dalam meniti hari-hari persaraan pada 13 September ini berkata, polis perlu berdiri teguh tanpa dibayangi individu lain yang cuba mengambil kesempatan.

“Bila membuat keputusan semasa bertugas, jangan berubah-ubah walaupun ada tekanan dari luar.

“Kita ambil tindakan mengikut fakta dan bukannya menjadi ‘yes man’. Kalau ini berlaku, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan lingkup,” katanya semasa berucap di Mess Pegawai Kanan di Bukit Aman, semalam.

Beliau ketika itu berucap selepas majlis Serah Tugas Ketua Polis Negara kepada Timbalannya, Tan Sri Ismail Omar yang akan dilantik menjawat jawatan tertinggi PDRM Isnin depan.

Dalam pada itu Musa berkata, anggota dan pegawai PDRM tidak boleh berpuak-puak dan menjadi ‘pak turut’ bagi mengelak PDRM daripada gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.

“Zaman saya tidak ada sesiapa pegawai yang tahu siapa yang rapat dengan saya. Saya tidak pernah memanggil mana-mana pegawai ke rumah saya atau keluar untuk makan minum dengan mereka.

“Ini menjadikan kerja lebih mudah, kerana tidak ada pegawai yang mengampu saya,” katanya.

Sementara itu katanya, integriti setiap jabatan dalam PDRM amat penting untuk kebaikan setiap pegawai dan anggotanya.

Katanya, apabila wujudnya integriti dalam pasukan, tanggungjawab membanteras jenayah dapat dilakukan dengan lebih efektif.

Selain itu katanya, PDRM bukan peminta sedekah dan bukan 'pungut duit orang lain' tetapi kewujudannya adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara.

sinarharian,
10.9.2010
PAS kecam Mahathir tuduh jual agama


KUALA LUMPUR, 9 Sept: PAS mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh parti itu menjual agama untuk kepentingan politik sedangkan hakikat yang berlaku Umno yang perkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politik.

“Tun Mahathir melahirkan kemarahan kepada PAS kerana insya Allah PAS akan mengganti Umno sedikit masa lagi,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Mahathir sedar generasi baru hari ini mual dengan Umno, dan telah menjadikan PAS pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka ‘berkarat biru’ macam bekas perdana menteri itu.

“Kenapa PAS menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan PAS yang sentiasa segar, berbanding dengan dasar Umno yang sudah lapuk dan berkulat,” ujarnya.

Menurutnya, mereka yang menyokong Umno termasuk anak-anak Mahathir adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja sementara perjuangan untuk membela agama dan bangsa memang jauh ke belakang.

Justeru, tegasnya PAS menyangkal tuduhan Mahathir yang menyamakan PAS bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti Umno dalam Barisan Nasional.

“Untuk maklumat Tun, PAS bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk tahalluf yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang PAS bawa sejak ditubuhkan.

“Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam. Selama 53 tahun Umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam, rakan-rakan dalam parti komponen,” jelasnya.

BN, katanya semakin keliru pemahaman Islam mereka walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-Quran diadakan di negara ini tetapi isteri pemimpin Umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat.

Tambahnya, kalau perkara yang kecil macam itu pun Umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar.

PAS, ujarnya ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh PAS sejak kerajaan campuran Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam.

Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai 3 tahun berbanding dengan Umno yang berkuasa lebih 53 tahun.

Justeru, tambahnya PAS mengharapkan Tun Mahathir masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan PAS berbanding dengan Umno.

“Apakah Tun Mahathir sakit hati apabila masjid di bawah kerajaan Pakatan Rakyat penuh dengan majlis ilmu sedangkan masjid di bawah kerajaan Umno sudah menjadi kubur?

“Bukankah masjid zaman Tun berkuasa dahulu masjid dibelenggu, ahli jawatankuasa yang aktif dipecat dan diganti dengan AJK yang bukan ahli masjid yang rendah moral dan akhlak?” soalnya.

Katanya, bekas perdana menteri itu bertindak kerana masjid telah menjadi medan penyebaran ilmu yang merugikan Umno terutama selepas keputusan pilihan raya umum 1999.

Katanya lagi, Tun Mahathir juga pertikai kenapa PAS menyokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau.

Jelasnya, PAS berpendirian demikian bukan kerana PAS membelakangkan hukum agama di mana sebelum satu keputusan hendak dibuat, PAS merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja.

Pendirian itu, katanya selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1 Mac 2010.

“Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid?

“ Apakah hukum menjadi halal kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk?” tanya beliau.

Secara sinis, katanya memanglah ‘feqah Umno’ bukan sahaja orang bukan Islam daripada DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz PAS seperti Datuk Dr Haron Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk ke masjid atau surau untuk memberi ilmu kerana mereka ‘ulamak politik’.

“Kalau ustaz Umno bercakap supaya sokong Umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam, maka ini politik,” ujarnya lagi.

Mengenai Mahathir membangkitkan PAS sudah tidak mahu kepada hudud sejak berkawan dengan DAP, beliau mempersoalkan adakah sekarang bekas perdana menteri itu pula menyokong hudud.

Katanya, mungkin Mahathir sudah lupa surat amaran yang pernah beliau hantar kepada kerajaan Kelantan supaya jangan melaksanakan kanun jenayah syariah di negeri itu.

“Malahan menuduh ini hudud PAS, bila dicabar pula mana hudud Umno sampai hari ini tidak timbul-timbul. Bukankah sebagai seorang Islam semacam Tun yang sudah meningkat umur tidak sepatut berfikiran begitu,” ujarnya lagi.

harakahdaily,
9.9.2010
Perutusan Hari Raya Presiden PAS

Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.

Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.

Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.

Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.

Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.

Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.

Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.

Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SWT dengan menyebut ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut (maksudnya): “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.

Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.

Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah (bermaksud): “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.

Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan (bermaksud): “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Sekian.

Salam Hormat,

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Selamat Menyambut Eidul Fitri.

Dari Presiden PAS
YB. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
10.9.2010

Wednesday, September 8, 2010




Siapa Suruh Kamu Galak Bertanding Wahai Zaid Ibrahim...

Pemilihan PKR- Dato Zaid Ibrahim Tetap Wira walaupun Tidak Bertanding

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan akhbar Dato Zaid Ibrahim terasa juga sedih dihati. Beliau merasakan seperti beliau tidak lagi disanjung atau dilupakan seperti yang pernah terjadi kepada Almarhum Tun Ghafar Baba. Ini berlaku bila mana beliau mengumumkan keputusan untukJustify Full bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan kali ini.

Memang benar ramai yang menyanjung Dato Zaid di atas keberaniannya menegakkan keadilan dan keluar dari parti Umno yang membusuk itu. Di atas kepercayaan dan sanjungan ramai itulah beliau diangkat menjadi calon PKR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama dahulu. Sedangkan bukan sedikit yang mulanya tidak bersetuju di atas pencalonan Dato Zaid memandangkan ketika itu beliau `baru beberapa hari' menyertai PKR.

Namun kerana ketokohan beliau dan sikap beraninya keluar dari Umno, kita semua terus memberikan sokongan terhadap beliau secara bermati-matian walaupun akhirnya beliau tewas secara `anak jantan'.

Cuma, di dalam pemilihan kali ini tentunya berbeza kita menilai seseorang calon yang ingin bertanding. Apatah lagi jawatan Timbalan Presiden PKR adalah satu jawatan yang teramat penting. Jika ingin dibandingkan kesetiaan atau keberanian, anda sendiri boleh bandingkan kedua-dua tokoh iaitu Azmin Ali dan juga Dato Zaid Ibrahim. Sukar untuk mencari kekurangan di antara keduanya tetapi tentulah ada sedikit kelebihan salah seorang daripada mereka.

Berkaitan terdapat beberapa pihak yang berkempen memburukkan Dato Zaid mahu pun Azmin Ali, tentunya cara sedemikian tidak elok di dalam parti yang mendukung prinsip keadilan seperti PKR ini. Namun demikian, harus diterima hakikat bahawa setiap ahli di dalam PKR bahkan pemimpin mereka bukannya bersifat seperti Malaikat. Sudah tentu ada yang melakukan perkara yang negatif semata-mata untuk menaikkan tokoh yang mereka mahukan. Tetapi ini bukan satu hujah untuk Dato Zaid menyebut betapa beliau kini sudah mula dilupakan kerana jumlah yang berbuat demikian terlalu kecil dan tidak boleh mewakili kehendak semua ahli parti.

Selaku pemimpin yang sudah lama di dalam politik, tentunya Dato Zaid faham risikonya apabila berada di dalam sebuah wadah politik. Parti PAS yang dasarnya Islam itu pun terdapat golongan yang seperti Dato Zaid sebutkan. Justeru itu, Dato Zaid mestilah terus berusaha dengan jujur dan lebih gigih lagi untuk mendapatkan sokongan. Akhirnya ahli-ahli sendiri yang menentukan pemimpin yang mereka fikirkan layak untuk disokong.

Sedikit kesilapan Dato Zaid mungkin adalah kerana sebelum ini pernah berulangkali menyebut bahawa beliau tidak mahu kepada jawatan tinggi di dalam parti. Secara tiba-tiba beliau berubah fikiran walaupun beliau punyai alasan untuk mengubah fikirannya. Di dalam politik, mungkin alasan tertentu sukar diberi pertimbangan untuk ahli-ahli mempercayainya. Adalah lebih baik pemimpin itu berterus terang dan berani membuat keputusan.

Saya merasakan tidak benar sama sekali jasa Dato Zaid kini telah mula dilupakan. Beliau tetap seorang wira selagi beliau berada di dalam PKR, cuma belum tiba masanya untuk beliau berada di peringkat tertinggi sekarang. Seorang wira tidak semestinya berada di kerusi Presiden atau Timbalan Presiden. Jangan kisah Almarhum Tun Ghafar ingin dijadikan contoh, kerana pemilihan di dalam Umno jauh berbeza dengan pemilihan di dalam PKR. Jika ingin dijadikan contoh juga, sokongan terhadap DS Anwar ketika itu amat kuat kerana ketokohan DS Anwar ternyata lebih menonjol daripada Almarhum Tun Ghafar waktu itu. Bukan kerana Almarhum Tun Ghafar tidak dianggap wira Melayu, tetapi ketika itu Umno mahukan seorang pemimpin yang lebih dari itu.

Oleh yang demikian, Dato Zaid sewajarnya memikirkan kembali keputusan beliau untuk bertanding di kerusi Timbalan Presiden PKR. Jika beliau tidak bertanding, rakyat tetap menganggap beliau sebagai wira bahkan imej beliau lebih dipandang tinggi dan mulia selaras dengan janjinya dahulu untuk tidak memikirkan jawatan tersebut.

wfauzdin.blogspot.com
8.9.2010
Alat BN: Buka mulut setelah tarikh bersara diumum


KUALA LUMPUR, 8 Sept: Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.

Bagaimanapun, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, ia sudah cukup memberitahu rakyat apa yang berlaku di sebalik pemerintahan BN di Putrajaya.
“Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar.

Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri.
Baginya, memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman.

Ini, ujarnya tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan pengganti itu ibarat tindakan "habis madu sepah dibuang".

Tambahnya, Musa begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan Umno Bahagian Tampin.

“Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009.

“Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM3 juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontroversi,” ujarnya lagi.
PAS, katanya melihat Musa telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama kerajaan.

Namun, beliau berkata, cetusan rasa tidak puas hati yang disebutkan Musa baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota polis di bawah pentadbiran BN.

Idris menambah, tangan dan kaki Musa terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik.

“Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya campur tangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam kerajaan yang mengganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran itu.

Katanya, kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang.

Justeru, beliau menambah, PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN.
Jika tidak, ujarnya mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui.

harakahdaily
8.9.2010



WAWANCARA


LIM Guan Eng sering menjadi sasaran media arus perdana. Ada sahaja yang tidak kena pada pentadbirannya. Beliau dituduh anti Melayu dan anti Islam oleh media talibarut Umno.

Di sebalik asakan itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, tetap tenang. Namun beliau tidak dapat menyembunyikan kegusarannya, kalau-kalau serangan media talibarut Umno-BN menjangkau sehingga kepada serangan fizikal.

Ikuti luahan hati beliau dalam wawancara wakil Harakah, AHMAD LUTFI OTHMAN, MOHD RASHIDI HASSAN, WAN NORDIN WAN YAACOB dan KHAIRUL HARTIMI bersama Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut di Terminal Tambang Murah (LCCT) pada 2 September lalu membincangkan isu-isu semasa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

HARAKAH: Apa pandangan saudara mengenai Umno, yang sejak akhir-akhir ini semakin hebat memberikan tekanan terhadap Pakatan Rakyat, khususnya saudara selaku Ketua Menteri Pulau Pinang? (Bold)

LIM GUAN ENG: Pada saya, yang paling ketara ialah kajian Merdeka Centre di mana, di kalangan Melayu, hanya 44 peratus menyokong Umno dan selebihnya menentang Umno, kajian itu memperlihatkan Umno ini, lagi lama lagi teruk.

Mereka hanya memainkan isu perkauman sahaja, rasuah di kalangan mereka semakin tinggi. Mereka tidak boleh kikis imej rasuah, rakyat lagi lama lagi jemu, mereka (Umno) pun tahu hakikat ini.

Jadi Umno harus buang imej rasuah?

Ya. Kalau mereka tidak buang rasuah mereka akan mati, tetapi kalau kitapun tidak buang rasuah kita pun mati juga.

Mutakhir ini mereka serang peribadi, mainkan isu agama dan perkauman?

Sekarang ini bertubi-tubi mereka menghentam kita. Mereka hentam keromo sahaja isu-isu perkauman dan agama.

Itu menunjukkan keterdesakan dan mereka sudah bercelaru tidak ada isu mereka nak mainkan.

Saya rasa mereka (Umno) ini sudah hilang akal dan guna cara Firaun sahaja.

Sekarang ini apabila mereka sudah tidak boleh beli keyakinan rakyat, mereka guna fitnah sahaja dan gunakan kuasa rakus mereka melalui media yang menjadi talibarut mereka.

Bagaimana kesannya?

Kesannya ada kita akui, tetapi kesannya ialah di kalangan ahlinya (Umno). Serangan terhadap kita, hanya akan meningkatkan perasaan dan akan ada yang terbawa-bawa dengan sentimen perkauman yang mereka bawakan.

Tetapi kita juga kena waspada dengan api perkauman ini kerana mereka sentiasa berusaha, mereka guna sekarang dan kita kena hadapi menjelang pilihan raya.

Kita tidak mahu kita terus tidur lena tetapi kena hadapi serangan terakhir ini yang berbentuk perkauman sempit, serangan maut.

Dia (Umno-BN) mahu kita maut tetapi jika kita tidak maut mereka yang maut, tiada jalan yang senang sama ada hidup atau mati.....(ketawa).

Adakah saudara jangka serangan ini akan berterusan?

Ya. Mereka akan buat sampai saat-saat terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Ini kita harus hadapinya juga.

Terbaru mereka palsukan gambar, kononnya saya menyembelih korban. Gambar Nizar mereka ubah, letak gambar saya. Mereka sengaja buat provokasi.

Dalam isu masjid ini pula (membabitkan Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching) sengaja mereka mainkan dengan naikkan gambar Teo Nie Ching yang masuk ke surau, sedangkan Teo ini datang atas jemputan AJK Surau al- Huda.

Kalau dia (Teo) tolak lagi akan jadi orang pandang dia tak senonoh, soal boleh atau tidak dia duduk dalam surau atau masjid ini saya tak mahu campurlah. Biarlah ulama yang berikan penjelasan. Tetapi untuk meredakan kemelut ini beliau telah mohon ampun kepada Sultan.

Jadi janganlah perbesarkan isu ini, tetapi mereka (Umno) tidak mahu lepaskan isu ini, walaupun Teo telah memohon maaf. Tengok ini adalah politik. Kita mohon maaf kepada Sultan, dan kita mahu redakan perkara ini kerana ini bulan Ramadan yang suci, tetapi mereka (Umno) gunakan isu ini untuk dijaja seluruh negara bagi memburukkan kami (DAP) dan PAS.

Ini agenda politik mereka, ini satu cabaran hebat. Apa pun saya rasa gembira dan syukur kerana hubungan erat antara Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sangat kuat.

Baik PAS, baik DAP, kita sama-sama hadapinya, kita yakin rakyat pun tidak percayakan lagi dakyah mereka ini (Umno).
Tetapi saya rasa kita kena kerja kuat dan buat pelbagai program.

Apa program yang dibuat untuk menangkis serangan ini?

Dua minggu lepas dan esok, kita bagi penerangan kepada masjid-masjid, setiap kali kita pergi, kita bagi penerangan apa sebenarnya yang berlaku.

Kita hendak jelaskan semula kepada rakyat isu ini, kita tidak ada ruang sebab bila kita hendak jelaskan Utusan Malaysia tidak bagi ruang, hanya Harakah sahaja yang berikan ruang.

Tetapi Harakah pula diasak oleh kerajaan.

Mengapa Umno kelihatan konsisten membuat serangan?

Saya rasa serangan yang dibuat Umno menunjukkan mereka tidak ada akal, tidak ada isu dan tidak ada idea lagi.

Hanya kerana mereka mahukan pilihan raya nanti mereka ada kekuatan dengan sokongan kuasa dan media.

Mungkin pilihan raya umum akan diadakan lepas Mac depan (2011) saya rasa mungkin mereka buat persiapan, tetapi dengan cara ini ia boleh menjatuhkan Umno juga.

Saya rasa mereka benar-benar tertekan, mereka juga marah sangat sebab PAS dan DAP bekerjasama sangat erat.

Saya rasa kerjasama DAP-PAS sangat kuat bukan sahaja di peringkat atas tetapi lagi kuat di peringkat tengah dan bawah.

Sebab itulah mereka (Umno) merasa tertekan dengan situasi ini dan mereka rasa marah, mereka mahu pecahkan kita, mereka tarik PAS dengan cara perpaduan tetapi tidak berjaya, akhirnya mereka laga-lagakan PAS dan DAP dengan satu isu (Hudud) yang sudah selesai sebenarnya dahulu.

Mereka tidak berjaya buat, isu kalimah Allah mereka mainkan tidak jalan, isu judi sukan mereka jalankan tidak berjaya juga, sebab itulah mereka marah sangat kepada PAS dan DAP ini dan dia marah sangat kepada saya.

Pada pandangan saudara, mengapa Umno begitu marah pada saudara?

Kenapa Umno marah sangat kepada saya? Saya tahu kerana 'judi bola', Pulau Pinang negeri pertama haramnkan judi bola, sebab itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya.

Bila kita jadi peneraju kepada mengharamkan judi ini, mereka banyak rugi, ini mereka boleh buat untuk 'election fund' (dana pilihan raya), dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan), mereka (Umno) kena luluskan judi bola kerana untuk orang Cina.

Ini mereka cerita kepada orang kampung, benda ini 'makan tau' (berjaya menghasut) kerana orang kampung. Mereka ini kurang bercampur dengan orang Cina mereka ingatkan orang Cina ini berjudi sebagai budaya.

Kononnya mereka mahu tanamkan pemikiran bahawa judi ini budaya masyarakat Cina. Jadi selepas saya umumkan mengharamkan judi bola di Pulau Pinang mereka punya modal habis..takkan dia nak cerita kepada orang kampung itu Guan Eng bukan orang Cina....(ketawa).

Takkan mereka (Umno) nak ceritakan soal saya haramkan judi kerana saya ini Cina yang jahat...takkan mereka nak ceritakan begitu kepada orang Melayu di kampung? Ini siapapun tak akan terima.

Saya dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi pelopor negeri yang pertama haramkan judi bola, sampai Johor pun terikut-ikut. Jadi macam mana pun yang luluskan judi bola Umno dan mereka juga nak nampak kononnya wira rakyat mereka pula tarik semula. Ini semua sudah terbalik.
Umno ini lain-lain perkara mereka tidak marah tetapi jika kita potong duit melalui judi mereka mereka akan marah sebab ini talian hayat mereka.

Mungkin Umno hilang modal lawan Pakatan Rakyat?

Sebab itu mereka kini gunakan apa sahaja isu untuk mengenakan kita (Pakatan Rakyat). Mereka juga mainkan isu Bazaar Ramadan di Komtar. Isu ini masih dimainkan lagi.

Kita dibayangkan kononnya kita ambil tindakan kepada peniaga, sedangkan penganjur yang bermasalah. Mereka sengaja mainkan isu perkauman, kononnya nak kata kita haramkan Bazaar Ramadan.

Mereka sengaja mainkan isu ini, kononnya nak bayangkan kita usik orang Melayu, sedangkan sejak kita memerintah satu orangpun orang Melayu atau bukan Melayu kita usik, sebaliknya kita membantu rakyat.

Kita harap boleh dapat satu penyelesaian yang baiklah. Bila mereka (Umno) usik orang semasa Barisan Nasional melalui Gerakan usik orang Melayu ini mereka diamkan, sengaja mereka tidak mahu dedahkan.

Umno-BN gambarkan saudara dan Nizar sebelum ini anti Melayu dan Islam?

Kita di Pulau Pinang, sebelum ini telah menggandakan bantuan bagi hal ehwal Islam pada tahun 2008 sejumlah RM 20.5 juta tahun ini RM 24.3 juta, dan kita bagi kepada hal ehwal Islam dan bantuan kepada NGO Islam ini macama mana? Mereka tidak nampakkah ini?

Sekolah Agama Rakyat, siapa yang potong bantuan SAR ini? Umno....siapa yang menghidupkan semula dan memberi bantuan, ialah kita Pakatan Rakyat, sampaikan kita buat satu makmal sains di Madrasah al-Aminiyah, ini madrasah utama di Pulau Pinang.

Mereka juga cerita kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak bagi kontrak kepada kontraktor kelas F yang kebanyakannya bumiputera.

Orang Umno yang tidak dapat kontrak sudah tentu mereka tak dapat kerana Umno yang tidak dapat. Cakap ini tidak betul. Kerajaan Pusat tidak berikan wang, kita terpaksa cari wang untuk membangunkan infrastruktur dan sebagainya. Ini kita kena tunggu sedikit kerana bantuan dari Kerajaan Pusat tiada.

Rumah kos rendah bukan murah, rumah pangsa kosnya dari RM80 juta ke RM100 juta, ini bukan senang mahu cari wang. Tetapi kita buat juga, cuma kita cari masa sedikit kerana kita tiada wang, bukan kita tidak mahu buat.

Sasaran masa depan DAP dan Pakatan Rakyat?

Bila saya lihat di Pulau Pinang saya rasa tidak ada masalah, tetapi negeri lain saya tidak tahulah ini secara amnya kita sekarang ini kuat.

Saya rasa PAS yakin dengan DAP ini kerana kita yakin tidak akan belot, kita telah berjuang begitu lama, apa perbezaannya kita semua tahu tetapi yang pasti Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat) tahu siapa Lim Kit Siang (Penasihat DAP).

Lawan BN dan lawan sampai habis, lawan tetap lawan itulah yang mereka (Umno) cuba remehkan, tetapi dua tiga tahun ini hubungan kita dari bawah sampai atas semuanya erat.

Saya rasa kita ini sangat rapat, bila Teo kena hentam, semua datang beri sokongan kepada Teo, ini satu hubungan yang sangat baik. Umno sengaja mereka cipta cerita sahaja. Jadi saya rasa ini yang membuatkan mereka tertekan.

Saya rasa jika PAS renggang dengan DAP, Umno pun tidak berminat dengan PAS, mereka ini sengaja mahu jauhkan hubungan akrab kita( PAS-DAP) sekarang ini mereka gunakan isu perkauman untuk belasah kita, lagi kuat mereka buat lagi teruk mereka akan dipandang rakyat.

Tentu ada yang terkesan tetapi sedikit sangatlah. Saya rasa terasnya ialah kerjasama kita sangat kuat. Mereka pukulpun tidak akan berjaya.

Bolehkah Umno-Gerakan ambil semula negeri Pulau Pinang?

Saya rasa tidak boleh kerana sokongan rakyat kepada kita sangat kuat. Tetapi serangan mereka ini kita terpaksa jawablah, kita kena buang masa sedikit untuk jawablah, itu sahaja yang berjaya mereka lakukan.

Untuk mendapatkan sokongan rakyat ini saya rasa tidak kemana. Sebenarnya kita banyak bantu orang Islam macam skim takaful kifalah, bantuan kepada pelajar-pelajar dan sebagainya, ini yang mereka (Umno) takutkan.

Penyokong Umno di Pulau Pinang mereka lihat kita kerajaan negeri ada buat kerja, kita bagi kepada mereka khidmat. Ini semua buatkan Umno rasa tidak selesa, sedangkan kerajaan negeri terdahulu tidak beri.

Sekarang mereka dapat mengapa dulu tidak bagi, kita kongsi bagi sebab kita ada intergiriti kita tidak rasuah, sampaikan Transparency International (TI) pun puji pentadbiran kita yang berintergriti.

Kita ada rekod, apa mereka nak kritik kita mereka tidak ada asasnya. Mereka cuba gunakan isu rasuah, penyelewengan kuasa dan khidmat rakyat ini semua tidak boleh jalan juga.

Rakyat dapat lihat apa yang kita dapat buat dalam masa setahun dan rakyat juga membandingkan apa yang mereka tidak boleh buat selama mereka memerintah.

Kita telah pastikan seluruh keluarga dalam Pulau Pinang dapat RM500 sebulan, macam mana kita buat, kita pastikan jika mereka hanya dapat RM300 kita tambahkan RM200.

Kita hapuskan miskin tegar dan definisi miskin tegar di Pulau Pinang hanyalah RM450 sahaja. Kita hapuskan miskin tegar yang mana 90 lebih peratus Melayu.

Negeri pertama buat miskin tegar sifar ialah Pulau Pinang..Tiap-tiap bulan kita tambah pendapatan mereka.

Terima kasih kerana menemuramah saya.

HARAKAHDAILY,
6.9.2010
Sembelih korban: Saya masih waras- Guan Eng
Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 6 Sept: "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.

Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.

Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia baru-baru ini. Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

(Gambar: Guan Eng menyerahkan wang pengurusan jenazah RM 1000 kepada waris si mati)

"Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.

Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.

Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.

Seorang penerima, Osman Saad berkata, pemberian RM1,000 itu membuktikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyatt di Pulau Pinang bukan janji kosong sepertimana yang didakwa oleh pembangkang.

Ooi Ah Nga pula berkata, pemberian itu terbukti slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' betul-betul menjadi kenyataan tidak mempermainkan rakyat dengan berbagai slogan.

Manakala bagi Encik Gunaseelan dari Butterworth, pemberian itu merupakan simbol Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk merealisasikanya.

"Walaupun pemberian itu tidak seberapa namun bagi rakyat yang baru menerima kematian keluarga ia merupakan hadiah berharga yang tiada ternilai terutamanya keluarga miskin, " ujarnya yang menerima sumbangan pengurusan jenazah ayahnya mendiang Kuppusamy yang meninggal pada bulan Mac lepas.

wwww.utusanonline.com.my
6.9.2010
Pas cabar Zainuddin

SHAH ALAM – Pas menyifatkan keengganan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menarik balik tuduhannya mendakwa Pas sebagai parti ekstrem kerana dendamnya kepada parti itu.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, adalah satu perkara yang mustahil apabila ada pemimpin Pas menyuruh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bagi merampas harta kaum Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969.

Justeru katanya, Pas mencabar Zainuddin mendedahkan siapakah pemimpin yang telah berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman untuk tujuan tersebut jika benar dakwaan yang dilontarkan itu.

“Tunku tidak ambil serius dan tidak memaklumkan kepada beliau siapa pemimpin tersebut malah Pas adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur.

“Perlu diingatkan Pas daripada peringkat awal penubuhan mengambil pendekatan muwajahah silmiah (cara aman) bukan secara tidak tidak demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada Mursyidul Am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, Syura dan muktamar.

“Contohnya ketika Pas hendak menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan, kemudian Barisan Nasional, parti ini tetap sabar walaupun provokasi dilakukan UMNO melalui gerakan emuda tahan lasak pada tahun 60-an.

“Jadi adakah logik Pas hendak bertindak ganas merampas harta orang Cina. Kalaulah Pas hendak lakukan tidak perlu meminta bantuan Tunku Abdul Rahman kerana boleh melakukan sendiri terhadap kaum Cina di Kelantan sebaliknya apa yang berlaku pada masa itu huru-hara di luar Kelantan,” katanya.

Idris yakin tujuan utama tuduhan tersebut adalah untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan orang Cina di negara ini terhadap Pas.

Berikutan tuduhan tersebut, beberapa laporan polis sudah dibuat oleh Pas meminta bekas menteri itu disiasat.

sinarharian.com.my
6.92010
PANAS!! BILA KETUA POLIS LUAHKAN PERASAANNYA...

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang hanya tinggal seminggu untuk bersara akhinya membuka mulut meluahkan apa yang beliau lihat sebagai wujudnya tekanan dan campur tangan daripada pihak ketiga di dalam urusan polis selama ini, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai antara pihak yang terlibat.

Tentulah pendedahan pegawai paling tinggi Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini mengejutkan semua pihak. Ia umpama sebutir bom yang dilemparkan secara terang-terang kepada menteri yang berkenaan iaitu, Datuk Seri Hishamudin Hussein. Cuma yang menjadi sedikit persoalan kenapa ia dilontarkan hanya selepas Musa telah pasti tidak lagi disambung kontrak perkhidmatannya.

Selama ini hanya cakap dengar sahaja diketahui tentang apa yang dikatakan campur tangan pihak ketiga dalam urusan PDRM. Malah pernah satu ketika hal serupa dibangkitkan media untuk mencari kesahihannya, namun Musa sendiri gagal berterus-terang mengenainya. Mungkin juga ia terpaksa dipendam demi menjaga esprit de corps jabatan ataupun Musa tidak boleh mengiyakannya secara jelas kerana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.

Namun kini segalanya telah tersuluh sebaik sahaja kontraknya tidak bersambung. Musa berkata, banyak arahan diberikan kepada pegawai polis tanpa diketahui oleh pegawai atasan PDRM sendiri (tentulah antaranya beliau) yang katanya sesetengah arahan itu jika dilaksanakan boleh mengganggu kelancaran sistem dan profesionalisme yang diamalkan oleh PDRM.

Malah beliau tidak bertapis mengakui bahawa KDN adalah antara pihak yang terlibat dalam campur tangan secara luar biasa memberi arahan itu ini, tanpa pengetahuannya. Dan sebagai kementerian yang menaungi PDRM, kata Musa tentulah keadaan itu telah meletakkan beliau di dalam keadaan yang serba salah kerana beliau harus mematuhi arahan kementerian yang menaungi jabatan diterajuinya. Yang dikhuatiri Musa ialah natijah apa yang diarahkan oleh KDN kepada pegawai bawahan tanpa pengetahuan pegawai atasan selama ini jika tidak betul, tentu akan menghasilkan keputusan yang tidak baik dan sekaligus mencemarkan imej PDRM.

"Macam-macam jenis orang yang mahu campur tangan. Orang dari kementerian (KDN) sendiri. Orang yang ada kepentingan mahu melakukan benda-benda tidak betul - semua mahu masuk campur," katanya, dipetik dalam laporan The Malaysian Insider.

Sama ada Hishamudin terfikir bahawa Musa akan mendedahkan mengenai kewujudan tangan ajaib ini dalam urusan PDRM ketika hari-hari terakhir perkhidmatan bukan persoalannya, Hakikatnya kini satu keburukan yang berlaku dalam PDRM tentang campur tangan KDN selama ini akhirnya terdedah dan terbongkar.

Jika benar apa dilontarkan Musa jelaslah KDN telah mengkhianati prinsip bebas dan profesional PDRM sekaligus mencemarkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang itu. Dan tidak salah jika masyarakat selama ini turut berasa goyah dan kurang yakin terhadap sesetengah tindakan dan keputusan yang dibuat oleh PDRM. Rupanya ada tangan ajaib yang telah menyelinap di dalam PDRM tanpa kita ketahui apa sebenar niat dan tujuannya.

Selain KDN, Musa turut menyatakan ada pihak lain juga gemar campur tangan dalam urusan polis termasuk cuba mempengaruhi melakukkan sesuatu yang PDRM fikir adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan.
.
Catatan ini dipetik daripada laporan The Malaysian Insider

singalautmetro
7.9.2010

Monday, September 6, 2010

Pidato Kenegaraan Presiden Obama Mengenai Berakhirnya Operasi Tempur Di Irak



Selamat Malam. Malam ini saya ingin berbicara dengan Anda mengenai berakhirnya misi pertempuran kita di Irak, berbagai tantangan keamanan yang kita hadapi, dan perlunya untuk membangun kembali bangsa kita di dalam negeri.

Saya tahu, momen bersejarah ini jatuh bersamaan dengan masa yang tidak menentu bagi banyak rakyat Amerika. Kita telah menjalani perang yang berlangsung hampir satu dasawarsa. Kita telah mengalami resesi yang panjang dan menyakitkan. Dan terkadang ditengah badai ini, masa depan yang kita upayakan bangun demi untuk negeri ini – sebuah masa depan yang penuh dengan kedamaian dan kemakmuran abadi – sepertinya berada jauh dari jangkauan kita.

Tetapi tonggak bersejarah ini semestinya menjadi peringatan bagi seluruh rakyat Amerika bahwa masa depan berada di tangan kita apabila kita bergerak maju dengan penuh percaya diri dan komitmen tinggi. Ini juga berfungsi sebagai pesan kepada dunia bahwa Amerika Serikat berniat untuk meneruskan dan memperkuat kepemimpinannya di awal abad ini.

Dari meja ini, tujuh setengah tahun lalu, Presiden Bush mengumumkan dimulainya operasi militer di Irak. Banyak sekali perubahan yang terjadi sejak saat itu. Pertempuran untuk melucuti senjata negara menjadi pertarungan melawan pemberontakan. Pertempuran terorisme dan sektarian telah mengancam timbulnya perpecahan di Iraq. Ribuan rakyat Amerika mempertaruhkan nyawa mereka; puluhan ribu terluka. Hubungan kita ke luar negeri menjadi tegang. Persatuan dalam negeri kita diuji.

Ini semua merupakan masa-masa paling sulit yang kita hadapi dalam salah satu sejarah perang Amerika yang paling panjang. Namun tetap ada satu hal yang tidak berubah ditengah gelombang perubahan. Di setiap perpindahan, para tentara pria dan wanita Amerika telah mengabdi dengan penuh keberanian dan keteguhan hati. Sebagai, panglima utama, saya sangat bangga atas pengabdian mereka. Dan seperti rakyat Amerika lainnya, saya bangga dengan pengorbanan mereka, serta pengorbanan keluarga mereka.

Warga Amerika yang berdinas di Irak telah menyelesaikan setiap misi yang diembannya. Mereka mengalahkan rejim pemerintahan yang meneror rakyatnya. Bersama dengan rakyat Irak dan mitra koalisi yang memberi pengorbanan besar, tentara kita bertempur di setiap sudut untuk membantu rakyat Irak untuk meraih kesempatan hidup yang lebih baik di masa depan. Mereka mengubah taktik guna melindungi rakyat Irak, melatih Satuan Keamanan Irak, dan menumpas pemimpin teroris. Karena pasukan dan pekerja sipil kita —dan karena keuletan rakyat Irak— Irak mempunyai kesempatan untuk merengkuh nasib barunya, meskipun banyak tantangan masih menghadang.


Maka malam ini, saya mengumumkan bahwa misi pertempuran Amerika di Irak telah berakhir. Operasi Pembebasan Irak telah usai, dan rakyat Irak bertanggung jawab atas keamanan negeri mereka sendiri.

Ini merupakan janji yang saya katakan kepada rakyat Amerika pada saat mencalonkan diri untuk jabatan ini. Februari lalu, saya mengumumkan rencana untuk membawa satuan tempur kita keluar dari Irak, sambil melipatkan upaya-upaya kita untuk memperkuat Satuan Keamanan Irak serta mendukung pemerintahan dan rakyatnya.

Itulah yang telah kami lakukan. Kami telah menarik hampir 100 ribu tentara dari Irak. Kami telah menutup dan mengalihkan ratusan basis pertahanan kepada rakyat Irak. Dan kami juga telah memindahkan jutaan peralatan keluar dari Irak.

Ini melengkapi proses peralihan kepada pihak Irak demi keamanan mereka sendiri. Pasukan AS telah ditarik dari kota-kota di Irak pada musim panas lalu, dan pasukan Irak telah mulai mengambil kepemimpinan dengan ketrampilan dan komitmen bagi para warganya. Meskipun Irak terus digempur serangan teroris, gangguan keamanan terus mengalami rekor penurunan sejak perang dimulai. Dan pasukan Irak telah mengambil alih pertempuran melawan Al Qaida sehingga menghilangkan pengaruhnya dalam operasi-operasi yang dipimpin oleh Irak.

Tahun ini juga ditandai dengan pelaksanaan pemilu Irak yang kredibel dan telah menarik banyak pemilih dalam jumlah yang besar. Sebuah pemerintahan sementara telah terbentuk sementara pihak Irak membentuk sebuah pemerintahan berdasarkan hasil pemilu tersebut. Malam ini, saya mengajak para pemimpin Irak untuk bergerak maju dengan dorongan urgensi untuk membentuk sebuah pemerintahan inklusif yang adil, terwakilkan, dan akuntabel bagi rakyat Irak. Dan ketika pemerintahan tersebut terbentuk, tidak akan ada lagi keraguan bahwa rakyat Irak akan memiliki mitra yang kuat di Amerika Serikat. Misi pertempuran kami berakhir, namun tidak demikian dengan komitmen kami terhadap masa depan Irak.

Ke depan, sebuah pasukan peralihan tentara AS akan tetap berada di Irak dengan misi yang bervariasi: memberikan penyuluhan dan membantu Pasukan Keamanan Irak, mendukung pasukan Irak dalam misi pemberantasan terorisme yang telah ditargetkan, dan melindungi masyarakat sipil. Sesuai dengan kesepakatan dengan Pemerintah Irak, seluruh pasukan AS akan meninggalkan Irak pada akhir tahun depan. Sementara jumlah personel militer kami dikurangi, para personel sipil kami – diplomat, pekerja bantuan, dan penasihat – mulai memimpin untuk membantu Irak sambil memperkuat pemerintahannya, menyelesaikan pertikaian politik, menampung mereka yang terlantar akibat perang, dan membangun hubungan dengan kawasannya dan dunia. Itulah pesan yang dibawa oleh Wakil Presiden Biden kepada rakyat Irak dalam kunjungannya di sana hari ini.

Pendekatan yang baru ini mencerminkan kemitraan jangka panjang kita dengan Irak – sebuah kemitraan yang berdasarkan kepentingan bersama dan saling menghormati. Tentu saja, kekerasan tidak akan berakhir dengan misi pertempuran kita. Ekstremis akan terus meledakkan bom, menyerang masyarakat sipil Irak, dan berupaya menyebarkan perselisihan sektarian. Namun pada akhirnya, para teroris ini akan gagal mencapai tujuan mereka. Masyarakat Irak adalah masyarakat yang membanggakan. Mereka menolak perang sektarian, dan mereka ingin menghentikan kerusakan yang tidak pernah akhir. Pada akhirnya, mereka paham hanya rakyat Irak lah yang dapat menyelesaikan perbedaan antarmereka dan mengamankan jalan-jalan di wilayah mereka. Hanya rakyat Irak lah yang dapat membangun demokrasi di dalam batas-batas wilayah mereka. Apa yang Amerika dapat lakukan dan akan lakukan adalah memberikan dukungan bagi rakyat Irak baik sebagai sahabat maupun sebagai mitra.

Mengakhiri perang ini bukan hanya menjadi kepentingan Irak, tapi juga menjadi kepentingan kita. Amerika Serikat telah membayar mahal untuk meletakkan masa depan Irak di tangan rakyatnya. Kita telah mengerahkan para pria dan wanita muda kita untuk memberikan pengorbanan yang besar di Irak dan menghabiskan sumber daya yang amat banyak di saat anggaran di dalam negeri harus dihemat. Kita telah bertahan karena keyakinan yang kita miliki bersama rakyat Irak; sebuah keyakinan bahwa bersama dengan debu peperangan, akan muncul sebuah awal baru di dalam buaian peradaban ini. Melalui lembaran yang luar biasa ini dalam sejarah Amerika Serikat dan Irak, kita memenuhi tanggung jawab kita. Kini, saatnya untuk membuka lembaran baru.

Selagi kita melakukan ini, saya menyadari bahwa perang Irak telah menjadi isu yang diperdebatkan di dalam negeri. Di sini juga sudah saatnya untuk membuka halaman baru. Sore ini, saya berbicara dengan mantan Presiden George W. Bush. Semua orang tahu bahwa ia dan saya berselisih paham tentang perang ini sejak awal. Namun tak seorang pun dapat meragukan dukungan Presiden Bush bagi pasukan kita, atau cintanya pada negara dan komitmennya pada keamanan kita. Seperti yang telah saya sampaikan, ada patriot yang mendukung perang ini, dan ada pula patriot yang menentangnya. Dan kita semua bersatu dalam memberikan penghargaan untuk para prajurit kita baik laki-laki maupun perempuan, serta harapan kita untuk masa depan Irak.

Kebesaran demokrasi kita didasarkan pada kemampuan kita untuk bergerak melampaui segala perbedaan serta belajar dari pengalaman kita saat menghadapi banyak tantangan di depan. Dan tidak ada tantangan yang lebih utama bagi keamanan kita daripada perjuangan melawan Al Qaida.

Warga Amerika dari berbagai spektrum politik mendukung penggunaan kekerasan terhadap mereka yang menyerang kita pada 11 September. Sekarang, pertempuran di Afghanistan memasuki tahun ke-10, dan dapat dimengerti jika ada orang-orang yang menanyakan pertanyaan sulit tentang misi kita di sana. Tapi kita tidak boleh kehilangan fokus tentang apa yang dipertaruhkan. Saat kita berbicara, Al Qaida terus menyusun rencana melawan kita, dan kepemimpinan kelompok tersebut tetap terpusat di daerah perbatasan Afghanistan dan Pakistan. Kita akan merusak, membongkar dan mengalahkan Al Qaida, dan mencegah Afghanistan digunakan kembali sebagai basis teroris. Dan berkat penarikan pasukan kita di Irak, kita sekarang dapat menggunakan sumber daya yang diperlukan untuk melakukan serangan. Bahkan, selama 19 bulan terakhir, hampir selusin pemimpin Al Qaida – dan ratusan sekutu ekstremis Al Qaida – terbunuh atau ditangkap di seluruh dunia.

Di Afghanistan, saya telah memerintahkan pengerahan pasukan tambahan – di bawah komando Jenderal David Petraeus – yang berjuang untuk merusak momentum Taliban.

Seperti halnya di Irak, pasukan ini akan ditempatkan untuk waktu yang sangat terbatas guna menyediakan ruang bagi rakyat Afghanistan untuk membangun kapasitas dan mengamankan masa depan mereka sendiri. Namun, seperti yang terjadi di Irak, kita tidak bisa melakukan untuk rakyat Afghanistan apa yang mereka akhirnya harus lakukan sendiri. Itu sebabnya kita melatih Pasukan Keamanan Afghanistan dan mendukung resolusi politik untuk masalah-masalah Afghanistan. Dan Agustus mendatang, kita akan memulai sebuah transisi kepada pihak Afghanistan. Laju pengurangan pasukan kita akan ditentukan oleh kondisi di lapangan, dan dukungan kita untuk Afghanistan akan terus berlanjut. Tapi jangan membuat kesalahan: Transisi ini akan dimulai – karena perang terbuka bukanlah kepentingan kita maupun rakyat Afghanistan.

Bahkan, salah satu pelajaran yang dapat dipetik dari usaha kita di Irak adalah pengaruh Amerika di dunia tidak bisa didasarkan pada kekuatan militer saja. Kita harus dapat menggunakan semua kekuatan yang kita miliki – termasuk kekuatan diplomasi; kekuatan ekonomi; dan kekuatan AS sebagai contoh bagi negara-negara di dunia – demi melindungi kepentingan-kepentingan kita dan demi mendukung para sekutu kita. Selain itu, kita harus mengedepankan sebuah visi masa depan yang tidak hanya didasarkan pada ketakutan-ketakutan kita, tetapi juga pada harapan-harapan kita – sebuah visi yang tidak saja mengenali bahaya-bahaya nyata yang ada di dunia, namun juga potensi-potensi tak terbatas yang ada saat ini.

Dewasa ini, perdamaian untuk musuh-musuh lama dan kemunculan demokrasi memberikan kesempatan untuk membentuk kemitraan baru. Pasar baru untuk barang-barang kita membentang dari benua Asia ke Amerika. Sebuah inisiatif baru untuk perdamaian di Timur Tengah akan diluncurkan besok di tempat ini. Miliaran kaum muda berjuang untuk melepaskan diri dari ikatan kemiskinan dan konflik. Sebagai pemimpin dunia bebas, Amerika tidak saja akan mengalahkan pihak yang mendukung kekerasan dan kehancuran di medan perang, tetapi juga akan memimpin pihak-pihak yang ingin berkerjasama untuk memperjuangkan kebebasan dan kesempatan bagi semua orang.

Saat ini, usaha tersebut harus dimulai di negara kita sendiri. Sepanjang sejarah kita, Amerika selalu siap untuk menanggung beban untuk memajukan kebebasan dan penghargaan atas martabat manusia di seluruh dunia, karena kita sadar bahwa hal tersebut berhubungan dengan kebebasan dan keamanan di negara kita. Namun kita juga sadar bahwa kekuatan negara kita serta pengaruhnya di dunia sangat tergantung pada kemakmuran kita di tanah air. Dan pondasi dasar dari kemakmuran itu adalah warga ekonomi kelas menengah yang terus berkembang.


Sayangnya pada dekade terakhir ini kita tidak melakukan apa yang dibutuhkan demi melindungi pondasi dari kemakmuran kita tersebut. Kita menghabiskan triliunan dollar untuk perang, bahkan seringkali dengan dana pinjaman dari luar negeri. Dan hal ini merugikan investasi rakyat kita sendiri serta menyebabkan terjadinya defisit yang melampaui rekor sebelumnya. Sudah terlalu lama kita menghindari untuk membuat keputusan-keputusan sulit untuk berbagai hal dari industri manufaktur kita hingga kebijakan energi kita hingga reformasi pendidikan. Sebagai hasilnya, terlalu banyak dari keluarga-keluarga kelas menengah kita yang terpaksa untuk bekerja dengan lebih keras demi upah yang lebih kecil, sementara kemampuan bersaing jangka panjang negara kita menjadi semakin terancam.

Untuk itu, saat dimana kita sedang mulai mengakhiri perang di Iraq, kita harus memulai menyelesaikan berbagai tantangan di dalam negeri dengan energi, keteguhan ,dan semangat persatuan yang sama dengan yang dimiliki oleh para pria dan wanita berseragam dalam menjalankan tugas-tugas mereka di luar negeri. Mereka telah menghadapi berbagai ujian. Sekarang, giliran kita untuk diuji. Sekarang, kita memiliki kewajiban untuk menghargai pengorbanan mereka dengan bersatu dan berkerjasama demi mencapai impian yang telah diperjuangkan oleh begitu banyak generasi sebelum kita – sebuah impian dimana kehidupan yang lebih baik menanti bagi semua orang yang mau berkerja demi meraihnya.

Tugas kita yang paling mendesak saat ini adalah memperbaiki perekonomian kita serta kembali memperkerjakan jutaan warga Amerika yang telah kehilangan mata pencahariannya. Demi memperkuat golongan kelas menengah kita, kita semua harus mampu memberikan anak-anak kita pendidikan yang layak dan keahlian untuk para pekerja kita sehingga membuat mereka dapat bersaing di kancah perekonomian global. Kita harus memacu kembali industri-industri yang dapat membuka lapangan perkerjaan luas dan menghentikan ketergantungan kita pada minyak asing. Kita harus dapat meluncurkan inovasi baru sehingga dapat memproduksi berbagai barang baru dari pabrik-pabrik kita, selain juga mengembangkan ide-ide yang muncul dari para wirausahawan kita. Semua ini bukan hal yang mudah. Tetapi untuk hari-hari berikutnya, hal ini harus menjadi misi utama kita sebagai sebuah bangsa dan tanggungjawab utama saya sebagai seorang presiden.

Bagian dari tanggung jawab tersebut adalah memastikan komitmen kita untuk menghormati mereka yang telah berbakti pada negara dengan keberanian yang luar biasa. Selama masa jabatan kepresidenan saya, kita akan selalu memelihara kekuatan angkatan perang yang sangat baik yang pernah dikenal oleh dunia, dan kita akan melakukan apapun untuk para veteran seperti mereka telah melayani kita. Ini adalah janji suci. Untuk itu, kita telah membuat kenaikkan terbesar untuk dana bagi para veteran dalam beberapa dekade terakhir. Kita telah melakuan perawatan terhadap para korban akibat perang sekarang ini --ganguan stress pasca trauma dan cedar otak traumatic -- selain terus memberikan jaminan perawatan kesehatan untuk para veteran. Kita juga membiayai RUU keprajuritan Pasca 11 September yang akan membantu veteran dan keluarganya untuk melanjutkan ke jenjang pendidikan tinggi. Untuk seorang tentara, RUU semacam in telah menolong mereka yang ikut bertempur selama Perang Dunia ke-2, termasuk kakek saya, untuk menjadi tulang punggung kelas menegah, sehingga sekarang ini, personil angkatan bersenjata baik laki-laki mapun perempuan mempunyai kesempatan turut serta dalam mambangun ekonomi Amerika. Karena bagian dari akhir perang adalah kita dituntut untuk selalu siap bagi mereka yang telah pergi ke medan perang.

Dua pekan yang lalu, satuan tempur AS terakhir di Irak, Fourth Stryker Brigade, meninggalkan Irak menjelang matahari terbenam. Ribuan tentara dan ratusan kendaraan melakukan perjalanan dari Baghdad dan akhirnya sampai di Kuwait dini hari. Tujuh tahun lalu, tentara Amerika dan mitra koalisi nya berperang di jalur yang sama, namun kali ini tidak ada tembakan. Sebuah konvoy pasukan AS yang gagah berani pulang menuju ke rumah.

Tentu saja, masih ada tentara yang tertinggal. Beberapa dari mereka masih berusia belasan tahun ketika perang dimulai. Banyak dari mereka melaksanakan beberapa tugas yang berbeda, jauh dari keluarga yang telah melahirkan para pejuang, menahan rasa kerinduan pada dekapan suami atau kecupan ibunda. Paling menyakitkan adalah sejak perang dimulai, 55 anggota Fourth Stryker Brigade --dari 4,400 orang Amerika yang telah mempertaruhkan nyawanya di Iraq – telah gugur dan memeberikan pengorbanan yang sangat besar. Salah seorang sersan berkata,”Saya tahu. Untuk para saudaraku di ketentaraan yang berperang dan gugur, hari ini sangat berarti.”

Para prajurit Amerika ini memberikan jiwanya untuk nila-nilai yang telah bersemayam di hati rakyat kita selama lebih dari dua abad. Bersama dengan satu setengah juta rakyat Amerika yang beperang di Irak, mereka berjuang di tempat yang sangat jauh dan tidak dikenal untuk sebagian orang. Mereka memulai dengan sebuah ciptaan manusia yang paling kelam, yaitu perang, dan menolong rakyat Irak untuk meraih cahaya perdamaian.

Di dalam era tanpa upacara penyerahan ini, kita harus meraih kemenangan melalui sukses mitra kita dan kekuatan bangsa kita. Setiap rakyat Amerika yang terlibat dalam sebuah garis perjuangan yang tiada putus, dari mulai Lexington ke Gettysburg, dari Iwo Jima ke Incheon, dari Khe Sanh ke Kandahar, mereka berjuang untuk kehidupan yang lebih baik bagi anak-anak kita. Para prajurit kita bagaikan baja yang mengelilingi negara kita. Disaat bangsa kita mengarungi lautan, mereka memberikan kepercayaan bahwa perjalanan kita adalah benar, dan setelah hari gelap, akan muncul hari yang lebih baik.

Terima kasih, semoga Tuhan memberkati anda, semoga Tuhan memberkati Amerika Serikat dan semua yang melayani negara ini.


Sumber: sabili.co.id
4.9.2010
Perjuangan Palestin satu jihad

Oleh - Suhaimi Mokhtar


Perjuangan pembebasan Palestin tidak akan mencapai matlamatnya dan akan gagal serta tidak sampai ke mana-mana, jika perjuangan itu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dipimpin oleh Presiden Mahmood Abbas atau lebih dikenali dengan panggilan Abu Mazin.

Mahmood Abbas atas sifatnya mengetuai pimpinan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang dianggotai pelbagai organisasi Palestin yang didominasi oleh Fatah sekali gus juga adalah Presiden PA yang diiktiraf oleh semua pihak yang berkepentingan termasuk kuasa AS dan Barat yang mengendalikan sandiwara rundingan damai antara Palestin dengan rejim Zionis Yahudi.

PA yang pusat pentadbirannya di Ramallah, Tebing Barat akhirnya bersetuju untuk mengadakan semula rundingan damai bersemuka kononnya untuk mewujudkan Negara Palestin beriringan dengan rejim Zionis yang diwujudkan sejak 1948.

Rundingan pelan damai telah berlangsung begitu lama dan setakat ini tiada sebarang hasil yang mengubah status Palestin untuk menjadi sebuah negara dalam penyelesaian pelan damai dua negara yang dianjurkan oleh AS dan sekutu Barat. Pelan ini mendapat sokongan kuat dari negara-negara Arab serantau terutama negara Arab Saudi, Mesir, Jordan dan kebanyakan negara Arab lain.

Tekanan AS dan sekutu baratnya serta negara Arab yang bersekongkol telah memaksa Abu Mazin menerima semula gagasan supaya diadakan rundingan damai secara langsung antara Palestin dan rejim Zionis setelah terhenti sejak 15 bulan lalu, apabila Presiden AS, Barrack Obama mengambil alih pimpinan AS dan Rumah Puteh.

Semasa era Pentadbiran George Bush selama lapan tahun dari 2000 hingga 2008, rundingan damai secara langsung begitu rancak diadakan, tetapi tiada sebarang hasil yang konkrit dan berisi yang dapat diraih dari rundingan-rundingan yang diadakan.

Kedudukan rakyat Palestin tidak berubah, rejim Zionis terus menambahkan penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur dan penduduk Semenanjung Gaza seramai 1.5 juta terus dikenakan pelbagai sekatan kerana rakyat Palestin memilih Hamas dalam pilihan raya.

Apabila Obama mengambil alih pimpinan AS dan berlaku juga pertukaran pimpinan di beberapa buah negara Barat, di samping pertukaran pimpinan rejim Yahudi daripada Ehud Oilmert kepada Binjamin Natenyahu rundingan damai secara langsung terhenti, apabila rejim Zionis terus menerus membina penempatan Yahudi di wilayah yang dikenal pasti bakal menjadi wilayah negara Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

Penduduk rejim Zionis juga merampas tanah-tanah milik rakyat Palestin, baik rumah atau kebun mereka secara zalim dan mengusir keluar penghuni Palestin sehelai sepinggang tanpa mempunyai tempat kediaman lagi. Inilah antara sengsara dan derita rakyat Palestin yang ditanggung sejak lebih enam dekad lalu.

Dalam suasana seperti ini pun Abu Mazin sanggup mengadakan rundingan damai dengan rejim Zionis atas desakan, paksaan dan tekanan AS dan barat serta sekutu-sekutu negara Arab yang bersekongkol dengan kuasa yang melindungi rejim-rejim Arab ini. Tanpa perlindungan AS sudah lama rejim-rejim ini tumpas di tengah-tengah kebangkitan rakyat negara masing-masing.

Perlindungan dalam bentuk bantuan kewangan dan ekonomi berjumlah berbilion dolor AS dan kehadiran kem tentera di bumi-bumi Arab untuk memastikan survavil rejim-rejim ini telah menyebabkan perjuangan Palestin dikesampingkan dan dipinggirkan.

Tinggallah perjuangan Palestin terkontang-kontang bersendirian dipikul oleh para mujahid dan pejuang Islam yang tidak mengenal pahit getir perjuangan dan di tangan merekalah perjuangan Palestin ini bakal tiba di matlamat dan destinasi pelabuhan kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah.

Abu Mazin akhirnya tunduk akur dengan mengadakan rundingan langsung dengan rejim Zionis setelah AS mengadakan rundingan tidak langsung melalui diplomat handal mereka, George Mitchele yang berulang alik menemui Natanyahu dan Mahmood Abbas, bagi menggerakkan semula rundingan damai yang terhenti selama 15 bulan.

Syarat-syarat rundingan yang dinyatakan oleh PA untuk meneruskan rundingan langsung dengan rejim Zionis, iaitu rejim Zionis hendaklah menghentikan seluruh aktiviti penempatan Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, akhirnya digadaikan oleh Abu Mazin bagi memenuhi tekanan pelbagai pihak terhadap Pihak Berkuasa Palestin.

Rundingan langsung telah diadakan dan pada masa yang sama rejim Zionis mengusir keluar rakyat Palestin dari rumah-rumah mereka. Apa lagi yang tinggal dalam perjuangan Palestin melalui Abu Mazin yang terus bersekongkol dengan rejim Zionis untuk kepentingan peribadi dan hidup mewah dirinya dan orang-orang kanannya dalam pentadbiran PA dan pimpinan Fatah.

Perjuangan Palestin telah bertukar tangan daripada pimpinan yang sekularis kepada pimpinan yang Islamis dan dengan peralihan ini maka perjuangan Palestin akan menuju ke matlamat yang benar dan betul dan tidak lagi dapat dipesongkan oleh beberapa kerat mereka yang telah dipesongkan perjuangannya kerana untuk mendapat sedikit habuan dan kesenangan hidup dengan sanggup menggadaikan sebuah perjuangan dan jihad suci pembebasan bumi Palestin.

Rakyat Palestin di Gaza yang dipenjarakan oleh rejim Zionis melalui segala sekatannya telah keluar di jalan raya pada Ramadan ini membantah keputusan Abu Mazin menggerakkan semula rundingan damai dengan rejim Zionis, tetapi Abu Mazin tetap tidak menghirau dan mempedulikannya. Dia terus dengan agendanya memenuhi agenda AS dan Barat.

Apakah malige politik yang diperolehi oleh Pihak Berkuasa Palestin yang hari demi hari kehilangan kredibilitinya untuk meletakkan perjuangan Palestin dalam perspektifnya yang betul dan benar. Perjuangan Palestin telah dicemari dan diselewengkan. Letaklah semula perjuangan Palestin pada perspektifnya yang unggul kerana perjuangan Palestin adalah perjuangan ummah dan bukannya perjuangan rakyat Palestin semata-mata.

Rakyat Palestin menjadi wakil ummah kerana kebetulan mereka tinggal di bumi ambia itu dan kerana itu perjuangan Palestin mesti mengambil kira perjuangan ummah seluruhnya. Dalam kompromi pihak PA sekarang kelihatan pihak Palestin sentiasa menempah kerugian sedangkan pihak musuh, Zionis Yahudi sentiasa meraih keuntungan politik mereka.

Tiada perdamaian yang hakiki akan dicapai melalui formula damai yang lebih berbentuk sandiwara daripada yang sebenarnya. Mana mungkin perdamaian dicapai jika pihak yang menganjurkannya berat sebelah menyokong dan mempertahankan rejim Zionis dan memaksa Pihak Berkuasa Palestin menerimanya tanpa syarat

Jika pun PA menyetujuinya tetapi majoriti rakyat Palestin akan menolaknya, selagi hak milik bumi Palestin seluruhnya tidak dikembalikan kepada rakyat Palestin, tuan punya bumi suci sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran.

*Penulis ialah Perunding Media di Kuala Lumpur.

sumber:sinarharian.com.my
6.9.2010
Jangan terikut-ikut bakar al-Quran

SHAH ALAM – Pas memberi amaran kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak terikut-ikut dengan saranan kumpulan Dove World Outreach Center berpusat di Amerika Syarikat yang mahu menjadikan tarikh 11 September setiap tahun sebagai hari membakar al-Quran sedunia.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, semua pihak di negara ini harus bertanggungjawab menjaga sensitiviti kaum dan jangan menggunakan isu ini sebagai kepentingan sendiri.

Menurutnya, pihak-pihak keselamatan seharusnya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana jika perkara ini berlaku, dibimbangi ia akan memburukkan lagi keadaan yang sudah dimulakan dengan isu pengetua sekolah di Johor dan video Namewee.

“Jika perkara ini berlaku di Malaysia, pihak yang melakukannya kena menanggung risiko dan bertanggungjawab terhadap reaksi balas yang akan berlaku.

“Tidak boleh dibayangkan suasana teruk akan berlaku jika benar ada pihak cukup berani melakukannya, sekali gus ia akan membantutkan usaha kita selama ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mengecam tindakan kumpulan tersebut kerana langsung tidak memikirkan sensitiviti dan perasaan umat Islam seluruh dunia kerana mengaitkan serangan pengganas dengan Al-Quran.

Katanya lagi, kumpulan tersebut juga menunjukkan sikap tidak bertamadun dengan terus mengaitkan Islam dengan keganasan dunia walaupun umat Islam jelas menentang keganasan dan serangan terhadap Word Trade Center (WTC).

“Mereka jelas menunjukkan sikap anti Islam dan menggunakan alasan memerangi keganasan untuk menekan umat Islam seluruh dunia contohnya seperti serangan terhadap Afghanistan dan Iraq.

“Perbuatan membakar kitab suci adalah tindakan yang amat menjijikkan, biadab, dan tidak menghormati kesucian agama,” katanya.

sinatharian.com.my
6.9.2010
Jangan persoal kontrak sosial: Perdana Menteri

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bahawa semua perkara yang sudah disepakati oleh pengasas-pengasas negara terutama sekali perlembagaan yang berdasarkan kontrak sosial antara kaum tidak seharusnya dipersoalkan, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

"Kita hendaklah beringat dan berpegang teguh kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan dimaktubkan oleh bapa-bapa kita, generasi yang lalu, sejak sekian lama sehingga kita berada dalam suasana seperti hari ini," katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, bahawa dalam menjaga hubungan antara kaum pula, setiap rakyat hendaklah peka kepada sensitiviti serta mengelak daripada perbuatan, tindakan atau tutur kata yang boleh melukakan saudara daripada kaum-kaum lain.

"Kalau dua aspek itu dapat dielakkan banyaklah suhu panas akan reda dalam negara kita dan saya percaya ia juga boleh membawa kepada pengukuhan perpaduan nasional dan kestabilan politik negara kita," katanya.

Najib berkata, kedua-dua aspek itu juga penting dalam pengurusan politik negara turut melibatkan hubungan antara kaum.

"Kita selalu sebut bahawa tonggak kepada negara kita ialah perpaduan nasional dan kestabilan negara (tetapi) kestabilan itu akan terancam kalau kita tidak dapat menguruskan perhubungan kaum dengan begitu baik," katanya.

Najib berkata, gagasan 1Malaysia amat perlu dihayati, difahami serta diamalkan khususnya kepada penjawat awam dalam apa jua yang dilakukan supaya dapat menjadi contoh dan teladan kepada penjiwaan serta amalan 1Malaysia.


"Ingatlah menjadi tanggungjawab kita memelihara negara kita untuk anak-anak dan cucu kita, janganlah yang elok itu menjadi retak dan janganlah yang sudah bersambung itu menjadi putus," katanya.

sinarharian.com.my
6.9.2010
Mansuhkan Sahaja PAS?


Oleh: Mohd Rohan Mohd Razi.

[muktamar pas] Itulah apa yang terkandung dalam Perlembagaan Pas. "Cara memansuhkan PAS": Fasal 78 Perlembagaan Parti Islam Semalaysia PAS (Pindaan 1993)Jadi apa yang diutarakan oleh pemimpin atasan Pas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno yang mahu melaksanakan Islam secara syumul, adalah berasas dan berperlembagaan (constitutional).

1. Keikhlasan adalah urusan hati dan sukar untuk ditafsirkan tetapi kita boleh mentafsirkan apa yang tersurat. Dan yang tersurat adalah jelas bahawa Pas boleh dimansuhkan jika Umno betul-betul ingin laksanakan Islam.
2. Pas hanyalah "alat" bagi menyampaikan hasrat untuk "tujuan-tujuan" seperti yang terkandung dalam Fasal 5 (tujuan Pas).
3. Jika tujuan-tujuan Pas boleh dicapai tanpa perlu wujudnya alat yang dinamakan Pas, maka Pas sudah tidak diperlukan lagi. Dengan kata lain "mansuhkan saja Pas!"
4. Debat tentang mengapa zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak ada "sistem kepartian" adalah juga menarik.
5. Undang-undang negara menetapkan bahawa jika sekumpulan warganegara atau lebih spesifik umat Islam mahu berpolitik maka mereka perlu menubuhkan sebuah parti. Oleh sebab itulah Pas didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).
6. Manakala dalam al-Qur'an disebut "Hizbullah" atau "Parti Allah". Mungkin disini mengilhamkan pengasas Pas untuk menubuhkan Parti Islam SeMalaysia.
7. Hizbullah tidak terikat dengan ROS. Tetapi Pas terikat dengan ROS.
8. Apapun Parti Allah tidak akan luput selagi al-Qur'an masih ada. Manakala Pas boleh dimansuhkan jika menepati Fasal 78 Perlembagaan PAS.....

Tulisan ini oleh Sdra Mohd Rohan Mohd Razi, seorang peguam litigasi. Tulisan-tulisan beliau boleh dilayari di blog beliau; Warkah Serating. Pandangan yang terkandung di dalam tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis, dan bukan pendirian rasmi Dewan Pemuda PAS Gombak. Kami juga mengalu-alukan sebarang tulisan daripada para pembaca- Admin PemudaGombak.com

http://pemudagombak.com/v1/?p=720
6.9.2010
Adakah APCO Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3 ??


Salam 1Agama,

Kontrovesi iklan raya yang diterbitkan atas brand TV3 telah sampai ke kemuncaknya apabila TV3 melalui Buletin Utama edisi 5 September telah memohon maaf kepada semua masyarakat muslim yang terguris dengan penyiaran iklan tersebut.


Dengan memasukkan unsur santa clause iaitu simbol perayaan krismas dan juga unsur bunga teratai yang menjadi lambang kepada upacara keagamaan budha, dapat kita lihat dengan mata kasar bahawa apa yang cuba ditonjolkan dalam iklan tersebut adalah peralihan dari slogan 1Malaysia terbitan UMNO dan APCO, menjadi slogan baru iaitu 1Agama.

Kepada rakan-rakan yang masih ketinggalan dan tidak sempat melihat iklan tersebut, sila klik di sini untuk melihatnya sendiri dan seterusnya menilai, adakah ianya boleh memesongkan akidah anak-anak kita yang menontonnya sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri?

Setelah iklan tersebut diselidik dengan lebih halus seperti yang dikaji dalam blog aulakalimah, ianya menghasilkan sesuatu yang lebih memeranjatkan. Dapat didedahkan bahawa dalam iklan tersebut juga dapat dilihat tulisan jawi atau tulisan Al-Quran yang dipaparkan dalam keadaan terbalik, dan menara masjid yang 'ditokok' menjadi bentuk salib! Inilah kerja-kerja propaganda barat untuk mengelirukan umat Islam, malangnya ia disambut oleh media perdana yang dipelopori kerajaan pemerintah.

Ketelanjuran ini adalah disifatkan melampaui batas. Memohon maaf semata-mata disebalik melindungi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penyiaran iklan tersebut sememangnya tidak berbaloi. TV3 harus lebih respon dan bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan! Ia umpama si perogol yang dilepaskan hanya setelah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Justeru, TV3 atau lebih dikenali sebagai RTM3, harus mendedahkan siapakah yang melulus-terbit iklan yang berniat jahat tersebut. Diikuti dengan mendedahkan siapakah atau kumpulan manakah yang melakukan kerja akhir menyiapkan iklan tersebut, diikuti mendedahkan director iklan dan juga perekacipta storyboard bagi iklan yang diklasifikasikan sebagai 18PL itu.

Demi menghalang sebarang agenda memurtadkan orang-orang Islam secara licik dan halus dilakukan secara terancang seperti iklan raya lari akidah terbitan TV3, pihak pembangkang atau NGO orientasi Islam harus memulakan langkah segera menyiasat dan memberkas mereka-mereka yang terlibat dan yang paling penting, menghambat siapakah yang menjadi dalang utama.

Kerajaan hari ini sememangnya tidak boleh lagi diharap dalam menjaga kesucian Islam apabila mereka bersama dengan agen yahudi. Persoalannya, adakah iklan promo raya TV3 itu berkaitan dengan APCO, yang menjadi konsultan kepada kerajaan Barisan Nasional? Tiada apa yang mustahil dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini apabila telur mereka dipegang erat oleh anasir barat.

Staf TV3 yang mempunyai maklumat adalah digalakkan untuk membuat pendedahan sepertimana yang dituntut. Sesungguhnya pendedahan yang berjaya dilakukan akan menyelamatkan umat Islam daripada terus diasak arus kemurtadan yang sentiasa dicanang oleh barat keparat.

Kepekaan masyarakat Islam di negara ini dalam mentafsir iklan tersebut sangatlah dipuji. Semoga kita semua selamat bersama Islam di dunia dan akhirat InsyaAllah.

tranungkite,
6.9.2010
DATUK SOOSILAWATI HILANG BERSAMA KAMAL, KAMIL DAN HISHAM

POLIS dipercayai sedang menggandakan usaha untuk mencari Datuk Soosilawati Lawiya, jutawan kosmetik yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, bersama tiga lelaki, Kamal, Kamil dan Hisham selepas terbabit dalam satu urusan berkaitan penjualan tanah.

Setakat ini, anak sulungnya Erni Dekritawati Buhari, 25, memaklumkan tiada sebarang maklumat diperolehi mengenai kehilangan ibunya itu selepas kali terakhir mereka menerima sistem khidmat pesanan ringkas (SM) yang aneh dan kurang difahami.

Sebuah lokasi diserbu semalam manakala pemantauan di Batu Pahat juga dilakukan selepas polis menerima maklumat tertentu mengenai kehilangan bekas isteri penyanyi, Nash itu.

Kehilangan misteri Soosilawati memang mengejutkan di kalangan ahli keluarganya kerana sebelum ini beliau tidak pernah menutup talian telefonnya . Kini, pelbagai pihak juga dikatakan sedang berusaha membantu keluarga itu mencari maklumat untuk mengesan kehilangan yang dianggap pelik dan aneh.

30 Ogos lalu, beliau dikatakan keluar bersama beberapa lelaki termasuk seorang pegawai bank dan pemandunya yang bernama Kaml bagi melaksanakan tugas berkaitan penjualan tanah dengan seorang peguam di Banting.

Soosilawati memaklumkan keluarganya bahawa beliau akan pulang dalam tempoh tiga hari tetapi keadaan menjadi sebaliknya apabila anak dan ahli keluarganya tidak menerima sebarang berita selepas itu kecuali satu SMS. Malah telefonnya juga tidak dapat dihubungi.

Orang ramai diminta membantu pihak berkuasa jika mempunyai sebarang maklumat. Kasihanilah keluarga mereka terutama anak-anaknya yang amat merindui menjelang Aidilfitiri. Jika anda mempunyai sebarang maklumat segeralah menghubungi balai polis terdekat.

sumber:akhbar tempatan,
6.9.2010.