ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, November 13, 2010

Surat Terbuka buat Dato seri Anwar IbrahimPosted on Friday,
E-Mel Pembaca Oleh Jamil bin Ismail

Assalamualaikum Kehadapan dato seri saya sentiasa mengharapkan ( saya tak mahu kata berdoa sebab saya jarang berdoa untuk orang lain ) datos eri sihat , tabah, menghadapi tekanan , dugaan, waaemah apa pun dosa dato seri itu antara dato seri dgn tuhan, saya atau sesiapa pun di dunia ini tidak layak menghukum sesiapa pun, juga saya mengharapkan keluarga dato seri dalam keadaan aman sentiasa.

waaemah apa pun tuduhan terhadap dato seri tak kira benar atau tidak hanya allah sahaja yg tahu dan menentukanya. saya selagi tiada bukti-bukti yg nyata depan mata tak ada sesiapa pun boleh mengubah hati saya pada perjuangan keadilan.walaupun bekas boss boss saya yg besar besar tu.

Dato seri sejak dato seri bebas dan menjadi penasihat ataupun de facto PKR macam-macam perkara berlaku , jamil sentiasa memandang walaupun jamil tak secara langsung sebab jamil bukan gila jawatan atau pangkat , dan jamil pegang pada sumpah jamil dato seri bebas sahaja jamil akan undur diri dan jamil pegang pada janji jamil. seperti yg jamil kata tadi buat apa jamil dalam politik lagi perjuangan jamil ialah membebaskan dato seri supaya dato seri boleh mendapatkan keadilan untuk semua rakyat malaysia. bukan kerja jamil untuk dapatkan keadilan untuk rakyat malaysia . siapalah jamil? tapi jamil sentiasa mengikuti perkembangan di internet, dan sentiasa update .apabila sdr onn bakar di beri tanggungjawab untuk menjadi ketua cabang putrajaya beliau telah menjemput jamil ,dan di sebabkan yg menjemput itu sdr onn bakar yg jamil kenal sejak reformasi dan dialah yg memberi tunjuk ajar banyak semenjak jamil memasuki politik, di mana beliau dahulu adalah ketua bahagian ceras sebelum di ketepikan oleh permainan kotor group group azmin ali. walaupun tiada bukti tapi kami tahu.

Dato seri semenjak dua menjak ni berbagai perkara yg berlaku, dalam parti kesayangan kita , parti yg kami ( bukan dato seri ) hidupkan sebab dato seri dalam penjara. kami bertungkus lumus berjuang , penghinaan , kutukan, ada yg putus sdr mara karana ini, ada yg di buang kerja , ada yg di tangkap di penjara di lokap kerana ini ,malah saya sendiri hampir 12 kali di buang kerja sehingga saya sudah tidak minat nak berkerja dgn orang lagi. lebih baik berkerja dengan BINATANG lebih bagus dan mulia dari berkerja dengan orang, kalau kita kena ampu,kipas jilat orang untuk hidup sorry that no my way, saya ada maruah dan harga diri. jadi bila ada apa-apa kejadian dalam parti kami akan terasa. sebab kami yg naikkan, Apabila timbul kejadian, tuduhan, kecacatan dato seri akan buat kenyataan itu kenyatan ini dan kami percaya. tapi perlu di ingatkan kami dah kena tipu dengan parti umno berpuluh tahun so tentu perasaan berhati hati akan ada dalam diri kami.


Dato seri bila orang dalam parti buat kritikan di katakan penghianat, balaci umno, [Jgn la mencarut] umno, malah langsung tiada sesiapa pun pemimpin parti berminat nak dengar atau ambil kisah, semuanya tuduhan , kritikan tak betul tohmahan, fithnah, Tapi bila orang itu keluar dan buat kritikan ,tuduhan kita kata mereka di bayar umno, di beli umno ya yg ini memang kita tahu benar tapi kenapa bila ahli buat kritikan banyak pulak songel. tak mahu dengar. adakah dato seri dan pimpinan nak buat PKR macam umno cabuk tu. sampai bila pimpinan nak buat ahli PKR jadi bodoh . cukup cukup cukup kami tak mahu di perbodohkan seperti kerajaan barisan nasional ,


Dato seri saya sendiri banyak kali komen di blog dato seri , yang mana saya puji puja dato seri keluar , yang mana saya kritik hilang entah ke mana tulisan itu , saya sms dato seri langsung tak jawab. saya taip di facebook dato seri tak balas. nampak gaya dato seri sama sahaja dengan pemimpin umno, contohnya dato seri hishamuddin sendiri bekas boss saya , kata pemimpin rakyat , pemimpin melayu bila orang pakatan bertanya , beri pendapat buat tak nampak. itu nama pemimpin melayu ke. pemimpin melayu kepala bapak die orang. umno ke, pas ke , pkr ke semua melayu so kalau nak jadi pemimpin melayu kena ambil tahu semua. saya rapat dengan keluarga dato seri sejak reformasi. saya bukan bekas pengampu dato seri di waktu dato seri jadi timbalan perdana menteri. bukan, saya kenal nurul hana tu dari dato seri di tangkap. dia selalu keluar main dgn kucing saya bila saya di rumah dato seri. jadi sudah semestinya orang seperti saya dato seri balas komen, sms atau apa sahaja. ini tak orang macam saiful , rahimi , bekas banduan yg kami tak kenal langsung dato seri jaga.ini di namakan pemimpin melayu.

Dato seri cuba fikir sejenak . kenapa semua orang marah kan azmin ali. tentu ada sebab . ingat kejadian di sungai petani , ingat konvensyen di kemaman, ingat lagi tak? dua tempat ini berlaku beberapa perpecahan dalam parti kita. dan seperti biasa pemimpin akan buat berbagai kenyataan, kami diam jugak, saya sediri kenapa saya marahkan azmin. beberapa tahun dato seri dalam penjara azmin tak ambil peduli pun keselamatan rumah dato seri, beberapa kali raya dia tak ambil tahu pun. sehingga tahun tahun ,bulan bulan akhir sebelum dato seri nak bebas , orang dha tak minat nak datang rumah dato seri , malah setiap hari khamis malam jumaat dah makin kurang orang. saya tahu kerana beberapa tahun saya yg menjaga makan minum malam jumaat , bulan puasa dan hariraya. orang hariraya balik kampong tapi kami ikhlas berkerja di kediaman dato seri kerana kami fikir dato seri tiada. tapi bila dato seri balik nak menikahkan nurul izzah kami yg selalu bertungkus lumus tidak di benarkan masuk kononya atas arahan azmin,orang yg kami tak kenal tapi kami tahu balaci-balaci azmin jaga pintu. nak panjat pagar ambil gambar pun di herdik.punya celakanya mereka . tak mengapa kami terima.


Bila dato seri bebas rumah itu dah jadi macam penjara. hanya orang tertentu je yg boleh masuk, terutamnaya puak puak kaki ampu ponggong azmin. saya pernah dengar dari beberapa orang kenalan dato seri , dulu waktu dato seri TPM kalau dapat pegang azmin dapatlah jumpa dato seri ataupun dalam kata lain ada bahagian azmin dapatlah jumpa dato seri. tapi saya tak percaya. dan saya tak akan ampu azmin untuk rapat dgn dato seri. hariraya pertama dato seri di rumah semuanya di kawal oleh azmin. kalau beberapa tahun malam raya saya datang gantung kad kad hariraya. kali ini dah tak boleh masuk, arahan siapa? azmin. apa salah saya dan kawan kawan. adakah kerana kami tak pandai jilat ponggong azmin. kalau macam itu caranya tak ubahlah seperti dalam umno. beratus , berpuluh tuduhan di lemparkan kepada azmin dan dalam pemilihan 2010 beratus tuduhan di lemparkan tapi disebabkan azmin mengunakan antivirus KASPERSKY dia selamat. adakah azmin ni malaikat sehingga semua tuduhan dato seri kata tak betul. walaupun beribu penafian dari Yb azmin kita kena ingat , azmin bekas anak angkat mahatuahaprak , bekas pemimpin umno, bekas orang kuat umno so segala penipuan cara umno ada dalam kepala otak beliau. ( lagi satu mana ada orang berak tengah jalan nak mengaku dia berak ) kebanyakn ahli dan pemimpin dalam PKR tidak pernah masuk umno jadi kami tak mahir dalam penipuan.

Dato seri kata dato seri tak campur. kak wan pula hanya mendiamkan diri. sehingga dato zaid ambil tindakah mengejut itu ok lah. sdr mustafa kamil ayub salah seorang pemimpin yg di percayai dan kami mempercayainya pun buat kenyataan , ini sudah lain. masakan dato seri tak nampak. atau dato seri nak tunggu parti hancur baru nak ambil tindakan, ingat dato seri ingat kalau dato seri di penjara sekali lagi ,tidak akan ada lagi reformasi kedua. reformasi pertama orang keluar secara ikhlas. demi keadilan sejagat. kali kedua. no way. mampukan azmin atau parti keluarkan wang untuk suruh orang keluar demonstrasi. mampukan. sebab nanti akan ada yg kaya dalam pengundian boleh keluarkan wang macam umno. so nak suruh kita sokong keluarkanlah wang. kita tak akan dapat lagi sokongan seperti 1999. ingat tu. tak kan lah tak ada kecacatan langsung pada azmin. come on dato seri. soalan saya satu je dato seri . dato seri nak jaga yg 1 ka atau yg 100.000 .

azmin kata dia tidak akan ikut kata zaid atau mustafa dan dia nasihat kita ikut kata ahli.tapi saya nak tanya ikut kata ahli atau ahli yg dah di beli???? Buatlah sesuatu , keluarkan lah suara. ambillah tindakan segera kalau perlu buart pengundian sekali lagi demi parti buat . kalau betul sayangkan parti buat.jangan hancurkan parti yang kami naikkan , berbagai kesensaraan, kesusahan yg kami tanggung. kami di perli di internet, kami di hina di internet, di sindir di internet , di mana kami nak letak muka. pemimpin tak mengapa sebaba da separuh pemimpin sama macam pemimpin umno ( muka tampal kulit babi ) tapi kami ahli di bawah kami ada maruah dan harga diri. kalau rasa dato seri tak boleh buat keputusan arahkan kak wan buat. back up kak wan untuk buat keputusan. kami akan menyokong dan mendokong demi parti. buatlah segera dato seri , buat Yb azmin jangan ambil hati , tentu Yb ada buat kesilapan cara umno yg tidak di senangi oleh ahli PKR yg bukan dari umno.

Dato seri saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan cara penulisan, dan saya mengaku memang ada yg kasar.tapi ini cara saya .saya tidak pandai bermadah-madah, puisi, puisi, dalam berkata, saya tak pandai mengampu untuk hidup.saya tak pandai kona-kona dalam berkata. saya tidak kisah kalau di pecat dari parti sekali pun kerana tulisan saya ini. bukan parti atau pemimpin yg menanggung makan minum saya tapi haiwan. so for me is nothing. saya aktif dalam keaidlan pun dengan tujuan nak melingkupkan UMNO CABUK . itu sahaja bukan untuk jawatan jawatan atau kontrek dalam parti. atau kerajaan negeri. saya tak kata Dato zaid bagus ,tapi saya kenal azmin dari era reformasi ok. saya ikut setiausaha agong pertama en anuar tahir 3 tahun. saya di ibupejabat 3 tahun. tentu banyak yg saya tahu dan dengar. kamia d amata dna meliaht.kami ahli makin papa kedana pemimpin makin kaya. apa ni. mentekedarah seorang ka. saya tak menuduh sesiapa pun tapi ada mata pandang , ada telinga dengar .

saya sudahi dengan dua rangkap pantuh yg pernah dato seri keluarkan .satu di persidangan umno 1997 , yg satu lagi di era reformasi.

Akar nibung meresap
Akar mati dalam perahu
terbakar kampong kelihatan asap
trebakar hati siapa yang tahu.

Kalau tanam si pokok koko
Jangan tanam pisang berangan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan.

Pandangan ikhlas dari jamil bin ismail ( jamilkucing ) .

tranungkite.net/v11

Friday, November 12, 2010


Tugas Zul adalah untuk kembalikan Kedah ke Barisan Nasional Kedah
ARSIP 2010

Raja Petra Kamarudin

Masalahnya adalah sederhana, sungguh. Setiap calon yang bertanding dalam pilihanraya negri dan parlimen seharusnya mengemukakan laporan belanjawanya atau laporan kewangannya dengan SPR. Hal ini untuk memastikan bahawa tidak ada yang melanggar undang-undang pilihan raya di mana pelanggaran dengan menghabiskan lebih dari RM100, 000 untuk kerusi negeri dan RM200, 000 untuk kerusi parlimen.

Jika anda sebagai calon gagal untuk mengemukakan laporan anda dari akaun / pengeluaran atau laporan perbelanjaan anda menunjukkan bahawa anda telah menghabiskan lebih dari angka yang dibenarkan atau kenyataan anda adalah salah, seperti kos banyak yang hilang dari kenyataan anda, maka SPR boleh membatalkan anda.

Ringkasnya, anda kehilangan kerusi anda.

Zulkifli Noordin, calon PKR yang memenangi kerusi Kulim parlimen dalam pilihanraya umum 2008, tidak menyerahkan kenyataan pengeluaran untuk PRU 2004. Dan calon UMNO yang kehilangan kerusi, Syeikh Abdul Aziz Fadzir, punya bukti tentang hal ini. Jadi Aziz mengemukakan permohonan meminta mahkamah untuk membatalkan Zul. (Ingat Aziz, orang yang ingin membakar Selangor Chinese Assembly Hall sekitar sepuluh tahun yang lalu?)

Zul panik. Jadi dia cepat mengubah satu set akaun dengan dokumen palsu dan bil untuk menopang kesnya di mahkamah. Sayangnya, Zul tertangkap. Sekarang tidak lagi menjadi kes Zul gagal mengemukakanl akaun laporan tersebut. Sekarang kesnya adalah kes penipuan, yang merupakan kesalahannya itu boleh menerima hukuman penjara.

Perdana Menteri melihat kesempatan emas dalam kesulitan Zul. Zul telah tertangkap dengan seluar ke bawah. Jadi PM panggil Zul untuk rapat dan berkata kepada bahawa UMNO akan menarik permohonan pilihan raya dan membantu menyelamatkan dirinya. Tapi dia harus terlebih dulu menyetujui kesepakatan. Dan kesepakatan adalah: Zul tidak perlu masuk penjara, tetapi ia harus memastikan kembalikan Kedah untuk Barisan Nasional.

Ringkasnya, Zul akan bertindak sebagai Trojan Horse UMNO dalam Pakatan Rakyat.

Zul terpaksa bersetuju untuk kesepakatan dan PM mengarahkan Aziz untuk menarik permohonan mendakwa Zul di Mahkamah. Aziz marah (dia tahu Zul adalah daging mati) tapi ia tak punya pilihan dalam hal ini. dan Zul diselamatkan. Sekarang Zul bekerja untuk UMNO, tidak lagi untuk Pakatan Rakyat.

Anda boleh memahami mengapa Zul melakukan hal-hal yang dia lakukan? Tidak diragukan lagi nampak aneh bahawa Zul melakukan segala macam hal yang menyakiti pembangkang. Tapi itu perjanjian. Dan sekali Kedah jatuh kemudian Zul akan membayar yuran dan ia kemudian boleh secara rasmi bergabung dengan UMNO.

Apabila berbohong untuk menutup kebohongan pasti akhirnya tertangkap. Dan Zul tertangkap. Jika ia tidak berusaha menutup kesalahannya dengan memalsukan kenyataan akaun dia hanya kehilangan kerusinya. Tetapi ini adalah penipuan. Dan kesalahan penipuannya itu adalah lebih serius. Dia boleh masuk penjara.

UMNO hanya mencintai penjahat. Penjahat boleh digunakan. Dan kerana Zul membuat kesalahan dengan melakukan jenayah sesuatu, UMNO mampu menggunakan dia. Dan UMNO melakukannya terus menerus.

Terjemahan dari:
http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=31816:zuls-assignment-is-to-return-kedah-to-barisan-nasional&catid=84:archives-2010&Itemid=100149

Thursday, November 11, 2010

Antara Dr. Mohd Asri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SURAT TERBUKA UNTUK YANG BERHORMAT DSAI




Dr. Mohd Asri
Zainul Abidin



Saya baru sahaja membaca kenyataan YB DSAI bahawa kenyataan menyuruh beliau berundur adalah satu perancangan. Ini rentetan Dato Zaid Ibrahim yang membuat gesaan yang sama. DSAI menyatakan bahawa saya juga telah digunakan oleh Utusan. Walaupun, pada awalnya saya berniat tidak mahu lagi menyentuh isu ini, tetapi perkataan ‘digunakan’ itu agak berat. Izinkan saya menyebut beberapa perkara;

1. Untuk pengetahuan DSAI, secara peribadi saya tidak memusuhi DS. Bahkan saya simpati dengan keadaan beliau sekarang. DS sendiri tahu adanya persahabatan yang baik antara pihak saya dan DS. Kenyataan saya tidak menyebut isu peribadi DS. Kenyataan saya hanya tentang soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara kerajaan dan pembangkang.


2. DSAI, biasanya apabila saya ingin melontarkan pandangan politik yang besar, saya akan merujuk terlebih dahulu kepada beberapa orang ‘pemikir politik’ yang –bagi saya- tajam dan kritis. Mereka akan memberi pandangan balas. Mereka ini sebahagian ‘tidak mesra kerajaan’ dan sebahagiannya neutral. Tapi dalam isu ‘pengunduran DSAI’, saya tidak merujuk kepada sesiapa. Saya hanya berpada dengan pemerhatian dan kajian umum saya. Ya, setiap kita di samping apa yang kita faham, kita juga mungkin mempunyai ‘instinct’ tersendiri dalam mengagak sesuatu perkara. Saya sendiri agak ragu-ragu sebelum kenyataan itu saya minta moderator saya siarkan dalam Minda Tajdid. Pada awal moderator Minda Tajdid sendiri pun risau. Saya minta siarkan kerana tiada isu peribadi, ia hanya pandangan tentang politik Malaysia. Maksud saya, tiada siapa gunakan saya ketika kenyataan ini keluar.

3. Seperti yang pihak Utusan laporkan, mereka memetik dari website saya. Mereka tidak mengambil kenyataan itu dari mulut saya. Mereka memetiknya dari kenyataan yang disiarkan dalam website saya. Petikan mereka juga tepat, cuma tajuk agak ‘garang’. Bukan kenyataan exclusive untuk mereka. Sebaliknya, Malaysian Insider dan Malaysiakini mendapatkannya secara langsung dari saya. Maka, tiada perancangan antara saya dan Utusan.

4. Saya pun tidak tahu bahawa Dato Zaid Ibrahim dan Saudara Mustafa Kamil Ayyub akan membuat tindakan dan kenyataan yang seperti itu. Hal itu berlaku selepas beberapa hari dari kenyataan saya. Tentunya, saya tidak berada di belakang mereka.

5. Jasa, sumbangan dan kesan DSAI dalam bidang politik akan tetap dikenang dan menjadi sejarah tanahair. Di sudut pemikiran Islam, DSAI jauh lebih luas dari banyak pihak. Dari sudut pidato, DSAI masih mantap. Dari sudut umur, DSAI belum terlalu tua dalam politik. Namun, bagi saya jangka hayat politik seseorang bukan sahaja faktor umur dan pidato, banyak lagi persoalan lain yang wajar diambil kira. Salah satu unsur yang penting; kemampuan mengendali rakyat bawahan dan kemampuan mempengaruhi rakyat tentang idea yang dibawa. Jika hal itu mula merosot, maka tahap politik seseorang juga hakikatnya mula merosot. Jika itu dapat ditingkat, atau dipertahankan, bererti kemampuan kepimpinan seseorang masih utuh.

6. Kita tetap memerlukan pembangkang yang kuat dan berkesan dalam negara ini. Jika mereka hendak menjadi kerajaan alternative pun, mereka mestilah jadi lebih baik, terurus, meyakinkan dan berkualiti. Itulah harapan rakyat marhaen seperti saya.

7. Apapun, saya tetap bersimpati dengan pergolakan akhir PKR, parti DSAI. Namun, hal ini memang boleh dijangkakan oleh ramai pemerhati dari awal lagi. Bukanlah hak saya mencampuri parti DSAI. Tetapi hak saya memberikan harapan atau pandangan kepada Ketua Kerajaan dan Ketua Pembangkang kerana mereka mendapat peruntukan negara dan mereka penentu masa depan rakyat.

8. Apa yang berlaku, anggaplah itu pendapat saya secara peribadi. Bukan pandangan hukum, bukan juga satu paksaan. Pandangan yang boleh diterima dan ditolak. Bak kata YB Nurul Izzah, biarlah rakyat dan parti yang menentukan. Pandangan insan terdedah kepada salah dan silap. Apatahlagi pandangan insan kerdil seperti saya. Namun, masa yang berjalan dan peristiwa yang bakal terjadi akan memperlihatkan sejauh manakah kebenaran sesuatu andaian atau ramalan. Jika satu hari DSAI dapat bukti saya silap dalam andaian tersebut, maka rakyat tahu saya membuat andaian yang tidak tepat dan dengan redhanya saya akan berkata ‘andaian saya salah!’. Jika sebaliknya, maka jawapannya pun sebaliknya.

9. Sebagai muslim, apa yang penting bagi saya, hubungan ukhuwwah islamiyyah antara saya dan DSAI harap tidak terputus. Politik kepartian boleh datang dan pergi, namun hati nurani Islam kita mesti kekal abadi. Saya telah sms secara peribadi kepada DSAI, agar tidak rosak hubungan Islamiyyah ini. Pandangan saya hanya untuk renungan politik, bukan isu peribadi. Justeru, sebagai saudara muslim, saya sekali lagi –seperti kenyataan awal- pohon kemaafan atas pandangan tersebut. Namun saya masih mempercayai pandangan itu ada kebenarannya, melainkan Allah S.W.T mendatangkan hal yang sebaliknya. DIA Maha Mengetahui segalanya.

Dengan ini, saya harap kenyataan media DSAI itu dapat dilihat sekali lagi. Apa pun, sekali lagi saya ingin maklum kepada DSAI, Alhamdulillah, tiada siapa yang menggunakan saya dan kita tetap saudara muslim. Wassalam.

Mohd Asri Zainul Abidin
9 Nov 2010, 3.30 p.m
kerajaanrakyat.blogspot.com
Obama sedar wujud halangan besar akhiri konflik

JAKARTA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengakui sedar :akan kewujudan 'halangan besar' dalam usaha mencapai persetujuan bagi mengakhiri konflik yang berlaku di Timur Tengah.

Menurutnya, tiada siapa patut mempercayai bahawa keamanan dan keselamatan di rantau bergolak itu akan dicapai dengan mudah.

Bagaimanapun, Obama akan terus berusaha dan membantu supaya keamanan dapat dicapai walaupun sejarah membuktikan ianya adalah sesuatu yang sukar.

"Pengakhiran konflik ini akan dapat dinikmati melalui penyelesaian dua negara, iaitu Palestin dan Israel hidup berjiran dalam suasana aman dan selamat," katanya.

Kenyataan Obama itu dikeluarkan beberapa jam selepas Israel mengumumkan akan meneruskan pembinaan haram lebih 1,300 rumah Yahudi di Baitulmaqdis Timur, iaitu kawasan yang dituntut Palestin sebagai ibu negara mereka.

sinarharian.com.my
11.11.2010
Saya hanya beri teguran secara peribadi: Dr Asri

SHAH ALAM - "Saya hanya memberi teguran dan pandangan secara peribadi, bukan berhasrat mencampuri urusan dalaman PKR atau cuba menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim."

Demikian jelas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai dakwaan beliau mendesak Ketua Umum PKR itu bersara daripada dunia politik.

Dr Asri berkata, beliau tidak pernah memusuhi Anwar secara peribadi bahkan bersimpati dengan keadaannya sekarang, namun tulisannya dalam blognya itu berdasarkan kepada pemerhatian, kajian umum dan gerak hati.

“Kenyataan saya tidak menyentuh isu peribadi sebaliknya soal keberkesanan pembangkang dan memastikan keseimbangan politik antara pembangkang dan kerajaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Dr Asri, PKR seharusnya menjadi lebih baik terurus, meyakinkan dan berkualiti sekiranya ingin menjadi kerajaan alternatif kerana sokongan rakyat terhadap parti itu dilihat semakin merosot dan akan runtuh jika tidak dipertahankan.

Katanya, perkara ini telah dijangka banyak pihak terutama pemerhati politik berhubung pergolakan yang berlaku dalam PKR yang semakin meruncing sekarang.

Menurutnya, apa yang dilakukan bukan untuk mencampuri urusan dalaman PKR tetapi bertujuan untuk memberikan pandangan peribadi kepada Anwar.

"Kemampuan mengendalikan rakyat bawahan serta mempengaruhi mereka mengenai idea yang dibawa dan sekiranya ia mula merosot, bermakna tahap politik seseorang itu mula menurun.

“Semua pandangan yang disuarakan itu dirujuk pemikir politik terlebih dahulu dan mereka ini neutral, tetapi berhubung pengunduran Anwar, saya tidak merujuk kepada mana-mana pihak kerana ia berdasarkan pemerhatian dan kajian umum yang dilakukan,” katanya.

sinarharian.com.my
11.11.2010

Tuesday, November 9, 2010

Penipuan berleluasa: Zaid

SHAH ALAM - Selepas menimbulkan kontroversi mahu bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim sekali lagi membuat kejutan apabila membuat keputusan menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dan semua jawatannya dalam parti itu.

Zaid berkata, ketika menawarkan diri menyertai PKR, beliau berharap boleh membawa politik progresif, memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara.

"Bagaimanapun, sebenarnya saya tersilap,” katanya dalam satu kenyataan di blognya, semalam.

Menurutnya, beliau mengambil keputusan ini kerana melihat tidak ada usaha kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan parti.

"Perkara berkenaan telah berulang-kali ditimbulkan. Sepanjang pemilihan PKR, tiada usaha kepimpinan secara aktif menangani perkara ini dan membiarkan salah laku serta penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu," katanya.

Zaid berkata, beliau yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

Penarikan diri bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu memperlihatkan beliau begitu kecewa dan tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang didakwanya 'cacat'.

Katanya, beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang dan akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata serta terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Saya berharap peminat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai ‘spoiler’ yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

Zaid kini berada di tempat kedua dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan berkenaan antara dua naib presiden, Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

Difahamkan Zaid akan mengadakan sidang media hari ini bagi mengumumkan secara rasmi dan menjawab pelbagai persoalan sehingga beliau mengambil tindakan tarik diri.

sinarharian.com.my
9.11.2010
Kejayaan BN, kesedaran pembangkang dan media

Oleh - Rahman Shaari


Keputusan pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi diumumkan ketika beberapa negeri menghadapi banjir besar. Rakyat secara umumnya – baik yang menyukai kerajaan, atau yang menyokong pembangkang – suka mendengar keputusan itu. Seperti biasa yang menang memaparkan rasa riang, yang kalah akan mencari helah. Namun, yang menghadapi masalah banjir, keputusan menang atau kalah, rasa-rasanya sama saja. Mereka mencari jalan keselamatan.

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (The Star, 6 November, 2010). Katanya, kemenangan Barisan ialah kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah. Tengku Razaleigh, tambahnya, ialah legenda setempat (local legend) di Gua Musang.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menyamai Lim Guan Eng. Walaupun menurut The Star 6 November 2010 Nik Aziz meminta penyokongnya agar jangan berputus asa, menurut akhbar Sinar Harian (tarikh yang sama), Menteri Besar Kelantan itu ragu-ragu entah-entah ada ugutan atau sogokan dan sebagainya, maka rakyat di kawasan itu menolak Pas. Perhatikan, bahawa keraguan ini tidak selari dengan pandangan Guan Eng. Dan seperti biasa, Nik Aziz menyebutkan, jika perjalanan pilihan raya kecil itu tidak dijalankan dengan betul, Barisan Nasional (BN) akan tanggung sampai akhirat.

Saya fikir, pembicara politik akan lebih tertarik pada pandangan Lim Guan Eng. Pertandingan yang berlaku di Galas ialah pertandingan antara Tengku Razaleigh dengan Pas. Kita tahu di Kelantan, pengaruh Ku Li adalah luar biasa, demikian juga pengaruh Nik Aziz. Kedua-dua mereka mempunyai kewibawaan tersendiri. Mereka memilih jalan politik tersendiri dengan penuh keyakinan. Khusus untuk Ku Li, dalam UMNO kini, kita dapat melihat beliau sebagai tokoh amat matang.

Kemenangan BN di Galas hendaklah dilihat sebagai satu petanda baik, kerana wakil rakyat UMNO dan Pas berganti-ganti menggalas tanggungjawab. Kita tidak wajar melihat keputusan rakyat sebagai satu hal yang tidak baik. Ertinya, ketika Pas menggalas pun, kita kira baik juga.

Yang utama ialah rakyat memperoleh faedah, kerana masalah mereka digalas berganti-ganti oleh wakil rakyat daripada parti-parti yang berlainan. Itu kita namakan “kematangan Kelantan”.

Kita melihat perjalanan kempen yang baik dan telus. Kita melihat sumbangan bakti Nik Aziz sendiri untuk rakyat di kawasan itu, terutama dalam masa kempen. Pihak BN menjanjikan aneka kebaikan kepada rakyat di situ. Jadi, seperti dalam pilihan raya yang lain, rakyat memperoleh faedah.

Pilihan raya kecil di Batu Sapi juga membawa kemenangan kepada Barisan Nasional. Pada peringkat awal, sejumlah pemerhati politik memikirkan Datuk Yong Teck Lee berolok-olok untuk berlawan, kerana secara umumnya orang sudah merasakan pilihan raya dekad ini adalah antara satu lawan satu. Sesekali terfikir, mungkin PKR melalui Ansari Abdullah berolok-olok. Namun, akhirnya kita dapati mereka berlawan betul-betul. Kesungguhan Ansari sendiri terbukti apabila beliau terjatuh sebanyak dua kali.

Dengan perlawanan tiga penjuru di Batu Sapi, kita tahu bahawa politik adalah politik. Tidaklah benar bahawa wujud pakatan di kalangan pembangkang. Yang kita lihat seolah-olah ‘pakatan’ itu hanyalah kaedah untuk mencapai kemenangan sahaja. Saya kira, adalah mustahil parti-parti yang berlainan ideologi dan arah tuju dapat bersatu seperti yang dipertontonkan kepada kita.

Teck Lee tentulah terlalu jujur dalam hal menyatakan sikapnya. ‘Sabah untuk orang Sabah’ ialah slogan lapuk, tetapi beliau berani menggalinya semula untuk menjadikan beliau berlainan daripada yang lain. Perhatikan Datuk Nik Aziz tokoh Kelantan. Bukankah beliau juga sering kelihatan berlainan? Apabila Nik Aziz menyebutkan dosa BN akan dibawa sampai ke akhirat, beliau bercakap seorang-olah orang MCA dan MIC sama-sama termasuk dalam bungkusan dosa, kerana mereka itu Barisan Nasional. Manakala orang DAP tidak terbungkus, kerana DAP bukan dalam Barisan Nasional. Ternyata, dalam politik cara dan gaya bercakap, dan cara dan gaya memaparkan idea adalah penting. Permainan kata dan lenggok tubuh lebih penting berbanding hakikat yang ada pada parti dan tokoh. Gaya mesti ada, bung!

Teck Lee tidak menekankan agama, manakala Nik Aziz selalu menekankan segi tersebut. Namun, daripada kaca mata politik moden, kedua-dua mereka memilih jalan terpencil, iaitu Nik Aziz memaparkan keseluruhan politik Malaysia hendaklah menuju ke arah pembinaan negara Islam, manakala Teck Lee memulakan kembali semangat membalikkan Sabah kepada rakyat Sabah. Menurut Joniston Bangkuai, The opposition’s heavy defeat was also a clear demonstration of the people rejection of the “Sabah for Sabahan” and “autonomy for Sabah” slogan. (New Straits Times, 6 November 2010).

Perlu disebutkan, Sabah untuk rakyat Sabah adalah sempit di Sabah, tetapi Islam untuk orang Islam tidak sempit di Kelantan. Kekalahan Pas di Kelantan bukanlah penolakan agama, kerana wakil UMNO juga akan berbuat bakti yang sama berkaitan agama. Beliau juga kuat beragama. Oleh itu, kedua-dua prinsip, iaitu prinsip Teck Lee dan prinsip Nik Aziz, hendaklah difahami betul-betul oleh penghuni Malaysia yang akan mengundi pada masa-masa hadapan.

Walaupun rakyat di Galas dan di Batu Sapi telah membuat pilihan, belum kita ketahui adakah rakyat atau pengundi secara keseluruhannya memahami hakikat politik Malaysia. Oleh itu, pendidikan politik hendaklah berterusan. Media konvensional dan media baru hendaklah digunakan dengan baik bagi menimbulkan kesedaran agar pengundi tahu membuat pilihan yang tepat. Media – ertinya segala media – janganlah meneruskan anjuran tuduhan kasar yang tidak membawa faedah. Janganlah media meneruskan hasrat memberontak membabi buta, yang menyebabkan rakyat berpecah-belah. Media hendaklah memilih jalan untuk menjadikan rakyat terdidik dalam hal memilih pemimpin.

sinarharian.com.my
9.11.2010
Pemilihan PKR : Azmin menang dengan cara tidak demokratik
09 November 2010 08:02
Filed Under: pemilihan PKR, Zaid |0 comment

ANALISIS, 9 Nov — Dalam satu pertemuan awal bulan lalu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkongsi pandangan - Umno menganggap komponen Pakatan Rakyat ini bercita-cita tinggi untuk melaksanakan pemilihan secara langsung dalam waktu yang begitu singkat.

Kata Saifuddin, menurut seorang anggota Majlis Tertinggi Umno tidak bersedia untuk mengadakan pemilihan langsung antara lain disebabkan oleh soal logistik.

Menjawab soalan kekecohan yang disaksikan di peringkat pemilihan bahagian, banyak pihak menganggap bahawa PKR sedang menuju kehancuran dan hilang kredibiliti. Ia akan menghadapi padah akibatnya pada pilihan raya umum ke-13.

Saifuddin menyangkal tanggapan sedemikian. Begitu juga pandangan Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Parti berusia 11 tahun ini meminda perlembagaan tahun lalu membolehkan setiap ahli mengundi memilih pucuk kepimpinan pusat.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian mendakwa kemenangan Naib Presiden Azmin Ali yang bertanding jawatan timbalan presiden tidak akan memberi legitimasi sahih apatah lagi beliau akan dianggap menang dengan cara tidak demokratik.

“Kepuakan dalam parti secara berterusan akan menjejaskan kredibiliti beliau dan Anwar sendiri yang dilihat bersungguh-sungguh mahu Azmin menang,” katanya. -

mimpi-senja.blogspot.com
Yang Silap Pastinya Kita, Yang Benar Semuanya Dia.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com

Merah, Biru, Putih. Cantik!!!

Apa saja yang ditulis para blogger pastinya betul jika berita/ceritanya mengangkat nama dan menjulang tinggi martabat pemimpin PKR.

Apa saja yang ditulis para blogger pastinya betul jika berita/ceritanya menghamput nama dan menginjak hina maruah dan jasa pemimpin Umno.

Saya tidak pernah minum bersama Zaid Ibrahim tetapi saya pernah makan semeja dengan Azmin Ali. Saya tidak pernah bersalam dengan Najib Razak tetapi saya kerap bersalaman, malah berpelukan dengan Anwar Ibrahim. Saya pernah ke pejabat Perdana Menteri tetapi saya selalu di pejabat Ketua Pembangkang. Saya tidak ambil pot jika ada pelawaan untuk menghadiri majlis oleh pemimpin Umno tetapi saya pasti akan usahakan untuk bersama dalam majlis bersama pemimpin PKR.

Seingat saya, semasa saya rajin bersama rakan-rakan Umno Johor (sebelum 1998) saya juga amat kritikal dalam perbincangan. Malahan dalam banyak hal, bangkangan saya jauh lebih keras dan kasar dalam menyampaikan ketidakpuasan hati. Kalau sekarang saya hanya dapat berjumpa dan bicara dengan pemimpin PKR dalam majlis yang dijemput, dengan pemimpin Umno, saya boleh berborak panjang di ruang tamu rumah mereka, ikut masa saya!

Demi mengharapkan suatu perubahan, saya memilih untuk tidak bersama rakan-rakan yang masih di dalam Umno. Saya memandang PKR dan Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan yang awal anggapan dapat mengangkat kembali maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

Sekitar tahun 2003, dalam satu perjumpaan santai dengan Khaled Nordin (Dato' Sri) pernah saya dinasihatkan, "engkau jangan tersilap catur". Saya bertegas menyatakan pandangan dan fahaman saya betul. Saya bertegas menyatakan Anwar dan wadah perjuangannya wajar disokong. January 2010 lalu, Khaled telephone saya dan bertanya khabar, "Fi, apa khabar dengan wadah perjuangan kau?" Saya tidak jawab dan membawanya kepada topik lain. Saya sedar, dia memperli saya. Saya juga sedar, dia amat arif apa yang berlaku dalam PKR. Saya tidak mengalah dan detik hati mengatakan, mungkin Khaled yang yang silap. Tetapi.... !!!

Satu malam, sekitar bulan Ramadhan lalu di Puchong, saya berkesempatan untuk minum tea dan pekena roti canai dengan YB Marsom Paing (ADUN Dengkil, Selangor). Bersama lima rakan lain, kami bersembang tanpa menyentuh sedikitpun hal politik kepartian. Sembangan kami hanya menjurus kepada hal kemasyarakatan dan sedikit hal agama. Nyaman sembang kami. Topik kami berkisar tentang isu tol yang berselerak disetiap penjuru Puchong. Kami menganyam isu pasir yang masih tersembunyi. Kami berseloroh hal ada pemimpin yang bukan hanya takutkan isteri malah menjadi isteri kepada isteri.

Dalam seminggu dua ini, saya titipkan hal parti dokongan saya, PKR. Saya menegur, malah memarahi anak saya kerna saya menyayangi mereka. Saya juga mengkritik, malah bertengkar dalam beberapa hal berkaitan Umno satu ketika dulu kerna saya pernah sayangkan Umno. Maka, saya juga mengkritik, menegur dan membidas cara dan kaedah pengurusan dalam beberapa arena kepimpinan PKR kerna saya sayangkan PKR. Malangnya, kritikan dianggap hinaan. Bidasan dinilai sebagai cacian. Teguran dipandang sinis.

Silapnya saya kerna saya terlupa, "Apa saja yang ditulis para blogger pastinya betul jika berita/ceritanya mengangkat nama dan menjulang tinggi martabat pemimpin PKR."
Pemilihan PKR: Zaib Ibrahim Tarik Diri

A Kadir Jasin


[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

RINGKAS sahaja. Hendak maklumkan kepada pembahas dan pembaca blog (kalau belum) bahawa Mohd Zaid Ibrahim, pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan dan bekas Menteri Kabinet Abdullah Ahmad Badawi telah menarik diri daripada pertandingan Timbalan Presiden PKR yang berlangsung sekarang.

Portal berita Malaysian Insider memetik Zaid, sebagai barkata: “Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti.”

Dia berkata demikian dalam posting terbaru blognya awal pagi ini.

Malaysian Insider berkata, Zaid menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden berikutan dakwaan pemilihan kepemimpinan parti itu telah dicemari dan tidak telus.

Zaid dilaporkan berkata, dia mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

Menurut Malaysian Insider lagi, selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian, Azmin (Ali) berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam.

Saya tidak mahu tambah apa-apa sebab saya kenal siapa Zaid sejak dia menjadi peguam kepada Renong/UEM pada tahun 1980an dan kemudian cergas dalam Umno hingga menjadi Ahli Parlimen Kota Baru dan kemudian menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden Umno, tetapi gagal mendapat pencalonan yang mencukupi.

Selain itu, saya juga tidak mahu bercakap banyak sebab kes saman Zaid terhadap saya berikutan tulisan saya dalam blog ini berada di mahkamah.

Jadi, saya harap Saudara dan Saudari pun berhati-hatilah. Tolong saya. Bukan mudah dan bukan murah kena saman oleh peguam dan politikus macam Mohd Zaid.

Sekarang ini politikus di negara kita, tak kira di pihak kerajaan atau pembangkang, cepat menggunakan undang-undang dan saman ke atas blogger dan pembahas blog. Jadi, berhati-hatilah.


PRK: BN Menyerlah Tapi PM Masuk Hospital
A Kadir Jasin



Secara ringkas, reaksi saya adalah seperti berikut:

1. Kemenangan besar Barisan Nasional di kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah membayangkan kesepaduan BN negeri, simpati pengundi terhadap calonnya, kerana kematian suaminya yang berupa Ahli Parlimen kawasan itu dan undi pembangkang yang berpecah antara PKR dan SAPP;

2. Kejayaan BN merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan, adalah berpunca daripada:

i. Ketepatan lantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya BN;

ii. Dengan ekonomi rakyat jelata semakin tidak menentu dan kos sara hidup semakin meningkat, janji pembangunan dan bantuan kewangan oleh BN mengatasi pertimbangan ideologi dan emosi;

iii. BN/Umno juga mendapat faedah daripada masalah dalaman Pas. Walaupun Nik Abdul Aziz Nik Mat terus karismatik di kalangan akar umbi Pas, namun peranannya sebagai ketua pentadbir Kelantan dan ketua Pas negeri semakin dipertikaikan;

iv. Ada kebenaran kepada tanggapan bahawa kepemimpinan Pas Kelantan tidak (atau belum) menampakkan barisan pewarisan yang jelas. Terdapat andaian wujudnya persaingan hebat antara golongan konservatif dan progresif dalam kepemimpinan Pas Kelantan;

v. Pas menanggung beban yang berat mempertahankan perkongsian kuasa dengan DAP dan PKR yang memperjuangkan sekularisme dan secara terbuka menolak konsep Negara Islam dan Hukum Hudud Pas;

vi. Dalam jangka masa sederhana – sehingga pilihan raya umum akan datang – BN mempunyai peluang lebih cerah memperkukuhkan kedudukannya jika ia berjaya membawa perubahan positif kepada taraf ekonomi dan sosial rakyat jelata seperti dijanjikannya di bawah pelbagai slogan, model, program dan projek; dan

vii. Tetapi jika BN agal melaksanakan ikrar-ikrar ini, sebaliknya menjadi angkuh, terus memandang remeh korupsi dan tidak membuat pembaharuan kepemimpinan, pengundi akan menghukumnya dengan lebih teruk pada PRU akan datang, apatah lagi dengan bertambahnya bilangan pemilih muda.

[Posting Asal]



HARI ini perayaan Deepavali atau Divali. Zaman saya jadi pengarang di New Straits Times Press dulu, kita terbitkan akbar 365 hari setahun. Tak boleh jual banyak pada cuti umum, kita jual sedikit. Peranan akhbar untuk memberi maklumat tetap dilaksanakan.

Sekarang cuti umum akhbar tutup kedai. Nasib baik ada radio, TV dan pada akhir-akhir ini Internet. Jadi yang ada radio, TV dan Internet tak putus berita. Bayangkan selepas lebih 50 tahun merdeka, pengedaran akhbar masih dimonopoli oleh kaum India. Mereka mahu cuti atau mogok, akhbar tak boleh diedarkan.

Malaysia kita ni dah jadi negara cuti -- negara siasta. Banyak sangat cuti sampai dah mula jejas produktiviti. Kalau nak tahu jadilah majikan. Gaji pekerja jalan, tapi tak dapat penghasilan. Lepas tu kena bayar kerja lebih masa pula untuk kejar deadline.

Antara maklumat yang kita hendak tahu hari ini adalah keputusan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan. Barisan Nasional menang kedua-duanya.

Di Batu Sapi, calon Barisan Nasional, Linda Tsen Thau Lin mengekalkan kerusi itu dengan kelebihan suara 6,359 setelah mendapat 9,773 undi. Beliau mengalahkan calon PKR, Ansari Abdullah yang memperoleh 3,414 undi dan calon SAPP, Yong Teck Lee yang mendapat 2,031 undi.

Manakala di Galas, BN merampas semula kerusi itu daripada Pas dengan kelebihan undi 1,190 undi. Calonnya Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon Pas Dr Zulkefli Mohamed memperoleh 4,134 undi.

Sementara itu, Bernama melaporkan yang Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam tadi setelah bersungut sakit perut.

Pemeriksaan mendapati beliau menderita “superficial ulcers” dan gastrik ringan. Respons kepada perubatan adalah baik dan beliau dijangka berada di hospital beberapa hari. Sebelum ini beliau bercuti kerana deman campak (chicken pox).

Kita harap beliau makan ubat betul-betul seperti diarahkan doktor dan jangan tersalah makan. Bila dah berusia ni, kita kena jaga makan. Tanya dulu apa yang orang jamu. Saya dah lama tak makan melulu.

Saya sikit-sikit tahulah sebab saya pun ada “mild gastrics”. Semalam perut meragam. Saya kunyah pucuk jambu batu, Alhamdulillah baik. Pucuk jambu batu baik untuk ceret-beret.

kadirjasin.blogspot.com
Kenapa Tengku Razaleigh
Berterima Kasih Kepada Pas?


[kemaskini] NAMPAKNYA para pemerhati politik dan bloger yang bersimpati dengan Pas (atau yang pengulik kepada indvidu tertentu) masih terus meracau dan mencari sebab musabab kenapa Pas tewas parah di Galas. Dengan menolak takdir itu juga disebabkan perbuatan manusia juga, wajar kalau mereka mencari di manakah kesilapan Pas. Usah dilihat kepada kekekutan BN tetapi cubalah menyelami kesalahan diri sendiri. Tragedi yang berlaku itu adalah kombinasi antara kelemahan diri dengan kekuatan musuh.

Jadilah manusia yang bersikap tasamuh.

Ada macam-macam yang digali dan diselidiki sehingga ada yang tersasar jauh sampai menjamah jemboran tidak berair. Kerana kurang berhati-hati dan mungkin juga kerana diulik perasaan dengki dan marah, maka dicakar kepada orang-orang tertentu. Segala penyakit lama dikait dan dihimpunkkan dan dicampakkan di Galas untuk membusukkan orang-orang tertentu. Janganlah begitu, tidak baik. Itu juga sebahagian kerja syaitan.

Tuhan memesankan kepada kita, supaya berikhtiar kemudian bertakwa. Berbaik sangkalah kamu sesama kamu dan diminta bertasbeh dan bersyukur. Saya yakin kalau mereka yang berminat nak mencari di mana sebab musabab atau suis kekalahan Pas ia akan ditemui. Carilah dengan hakikat bukannya dengan ilusi dan bayang-bayangan.

Carilah... bagi saya, seperti saya katakan, saya membuat ulasan dan meletakkan kesalahan kepada apa yang dapat dilihat, dapat dirasa dan dihayati sendiri. Yang kita tahu. Sedikit-sedikit didengar. Kandatipun ada lagi sebab-sebab ghaib yang sukar untuk dihuraikan. Bukan sukar kalau dihuraikan tetapi untuk tidak menimbulkan masalah kerana ia menyentuh soal hidup dan aspirasi politik orang lain, elak tangguhkan dulu.

Marilah kita sama-sama mencari dan menggalinya tanpa 'melesetkan' (melumurkan) najis fitnah kepada sesiapa. Sekiranya kita menemui suis dan rahsia itu, apakah ianya wajar atau sebaliknya sama-sama kita fikirkan? Apakah strategi itu silap dan dianggap memakan diri sendiri? Politik adalah penyelesaian masalah ummah dan bukannya penimbul masalah kepada ummah. Tidak ada ertinya politik kalau ia boleh menyusah dan memperpanjangkan masalah ummah.

Saya yakin apa jua tindakan baik di sebelah kiri atau kanan ,tujuannya sama untuk menyelesaikan masalah ummah. Apa juga strategi diambil untuk kemenangan Pas. Dalam konteks Galas untuk kemenangan rakyat. Adalah celaka ahli politik yang berstrategi dengan niat kalau untuk menjahamkan negeri dan menyusahkan rakyat. Pemimpin yang sedemikian sejahat-jahat pemimpin wajar disalit di pohon balak.

Jadi kepada pencari jawaban kepada kekalahan Pas hendaklah bertenang dan menbeleknya dengan baik. Jangan berprangsangka, apa lagi kalau cuba menarik kambing-kambing putih untuk dijadikan kambing hitam bagi menjustifikasi kekalahan itu. Berdosa dan dimurkai Tuhan. Ini bukan masanya untuk melakukan korban, ingat kepada 'kenduri' di hapan masih besar dan memerlukan pengorbanan dan bukan melakukan korban.

Sekiranya apa yang saya ketahui ini jawaban kepada persoalan itu, atau menjadi punca kepada kekalahan itu maka bolehlah didedahkan agar tidak menimbulkan ruang fitnah kepada orang lain dan demi menyelamatkan orang lain juga tidak tersalut dengan darah merah fitnah. Pendedahan itu rasanya tidak elak di ruang terbuka. Sesiapa berminat bolehlah bertemu secara peribadi dengan saya bukan saja demi mengetahuinya tetapi mengkaji sejauh manakah kebijaksanaan asas strategi itu.

Tengku Razaleigh Hamzah ketika mengulas kemenangan bergaya UBN itu mengucap terima kasih kepada Pas? Kenapa? Ia tentu ada makna yang tersira yang sukar dibongkar oleh para penjulang panji hijau ataupun yang menghatuh hebat di pentas ceramah. Jaya atau tidak sesebuah peperangan itu bergantung kepada kebijaksanaan panglima perangnya.

Bagi yang bijak pandai mendengar kenyataan dan ulasan Tengku Razaleigh itu sudah dapat mengintai di mana duduk perkara sebenarnya. Ini mesti ada sesuatu yang perlu dihurai dan ditafsirkan berpandukan pelbagai lembaga dan kitab politik muktabar? [wm.kl.1:10 pm 05/11/10]

mohd sayuti omar,
msomelayu.blogspot.com
Pas Masih Bernafas Di Galas
Walaupun Dibelasah Teruk


PILIHAN RAYA kecil Galas sudah berakhir jam 5:00 petang semalam dan secara rasminya pada jam 8:30 malam apabila Pengurus pilihan raya itu mengistyharkan calon BN, Abdul Aziz Yusuf menang besar dengan mejoriti 1,190. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon Pas Zulkefli Mohamad mendapat 4,134 undi. Sebanyak 132 undi yang ditolak manakala peratus keluar mengundi sebanyak 83 peratus.

Kemenangan Aziz itu besar dan mengejutkan. Ia hampir dua kali ganda dengan kemenangan Allahyarham Che Hashim Sulaima dalam pilihan raya umum 2008 yang mendapat majoriti sebanyak 646 undi. Jadi BN bolehlah bergembira dengan kemenangan itu menebus kekalahan sebelum ini. Perlu dicatat bahawa DUN Galas tidak pernah jatuh ke tangan Pas sejak ia diwujudkan pada tahun 1955 dikenali dengan nama Gua Musang dan menjadi Galas pada tahun 1986.

Menyedari sejarah itu Pas tidak perlu menangis dan berdukalara atas kehilangan kerusi yang dipegang selama lebih dua tahun itu kerana kerusi itu asalnya hak BN dan secara peribadi kepunyaan Tengku Razaleigh Hamzah. Apa yang berlaku sebelum ini kerusi itu hanya dipinjamkan kepada Pas sahaja. Namun ia tidak mustahil selepas ini kerusi itu akan dipinjamkan atau diberi terus kepada Pas kalau Pas sedia melakukan perubahan baik dari segi perjuangan, cara mendekati rakyat, tidak mungkir janji dan ikhlas dalam perjuangan serta tidak bermain kongkaling dalam pilihan raya.

Dari segi angka Pas hanya kekurangan sebanyak 265 undi saja berbanding dengan undi diperolehi Che Hashim tahun 2008 sebanyak 4,399. Kemerosotan ini bukannya besar. Tetapi kalau dilihat daripada majoriti ia mengejutkan. Kalau ikutkan logik dengan kehilangan undi sebanyak 256 calon BN tidak separtutnya mendapat majoriti hingga 1,190. Angka paling sesuai dan munasabah diraih Aziz untuk menang ialah sekitar 500 atau 700 sahaja menyamai majoriti yang diperolehi Pas sebelum ini.

Tetapi kenapa majoriti BN besar? Faktor paling jelas ialah kerana berlaku peningkatan peratus keluar mengundi kali ini iaitu sebanyak 83% kira-kira 2.11% atau seramai 1,267 orang. pertambahan. Secara mudah bolehlah disifatkan pengundi yang membantu peningkatan peratus ini berpihak kepada UBN. Walaupun ada maklumat mengatakan undi Cina beralih kepada BN dalam pilihan raya semalam, tetapi bila Pas dapat mengekalkan undi lama menunjukkan ada entiti lain yang mengganti tempat dilompongkan oleh pengundi Cina itu. Apakah sokongan Melayu kepada Pas di Gua Musang meningkat?

Dengan keupayaan Zulkefli hampir mengekalkan undi diraih Che Hashim itu Pas harus berbangga dan tidak perlu merasa dukacita yang amat sangat. Dalam hal ini para penyokong dan ahli Pas kena insaf mengenai kelaziman pilihan raya kecil selalunya berpihak kepada BN. Hanya selepas berlaku tsunami politik 2008 sahaja beberapa pilihan raya kecil mula berpihak kepada pembangkang - Pakatan Rakyat, sebelum ini hampir semua pilihan raya kecil yang dianggap berat sebelah dimenangi oleh BN.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa berlaku lonjakan begitu tinggi kepada BN sebanyak 926 sehingga hampir melebih dua kali ganda dengan majoriti dicapai oleh Pas sebelum ini? Sekali lagi faktor utamanya ialah kerana ia pilihan raya kecil. Sebab-sebab lain ialah pilihan raya itu ditambah dengan satu lagi suasana yang tidak mudah untuk difahami dan akan dihuraikan kemudian nanti.

Faktor inilah membawa kemenangan kepada calon BN. Di sini saya akan senaraikan faktor membantu kepada kemenangan BN itu tanpa memberi ulasan dan sebab musabab mengenai apa yang berlaku pada pilihan raya itu yang sebenarnya. [Saya sepatutnya post posting ulasan beracun tengah malam tadi, tetapi ditangguhkan]. Marilah kita berbahas secara berfakta yang nampak dan mudah difahanmi dulu bagi mengelak saya prejudis dan mahu mengkhianati sesiapa!

1. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan ini boleh disifatkan kemenangan peribadi Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan untuk parti Tengku Razaleigh. Justeru Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangan ini. Seperti mana kata Mustapa Mohamed mulanya mereka beranggapan keadaan 50 - 50 dan kemenangan itu mengejutkannya. Mustapa tidak tahu apa yang ada di sebalik tabir mengenai pilihan raya ini. Kalau bukan Tengku Razaleigh terlibat sebagai pengarah, besar kemungkinan Pas dapat mengekalkan kerusi berkenaan. Jadi penumpangan (penswastaan) kerusi berkenaan oleh BN kepada Tengku Razaleigh adalah tepat dan membawa kejayaan besar.

2. Peningkatan peratus pengundian. Peningkatan peratus pengundian sebanyak 2.11% ini memberi kelebihan kepada calon BN. Peningkatan ini membawa kepada pertambahan pengundi keluar mengundi sebanyak 9,590 berbanding dengan keluar mengundi tahun 2008 hanya 8,323 ianya meningkat sebanyak 1,265. Pertambahan ini adalah dari kalangan pengundi muda atau mereka yang pertama kali mengundi.

3. Kesungguh berpilihan raya. Awal-awal lagi Pas sudah melakukan beberapa kesilapan dalam pilihan raya. Perkara paling utama ialah apabila meneruskan kerja mengarah pilihan raya kepada mereka yang sudah menopause. Stail pengarahan lama zaman tahun 60-an atau 70-an tidak sesuai lagi. Paling ketara dalam pilihan raya kali ini tidak ada mana-mana pihak menyediakan blog khas pilihan raya kecil itu seperti biasa. Kealpaan ini disebabkan ketumpulan minda mereka yang menguasai bilik gerakan.

Saya awal-awal lagi telah mencadangkan supaya Pas melantik Husam Musa bersama Takiyuddin Hassan untuk mengendalikan pilihan raya berkenaan. Husam mengatur strategi Takiyuddin pula menyediakan logistik dari luar. Sentuhan mereka mungkin berbisa dan dapat membawa perubahan dalam stail dan juga bentuk-bentuk kempen. Mereka dapat membaca perkembangan dan selera kontemporari pengundi terutamanya di kalangan anak-anak muda. Selain itu perlantikan mereka boleh melatih mereka untuk mengambil tugas berat itu di masa akan datang.

Kelesuan kempen dan serangan kepada BN kali ini juga amat ketara sekali. Poster yang dapat dilihat selalu menggila dalam pilihan raya terjadi sebaliknya di Gua Musang. Nampaknya permintaan dan harapan tengku Razaleigh agar Pas tidak menyerangnya benar-benar dilaksanakan. Apakah ada persefahaman di antara tengku Razaleigh dengan orang tertentu di dalam Pas? Jika diperhatikan kepada kenyataan Razaleigh dalam menerima kemenangan itu di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Pas, semacam ada ikrar kecil antara beliau dengan Pas?

Selain dari itu beberapa kenyataan ataupun pendekatan diambil atau dikeluarkan Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman yang disokong kuat oleh penasihatnya Wan Abdul Rahim Abdullah dan digerakan oleh Pengarah operasinya Abdul Fatah Haron memberi imej buruk kepada Pas dalam pilihan raya itu. Misalnya tawaran untuk membayar RM250 kepada pengundi luar secara terbuka sangat menjatuhkan moral Pas.

Barangkali tidak salah kalau dikatakan kekalahan teruk Pas itu perlu dipikul oleh Tiga Abdul yang cuba menguak balik dalam politik Kelantan dan mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam pilihan raya. Mereka harus memikul segala malu dan aib Pas itu untuk dibuang ke laut dan kalau perlu mereka boleh terjun bersama tongkolan malu dan aib itu ke dalam laut.

Nantilah ulasan selanjutnya sebelum saya mengeposkan ulasan beracun yang ditangguhkan itu! [wm.kl. 8:00 am 05/11/10]

MOHD SAYUTI OMAR,
msomelayu.blogspot.com
KEPUTUSAN RASMI PRK GALAS DAN BATU SAPI

Keputusan muktamad: BN 5,324 Pas 4,143 Majoriti 1,190. Undi Rosak 132 Peratus keluar mengundi 83%.

Keputusan tidak rasmi BN menang dengan majoriti lebih 1,000 undi di Galas. Kemenangan ini menyeronokkan Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan ini juga dikira ganjil dan pelik serta diluar perkiraan ahli Pas bawahan.

Bagaimana pun saya percaya kelalahan ini sudah pun dibaca oleh sesetengah pemimpin Pas sejak awal-awal lagi.

Saya akan menyediakan ulasan khas atas kekalahan Pas dan kemenangan BN - Tengku Razaleigh ini. Tunggulah menjelang tengah malam nanti. InsyaAllah.

Keputusan rasmi pilihan raya Batu Sapi.

Calon BN, Linda Tsen Tau 9,769
Calon SAPP Yong Teck Lee 2,031
Calon PKR Anshari Abdullah 3,414
Majoriti: 6,359.