ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Friday, January 7, 2011

SAMM tidak tuntut penafian tetapi siasatan PDRM

SHAH ALAM 5 JAN : Penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berhubung dakwaan rogol yang membelit dirinya adalah tindak balas biasa yang akan dilakukan oleh setiap individu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi Tv Selangor petang ini berkata, Rais berhak membuat penafian namun ia harus disusuli dengan tindakan bagi membuktikan penafian itu berasas.

"Persoalan dia hendak nafi atau tidak, itu persoalan lain. Itu terpulang pada dia. Baguslah dia nafi. Selama ini dia senyap sahaja dan tidak nafi. Najib pun nafi dia tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Masuk dalam mahkamah, penagih dadah pun sanggup bersumpah tidak mengambil dadah, itu benda biasa," ujar Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Pagi tadi, Badrul tampil membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dilakukan terhadap Rais yang didakwa merogol pembantu rumahnya.

Menurutnya beliau, pelbagai bukti dan pendedahan yang dilakukan blog dan NGO seperti Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta menjadikan impak kes ini besar apatah lagi ia melibatkan seorang Menteri Kabinet.

Malah apa yang lebih merunsingkan katanya, hubungan Malaysia dan Indonesia yang mudah terbakar sentimennya mutakhir ini, harus segera dipulihkan.

"Justeru itu kita hendak polis siasat. Polis siasat dan polis harus umum Dr Rais tidak terlibat, beliau bersih dan ini hanya fitnah. Kalau ini berlaku, Dr Rais harus mengambil tindakan terhadap laporan tersebut," tambahnya lagi.

Dakwaan merogol yang melibatkan bekas Menteri Kehakiman dan Undang-undang ini dikatakan berlaku pada 2007 dan ia didedahkan semula oleh laman wikileaks dan laman blog seantero Malaysia.

Ketika memegang jawatan itu, Rais pernah mendedahkan 18 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan pihak tertentu.

Diminta mengulas kenyataan Rais bahawa dakwaan rogol itu sengaja dimainkan oleh bloger dan pembangkang, Badrul berkata, Rais harus terlebih dahulu membersihkan imejnya yang tercemar berikutan tersebarnya laporan yang mengaitkan beliau dengan skandal terbabit.

"Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu.

Selain tindakan polis, Badrul juga turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menggantung Rais sebagai anggota Kabinet sehingga siasatan dilakukan.

sumber:kedahlanie.blogspot.com

"Rais harus tampil untuk membersihkan dirinya dengan mencabar kesahihan laporan tersebut, bukan sekadar bercakap di media-media yang dia kuasai. Rais harus tampil memulakan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sekadar bercakap dan berkokok di dalam negara," jelas Ketua Cabang Rembau itu. - http://tvsnews.net
Lantikan Khusrin sebagai SUK, Umno/BN tolak perlembagaan - Mat Sabu

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Muhammad Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dilihat satu pencabulan ke atas Perlembagaan Persekutuan yang dilakukan kerajaan Umno/BN.

Demikian telahan AJK PAS Pusat, Mohammad Sabu (Mat Sabu) pada 4 Januari lalu ketika mengulas lantikan kontroversi Khusrin yang tidak dipersetujui kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mat Sabu berkata, kes pelantikan tersebut jelas menunjukkan kerajaan Umno/ BN memberi amanah bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan politik mereka.

"Seharusnya mengikut amalan biasa, pelantikan itu mesti mendapat nasihat dari Menteri Besar atau ketua Menteri bagi membabitkan negeri, sementara Perdana Menteri bagi jawatan membabitkan kerajaan pusat,

"Tetapi dalam kes Khusrin ini, Umno/BN melanggar perlembagaan sekaligus mematikan perlembagaan dengan tidak merujuk kepada Menteri Besar Selangor," katanya.

Sambil menyifatkan ia satu rencana politik oleh Umno/BN untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Mat Sabu menuduh kerajaan Umno/BN sekali lagi mematikan amalan demokrasi di negara ini.

Baginya, Umno/BN sejak selepas pilihan raya umum 2008, sememangnya cuba untuk mendapatkan semula negeri Selangor dengan apa cara sekalipun.

Justeru beliau mahu rakyat Selangor menghukum kebobrokan Umno/BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan menolak parti tersebut termasuk di peringkat kerajaan pusat.

Sementara itu, beberapa blog hari ini memaparkan apa yang diilakukan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan dengan melantik Khusrin yang bertaraf Gred Jusa C ke jawatan Gred Jusa A amatlah meragukan.

Ramai yang menyimpulkan ianya satu tindakan yang menafikan hak-hak golongan penjawat awam dari Gred Jusa B untuk naik ke Gred Jusa A.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah berpendapat baginda tidak lagi mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pelantikan SUK kerana kuasa tersebut ditarik daripada baginda oleh Umno ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993.

Demikian diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap Sultan Selangor mengenai isu pelantikan Dato’ Khusrin Munawi sebagai SUK. Perkembangan terbaru itu menyebabkan kesahihan perlatikan Khusrin masih terumbang-ambing.

"Majlis mengangkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar Selangor tidak akan berlangsung Khamis (5 Januari)," kata Khalid dalam satu kenyataan akhbar 3 Januari lalu.

Khalid seterusnya menegaskan sehingga isu pelantikan ini selesai, Khusrin tidak akan dibenar menyertai mesyuarat-mesyuarat penting Kerajaan Negeri.

"Khusrin tidak akan hadir sebarang perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor," tambah beliau.

Dalam pertemuan itu juga, Sultan Selangor mencadangkan kepada Khalid supaya beliau berbincang semula dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk mencari penyelesaian terbaik. Lanjutan itu, sepucuk surat akan dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara bagi tujuan perbincangan.

Dalam perkembangan sama, Khalid berkata pihaknya akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi meminda undang-undang berkaitan perlantikan pegawai kanan negeri.

“Ia berujuan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar,” katanya.

Pelantikan Khusrin sebelum ini dibantah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor kerana namanya tidak termasuk dalam senarai pendek yang diberikan kepada istana Selangor.

Khusrin juga dilantik Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

kedahlanie.blogspot.com

Thursday, January 6, 2011

Hadir Majlis Sebagai Tanda Hormat Kepada DYMM Sultan dan Raja Muda, Tetap Tidak Iktiraf Dato' Khusrin

oleh Khalid Ibrahim pada pada 06hb Januari 2011 pukul 10.13 pagi

KENYATAAN AKHBAR

6 JANUARI 2011



Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK. Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.



Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.



Pentadbiran Negeri Selangor telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.



Justeru itu, kehadiran seluruh Exco Kerajaan Negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah ( S.S.I.S ) Darjah kelas Pertama Kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, SPMS; Raja Muda Selangor. sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.



Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Dato’ Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana.



Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan.



TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

sumber:www.facebook.com/notes/khalid-ibrahim

Minta solat hajat, kami dah tak tahan - Dr Halimah
Harakahdaily


SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini.

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.


"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.

Wednesday, January 5, 2011

HARGA MINYAK NAIK : RAKYAT DIDAHULUKAN?

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

KENYATAAN MEDIA
5 Januari 2011 / 30 Muharram 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(02/11)

Kehadiran tahun baru 2011 kali ini umpama tahun yang bakal menggigit kehidupan rakyat apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba semalam. Tindakan ini, membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal disember 2010 lepas.

Dewan Pemuda PAS Pusat melihat tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.

Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.

DPPP turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. DPPP juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi.

DPPP beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.

Pelik, dalam keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional, mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka.

Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

DPPP juga mengajak golongan muda yang semestinya ramai merasai dan menghadapi masalah akibat tindakan terdesak kerajaan BN itu, bersama-sama PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi Kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil DUN Tenang dan seterusnya pilihan raya umum ke-13 yang akan datang supaya Kerajaan BN sedar di atas penindasan yang mereka lakukan terhadap rakyat.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat

sumber:kedahlanie
KRISIS PENTADBIRAN SELANGOR

Kini Kerajaan Negeri Selangor dilanda krisis lagi. Terdahulu pelbagai krisis telah dilalui oleh kerajaan PR pimpinan Dato' Khalid Ibrahim itu. Krisis Elizibeth Wong, krisis Beng Teong, krisis Pasir, Kamera dalam bilik MB, Lembu Korban, dan sebagainya itu adalah cubaan BN untuk memporak-perandakan pentadbiran Selangor dan cubaan merampas kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat. Namun sehingga ini cubaan itu gagal. Kebijaksanaan MB Selangor menangani pelbagai isu akhirnya menggagalkan cubaan BN.

2. Kini satu lagi krisis dilontarkan BN kepada Selangor, iaitu dengan melantik SUK selangor tanpa rundingan dengan MB dan exconya. Apakah krisis ini bakal menggegarkan kerajaan Negeri Selangor, belumlah dapat dipastikan lagi. Semua peruntukan undang-undang tubuh Negeri Selangor harus dikaji dari pelbagai aspek sebagai usaha untuk mencari penyelesaian terbaik dari krisis ini.

3. Kerajaan Selangor di bawah MBnya harus lebih berhati-hati dengan tektik BN yang cuba merampas Selangor seperti mana apa yang berlaku di Perak. Namun kita berharap kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat harus digembeling untuk menyelamatkan Selangor dari dirampas BN. Seperti mana yang kita maklum BN berhasrat untuk merampas Selangor yang kaya dengan pelbagai hasil itu sebelum PRU ke 13. Samada Bn berjaya atau tidak, hanya masa yang akan menentukannya. Namun PR haruslah berhati-hati agar tidak terjebak dalam permainan politik kotor yang sedang digunakan oleh BN ini. Harapan kita semoga Selangor selamat dan kekal di bawah Pakatan Rakyat.

AlKundangi,
5.1.2011

Tuesday, January 4, 2011

CATATAN BLOGGER

Kebelakangan ini saya merasakan agak sukar untuk menulis sesuatu dalam blog ini, mungkin waktu agak sempit sementara sakit tulang belakang menyebabkan pergerakan saya agak terbatas. Oleh itu buat sementara ini saya hanya sekadar copy-paste rencana/artikel yang sesuai dengan citarasa dan konsep ini. Saya harap dua tiga bulan akan datang saya akan kembali membuat ulasan sendiri, seperti yang sudah-sudah.

2. Saya merasakan menulis dalam blog ini adalah satu perjuangan, sama seperti blogger-blogger lain, di mana kita sering keluarkan modal sendiri tanpa profit untuk menyambung kelangsungan blog ini. Itu tiadak menjadi masalah bagi saya setakat ini. Cuma sakit tulang belakang menyebabkan saya tidak dapat berlama-lama dengan PC dan menyukarkan kegiatan blogging.

3.Saya harap para pengunjung memahami masalah ini dan saya berharap kepadaNya keadaan ini hanyalah sementara, dan saya akan kembali menulis seperti biasa bila waktu saya agak lapang dan sakit pun berkurangan. Pandangan tuan puan diperlukan dan tulislah di ruangan komen atau emel terus ke alamat di atas.

Terima kasih.

AlKundangi,
4.1.2011.
Nasruddin Tantawi, Khairy Jamaluddin & PAS

Risiko paling besar dalam bidang penulisan ialah apabila kita menulis atau mengeluarkan sesuatu pendapat yang kita tahu ianya amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling kita.

Hari ni aku berhajat untuk mengambil risiko tersebut memandangkan pendapat aku dalam hal ini diyakini amat-amat bertentangan dengan orang ramai dan juga pihak-pihak yang berada disekeliling aku.

Mekasih...

Perkara pertama yang menggembirakan aku dalam minggu pertama tahun 2011 ialah apabila terbaca berita dibawah:

Nasrudin tawar Khairy masuk PAS

KUALA LUMPUR, 3 Jan: "Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.

Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."

"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.

Akhirnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berjaya berfikir dengan cukup-cukup rasional dan melangkau masa labih dari sepenggal. mungkin agak terlambat, tapi cukup awal untuk berada dihadapan mereka-mereka yang berikiran "ortodoks" ataupun "exstremist".

Mungkin ramai yang berselisih pendapat dalam hal membawa KJ kedalam PAS... al-maklumlah KJ bukanlah seorang politikus "suci" dalam persada politik tanahair. 1Malaysia tahu betapa KJ adalah sejenis manusia rakus yang seringkali disabitkan dengan RM, RM, RM, RM & RM yang 100% dipertikaikan sumbernya.

Politik wang tak dapat dipisahkan dengan KJ & KJ juga tak dapat dipisahkan dengan Politik Wang. kemenangan KJ dalam pemilihan disabitkan dengan wang, kemenangan KJ di Rembau disabitkan dengan wang dan kemunculan KJ dimana-mana pelusuk tanahair juga dikatakan membawa aroma wang.

Mungkin KJ dan wang adalah kembar seperanakan. yang tu aku tak tau. kena tanya mak dengan bapak KJ.

Balik pada topik.

Kehadiran KJ didalam PAS pastinya akan mendapat tentangan daripada para pemikir-pemikir "ortodoks" ala-ala "taliban" dan juga "extremist" didalam PAS. dosa-dosa silam KJ akan berkumandang dicorong-corong media tidak rasmi dan juga kedai-kedai kopi dan pasti aroma wang akan kembali subur dibibir para forumer-forumer bebas dimana-mana sekiranya KJ memohon dan diterima menjadi ahli PAS...

Jangan lupa... istilah "beruk" akan kembali hangat dipasaran... beruk, beruk, beruk..!

Aku tak nak ulas panjang hal-hal remeh-temeh (bagi aku la) dekat atas sebab untuk menguasai Putrajaya, PAS & Pakatan Rakyat perlukan seorang yang berfikiran "fresh", "berkarisma" & juga "praktikal" seperti KJ.

Kalau nak harap dekat Ketua Dewan Pemuda PAS & Ketua AMK yang ada sekarang, jangan kata Putrajaya, nak pergi Hentian Putra pun aku tak berapa yakin boleh sampai tanpa bantuan pemandu bas express. sesat dulu la baru sampai beb...

Pada aku, KJ ada semua kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menarik sokongan anak muda, baik yang jantan, mahupun yang betina. cuma nasib KJ dalam Pemuda UMNO kurang baik sebab sokongan agak berkurangan kerana tradisi UMNO ialah "pauk kau", "puak aku" tak leh campur-campur walaupun dalam 1 parti. biasa la... UMNO... United Monkeys National Organisation... Organisasi Kera terbesar di Malaysia... jadi kena paham...

Orang yang punya kepala otak bagus macam KJ ni kalau masuk dalam PAS, akan bawa 1 perubahan yang besar dalam politik Malaysia. cuma risiko paling besar yang bakal KJ hadapi sekiranya menyertai PAS ialah - bersedia untuk menjadi "punching bag". bukan mudah bagi seorang yang pernah bergelumang dengan kerja kotor berada dalam PAS.

Cukup-cukuplah berada didalam UMNO yang sudah berada di akhir zaman tetapi masih tak sedar diri. berjuanglah diatas nama Islam dan bukan MeLAYU.

perisikrakyat
Sultan belum perkenan, Selangor tidak rai SUK

Harakahdaily

SHAH ALAM, 3 Jan: Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco, di Pusat Media di Tingkat 20, Bangunan SUK dekat sini.

Dalam sidang media itu, Khalid berkata, Sultan Selangor belum perkenan cadangan Suruhanjaya Perkhdimatan Awam (SPA) mengenai pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) yang baharu.

Menurutnya, beliau telah menghadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan SUK dan Sultan telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak mana-mana calon cadangan SPA.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

"DYMM Sultan mencadangkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik," tegas Abdul Khalid sambil menyanjung kasih atas nasihat baginda.

Dengan itu, jelasnya, kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan mengisi jawatan tersebut.

Tegasnya, sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tiak mahu terlibat di dalam bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan SUK.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang mesyuarat Exco dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor sebagai ex-officio.

"Dalam masa sama, kerajaan negeri akan mencadangkan Datuk Speaker mengadakan sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Slangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang kepada Sultan dan Menteri Besar," tambahnya.

MB tidak mahu jumpa


Sementara itu, dalam sidang medianya pula (gambar), Khusrin berkata, beliau cuba untuk berjumpa dengan Menteri Besar namun tidak dapat.

Setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung upacara angkat sumpah jawatannya.

Upacara itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.

"Saya telah menulis (kepada Khalid) hari ini, dan juga cuba bercakap dengan setiausaha sulitnya tetapi belum mendapat respon,” katanya kepada wartawan pada sidang media di pejabat barunya di bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Sham Alam.

Meskipun dijangka tidak akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat ini, Khusrin berkata beliau masih boleh menjalankan tugas-tugas termasuk membabitkan pentadbiran kerajaan negeri, sumber manusia dan perkara-perkara merancang.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai cabaran besar sepanjang 24 tahun berkhidmat di Selangor, beliau menegaskan tidak mempunyai masalah dan ia juga tidak akan menjejaskan tugasnya sebagai penjawat awam.

''Saya maklum yang Menteri Besar akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan selagi saya tidak diarah balik ke Kerajaan Persekutuan, saya akan jalankan tugas mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Saya juga telah memohon untuk mengangkat sumpah rahsia di hadapan Menteri Besar melalui surat pagi ini, tetapi masih belum ada jawapan,'' katanya..

Berikut kenyataan penuh MB Selangor

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM,

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
MB Selangor boikot angkat sumpah SUK

SHAH ALAM - Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara Kerajaan Negeri Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Kerajaan Negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau juga tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru dijadualkan 6 Januari ini.

“Ini bermakna Datuk Mohd Khusrin Munawi (SUK yang baru) tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, walaupun Mohamad Khusrin masih tidak boleh menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, banyak tugas lain yang perlu dilaksanakan oleh SUK.

"Antaranya mengurus dan memantau perjalanan pejabat-pejabat daerah di Selangor, menyelesaikan masalah tanah dan menulis laporan bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewujudan pusat-pusat spa dan kafe Internet yang tidak berlesen," katanya.

Beliau berkata, antara sebab Mohd Khusrin tidak boleh menghadiri Majlis Mesyuarat Exco kerana perbincangan dalam mesyuarat itu adalah rahsia.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Ditanya sama ada usaha Kerajaan Negeri mahu mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mengukuhkan kuasa Raja-Raja, beliau berkata: “Sebenarnya kami sedang memperkasakan negeri. Saya fikir adalah amat penting memperkasakan negeri.”

Sehingga kini, Abdul Khalid belum berjumpa dengan Mohd Khusrin meskipun bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu melaporkan diri pagi semalam.

sinarharian.com.my
Bunga-bunga persoalan awal politik tahun 2011

RAHMAN SHAARI

Persoalan politik tidak akan berakhir, kesemuanya dalam proses - diharapkan menuju keadaan lebih baik. Namun, sifat manusia adalah lalai, tsunami 2008 ialah akibat daripada kelalaian Barisan Nasional (BN). Sebelum itu BN tidak meletakkan rakyat di tempat utama, sekarang muncul slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Jika rakyat dapat merasakan keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan slogan itu, BN akan diterima baik semula.

Kekuatan pihak pembangkang juga demikian, mengalami proses yang berterusan. Keputusan pilihan raya 2008 menunjukkan pembangkang kuat, dalam pembicaraan politik di beberapa tempat, pembangkang juga menggunakan frasa ‘tsunami politik’ bagi melukiskan peristiwa 2008 itu. Pada fikiran rakyat secara umumnya, tsunami ialah bencana, dan bencana amat digeruni. Jika sesiapa berasa gerun dengan bencana, maka pilihan raya yang akan datang menghasilkan keputusan berbeza daripada 2008.

Ada pihak meramalkan 2011 tahun pilihan raya ke-13. Ramalan itu bersandarkan pada beberapa alasan; pertama, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu membuktikan beliau Perdana Menteri diterima rakyat. Beliau ialah Perdana Menteri yang memperoleh jawatan kerana Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Jadi, pilihan raya ke-13 perlu dipercepat demi pengukuhan penerimaan rakyat.

Alasan kedua, konsep 1Malaysia kelihatannya diterima umum walaupun ada kritikan terhadap konsep itu diada-adakan. Konsep itu munasabah, bahkan selama ini pun kita merasakan rakyat Malaysia perlu bersatu padu dalam banyak hal. Kita telah lama merdeka, tetapi masalah penggunaan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia pun tidak selesai. Tiada negara di dunia ini menghadapi masalah bahasa hingga sejumlah ‘pejuang’ berarak di sana sini untuk memperkukuh penggunaan bahasa.

Titik tolak bicara kali ini ialah bahawa persoalan politik tidak akan berakhir. Jadi, biarpun apa-apa yang dikatakan orang tentang sesuatu isu, pihak yang menjaga rakyat perlu memilih jalan terbaik.

Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan perjuangan bahasa di jalan raya. Itu menunjukkan keadaan bahasa kita teruk, padahal yang menjaga negara ini ialah pemimpin-pemimpin amat akrab dengan bahasa kita. Maksud saya, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kita mengenali dan menguasai Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia sebagai bahasa natif, bukan bahasa kedua. Sebagai penutur asal Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia, pemimpin eloklah memaparkan kecintaan terhadap bahasa ini, maka rakyat akan menghargainya.

Kecintaan terhadap Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia tidak semestinya membawa makna kurang sayang kepada Bahasa Inggeris. Kita boleh menyayangi sejumlah bahasa, tiada masalah. Seseorang yang menguasai Bahasa Inggeris akan mendapat tempat lebih baik di Malaysia, malah di dunia. Oleh itu, Bahasa Melayu/Malaysia jangan dipertentangkan dengan Bahasa Inggeris, letakkan masing-masing pada tempat sesuai di dalam kotak-kotak di akal fikiran.

Perhatikan, semua yang dibicarakan di atas, walaupun sepintas lalu bukan persoalan politik, tetapi jika intinya politik. Hal ini akan difahami apabila kita mengupasnya dengan teliti.

Pelantikan Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda diharapkan dapat memperkuat sokongan di kalangan peneroka Felda terhadap kerajaan. Isa menyatakan hasratnya untuk berusaha bagi mencapai hasrat asal Felda diperkenalkan. Berbagai-bagai pandangan telah disuarakan oleh beberapa pihak tentang pelantikan tersebut, namun secara umum, pelantikan itu terasa amat sesuai. Sifat utama Isa ialah mudah mesra dan jawatan diserahkan kepadanya ini amat cocok baginya. Isa jarang kelihatan terlalu menjaga status dalam erti membezakan pemimpin daripada rakyat biasa. Beliau ialah ular yang menyusur akar (tidak hilang bisanya).

Tahun 2011 juga tersedia untuk memaparkan babak-babak yang berkaitan dengan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor. Pelantikan itu mendapat pekenan Sultan Selangor, dan muktamad. Majlis angkat sumpah akan diadakan. Pelantikan ini menjadi isu, kerana timbul anggapan oleh pihak Menteri Besar Selangor bahawa caranya tidak profesional. Mengapakah ini berlaku? Jawapannya mudah: persoalan politik tidak akan berakhir!

Terdapat beberapa percikan propaganda politik bertolak daripada pelantikan ini. Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, mengatakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) membelakangkan proses pemilihan ditetapkan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam. Polemik ini menjadi bahan percakapan di mana-mana. Timbul pula isu berekoran. Isu ini kelihatan berat apabila Pengerusi GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) Selangor, Mohd Faizal Mohd Salleh menyatakan, badan itu akan menjadi benteng kepada institusi kesultanan Selangor. Faizal menjawab teguran keras Shuhaimi Shafiei, ADUN Seri Muda yang menyebutkan institusi kesultanan akan berhadapan dengan Gelombang Rakyat. (Sinar Harian, 2 Januari 2011).

Apa disebutkan di atas hanyalah bunga-bunga persoalan. Masih ada bunga lain, misalnya kemunculan semula suara kritikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim terhadap Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu, Menteri Besar Perlis. Pembaca sekalian akan mendapati bunga-bunga ini akan menjadi buah-buah tidak lama lagi. Selaku pemerhati politik, dan selaku rakyat konkrit, segala-gala ini janganlah terlalu dibimbangi, kerana persoalan politik memang begitu, bersambung-sambungan sampai bila-bila.

sinarharian.com.my
Keputusan KJ jadi petanda awal PRU-13: Penganalisis politik

SHAH ALAM – Keputusan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum (PRU) akan datang seolah-olah memberi gambaran jelas akan berlakunya PRU lebih awal seperti yang digembar-gemburkan.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Ahmad Nizamuddin berkata, berdasarkan faktor sokongan kuat terhadap Barisan Nasional (BN) pada masa ini serta krisis dalaman Pakatan Rakyat (PR) boleh memberikan kelebihan kepada BN jika PRU diadakan.

“PRU-13 boleh dibayangkan dengan dua perkara, pertama, kemungkinan akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak dan keduanya, mungkin pada 2012. Saya lebih menggambarkan akan berlaku pada 2012.

“Khairy dan pemimpin lain adalah orang dalaman parti yang lebih mengetahui keadaan dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang termasuk berhubung soal pilihan raya. Kita sebagai orang luar, sama ada ahli politik dan pemerhati politik hanya membaca ‘petanda’ yang mereka berikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Ahmad juga tidak menolak kemungkinan keputusan Khairy sebagai pembayang kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bahawa Khairy bersedia untuk tidak tersenarai sebagai calon pilihan raya akan datang.

Katanya, ini bermakna Khairy lebih meletakkan nasib politiknya kepada pucuk pimpinan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada karier politiknya.

“Khairy hanya membuat keputusan. Dalam keadaan biasa, orang berlumba-lumba mengejar jawatan dalam politik. Tetapi apabila seseorang yang ada kedudukan baik dalam politik menyatakan untuk berehat sekejap secara tiba-tiba, ia memberi gambaran sesuatu.

“Saya rasa Khairy dah berfikir panjang dan sedar bahawa kedudukan dia agak kurang menyerlah terutama selepas presiden (UMNO) berubah. Jadi, bila dia keluarkan kenyataan sebegini lebih awal, apa-apa yang berlaku tidak lagi menjadi satu kejutan baik kepada dia atau orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik UKM, Profesor Dr Muhammad Agus Yusof berkata, kenyataan Khairy berkemungkinan untuk memberikan masa kepada dirinya menyusun semula strategi politik.

“Mungkin dia dah pun fikirkan adakah dia dicalonkan lagi pada pilihan raya akan datang. Turun naik dalam politik itu perkara biasa.

“Dia nak berehat atau menyusun semula strategi merupakan pemikiran strategik yang terbaik untuk dia,” katanya.

sinarharian.com.my

Monday, January 3, 2011

"Hantu" PRU Ke-13 Bagi BN dan PR

A Kadir Jasin


BANYAK petanda semasa menjurus kepada pilihan raya umum diadakan lebih awal daripada tempoh sah Parlimen.

Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak telah mula menghidangkan sajian-sajian PRU seperti cuti umum merayakan kemenangan pasukan bola kebangsaan dalam pertandingan Piala AFF Suzuki dan bayaran khas kepada peneroka Felda serta pelantikan baru dalam Umno.

Sebelum itu kerajaan mengumumkan penangguhan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang begitu hebat dipromosikan beberapa bulan lalu.

Dikhabarkan juga yang dalam masa beberapa hari lagi beliau akan bersidang dengan semua Wakil Rakyat Barisan Nasional bagi mendapatkan maklum balas mengenai sentimen rakyat jelata terhadap pemerintahannya.

Dari aspek undang-undang, PRU tidak perlu diadakan hingga Mac 2013 atau lewat daripada itu setelah mengambil kira tarikh PRU ke-12, tarikh persidangan pertama Parlimen dan hakikat bahawa PRU boleh diadakan dalam masa 60 hari selepas tamat tempoh Parlimen.

Namun daripada gaya percakapan pemimpin politik, sama ada pemerintah atau pembangkang, PRU ke-13 akan diadakan jauh lebih awal daripada itu.

Ada ramalan mengatakan seawal Mac tahun ini kerana Mohd Najib mahukan mandatnya sendiri dan angka 11 adalah nombor “bertuah” beliau, lantas kenderaan bermotornya berangka plat 11.

Alasan yang lebih serius ialah keyakinan beliau bahawa BN sudah cukup pulih dan bersedia untuk menghadapi pengundi.

Ramalan ini dikukuhkan oleh keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 30 November lalu yang menangguhkan selama 18 bulan pemilihan parti yang sepatutnya berlangsung tahun ini.

Ini diikuti oleh pelantikan Pengerusi Perhubungan Umno bagi negeri-negeri Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu.

Walaupun Mohd Najib cuba meredakan spekulasi dengan mengatakan penangguhan pemilihan Umno bukannya perkara luar biasa kerana ia dibenarkan perlembagaan dan pernah dilakukan beberapa kali sebelum ini, namun ramai yang tidak yakin.

Kemudian, ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di Phnom Penh pada 2 Disember lalu, Mohd Najib berkata PRU akan datang akan menjadi “hari penentuan” bagi BN.

Mesej Perdana Menteri yang lebih utama adalah kelangsungan BN sebagai parti peneraju pemerintahan. Katanya, sama ada PRU diadakan awal atau lewat, keputusannya kelak akan menjadi petanda kelangsungan BN.

Petanda PRU Mengejut


Daripada tanda-tanda yang semakin banyak muncul, Perdana Menteri nampaknya tidak akan menunggu sehingga saat akhir untuk mengadakan PRU atas sebab-sebab berikut:-

1. Beliau yakin kedudukannya cukup kuat untuk mengharapkan prestasi lebih baik daripada PRU 2008;

2. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada “kebaharuan” kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk merayu diberi peluang memerintah dengan mandat sendiri;

3. Beliau yakin beliau boleh mengulangi rekod Perdana Menteri sebelum beliau yang semuanya menang besar dalam PRU pertama masing-masing;

4. Beliau yakin perubahan kepemimpinan parti-parti komponen utama BN – MCA dan MIC – mula mengembalikan sokongan bukan Melayu;

5. Beliau yakin segala dasar, pelan dan projek yang beliau perkenalkan mula berhasil dan mendapat sokongan rakyat jelata;

6. Beliau tidak mahu tunggu lama kerana bimbang suasana ekonomi yang semakin cerah sekarang tidak mampu bertahan lama. Seperti diumumkan, kadar pertubuhan kasar ekonomi suku tahun telah mula menurun; dan

7. Beliau mahu mengambil kesempatan daripada suasana yang tidak menentu dalam parti-parti Pakatan Rakyat, khasnya Parti Keadilan Rakyat.

Perjalanan Tidak Mudah Bagi PM


Namun, perjalanan Mohd Najib ke arah mandat sendiri yang besar tidaklah semudah yang dibayangkan oleh para penyokong beliau.

Pemulihan BN masih tidak muktamad dan kacau-bilau dalam PR serta di kalangan parti-parti anggotanya mungkin tidak seburuk yang digembar-gemburkan oleh media massa pro-pemerintah.

Yang pasti adalah kedudukan Mohd Najib sekarang adalah lebih teguh daripada Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau memanggil PRU 2008.

Namun beberapa faktor yang menyebabkan prestasi BN merudum pada 2008 masih wujud. Mohd Najib perlu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini kalau beliau tidak mahu nasib malang yang menimpa Abdullah tidak terjadi kepadanya. Antara faktor itu adalah:-

i. Masih ramai ahli dan penyokong BN, khasnya Melayu, yang berpaling tadah kepada pembangkang kerana “benci” kepada pentadbiran Abdullah masih kurang yakin bahawa pentadbiran Mohd Najib lebih baik;

(Pentadbiran Abdullah dituduh lemah, mungkir janji dan dilarikan oleh empat lima kerat anak menantu dan sekutu-sekutu beliau.)

ii. Mohd Najib wajib meyakinkan mereka bahawa kepemimpinannya tidak mempamerkan ciri-ciri yang sama iaitu campur tangan oleh orang luar parti, orang luar pentadbiran dan oleh ahli keluarga;

iii. Ramai orang Melayu masih tidak yakin bahawa cogan kata, dasar, pelan dan projek yang Mohd Najib perkenalkan menjamin hak dan kepentingan bangsa Melayu manakala bukan Melayu pula beranggapan mereka belum mendapat hak yang secukupnya;

iv. Walaupun pertumbuhan kasar ekonomi memuaskan, namun kenaikan kos sara hidup dan kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi terus menghantui tenaga kerja, khasnya lepasan institusi pengajian tinggi; dan

v. Kesan projek-projek raksasa yang diumumkan sejak Mohd Najib menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009 masih belum meluas untuk dirasai dan dikecap oleh rakyat terbanyak.

Ini ditokok-tambah pula oleh faktor yang di luar kawalan kerajaan dan BN seperti kenaikan harga minyak dunia yang diramalkan melepasi US$100 setong tahun ini.

Faktor-faktor berikut penting dalam menentukan trend pengundian dalam PRU akan datang:

a. Bilangan pemilih baru yang semakin ramai dan kematian pengundi tua. Trend pengundian di kalangan pengundi muda sukar ditentukan dan mungkin tidak memihak kepada BN;

b. Kemampuan PR mempamerkan kelainan, khasnya di negeri-negeri yang baru mereka takluki seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah;

c. Percambahan saluran maklumat baru dan kemunculan kewartawanan jelata (citizen journalism) dieksploitasi sepenuhnya oleh PR. BN yang memperkecil dan mempersendakan peranan media baru pada PRU 2008 masih tertinggal walaupun sudah mengubah pendirian dan mula memanfaatkan saluran alternatif ini; dan

d. Pengedaran akhbar arus perdana prokerajaan yang semakin menguncup dan kegiatan “channel switching” di kalangan penonton TV dan pendengar radio.

(Perangkaan Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulations/ABC) bagi tahun audit berakhir 30 Jun, 2010 menunjukkan penjualan The Star’s jatuh daripada 295,479 kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times daripada 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus), Utusan Malaysia daripada 181,346 kepada 170,558 (-5.9 peratus) dan Berita Harian daripada 183,187 kepada 160,597 (-28.7 peratus). Jualan Utusan dan BH “dicuri” oleh dua akhbar ringan iaitu Harian Metro dan Kosmo. Kosmo mencatatkan peningkatan paling tinggi (naik 32.9 peratus) daripada 129,633 kepada 172,252 manakala Harian Metro nak 11.8 peratus kepada 378,354 naskhah.)

Kesimpulannya, walaupun Mohd Najib lebih popular berbanding Abdullah, tetapi beliau berdepan dengan pembangkang yang lebih kuat.

PR mempunyai perwakilan yang besar di Parlimen dan dalam Dewan-Dewan Undangan Negeri. Mereka menguasai empat buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PR juga kuat di Perak dan Negeri Sembilan.

Pada PRU 2008, PR tidak kuat tetapi BN sangat lemah. PR memperoleh kerusi tambahan kerana pengundi menolak BN. PR menjadi kuat kerana kelemahan BN.

Sekarang BN dikatakan semakin pulih dan semakin kuat. Tetapi kita perlu akui bahawa PR telah mempunyai kekuatan sendiri melalui perwakilan yang lebih ramai di Parlimen dan penguasaan ke atas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Ini belum diambil kira keputusan pilihan raya DUN Sarawak yang terpaksa diadakan tidak lama lagi. Keputusannya akan memberi kesan besar kepada kedua-dua belah pihak.

Apa pun, kita akan menyaksikan PRU yang sengit yang seperti kata Mohd Najib “akan menjadi hari penentuan bagi BN”. Tidak kurang pentingnya ia juga akan menguji kelangsungan PR serta keserasian sistem dua parti.

kadirjasin.blogspot.com
Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR

Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN

Johor/Pahang dengan Selangor


Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.) Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.

Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19)

Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.

Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009

Melaka dengan Pulau Pinang

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.

Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.

Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).

Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya. Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan. Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)

Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka


PENTADBIRAN NEGERI

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah. Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50)

Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.

Kajian Kes: Isu Curi Pasir

Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor. Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.

Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor. (Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50)

Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.

Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan. Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.

Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang. Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta. Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Melaka dengan Pulau Pinang

Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang. Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali. Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat. Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga. Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang? Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya. Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta. Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung? Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. (Eye on Malaysia jadi 'gajah putih' )

PENDEMOKRASIAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:

1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
4. Menghidupkan semula SELCAT;
5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
6. Mengumumkan aset Exco Selangor;
7. Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.

Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka. Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat. Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:
1. Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
2. Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
3. Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.

Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka. Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional. Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.

Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi. Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan. Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Rujukan am:
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
2. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
4. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
5. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
6. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
7. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
8. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
9. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
10. Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009

Disediakan oleh,
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.

ADMIN - KedahLaNie TIME - 4:33 PM
Labels: Isu Semasa, Merde