ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, December 21, 2017

Amerika Guna Kuasa Veto


Disebabkan kegagalan mendapatkan sokongan untuk mengiktiraf  Jurusalem sebagai ibu kota Israel, Amerika menggunakankan kuasa vetonya semalam untuk mencapai apa yang dicita-citakannya. Jurusalem adalah kota Islam dan padanya terletak Masjidil Aqsa, Kiblat pertama umat Islam. Justru itu orang-orang Islam dan negara-negara umat Islam perlu menghalang cita-cita Amerika itu. Tidak ada negara yang menyokong pendirian Amerika itu.Bahkan sekutu-sekutunya juga menentang  keinginan tersebut.

Memanglah Amerika kuasa besar, tetapi tidakkah kuasa besar itu boleh dikalahkan. Ancaman Korea
Utara dalam isu penggunaan senjata nuklear telah pun memanaskan kerusi empuk Trump. Kini isu Baitulmaqdis sekali lagi membuatkan Amerika hilang akal lalu menggunakan kuasa vetonya.Namun seluruh dunia menentang keinginan Amerika itu. Sekiranya Amerika berkeras, tidak mustahil ia mendapat tentangan dari seluruh dunia Islam dan juga rakan-rakan sekutunya seperti Britain, Perancis dan sebagainya. Perang boleh jadi meletus jika Amerika meneruskan keinginannya.

Memang Amerika kuasa besar dan polis dunia, tetapi tak mungkinkah ia boleh dikalahkan?
Amerika tetaplah Amerika. Namun umat Islam harus bersatu menentang niat Amerika itu.

alkundangi.
21.12.2017

Wednesday, December 20, 2017

Jurusalem-Baitulmaqdis






Baitulmaqdis adalah tempat suci Islam, Yahudi dan Kristian. Namun bagi Islam ia adalah kiblat pertama, sebelum Allah memerintahkan nabi bertukar kiblat ke arah Kaabah. Pertukaran itu sudah dapat dibaca hikmahnya sekarang. Jadi pandangan Islam itu mendahului zamannya. Apa akan jadi kalau kiblat kita masih masjidil Aqsa? Tentu masalah bukan.? Trump pula menyokong Israel dalam hal Jurusalem ini. Itu sudah di ketahui kerana Amerika adalah di bawah telunjuk Yahudi. Negara2 Islam harus bersatu menghadapi isu ini. Ada pendapat mengatakan hantarlah tentera, bukan kutukan dan demonstrasi. Ada juga yang mengatakan Yaumul Qiamah sudah hampir berdasarkan hadith2, di atas tertakluknya Jurusalem. Salah satu tanda kiamat adalah Jurusalem ditakluki..bangun berjihadlah umat Islam. Kita diancam dari setiap sudut ,politik, ekonomi, aqidah, tatasosial, hiburan melampau, dan sebagainya..


alkundangi,
20.12.2017


Saturday, August 5, 2017

Rumah Terbuka PM



Rumah terbuka PM

Ahli parlimen Pokok Sena dalam sidang Parlimen yang baru lalu menanyakan tentang berapakah kos rumah terbuka PM pada sambutan 'aidulfitri baru-baru ini. Namun Azalina Othman yang bertanggungjawab ke atas perkara tersebut tidak menjelaskan dengan terperinci seperti yang diminta oleh Mahfuz Omar. Beliau menegaskan semuanya mengikut undang-undang dan peraturan perbendaharan yang sedia ada. Sebelum itu Anthony Loke juga bertanya soalan yang sama kepada Azalina Othman. Azalina memberi jawaban yang sama seperti yang diberikan kepada Mahfuz.

Memang menteri-menteri dan PM ada peruntukan keraian menurut perbendaharaan dan pekeliling yang berkaitan. Tetapi jawaban yang kabur diberikan, sedangkan wang yang digunakan adalah wang rakyat. Apa salahnya Azalina berterus terang saja dalam soal ini, berapa juta dihabiskan supaya rakyat tahu ke mana wang negara dibelanjakan. Kenapa mesti sembunyikan sesuatu yang rakyat berhak tahu mengenainya?




alkundangi.blogspot.com

5.8.2017.

Sunday, June 11, 2017

Kapitalisme Terbuka




Kapitalisme terbuka,kata PM kita amalkan yang itu.Saya tidak dapat fahami apa maksudnya kapitalisme terbuka. Kapitalisme adalah satu asas ekonomi yang dabangunkan oleh Karl Mark secara terorinya. Tidak ada terbuka atau tertutup. Kapitalisme sentiasa wujud di banyak negara.Kaum yang banyak wang, atau pemodal (capitalist) akan menggunakan modal/wang mereka untuk mencipta kekayaan yang lebih besar dengan mendirikan perusahaan dan kilang-kilang, atau pelbagai jenis perniagaan.

Dalam praktikalnya mereka akan menggaji buruh atau pekerja dengan bayaran yang biasa-biasa, yang tidak membolehkan meraka beralih ke zon yang lebih selesa.Dengan demikian mereka kana terus bekerja dengan para "capitalis" itu yang mengekalkan untung dan mengekalkan kekayaan mereka dan menambahjarakkan jurang kemiskinan. Para rakyat marhaen memerlukan mereka untuk kesinambungan hidup. Mereka terpaksa bekerja dan berpuas hati dengan bayaran yang sederhana. Mereka boleh teruskan hidup.Tetapi mereka tidak boleh jadi kaya kerana gaji dibayar cukup sekadar menampung  keperluan hidup. Dengan semikian ekonomi bercorak kapitalisme akan terus hidup. Di sesetengah keadaan, para kapitalis mencari negara yang lebih murah menawarkan harga buruh, untuk melipatgandakan kekayaan. Jadai kekayaan hanya dikawal oleh para kapitalis, selain orang politik yang mendapatkannya secara tidak sah.

Oleh yang demikian kemiskinan sentiasa diwujudkan untuk menegkalkan kesinambungan kekayaan para kapitalis.Inilah ekonomi kapitalisme.


alkundangi.blogspot.com

11.6.2017.    

Thursday, June 1, 2017





KAMI MASIH DI SINI
(BUAT ALLAHYARHAM KAMAL,AHLI JEMAAH ASSIDDIQIN)


Terlalu segera engkau berangkat
tanpa tanda tanpa alamat
sedang aku sudah lama menanti
di tebing ini; cepat atau bangat
dengan susah payah
keluar masuk wad
dan ubatan yang bercupak
aku masih di sini
berdiri dan menanti
waktu disambar hari.

Terlalu segera engkau berangkat
tak sempat kuucapkan kata
hanyalah mendengar berita
seorang kawan telah berlepas
meninggalkan jemaah yang tertanya-tanya
siapakah sebenarnya engkau
selang tak berapa lama
menyertai kami 
dalam solat, tazkirah dan kuliah
di sepanjang perjalanan
hidup berjemaah.

Kau berangkat
terlalu segera
sehingga kami
tertegun tak sangka.

Zainal Lasim,
26.5.15
Bandar Tasik Puteri. 

Wednesday, May 31, 2017


DI BANDAR INI

Di bandar ini
hidup bagaikan berputar
sekejap di atas sekejap di bawah
hari ini; seorang kawan dapat tender
lalu menukar kereta
volvo baru; setahun kemudian
kutemui dia menjual nasi lemak bungkus
kerana kontrak tidak disambung
nasi lemak ditumpang di kedai-kedai kopi
menampung keperluan.

Di bandar ini
hidup dengan pencen
di bawah garis kemiskinan
(entah siapa yang menggariskannya)
sambil sesekali mengambil upah
menggantung iklan rumah lelong
atau mencari penyewa rumah kosong
demi membeli sedikit roti
sambil minum-minum di La Boheme
AEON Anggun dengan menikmati
sisa-sisa kegembiraan
yang hampir padam
tinggal kenangan
sejak persaraan.

Di bandar ini
hidup bagaikan roda
turun naik ke atas ke bawah
meneruskan kehidupan
sebelum dinoktahkan
oleh kematian.

Zainal Lasim.
16.3.13

http://alkundangi.blogspot.com

Tuesday, May 30, 2017

MENGENANGMU II
(sempena kepulangan Azmi Yusof ke rahmatullah).

Mi
tatakala aku mengenangmu
istimewa pada ramadhan ini
terasa pilu di hati
tiada siapa yang menulis tentangmu
sementara kau pergi tanpa diduga
aku tak sempat bertanya
apakah engkau rasa akan pergi,
tapi puisi mu membaqyangkan kau kan pergi
buat selamanya
meninggalkan kami.

Kau menyair dari muda sampai ke tiada
malah sajak mu disiarkan setelah kau pergi
gruppemuisi 40 tahun tak sempat kau siapkan
kau pergi tiba-tiba
kami tertegun tanpa kata.

Mi
hanya sahabat rapat yang mengerti
nilai sebuah puisi, adalah nilai kehidupan
yang kita lalui, dalam susah senang hidup ini
negara tidak perlukan puisi
tetapi teknologi
yang menyebabkan generasi y
hilang pedoman dan jati diri
dan terlupa Malaysia mereka punya
berangsur tergadai ke tangan orang
kerana lahapnya pemimpin
menggadai negara.

Kalau kau masih ada
tentu terkejut proton telah dijual
kepada Cina, dan anak cucu kita
bakal hidup di bawah naungan mereka.

Mi, damailah engkau di sana,
sementara itu aku terus memerhati
kedaulatan negara
tergadai satu-satu.

Zainal Lasim,
30.5.2017


Sunday, January 22, 2017

ANTARA TUN M, MUHYIDDIN DAN FORES CITY



Baru-baru ini timbul isu yang dinulakan Tun Mahathir bahawa Fores  City akan diwujudkan di Johor Bharu, Ia bakal menempatkan 700,000  warga asing yang kesemuanya merupakan rakyat dan warga negara China. Mereka akan diberikan kerakyatan sepenuhnya. Projek yang menelan belanja entah berapa billion itu akan dilaksanakan oleh satu syarikat konglomerat dari China. Sehari kemudian Tan Sri Muhyiddin menambah kenyataan itu apabila Tun Mahathir dimurkai oleh Sultan Johor. Menurut Muhyiddin soalnya bukan projek itu sendiri yang dijangka membawa keuntungan kepada Johor dan mewujudkan 200,000 pekerjaan di sana.Soalnya ialah soal kedaulatan negara. Muhyiddin yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Johor itu mempertikaikan adakah projek itu mengikut kehendak undang tanah Johor sendiri.

            Beliau selanjutnya menyatakan pemaju bukan diminta memajukan dan membangunkan kondominium di situ, tetapi tanah itu telah dijual kepada pemaju itu, barang-barang mentah akan dibawa dari Cina juga pekerja-pekerjanya dari Cina. Hampir kesemua pembelinya adalah rakyat China. Ini bermakna Johor Bharu akan menerima penambahan penduduk hampir satu juta orang. Dan bila mereka berkahwin dan bernak-pinak, katakanlah 4 orang satu keluarga, ia menjadikan jumlah itu bertambah kepada 2.8 juta orang.

           Kita tidak mengetahui projek itu sehinggalah ia disebut dalam akhbar, siapa yang membenarkannya, siapa yang meluluskannya masih tidak diketahui umum. Namun projek ini memberi kesan kepada kedaulatan negara seperti kata Muhyiddin, kerana tanah negara kita boleh dijual kepada warga asing dengan membelakangkan undang-undang berkaitan tanah.Risiko  lain ialah pertambahan penduduk dari China, dan akan memberi kesan kepada pilihanraya, juga memberi kesan kepada imbangan kaum di negara ini. Selain itu kita semakin terikat dengan China. Projek MRT, ECRL juga adalah diberikan kepada konglomerat China yang berharga ratusan billion ringgit. Kita sudah pun berhutang melebihi 800 billion, hampir kepada satu trilion, di mana kita hampir tidak mampu membayarnya dalam waktu yang singkat. Mungkin sampai ke cucu-cicit kita hutang masih belum habis dibayar. Kebelakangan ini banyak projek-projek mega diberikan kepada China, dan rakan online negara kita, Ali Baba .com adalah dari China.

             Sehari kemudian, duta China di Malaysia memberikan reaksinya terhadap kenyataan Muhyiddin yang menyebutkan bahawa kedatangan rakyat warga China akan menjejaskan penduduk Malaysia, dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan. Namun Duta itu menafikan bahawa kedatangan itu tidak akan menjejaskan apa-apa pun terhadap penduduk Malaysia, sebagaimana yang dilaporkan oleh China Press, Namun China Press menganggap kenyataan Duta itu menunjukkan bahawa ia telah mencampuri urusan dalaman politik Malaysia, kerana China yang datang adalah warga China, bukan warga Malaysia. Dakwaan campur tangan boleh dipertimbangkan terhadap beliau.    

              Apakah akan terjadi kiranya kita gagal membayar hutang itu, atau tidak mampu membayarnya? Apakah yang akan China lakukan terhadap negara kita? Lebih jauh apakah kita akan jadi seperti Taiwan  atau lain-lain tanah jajahan China? Apakah pemimpin-pemimpin masyarakat tidak sedar akan hal ini. Kalau kita tanya ulama, apakah hukumnya menjual tanah air Islam kepada bukan Islam? Kalau kita tanya PAS, apa pendapat PAS tentang hal ini, adakah PAS membisu atau tidak mahu menjawabnya, atau masih ingin kekal dengan blok ke tiganya. Ulama ramai dalam PAS, dan mereka tahu menolak mafsadah harus didahului dengan membawa kebaikan. Tidak bolehkah PAS untuk sementara memaafkan Amanah dan DAP demi untuk menolak mafsadah ini yang bakal mendatang, dan menghantui anak cucu kita? Apakah nabi tidak pernah memaafkan musuhnya. Tidak teringinkah PAS bersama-sama Pakatan Harapan bekerjasama menolak keburukan yang bakal menimpa negara. Kepada mereka yang mempunyai ijazah berjela, apakah tindakan yang patut diambil untuk menyelamatkan negara dari di nodai kedaulatannya oleh kuasa asing? Apa pula pendapat DAP dan MCA? Kita harus ingat bahawa negara kita adalah adalah tanggungjawab kita, anak cucu kita adalah tanggungjawab kita, bukan orang lain, bukan Amerika, bukan Russia dan bukan China.


alkundangi,
21.1.2017