ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, October 3, 2020

EN Siri 4

Aku menghidupkan enjin kereta. Handbreak kulepaskan . Aku harus segera pulang kerana pada waktu-waktu begini jalan raya agak sesak. Perlahan-lahan aku melalui jalan sempit itu. Dulu jalan ini agak meriah dan penduduknya agak ramai. Namun tarikan kehidupan bandar menyebabkan anak-anak kampung berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik.

Peluang pekerjaan di kampung juga berkurangan. Ladang getah dan sawah padi sudah ditinggalkan. Anak-ansk muda lebih suka bekerja di kilang-kilang atau memohon kerja dengan kerajaan. Orang-orang tua ramai yang sudah tiada. Sudah kembali ke pangkuan lillahi. Ayah ibuku sudah lebih sepuluh tahun kembali ke alam abadi.

Tanpa sedar aku sudah hampir melintasi rumah pusaka En. Terlalu banyak kenangan yang tinggalkan di situ. Biasanya setiap hari raya aku mengunjungi rumah itu. Ketika melalui zaman remaja, Enlah yang sering melayaniku. Ayah ibunya meninggalkan kami berdua menikmati biskut raya. Seolah-olah mereka memberi laluan kepada kami berdua.

Aku terbayang-bayang En sedang melambai-lambaiku mengajak singgah di rumahnya. " Engkaulah itu En?" bisik hati kecilku. Atau akukah yang sedang dilanda oleh kenangan yang tidak berkesudahan?

Seawaktu cuti semester , aku sering pulang dan menolong ayah ibuku mengerjakan sawah ladang dan menoreh getah. Kadangkala aku bertanam sayur untuk menampung keperluan harian keluarga. Oleh kerana terlalu banyak mencurahkan tenaga , suatu hari aku dilanda demam panas yang sukar untuk kebah. Setelah puas berubat di kampung akhirnya aku ke hospital dan terus dimasukkan ke wad.

Petang itu seperti biasa pada jam lima petang, para pesakit dibenarkan menerima pelawat. Aku jua tidak ketinggalan. Ramai sahabat handai dan rakan taulan datang melawat. Tiba-tiba dari jauh aku tenampak kelibat wajah En menuju ke katilku. Aku menggosok-gosok mata yang tidak gatal. Memang benar Enlah itu. Tidak salah penglihatanku ini. Tetapi En diiringi oleh seorang lelaki yang tidak pernah kukenal, Hatiku berdebar-debar. Siapakah lelaki itu. Namun aku kuatkan semangatku untuk menerima kunjungan En bersama lelaki yang tidak kukenal itu.

"Agaknya kawan sekuliah," aku memberi jawaban kepada diriku sendiri. Namun debaran di dada kian kencang. Siapakah dia? Adakah En sudah memiliki teman baru yang lebih kacak dan bergaya?

"Siapakah dia?'" Soalan itu bergema di dalam kepalaku."Siapa"?

2,10.2020.
BTP.

 EN Siri 3

Aku merenung jam yang tergantung di dinding. Sudah 3.30. Aku harus pulang segera ke KL. Aku memohon diri dari adikku. Kunyatakan padanya bahawa aku harus pulang. Ada kerja yang perlu dibereskan.

Aku masuk ke kereta dan menghidupkan enjin. Sempat kuperhatikan sawah padi di bawah bukit itu telah bertukar menjadi kolam yang agak besar. Aku baru teringat yang adikku pernah memberitahuku bahawa ia memelihara ikan keli , puyu dan lain lain untuk kegunaan ketika sukar di samping menjana pendapatan tambahan.

Pada bahagian lain kelihatan rumput yang agak panjang seolah tidak terurus. Rumput rumput itu meliuk lintuk ditiup angin. Tanpa ku sedari aku telah menghampiri rumah En melalui jalan sempit itu sebelum sampai ke jalan besar. Kuperhatikan rumah bentuk minang itu. Agak besar namun terbiar. Banyak kenangan waktu kecilku hingga remaja di rumah itu.

Tiba-tiba aku ternampak En. Wajah ayunya dan berhidung mancung mendebarkan dadaku. "Engkau itu En?" bisik hatiku. Hanya suaraku bergema di dalam hatiku. Tiada suara lain.

Ayahku mengejar ayam jantannya untuk disembelih dan membuat kenduri kecil, untuk meraikan permintaan En dan kejayaanku dalam peperiksaan STPM. Aku menyedari ayahku juga menyukai En. Begitu juga lbuku.

"Jemputlah ke rumahku tengah hari nanti. Ada sedikit makan makan. I belanja u." Ada apa ?" pintas En. " Kan dulu u minta belanja kalau aku dapat kelulusan bagus. Aku dapat sijil penuh. Setakat ni baru dua orang kampung kita yang dapat meloloskan diri ke lPTA. Aku bakal orang ketiga."

Wajah En nampak berseri. "Oklah. Demi u saya datang. Saya pun ingin meraikan u." Balas En tanda setuju hadir ke majlis kecil itu.

28.9. 2020.
Brp
En#.

En Siri 2

 EN Siri 2

Assalamualikum , ujarku kepada adik bongsuku sebaik diriku tercegat di muka pintu rumah warisan keluarga kami. Rumah itu masih cantik kelihatan dan tiada ada apa kerosakan. Sudah lebih lima puluh tahun usia rumah ini , namun masih utuh.

Ayah pernah kerja dengan Jabatan Perhutanan sewaktu mudanya. Walau dia bekerja hanya untuk dua tiga tahun, namun pengalaman kerja itu menjadikan dia mengenal pelbagai jenis kayu. Sewaktu hendak membina rumah itu, dia sendiri pergi ke kilang papan bersama tukang rumah dan memilih sendiri kayu meranti, merbau dan cengal untuk membina rumah.

Aku memerhati keadaan keliling yang sudah banyak berubah. Kawasan paya tempat kami selalu mandi manda bersama adik beradik dan kawan-kawan sudah tiada. Airnya sudah kering kontang.

Namun di paya itulah kami sering bermain dan belajar berenang. En turut sama bermain di situ. Aku lebih tua setahun darinya. Walaupun dia perempuan, kami berkawan mesra.

"Dah dapat keputusan exam?"tanyaku kepada En. Kami sama sama menunggu keputusan masing masing setelah habis tempuh persekolahan. En merenungku tajam. Terasa debaran jantungku agak kuat bila direnung begitu.

"Aku telah memohon untuk menyambung pelajaran di sebuah institut," jawab En sambil matanya menjeling ke arahku. Jelingan itu agak manja menjadikan debaran di dadaku agak kencang. Waktu itu kami duduk berehat di bawah sebatang pohon rambutan. Ada sebuah bangku panjang ala kedai kopi kampung di bawah pohon itu.

" U bagaimana?," En mengajukan soalan kepadaku. "Saya masih menunggu keputusan , " jelasku kepada En. "Bila sudah dapat belanja ya?". Aku hanya anggukan kepala. En tersenyum meleret.

"Abang, jemput minum!" terdengar suara adikku. Aku terkejut dari lamunan. "Abang ingat apa?". Tak ada apa apa". Balasku ringkas. " Abang ingat kisah lama ya?"
Tak ada apa apa", balasku sambil mencapai segelas air. Aku hanya tersenyum tawar.

26.9.2020.

 

Sebuah Cerpen: EN

Aku melalui jalan kampung yg sudah lebih sepuluh tahun kutinggalkan. Di kiri kanan seingatku sawah padi menghijau sudah tidak ada lagi. Kini hanya rum;put kuning dan tanah kering memenuhi pandangan.

"Kau dah dapat surat En? "
"Surat apa?
"Surat tawaran dari mana-mana IPT, " aku menyambung pertanyaan.
"Sudah," balas En ringkas.
"Kursus apa?'
"Accountamcy. U?
"Belum, " jawab ku ringkas.

Aku membelokkan kereta masuk ke lorong sempit menuju ke rumah pusaka peninggalan ayahku. Rumah itu terletak di hujung lorong sempit itu. Dan aku terpaksa melalui rumah En dan dua buah rumah lain sebelum sampai ke rumah kelahiranku.

Rumah En kelihatan sudah agak usang. Namun kelihatan masih utuh. Tidak kelihatan pun seorang penghuninya. Tiba- tiba aku ternampak seseorang seperti En di ambang pintu. Pakaiannya ringkas sahaja. Gown separas lutut dan rambut yang menghurai hampir mencecah bahu.

Aku menggosok gosok mataku. Kelihatan rumah kosong itu di kelilingi rumput rampai yang agak panjang, tidak dibersihkan. Aku menggosok gosok mataku yang tidak gatal. Cuma pandanganku agak berbalam.

Aku harus terus memandu melintasi dua buah rumah lagi untuk sampai ke rumah warisan yang kini didiami adik bongsu ku dan anak isterinya.

Aku meraba kerusi penumpang di sebelahku. Kosong. Rupanya aku memandu sendirian untuk pulang.

"Engkaulah itu En."?
Sunyi sepi. Tiada jawapan.

25. 9. 2020.
Brp.

 PENULIS BILIS


Buat macam saya. Saya tidak pernah menulis untuk pertandingan. Saya juga amat jarang hadir dalam mana mana pertemuan sastera. Kecuali sekali dua. Saya hadir di universiti malaya menyaksikan Dato' SN Zurinah Hassan membaca puisi. Diikuti oleh Dinsman mementaskan dramanya Bukan Bun uh Diri. Itu pun saya hadir atas arahan Solehah Ishak (saya tidak tahu di mana dia sekarang), di mana saya mengambil subjeknya ' Pengantar drama' dan dia mewajibkan kami yang mengambil subjek beliau.

Sebagai penulis saya tidak prolifik menulis namun ada juga karya-karya saya terlepas ke Dewan Sastera.

Saya menyertai grup pemuisi UKM yang menerbitkan beberapa antologi bersama.

Juga kemudian saya menyertai e- sastera kelolaan Dr.lrwan dan aktif beberapa ketika dan memenangi beberapa hadiah yang saya tidak pernah ambil.

Saya mengunjungi Khadijah Hashim di NSTP sebagai lawatan persendirian
Dia agak terkejut dg kedatangan tidak diundang itu. Namun dia cepat mesra dan memberi layanan yg baik walau rambut saya mencecah paras bahu, dan itulah imej mahasiswa waktu itu.

Selebihnya saya berjumpa mana sikana di UKM, Dr. Awang Sariyan, juga di UKM, lsmail Kasan, UKM.

Suatu ketika pak Samad selalu mengunjungi Dayabumi dan saya ambil kesempatan berbual bual dengannya.

Ramli lsin, Muhammad hj Salleh , Sulaiman Masri , Othman Putih adalah guru guru saya secara formal. Begitu juga SN Siti Zainon yang mengajar Penulisan Kreatif.

Apabila saya ke UPM saya bertemu kembali dengan Dr Awang Sariyan, Lim Swee Tin dan Jusang Bolong.

Demikian sedikit sebanyak catatan penulis bilis dalam lautan kesusasteraan.

#sasterawan
#penulis bilis
#catatan pengalaman.
21.9.2020.

 Memiliki Sesuatu


Perasaan ingin memiliki sesuatu adalah naluri semulajadi manusia. Tetapi manusia ini bila dah dapat hajatnya itu dia mimpikan yg lain pula. Atau dia ingin tambah lagi kepada apa yang ada.

Misal yang paling senang adalah harta atau wang. Manusia merasa sentiasa tidak mencukupi apa yang ada. Dah dapat proton saga nak Honda pula. Dapat simpan duit 10 ribu nak 20 ribu. Dapat satu rumah sederhana nak besarkan pula.

Keinginan manusia ini tiada batasan. Tetapi. kemampuannya terbatas. Maka timbullah gejala rasuah, tablet money dan sebagainya. Dalam hal ini Nabi menjelaskan manusia ini kalau diberi emas sebesar bukit Uhud., dia nak satu lagi bukit yang serupa.

Inilah sifat manusia. Dengan kata lain manusia ini bersifat tamak. Tamak adalah penyakit hati yang perlu diperangi, kerana ia menjadi hijab kepada pemurnian jiwa. Tamak juga menjadi hijab bagi manusia untuk mendekati khaliknya.

Untuk mengubatinya, rajin rajinlah bersedekah, membaca alQuran. berzikir selalu ke masjid/surau dan jika ia tidak hilang juga carilah guru dan hampiri dia selalu. Dengan perasaan tamak . manusia terhijab dari jalan makrifat dan hilanglah keberkatan hidupnya.

 JAWABAN KEPADA PUAN RAHMAH TENTANG PUISl PUISI DI FB

sajak sajak dalam FB kebanyakannya ditulis oleh penyair muda, walau pun usianya tua, tetapi umur kepenyairannya masih muda. Sebahagian puisi adalah separuh matang atau separuh masak. Mereka perlukan bimbingan dan tunjuk ajar.

Saya cuba melakukannya di samping membuat ulasan saya cadangkan penambah baikan. Namun hambatan waktu tidak memungkinkan saya menyempurnakannya.

Sebahagian penyair mapan membiarkan saja ia berlalu bersama waktu. Tidak ada ulasan atau teguran.

Maka berkembanglah puisi puisi di FB tanpa sebarang kritikan dan ulasan. Sementelahan kerja kerja sebegini dilakukan secara sukarela. Maka lahirlah karya karya yang kurang matang yang memerlukan pengkritik. Manakala kita pula kekurangan pengkritik yang ikhlas. Bagitulah seterusnya. Ia kurang baik untuk masa depan sastera Malaysia.

3.9.2020.
Rawang.


Masalah Pejabat Pos

 Suatu hari saya ke pejabat pos untuk membeli sampul surat poslaju. Setelah selesai saya pun pulang ke rumah lalu memberikan sampul itu kepada orang yang memesan barang tersebut.

Saya masukkan resit/borang alamat pengeposan dalam plastik di luar sampul. Bila pemesan bertanya saya mana borang alamat pengeposan, saya ada kat sampul. Namun bila disemak borang itu tiada, mungkin tercicir dalam perjalanan.

Saya kemudian kembali ke pejabat pos memohon borang pengeposan yang baru. Namun apa jawap petugas kaunter berkenaan. " Borang tak ada encik. Kalau encik mahu kena beli sampul lain. Satu sampul bersaiz separuh A4 bernilai RM 7.90. Kurang 10sen 8.00.

Alamak, kata saya dalam hati. Satu borang berharga hampir 8.00Rm? Saya cuba memohon lagi. Tapi jawapan yang sama saya terima dari petugas kaunter tersebut.

Akhirnya saya membeli satu sampul lagi, berharga hampir 8ringgit itu. Dalam hati saya berkata, apakah ini dasar baru Pos Malaysia yang telah diswastakan dan kini dimiliki oleh DRB Hicom? Beginikah cara Pos Malaysia mencari untung.? Apakah bezanya Pos Malayasia dengan syarikat syarikat kapitalis lain?

Bila saya kemudian mengepos sampul pos laju itu melalui mesin yang disediakan, yang discan adalah kod bar yang ada pada sampul, bukan pada borang pengeposan. Jadi apa hubung kaitnya antara borang dan sampul itu. Jika ada kaitan tidaklah terasa ralat sangat.

Kesimpulannya rakyat marhaen tetap tertindas walau pun hanya atas satu borang. Berhati hatilah sahabat sekelian bila berurusan dengan Pos Malaysia .

25.8.2020.
Ibnu Lazim.

 Crisis Management -2

Sesiapa yang pernah menonton filem Escape Plan tentu dapat melihat bagaimana Stallone dan Arnold S'neger mengurus krisis yang mereka hadapi.

Kedua-duanya memang sengaja dirancang untuk dipenjarakan dalam penjara tercanggih di dunia, terletak dalam sebuah kapal di tengah lautan yang serba lengkap dengan peralatan tercanggih di dunia.

Namun setelah menghadapi pelbagai halangan keduanya dapat melepaskan diri. Sebelum itu mereka merancang dan membuat plan A dan plan B jika berlaku halangan. Arnold dapat melepaskan diri melalui pelan A, manakala Stallone gagal di plan A. Stallone meloloskan diri melalui pelan B.

Kesimpulannya, krisis harus ditangani sebelum ia berlaku atau dijangka berlaku. Ta'bir nabi Yusoff tentang mimpi Firaun dan cara mengatasi kekurangan makanan menunjukkan lslam memang bersedia untuk menghadapi krisis yang bakal berlaku. Demikian alQuran mengajarkan kepada kita tentang pengurusan krisis. Wallahu a'lam.

 Crisis Management

Krisis perkara biasa dalam kehidupan. Dalam organisasi pun ada krisis. Antara negara pun ada krisis. Yang penting cara kita menghadapinya dan menyelesaikannya. Dan kita harus ada pelan untuk hadapi krisis. Umpamanya krisis kewangan. Kita. harus ada pelan A dan pelan B. Pelan A umpamanya simpan wang di bank 10% dari pendapatan kita.

Manakala pelan B misalnya kita beli emas sekadar mampu. Harga emas akan naik tinggi jika kita simpan lama. Bila hadapi masalah kewangan kita jual emas itu, atau kita gadai kat ar-rahnu. Jadi kita ada pilihan. Gagal di bank kita ke arrahnu. Begitulah seterusnya,

 emosi

Seketul emosi

Telah kubaling ke lautan
Ia tiba tiba
Berderai
Lalu menjadi
Sebuah puisi.

03082020
Rawang.

 LEWAT SEBUAH KENANGAN

Tiba tiba saja
Kau muncul
Ketika hari telah senja
Tak pernah ku duga
Talian maya
Menghubungkan emosi
Bak seorang puteri
Bak cinta Tuah kepada Teja
Lalu kita membilang hari
Dalam temaram senja yang mengabur
Kehidupan bersimpang siur
Kita letakkan harapan
Mahligai impian.

Memang tidak kuduga
Perjalanan panjang
Membuahkan benih benih harapan
Membina impian
Di atas berderainya harapan
Pada mahligai impian
Yang telah puluhan tahun
Dibelai penuh kasih sayang.

Tiba tiba saja
Impian tersentap
Mahligai yang mula dibina
Pecah berantakan
Dipukul ombak
Entah dari mana
Kita pun terjaga
Dari sebuah ilusi
Bagai terjaga dari tidur
Dari mimpi indah penuh emosi.

Memang, tiba tiba saja
Kau muncul, entah dari mana
Ketika hari telah senja
Kasih yang terlerai
Oleh ilusi penuh mimpi.

Tiba tiba saja
Kau datang di senja waktu
Kita hanya bisa
Membina tali persahabatan
Tanpa tahu
Apakah pengakhiran.

Ibnu Lazim ,
Rawang,
02082020,
14.32pm.

 


Kontraktor kecil bumiputra

Tulisan ini bukanlah untuk semua kontraktor kecil negara, tetapi ia adalah berdasarkan pemerhatian saya kepada mereka yang wujud di tempat saya, iaitu Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Bandar ini telah dibangunkan sejak 20 tahun lalu dan lebih 90% penduduknya adalah bumiputera. Sasaran pemaju jumlah penduduk adalah 100,000. Kini penduduknya sudah melebihi 50,000 orang.

Selepas 10 tahun, kontraktor kecil yang melaksanakan tugas ubahsuai dan baik pulih kediaman dan rumah kedai yang dulunya dibolot oleh kaum Cina, kini dilaksanakan oleh kontraktor bumiputra yang tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Namun terdapat beberapa masalah yang timbul mungkin disebabkan oleh pertambahan penduduk yang kian pesat dan kemudahan prasarana yang hampir lengkap.

Antaranya bila penduduk inginkan khidmat mereka, mereka tidak dapat melaksanakannya dengan segera atas alasan kerja banyak. Masalah lain umpamanya perbezaan harga perkhidmatan , baik pulih, ubahsuai dan lain lain.

Pernah kontraktor A misalnya megenakan 100rm untuk baik pulih yang kecil, manakala kontraktor B mengenakan 400rm. Soalnya mengapa perbezaan harga yang terlalu besar atas satu perkara yang sama.

Selain itu terdapat masalah mutu kerja yang berbeza, atau kurang bermutu, atau tiada khidmat ulangan selepas siap satu satu projek.

Ini menimbulkan masalah di kalangan penduduk dan menimbulkan dilema di samping rasa tidak puas hati. Untuk mengatasi masalah masalah berkaitan kontraktor ini disarankan supaya mereka mewujudkan satu persatuan di mana mereka boleh membincangkan kos perkhidmatan supaya diselaraskan.

Dengan persatuan ini para kontraktor juga boleh meningkatkan kemahiran dengan pelbagai kursus dan sebagainya,

Ibnu Lazim,
15 Julai, 2020,
BTP, Rawang,
22.43pm.

 Mengenali Anis Sabirin

Beliau dilahirkan pada 1 Mac 1936 di Johor Bharu, Johor) merupakan penulis yang aktif pada 1960-an.Nama penanya ialah 'Nil', 'Nuraini', 'A.B.S'.

Beliau bersekolah di sekolah Melayu dan sekolah agama di Johor Bharu, Sekolah perempuan (Inggeris) Sultan Ibrahim, Johor Bharu.Seterusnya di Universiti Malaya Singapura mendapat Ijazah sarjana muda sastera (kepujian) (1959). 1967 sambung belajar peringkat sarjana dalam Sains Politik setelah mendapat Biasiswa Fullbright di Amerika Syarikat. Seterusnya ijazah kedoktoran jurusan ekonomi di Claremont Graduate School (1976)

Bekerja sebagai pegawai penyelidik di DBP (1960-1967).Pengerusi jawatankuasa istilah falsafah serta setiausaha jawatankuasa istilah kesusteraan dan setiausaha jawatankuasa menyiasat Penyata Pelajaran Razak (1959).

Seterusnya bertugas di kedutaan Indonesia, di pejabat perdagangan Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat.Kemudian menjadi pegawai pemasaran di Suruhanjaya Perdagangan Malaysia di New York. Seterusnya pengerusi eksekutif Azlida Component (M) Sdn. Bhd.

Tulisan Anis Sabirin pada 1960an begitu dirasakan.Ayahnya seorang penerbit buku-buku Melayu.Beliau juga menulis cerpen dan puisi dan menjadi ahli forum dan penceramah berkaitan dengan wanita. Akhbar Berita Minggu dan majalah Dewan Bahasa sering menyiarkan tulisan beliau.Beliau dilantik sebagai Karyawan Tamu DBP dari 1994-1996.

Antara karyanya:

Dua dunia : memoir ; DBP, 2008
Ini Kota Impian ; DBP,2005.
Simfoni ; DBP, 1996.
Persona ; DBP, 1994.
Puisi Nusantara (antologi bersama ,(1981).
Kembang Melati (antologi puisi) ( 1982)
Bunga Gerimis (antologi bersama)(1986)
Puisi Rama Merdeka (1986).
Dari Bayang ke Bayang(1966) - antologi cerpen
Angin retak (antologi cerpen bersama)(1966)
Hawa (antologi cerpen bersama) (1984)
Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama) (1985)
Pesona (1984)
Garis Biru (2002).

Antara cerpen beliau ialah 'Gadis Pejabat' (Utusan Pemuda), Perempuan (Berita Minggu), dan 'Berkunjung ke Tanah Suci' (Berita Harian).

Sajak 'Dua Dunia tersiar dalam majalah Dewan Sastera dan Dewan Budaya memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/1983.

Di bawah ini diperturunkan sebuah puisi beliau dari antologi Kembang Melati;

Kubunuh Cinta

Kubunuh cinta dalam hatiku
Pisau tajam berkilau
Darah pancut merah-merah
Aku menjerit
Ketawa dalam kepedihan.

Cintaku terkulai merah
Gigil kian lemah!
Dan pisau tajam berdarah
Kulempar jauh-jauh
Hilang di balik malam.

Sudah kubunuh cintaku merah
Darah mendidih pekat
Aku senyum
Aku tidak lagi
Akan dibunuh oleh cintaku.

Kuala Lumpur,
14 Julai, 1961.
Berita Minggu,
23 Julai, 1961.

LATIFF MOHIDIN 


Antara penyair terpenting yang muncul pada dekad enam puluhan selain Baha Zain dan Muhammad Hj Salleh ialah Latiff Mohidin. Latiff membawa kelainan yang ketara dalam dunia perpuisian Melayu.

Selain menulis, beliau adalah seorang pelukis terkenal dan lukisannya pernah dijual hampir sejuta ringgit (kalau tak silap). Puisinya lebih kepada bentuk visual sesuai dengan bidang lukisan yang diceburinya.

Tidak ada puisi protes sosial yang ditulisnya. Ia lebih menyentuh soal alam dan kehidupannya. Protesnya terhadap perang Vietnam bukanlah satu protes. Ia lebih kepada alam sekitar yang dihadapi waktu itu;

Perhatikan puisi di bawah ini;

Sungai Mekong
Kupilih namamu
Kerana aku begitu sepi
Kan ku benamkan dadaku
Ke dasarnya
Kaki kananku ke bulan
Kaki kiriku ke matari
Kan kuhanyutkan hatiku
Ke kakimu
Namaku ke muara
Suaraku ke gunung.

Itu rangkap pertama dari puisinya berjudul Sungai Mekong. Yang ditulisnya adalah harapan dan perasaanya terhadap kejadian itu. Namun inilah kelainan
Latiff dan membezakannya dari penyair penyair lain. Puisi puisinya seolah olah ada unsur lukisan. Namun sajak sajaknya menyentuh perasaan dan hati pembaca.

Saya perturunkan di bawah ini sebuah puisinya dari antologi Pesisir Waktu, antologi yang memenangi hadiah Anugerah Puisi Putra 1;

Kerja Menyair

Kerja Menyair
Tidak apa apa
Bukan sesuatu yang istimewa
Aku tidak bisa bikin
Tetanggaku lebih matang
Atau menambah suap nasinya
Dan mendamaikan perbalahan
Dengan isterinya.

Kerja Menyair
Tidak apa apa
Aku tidak merasa lebih
Dari pak tukang terompah
Yang kemudian memotong dan memasang
Getah pada kayu
Dan memakunya
Mengikut acuan buku jari
Kerja kerja begitulah setiap hari
Supaya jari jari ini
Jadi biasa pada ukiran
Mata pisau.

Kerja Menyair
Tidak apa apa
Seperti pak tukang terompah
Aku duduk antara kayu yang keras
Dan getah yang lembut
Sambil membuat bentuk bentuk
Hanya sesekali ketika lalai
Tapak tangan bisa luka
Dan terompah akan
Bertambah sedikit merah
Itu saja.

Latiff Mohidin,
Antologi Pesisir Waktu.

Oleh

Zainal Lasim
Rawang,
14.6.2020.
23.22pm.

 

MUHAMMAD HJ SALLEH

Muhammad Hj Salleh dikatakan penyair yang membawa unsur intelektualisme ke dalam dunia perpuisian Melayu. Tidak ada puisi cinta dalam sajak sajak Muhammad, kata Drs Umar Junus. Dengan demikian, untuk melihat contoh contoh puisi yang baik, telitilah puisi puisi beliau. Diturunkan sebuah puisi beliau di bawah ini;

DI SINi

Terlalu lama
Aku menanti di sini

Kesal yang berganti
Dengan kesal

Musim bingung
Dan musim terlalu lebat

Timbunan buku
Sepanjang masa

Bilik yang cair
Dalam halaman kata kata

Gerimis dan hujan
Kaki dan bas

Tanah basah
Yang terus becak

Terlalu lama
Aku menanti di sini.

Muhammad Hj Salleh.
Disalin semula
Oleh Zainal Lasim.
13.6.2020
01.08am.

 Mengenang Zaihasra

Nama sebenar penyair ini ialah Zaitun Abdullah. Beliau dilahirkan di kampung Sg Buluh, Alor Gajah, Melaka pada 28 Februari 1951.Beliau memperolehi pendidikan asas di Melaka. Kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Radio Malaya, Angkasapuri.

Kehadiran beliau dalam dunia penulisan puisi telah menyerlah bakat serta potensinya, terutama apabila dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, beliau telah memenangi Hadiah Karya Sastera dengan puisi-puisinya berjudul “Lautan di Waktu Subuh” pada tahun 1973, “Di Sini Waktu yang Luka”, “Sebuah Cinta Semakin Ungu” dan “Satu Detik yang Teruji”. Ketiga-tiga buah puisinya termuat dalam kumpulan puisi Dalam Pelarian Satu. Selain itu ada lagi antologi beliau iaitu dalam pelarian Tiga serta beberapa antologi lain.

Pada pandangan saya penyair ini mempunyai bakat yang besar sebaris dengan beberapa penyair wanita yang lain seperti Dato' Zurinah Hassan dan Siti Zainon lsmail. Namun umurnya tidak panjang.

Pada 22 November 1989, dalam usia 38 tahun, Zaihasra telah menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat sakit buah pinggang yang dihidapinya sejak beberapa lama dulu. Jenazah beliau disemadikan di Taman Greenwood, Gombak. Pemergian Zaihasra adalah suatu kehilangan yang besar dalam dunia kesusasteraan Melayu tanah air.

Sebuah sajak beliau yang menarik;

LAUTAN Dl WAKTU SUBUH

Lautan di waktu subuh
Tidak mengharukan, sepi tidak juga

Lautan di waktu subuh
Tidak bengis, tidak juga dahsyat

Lautan di waktu subuh
Ianya seorang gadis baru merasai
Nikmat keriaan hidup di malam pernikahan
Melimpah keriangan membanjiri jasadnya
Nikmat meliputi mempesonakan.

Mahu disuarakan keseluruh dunia
Tapi, dalam genta keriaan subuh itu
Ianya malu pabila mengenang sekian
Yang mengerikan buat pertama kalinya
Namun itulah kebenaran-lembut dan malu!

Lautan diwaktu subuh
Ianya gadis yang menghirup rindu
Dengan rahsia sebuah malu

Lautan di waktu subuh
Di mana langit dan lautan bertemu di ujungnya
Adalah pandangan yang menakjubkan
Riak mengusik gelombang beralun, ombak berteriak!
Adalah peralihan waktu, fajar sinar dewasa

1972.

Puisi ini menarik kerana bahasanya yang lembut dan romantis, penuh unsur personafikasi, ambiguiti , simili dan berbagai unsur puisi.

Zainal Lasim,
Rawang,
7.6.2020
19.34.

 kadangkala 

Kadangkala di sini

perjalanan terhenti

lewat pemikiran-pemikiran yang tak pasti
teknologi berkembang
tanpa dapat diikuti
lalu kita tinggalkan di belakang
mungkin kerana bosan
atau jemu sudah
belajar benda baru.

adakalanya
perjalanan tertahan-tahan
lewat idea yang tak berkembang
lantaran sibuk
menghadapi hingar-bingar
hidup yang kian pantas
deras seperti air terjun
yang memuat sampah sarap
yang tak terhitung jenisnya.

di sini
hidup ini
adakalanya
perlu diberi erti.

Zainal Lasim,
17.4.2015.

 


BUKUKU

Satu bilik penuh buku
Buku sejarah
Kitab-kitab lslam
Buku komunikasi
Buku sastera
Buku sosiologi
Buku falsafah
Buku cerita- novel/cerpen
Biografi
Bahasa inggeris
Bahasa Arab
Kamus
Buku entah apa
dan lain lain yang tak dapat
dikelaskan.

Ada buku beli sendiri
Ada hadiah rakan penulis
Ada buku pinjam
Ada yang diambil kawan
Tak dipulang pulang.

Ada yang sudah dibaca
Ada yang belum dibaca
Ada yang dibaca separuh
Ada yang 10 tahun tidak dibaca
Ada yang dibeli saja
terus masuk rak.

Buku yang tidak tersusun
Tiada kemahiran pustakawan
Seminggu cari baru jumpa
Ada yang tidak jumpa jumpa
Ada yang beralih ke bilik tidur
Ada yang entah ke mana.

Ini bukan puisi
Ini tentang buku
penulis ikan bilis,
Ingin juga mengetahui
bagaimana dunia buku
Sasterawan Negara
Atau seorang profesor
Atau pengkritik sastera?

Budak budak tak minat buku
Selepas mati
Buku ini
akan ke mana?

16.11.2019
BTP.