ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Thursday, July 29, 2010

Al-Qaeda Bunuh Tahanan Perancis

Ahad, Julai 25, 2010. Al-Qaeda di Afrika Utara berkata mereka telah membunuh jurutera Perancis Michel Germaneau, yang ditawan di Niger, April lalu.Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Al Jazeera, Ahad lepas, ketua al-Qaeda di Islamic Maghreb (AQIM) berkata kumpulannya bertindak membunuh tawanan itu pada hari Sabtu sebagai tindak balas terhadap serangan oleh pihak Perancis dan Mauritania ke atas kumpulan mereka.


"(Presiden Perancis Nicolas) Sarkozy gagal dalam usahanya membebaskan kompatriotnya melalui operasi yang tidak berjaya dan akhirnya membuka salah satu pintu neraka untuk dirinya, rakyatnya dan bangsanya," kata seorang yang dikenali sebagai ketua AQIM iaitu Abu Musab Abdul-Wadud.

"Sebagai respon segera kepada tindakan Perancis yang tercela itu, kami mengesahkan bahawa kami telah membunuh Germaneau sebagai pembalasan terhadap enam orang saudara kami yang terbunuh dalam operasi tersebut," kata satu rakaman suara yang dikaitkan dengan Abdul-Wadud.

Pihak Presidensi Perancis di Paris berkata pihaknya belum lagi menerima pengesahan berhubung dengan pembunuhan Germaneau, dan sedang berusaha ke arah itu.

Sarkozy telah mengadakan mesyuarat krisis dengan penasihat-penasihat pertahanan dan keselamatannya pada Isnin lepas.
Tentera Mauritania, yang ditunjangi oleh pasukan khas Perancis, telah melancarkan serangan melepasi sempadan terhadap satu markas AQIM di Mali pada hari Khamis dan meneruskan serangan sehingga beberapa hari.

Sumber : beritaislamglobal.blogspot.com dari Al-Jazeera & Agencies
http://tranungkite.net/v10/
28.7.2010.