ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, October 5, 2023

Makna Sebuah Puisi

 MAKNA SEBUAH PUlSI


Sebuah puisi bukanlah

susunan kata-kata Indah

tentang rasa

atau cinta dan rindu

luahan hati remuk redam

kerana itu semua

curahan perasaan.


Seperti mengadun tepung

membuat kuih

puisi tidak berbicara

tentang itu semua

kiranya ia kehilangan 

makna bicara perasaan

cinta sepekan atau rindu

membuak bak ombak

di lautan.


Puisi ada mesej untuk 

disampaikan

untuk sama-sama kita 

fikirkan

menjentik akal

membedah alam 

kehidupan

manusia dan unsur 

kematangan.


Namun puisi tidak terlalu

memberatkan rasa fikir

mengukir ayat

buat menambah akal

yang kadangkala kurang 

siuman

bagi insan yang kurang 

faham.


Sebuah puisi tiada

menambah kecerdikan 

tidak juga

kebijaksanaan,

tetapi puisi itu mampu

menunjukkan arah

memecah kebuntuan

akal yang kelam

atau tersesat jalan.


Puisi seharusnya lebih  

baik, dari keserabutan 

fikiran, dan penunjuk 

jalan, bagi yang sesat

di belantara fikiran.


zainal lasim@

Ibnu Lazim,

1.7.2021

Repost.

Tuesday, October 3, 2023

Puisi

 HIDUP


Hidup tidaklah sesusah Yang Kita fikirkan, jika Kita fikir senang ia pun senang, kalau Kita fikir susah ia jadi susah.


Seperti mengapa Kita harus makan tatkala lapar atau minum ketika dahaga: ikut saja peraturannya seperti siang matahari bersinar, malam gelap tanpa lampu atau bulan, atau mahu jadi jutawan, buatlah apa yang jutawan buat, kalau mahu kahwin, kahwinlah dua tiga empat, jika tidak, satu cukup, memang impian selalu mengatasi kemampuanj

buatlah apa saja asal ikut tatakelola kata PM10

hidup tak perlu difikirkan

seperti program realiti, ikut aturan, antara sosial, undang-undang, adat dan peraturan, agama atau politik yang mengatur negara, mengapa perlu kritik perkara betul, kritiklah diri sendiri, hidup akan jadi mudah tanpa perlu berfalsafahh.



Ibnulazim,

31 Disember,2022


31 Disember, 2022.