ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Wednesday, May 20, 2009

PENANTI: TAKUT KALAH ATAU TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI?

PENANTI: TAKUT KALAH ATAU TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI?

Keputusan UMNO-BN untuk tidak menyertai pilihanraya kecil Penanti adalah sesuatu yang telah diduga,kerana sebelum ini DS Najib telah pun membayangkan untuk tidak menyertainya. Namun ini merupakan satu sejarah UMNO-BN. Tidak pernah UMNO-BN tidak menyertai mana-mana pilihan raya kecil bila terjadi sesuatu kekosongan. Alasan yang diberi PM hanyalah sekadar untuk memberikan justifakasi ke atas tindakan beliau.
Ada benarnya bahawa UMNO-BN gentar untuk menyertai PRK kali ini,sebab setelah PRU12, sudah lima kali di adakan pilihanraya kecil,BN kecundang semuanya kecuali di Batang Ai. Tentunya kekalahan itu menghantui mereka, dan kegentaran jelas terbayang apabila mereka tidak menyertai pilihanraya, sedangkan mereka adalah kerajaan yang menguasai semua instrument termasuk TV,akhbar, radio,polis,fru dan lain-lainnya. Kesemuanya itu dijangka dapat membantu UMNO-BN memenangi mana-mana pilihanraya kecil atau pun peringkat kebangsaan. Tetapi hal yang sebaliknya berlaku. Mereka tidak menyertainya. Umpama pasukan yang mengaku kalah sebelum berlawan. Mengangkat bendera putih tanda kalah.

Tentu banyak implikasinya apabila mereka tidak menyertai satu-satu PRK. Pertama UMNO-BN sendiri sedar mereka dalam keadaan lemah dan dibelenggu oleh pelbagai isu. Isu rasuah,isu Altantuya, salah guna kuasa dan sebagainya menyebabkan kredibilitu UMNO-BN jatuh teruk. Inilah alasan sebenar mereka tidak menyertai pilihanraya Penanti. Mereka juga menyedari masyarakat massa sudah muak dan loya dengan UMNO-BN. Konflik di Perak menambahkan lagi kemelut yang sedia ada di hadapan UMNO-BN.

Barangkali kita sudah boleh membuat telahan pada PRU ke 13 nanti UMNO-BN menerima nasib yang sukar yang mereka sendiri tidak boleh terima. Mereka bakal jadi pembangkang pada pilihanraya itu.Itulah yang dapat diramalkan ketika ini. Rakyat marhaen tidak lagi boleh ditipu dengan janji dan projek.Mereka mahukan keadilan dan kesaksamaan. Dan ini tidak mampu diberi oleh UMNO-BN. Hanya Pakatan Rakyat yang sedia berbuat demikian. Mudah-mudahan peta politik Malaysia berubah, dan kaum aristokrat itu tidak lagi menguasai tampuk pemerintahan . Rakyat terbanyak kini
berkat usaha gigih Pakatan Rakyat, para Webmaster dan para blogger menjadi semakin celik politik dan semakin sukar ditipu dengan janji manis dan empat lima puluh upah tambah poster. Mudah-mudahan ia akan berlangsung sehingga PRU13 nanti.


AlKundangi,
20.5.2009

Tuesday, May 19, 2009

Berita Ringkas

1. Kedudukan Nizar belum diketahui.Rayuan Zambri untuk membatalkan perintah mahkamah supaya keputusan Mahkamah Tinggi ditangguhkan sedang berjalan.Zambri berjaya menangguhkan ke "Sah"an Menteri Besar Nizar. Ramai yang berpendapat kemelut politik Perak dapat ditenangkan dengan pebubaran DUN dan mengadakan pilihan raya baru bagi negeri itu.

2.BN tidak bertanding di Penanti.Demikian diputuskan Najib. Mungkin dia menduga akan kalah. Dari 5 PRK, hanya satu dimenangi oleh BN iaitu Batang Air. Yang lain kalah belaka kepada Pakatan Rakyat.Bagaimana nasib BN pada pilihanraya akan datang?

3.PAS akan adakan muktamar tahunan tidak lama lagi.TGH Abdul Hadi menang tanpa bertanding.Timbalan Presiden lawan empat penjuru. Belum tahu siapabakal menang.

4.Wabak H1N1 kini menular ke seluruh dunia termasuk Malaysia. Ramai tidak sedar itu adalah ujian Tuhan.


AlKundangi,
19.05.2009.

Sunday, May 17, 2009

Kerja-Kerja Kemaskini Blog Ini

Assalamualaikum wbkt,

Maaf bbuat masa ini saya tidak dapat mengemaskini blog ini dengan baik. Sebagai jalan pintas saya mengambil tulisan-tulisan blogger lain seperti MSO,Kadir Jasin dll untuk dimuat dalam blog ini dengan mengkredit nama mereka. Insyaallah bila semua masalah selesai saya akan mengemaskininya dengan tulisan sendiri.

Saya pun sebenarnya telah melibatkan penulisan di alam siber ini sejak 1999,setahun selepas DS Anwar ditangkap di bawah regim Mahathir. Saya sering menulis untuk Tranungkite,Mahazalimtwo,AlIslah,Marhaen dan lain-lain. Mahazalimtwo dan AlIslah tidak kelihatan lagi.Namun Tranungkite dan Marhaen terus beroperasi,syabas dan tahniah atas usaha gigih kalian.

Terima kasih.
AlKundangi,
17052009.

Abdul Hadi Tidak Dilawan- Mohd Sayuti Omar


Hadi Tidak Dilawan


MSO

MENURUT senarai calon yang layak bertanding pelbagai jawatan dalam muktamar Pas pada Jun depan yang dikeluarkan hari ini, Abdul Hadi Awang adalah satu-satu nama yang layak bertanding jawatan Presiden.

Senarai yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemilihan hari ini nama Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk mengekakan jawatan itu oleh 136 kawasan daripada 137 kawasan yang menghantar pencalonan ke jawatankuasa berkenaan.

Ini sekaligus menjadikan Abdul Hadi menang jawatan itu tanpa bertanding dan usaha untuk melonjakkan Nik Abdul Aziz Nik Mat kerusi presiden tidak berjaya. Nik Aziz hanya mendapat satu pencalonan saja dari Bukit Bintang.

Untuk jawatan timbalan presiden pula lima nama disenaraikan layak untuk bertanding. Mereka ialah, Nasharudin Mat Isa, Azizan Abdul Razak, Mohammad Sabu, Haron Din dan Husam Musa.

Bagi jawatan naib presiden sebanyak 16 yang layak bertanding. Antara mereka ialah; Sallahuddin Ayub, Mohd Amar Abdullah, Kamaruddin Jaaffar, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mahfuz Omar, Ahmad Awang dan lain-lain.

Selain itu seramai 86 orang telah disenaraikan sebagai layak untuk bertanding jawatan jawatankuasa kerja Pas. Manakala untuk jawatan pengerusi tetap dua nama, iaitu Abu Kassim Abdullah dan Hussein Ismail.

Bagi jawatan timbalan pengerusi tetap pula enam nama yang layak bertanding. Menurut pengerusi jawatankuasa itu Mustafa Ali, calon-calon yang layak bertanding akan dihubungi bagi mengesahkan samada mereka akan berhajat bertanding atau tidak.

Perebutan untuk jawatan timbalan presiden sudah pasti sengit, ia dijangka berlaku samada ada di antara Nasharudin dengan Mohammad Sabu ataupun dengan Husam Musa. Haron Din dan Azizan Razak walaupun menerima pencalonan dijangka akan menarik diri.

Nasharudin yang dikatakan sudah mendapat lebih 60% pencalonan dibayangkan akan melalui jalan terbuka bagi mengekalkan jawatan itu untuk penggal ketiga. Kecuali sekiranya ada kompromi antara Mohammad Sabu dengan Husam ini menyebabkan peluang Nasharudin berubah. Ada tanda-tanda kedua mereka berkompromi menandang jumlah pencalonan keduanya hampir sama banyak di bawah 25%.

Manakala bagi kerusi Naib Presiden pula, peluang Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub, Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man diramalkan cerah. Peluang ketiga-tiga mereka ini bertambah cerah sekiranya dua naib pressiden Husam dan Mohammad Sabu akan menumpukan pertandingan jawatan timbalan saja.

Sallahuddin yang dilihat sebagai tokoh pelapis Pas yang perlu diberi perhatian memandangkan kejayaanya meletakkan saf pemuda sebagai entiti yang prihatin dan berjaya membawa pendekatan dan stail politik baru dalam politik Pas mutakhir ini.

Manakala Tuan Ibrahim yang disebut-sebut akan menjadi pilihan perwakilan sebagai memenuhi kouta ulama bagi mengambil alih tempat Ahmad Awang. Peluang Nik Amar pula lebih terbuka sekiranya Husam Musa bersedia untuk melonjak ke atas bertanding timbalan presiden kerana sudah pasti beliau akan mendapat sokongan padu dari Kelantan.

Manakala nama-nama lain, Kamaruddin Jaaffar, Mujahid Yusuf Rawa, Mohd Hassan Mohd Ali dan Harun Taib dijangka akan menarik diri. Harun Taib dikatakan dikembalikan semula ke jawatan lamanya selaku Ketua Dewan Ulama. [wm.kl. 2:00 pm 16/05/09]


17.5.2009