ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, June 18, 2009

BLOG SEBAGAI PENYAMPAI BERITA ALTERNATIF

BLOG SEBAGAI PENYAMPAI BERITA ALTERNATIF


Pada tahun 1998, selepas DS Anwar ditangkap di bawah ISA, laman web-laman web pro reformasi berkembang dengan pesatnya.Antara yang terkenal adalah laman Mahazalimtwo dan AlIslah. Maka bermunculanlah penulis-penulis laman web berkenaan seperti cucumatkilau, marhaentua,marhaen muda, jabat dan sebagainya.Sebahagian dari penulis-penulis yang tidak berbayar ini kemudiannya membuat laman atau blog sendiri yang berkembang pada alaf 21 ini.Mereka bebas menulis,mengulas kedaan politik semasa dan sebagainya.Mereka berkorban tenaga,masa dan wang ringgit untuk menyedarkan rakyat tentang penyelewengan pemerintah, kezaliman mereka dan sebagainya.Berkat usaha mereka itu, rakyat kini sudah semakin sedar tentang yang mana salah yang mana betul. Hasilnya kini Pakatan Rakyat menguasai 5 negeri, di mana satu darinya,Perak dirampas secara tidak sah oleh pemerintah,Barisan Nasional.

2. Sejak PRU ke 12, sudah enam kali pilihanraya kecil diadakan, disebabkan oleh kematian wakil rakyat atau mereka meletakkan jawatan. Dari 6 pilihanraya kecil itu, 5dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Ini membuktikan betapa berkesannya laman-laman web pro Pakatan Rakyat dan blog-blog yang turut sama menyingkap kelemahan dan kebobrokan yang dilakukan oleh pemerintah yang hanya mementingkan kroni dan suku sakat mereka sahaja dalam agihan ekonomi negara. Rakyat yang tidak menyokong mereka dibiarkan hidup melarat. Hasilnya kerajaan semakin kehilangan sokongan dari masa ke masa, dan kemungkinan akan tewas pada pilihanraya akan datang. Pertukaran kerajaan adalah satu perkara biasa dalam sejarah. Jika UMNO-BN kalah pada pilihanraya akan datang dan kehilangan kuasa tampuk pemerintahan, mereka harus menerimanya sebagai satu putaran sejarah yang tidak dapat dielakkan. Sejarah adalah sesuatu yang sering berulang. Ia juga adalah pengajaran bagi mereka yang tahu menilainya.

3.Demikianlah kekuatan blog yang mampu membina fikiran dan mengubah pandangan masyarakat sehingga beralih arah kepada pembangkang yang kemungkinan akan menjadi kerajaan pada mada akan datang. Blog lebih bebas sifatnya, dan tidak begitu terikat dengan undang-undang yang sedia ada, kecuali undang-undang multimedia yang dikuasai oleh kementerian yang dipertanggungjawabkan. Namun ada juga para blogger diambil tindakan undang-undang, seperti apa yang dialami oleh Kickdefella dan Raja Petra Kamaruddin. Namun keseluruhannya laman blog lebih bebas dari media cetak dan media elektronik.

4. Oleh yang demikian, laman-laman blog lebih bebas menyuarakan pendapat dan pandangan, dan lebih dipercayai terutama oleh golongan muda dan berpendidikan. Sementara golongan tua dan konservatif lebih mempercayai media cetak dan media elektronik yang dikuasai oleh pihak kerajaan. Dengan begitu, peranan laman-laman blog dalam merubah pemikiran masyarakat adalah sesuatu yang tidak dapat diketepikan begitu sahaja, dan ada kemungkinan pengaruhnya lebih besar dari media cetak dan media elektronik. Oleh itu, para agen perubahan termasuk para pemikir masyarakat dan kaum intelektual haruslah memanfaatkan ruang siber ini untuk melakukan islah terhadap masyarakat umum, dan berusaha merubah kezaliman kepada keadilan.Kehidupan akan lebih bermakna jika negara kita lebih adail dan lebih telus dalam pembahagian kekayaan negara ini. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor dengan memberikan kemudahan kepada rakyatnya termasuk 20 meter padu air percuma pada peringkat pertama, adalah satu usaha pengislahan yang dibuat melalui kuasa politik. Sebab itu kuasa politik penting untuk melaksanakan perubahan.

5. Blog adalah satu alat komunikasi. Dalam Ilmu Komunikasi, kemunikasi itu sendiri terdiri dari lima unsur. Di antara unsur itu ialah saluran (channel), mesej, pengirim, penerima dan kesan yang terhasil dari komunikasi itu sendiri. Jika dikaitkan dengan laman blog ini, salurannya ialah blog itu sendiri yang dapat diakses melalui komputer yang ada talian dengan internet. Mesej ialah apa yang ingin dismpaikan oleh penulis blog itu, samada soal politik, ekonomi, sosial, ugama dan sebagainya. Pengirim ialah penulis blog itu sendiri. Manakala penerima ialah pembaca dan pengunjung blog berkenaan. Kesan pula ialah apa yang terhasil selepas pembaca/pengunjung membaca dan meneliti blog berkaitan. Apakah ada perubahan minda atau tindakan dalam perlakuannya. Dengan segala ciri ini, dapatlah dikatakan laman blog adalah satu alat komunikasi yang lengkap yang dapat menyampaikan apa saja maklumat kepada audiennya. Dengan itu para pemikir,penganilisis politik, agen-agen perubah masyarakat,kaum intelektual dan budayawan seharusnya memanfaatkan laman blog sebagai satu saluran komunikasi yang amat berkesan pada dekad ini. Dengan ini laman-laman blog dijangka berupaya mengambil alih peranan media rasami seperti akhbar dan media elektronik, dan dapat memberikan berita-berita yang lebih benar dan memenuhi citarasa masyarakat kini, khasnya golongan muda.

6. Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan laman blog mempunyai ciri yang lengkap sebagai alat komunikasi dan berupaya menyaingi media rasmi yang sering diperalatkan oleh berkuasa dengan agenda tertentu. Dengan begitu,blog berupaya merubah pandangan masyarakat terhadap sesuatu isu yang diketengahkan oleh pemerintah dan dapat menilai kesahihannya atau sebaliknya. Oleh itu blog sebagai alat penyampai berita alternatif adalah amat berkesan, dan para blogger hendaklah menggunakannya untuk mencapai kebaikan dan keadilan untuk semua golongan masyarakat.


AlKundangi,
18.6.2009.

Wednesday, June 17, 2009

NAJIB DAN KERAJAAN PERPADUAN

NAJIB DAN KERAJAAN PERPADUAN

Namoaknya Najib menerima dengan tangan terbuka konsep kerajaan perpaduan. Kita sedia bekerjasama dengan PAS,katanya. Namun ia mungkin melihat ia adalah satu saham yang cukup lumayan baginya dan bagi UMNO. Saham UMNO memang jatuh merudum sekarang dengan berbagai kes rasuan,salah guna kuasa dan Najib sendiri yang merupakan liabiliti kepada UMNO dan BN.

2.Najib adalah PM yang paling bermasalah dalam sejarah Malaysia Moden, dan paling banyak kes yang menggugat kestabilan politiknya sendiri. Jika dia seorang pemimpin negara luar, mungkin sudah lama ia meletakkan jawatan. Kes Altantuya sahaja sudah menggegarkan dunia.Apalagi dengan lain-lain kes.

3.Tetapi Najib tidak memilih untuk meletak jawatan. Sekiranya ia menerima cadangan PAS, itu sudah cukup untuk menyelamatkan nyawa politiknya di masa depan. Jika tidak, Najib mungkin Perdana Menteri UMNO yang terakhir yang memegang jawatan itu. Selepas itu, UMNO tidak lagi menjadi parti pemerintah.Mungkin ia menjadi pembangkang di beberapa negeri, dan mungkin ia hanyut terus ditelan arus deras yang melanda politik Malaysia. Tetapi PAS pun harus bijak membaca langkah Najib, nanti pisang berbuah banyak kali. Tidak mungkin PAS dapat bekerjasama dengan UMNO kerana perbezaan yang mendasar dari segi prinsip dan ideologi politik.

4.Cara yang paling baik adalah UMNO diserap ke dalam PAS, dan PAS menjadi peneraju utama kerajaan Malaysia.Namun ini hanya satu kemungkinan. Tetapi jika tidak demikian, kerajaan perpaduan yang mendapat sambutan UMNO itu hanya tinggal kenangan sahaja.

AlKundangi,
17.6.2009

Monday, June 15, 2009

Kerajaan Perpaduan

KERAJAAN PERPADUAN-SATU PANDANGAN

Isu kerajaan perpaduan masih menarik perhatian ramai penganalisis politik. Tentunya pihak kerajaan menyokong idea/gagasan ini kerana banyak untungnya bagi mereka. Sokongan kaum lain dari Melayu yang kian berkurangan menyebabkan mereka menerima gagasan ini,walaupun sebahagian ahli PAS dan Pakatan Rakyat mempertikaikannya.

Namun kerajaan perpaduan itu tidak bermakna PAS menggadaikan prinsipnya khasnya tentang gagasan negara Islam. Hal ini tidak perlu diulas lagi,kerana negara Islam adalah sebahagian dari perjuangan PAS. Namun, adakah UMNO-BN dapat menerima ideologi PAS? Kita tahu UMNO-BN terdesak kini.Kehilangan sokongan dari parti komponen BN merungsingkan parti itu.Ura-ura MCA untuk meninggalkan BN meresahkan pimpinan UMNO. Apakah UMNO akan lupus? Soalnya UMNO berkait dengan ketuanan Melayu.Sementara PAS agak sukar mendapat sokongan dari parti komponen BN kerana perbezaan ideologi itu. Pupuskah keruanan Melayu? Mungkin dalam konteks ketuanan Melayu inilah Tuan Guru Haji Abdul Hadi, selaku Presiden PAS mengemukakan usul kerajaan perpaduan itu.

Sekali lagi, ia bukan untuk menggadaikan prinsip PAS. PAS sudah cukup pengalaman dengan tipu helah UMNO sejak zaman Dato' Asri lagi. Pas harus hati-hati dalam hal ini, walaupun menyelamatkan bangsa itu penting dalam agenda perjuangan Melayu Islam. PAS tidak harus jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Cukuplah pengalaman lalu mengajar keperitan bersama UMNO-BN. Namun orang Melayu harus diselamatkan. Orang Melayu tidak harus kehilangan kuasa politik di tanah air sendiri.

Apapun, terpulanglah kepada kebijaksanaan pimpinan PAS dan UMNO untuk menerima atau tidak Kerajaan Perpaduan ini.

AlKundangi,
15.6.2009.