ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Tuesday, January 18, 2011



Normala Sudirman calon PAS di Tenang


LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

-harakahdaily
Tembak UTUSAN punya pasai.. Presiden NUJ mahu meniaga Nasik Lemak
Presiden NUJ mahu jadi 'saudagar' nasi lemak


Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari kini berkira-kira membuka gerai nasi lemak dekat rumahnya di Puchong dan kaunter aduan di depan pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

Ini ekoran penggantungan kerja terhadapnya masih tidak pasti tempohnya dan sama ada bergaji atau tidak.

"Saya tidak pasti, saya kena tunggu dan lihat hingga hujung bulan ini untuk lihat sama ada mereka masukkan gaji saya atau tidak. Jika tidak saya kena pergi ke Jabatan Buruh.

"Oleh kerana saya tiada apa hendak dibuat dan tidak bergaji, saya berkira-kira membuka gerai nasi lemak," kata wartawan kanan akhbar milik Umno itu sambil ketawa.

Dilarang menjejakkan kaki di pejabat Utusan, Hata juga merancang mahu memasang khemah kecil di depan pintu masuk harian berbahasa Melayu itu.

"Saya akan letak khemah kecil di sini dan duduk dengan laptop saya. Saya akan bukan kaunter aduan untuk wartawan.

NONE"Saya juga boleh adakan mesyuarat dengan NUJ cawangan Utusan di sini," kata Hata kepada Malaysiakini sebelum siasatan dalaman terhadapnya bermula pagi tadi.

Hata menambah, NUJ Utusan juga merancang mengadakan pameran memperingati ulang tahun ke-50 Mogok Utusan pada tahun 1961 untuk menentang pengambilalihan Utusan oleh Umno.

"Kami akan langsungkannya atas jelan depan Utusan, sebab di jalan inilah demonstrasi berlaku.

"Utusan pernah di barisan depan mengamalkan kewartawanan yang adil dan berimbang, hinggalah pengambilalihan. Kami mahu lihat semula 50 tahun dulu sejak para wartawan disenyapkan.

Nasib Hata kini dijangka bakal mengikuti jejaj langkah teman sepertjuangannya Amran Ahmad sebagai bekas presiden NUJ Utusan yang dipecat selepas didapati bersalah dalam siasatan dalaman akhbar itu.

kedahlanie/info/2011