ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, October 7, 2020

 

Ulasan Puisi; Di Pengkalan lni; karya SN Dato' Zurinah Hassan (Bhgn.2)
Pada rangkap ke dua penyair menulis begini
Di pengkalan itu aku berpesan
Berhati hati anakku
Pilihlah pelabuhan terbaik
Perahumu hanya satu
Layarmu jangan tertarik.
Penyair berpesan kepada anak anaknya yang dilepaskan ke dunia kehidupan agar berhati hati dalam menempuh hidup ini yang penuh cabaran dan dugaan. Beliau menggunakan perkataan ' tercarik' yang mungkin bermaksud tergelincir dari landasan hidup. Perahumu hanya satu, kalau rosak tiada gantinya.
Seterusnya beliau menulis
Aku. berdiri di pengkalan
Dan berpesan
Lautan adalah pengajaran.
Penyair menegaskan, dia berdiri di pengkalan kehidupan sambil berpesan kepada anak anaknya bahawa dalam hidup ini terlalu banyak cabaran. Hidup ini ibarat lautan yang ada kalanya bergelora, berombak dan ada kalanya tenang. Hati hatilah dalam menghadapi hidup ini agar layarmu tidak terkoyak.
Ada beberapa imej yang digunakan dalam puisi ini seperti pengkalan, perahu ,
lautan, layar, tercarik' dan sebagainya. Ini memperlihatkan kematangannya dalam memilih kata kata untuk menyampaikan maksudnya.
Penggunaan tekniknya sama dengan puisi komtemporer yang tidak terikat pada gaya tradisional. Ada sedikit penggunaan rima seperti pantun khasnya pada rangkap kedua.
Selain itu , puisi ini boleh dijadikan contoh oleh penyair penyair baru dalam mengasah bakat kepenyairan mereka.
Zainal Lasim,
Rawang,
24.4.2020,
21.45pm.
6
1 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

 Berdiri Di Pengkalan- karya Dato' SN

Zurinah Hassan

(Bhgn. 1).

Pada awalnya saya tertanya tanya apakah maksud Berdiri Di Pengkalan. Namun mengingat ianya sebuah puisi ia. boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. Marilah kita lihat rangkap pertama dahulu;
Aku telah berdiri di Pengkalan
Melepaskan satu demi satu
Perahu
Ke sungai usia
Ke laut kebidupan
Aku telah berdiri di pengkalan. Mungkin penyair bermaksud berdiri di pengkalan adalah memulakan sebuah kebidupan berkeluarga. Dia melepaskan perahu yang boleh jadi seorang anak bersama sedikit sebanyak bersama pengalaman dan pembelajaran. Perahu boleh dimuatkan dengan berbagai keprluan asas untuk belayar mengharungi kautan luas.
Agak sukar bagi saya mencari makna perahu selain apa yang telah saya tulis. Almaklum puisi ini ditulis oleh sasterawan negara. Sewaktu antologi pertamanya diterbitkan, sajak saya yang pertama baru diterbitkan di akhbar.
Perahu itu dilepaskan ke sungai usia. Ia mengalami perubahan usia sejajar dengan peredaran masa. Ia menempuh pengalaman yang menatangkan usianya. Ia menempuh kebidupan sebagaimana lazimnya seorang manusia.ltulah kitaran hidup kita.
Zainal Lasim.
Rawang.
21.4. 2020
00.07am.

Pantun

Pantun?

Kebelakangan ini timbul beberapa grup yang menjadikan pantun sebagai mediumnya. Percambahan grup pantun di media sosial ini menampakkan masyarakat kita khasnya Melayu mula kembali kepada akar tradisinya.
Pantun adalah tergolong dalam sastera lisan Melayu. Suatu masa dulu pantun sering digunakan dalam majlis- majlis rasmi seperti meminang, memulakan ucapan dalam majlis rasmi dan sebagainya.
Di ketika yang lain pula pantun mendapat tempat di radio Malaysia/Malaya dan mewujudkan slot berbalas pantun, sehingga melahirkan tokoh- tokoh terkenal seperti A. Karim Mohammad dan Chuari Selamat.
Percambahan grup pemantun di media sosial ini menghidupkan semula sastera rakyat itu yang selama ini sudah pun hampir tenggelam oleh benturan globalisasi. Cuma apa yang kita harap para admin grup pemantun ini dapat memberi panduan umum mengenai pantun pantun yang baik dan menepati genre pantun itu sendiri.
Kita melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif untuk masyarakat dan budaya Melayu. Sekaligus kita berharap orang Melayu kembali kepada akarnya yang penuh sopan dan beradap dan kembali kepada agamanya iaitu lslam dan akan ada pula usaha untuk memartabatkan kembali tulisan jawi.
Ibnu Lazim,
3.10.2020.
23.46 PM.