ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

Thursday, March 18, 2010

GELAGAT PELAKU-PELAKU POLITIK MALAYSIA KINI

Jika kita memerhati gelagat ahli-ahli politik kita, khasnya pasti pemerintah, berbagai isu dan lakonan dimainkan ibarat wayang kulit oleh pelaku-pelaku politik yang lebih berdasarkan kepada kepentingan diri dari kepentingan negara. Kecintaan kepada negara bangsa dan agama adalah perkara paling akhir diberikan pertimbangan. Apa yang penting adalah kuasa mesti dipertahankan, agar tidak jatuh ke tangan pembangkang khususnya dalam pilihanraya ke 13 nanti.

2. Pilihanraya ke 13 dijangka diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2013. Hanya ada dua tahu lebih sahaja lagi. Jangkamasa yang relatif pendek ini membuatkan pelaku-pelaku politik yang memegang tampuk kuasa berusaha mempertahankan kuasa dengan berbagai cara supaya tidak terlepas dari genggaman.

3.SPRM- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang bertujuan untuk menambah-baikan pencegahan rasuah, sudah disalahgunakan dan dihalakan kepada ahli-ahli politik pembangkang. Ahli-ahli Parlimen Pembangkang diugut, terutama jika ada sedikit kesalahan yang boleh dikaitkan dengan rasuah, di mana khirnya ada yang tewas langsung meninggalkan kerusi pembangkang dan menjadi wakil bebas di Parlimen.

4.PDRM-Polis Diraja Malaysia, yang imejnya cuba dipulihkan oleh PM terdahulu, kini digunakan untuk mempertahankan kuasa pemerintah, menangkap orang yang tidak bersalah serta memenjarakannya, memalsukan fakta seperti dalam kes DS Anwar dan sebagainya. PDRM tidak lagi berfungsi untuk membenteras jenayah, sebaliknya mereka membenteras penentang-penentang kerajaan dan mereka yang tidak sehaluan dengannya.

5. Jabatan Kehakiman juga kini menerima kritikan yang tidak kurang hebatnya, khasnya dalam mengendalikan kes liwat DS Anwar. Jabatan Kehakiman yang sudah kehilangan fungsi sejak zaman Mahathir, terus tidak berwibawa sehingga kini dengan pengadilan yang berat sebelah, memalsukan fakta dan sebagainya yang membuatkan rakyat marhaen tidak legi menghormati jabatan itu, akibat diperkosa oleh pelaku-pelaku politik.

6. Demikianlah sedikit sebanyak kekalutan ahli-ahli politik Malaysia khasnya dari kalangan pemerintah akibat takut kehilangan kuasa dan takut terbongkar rahsia masing-masing yang penuh dengan skandal, penipuan, penyalahgunaan wang kerajaan seperti kes royalti minyak Kelantan dan sebagainya. Sampai bilakah kita harus menerima pemerintahan dari ahli-ahli politik sebegini? Sampai bilakah kita ditipu dan tertipu dengan mass media yang diputar belit oleh mereka dengan dengan membayar upah sewajarnya kepada editor-editor yang sudah hilang harga diri, yang sanggup menggadaikan kebenaran dan kepentingan bangsa dan negara, juga kepentingan agama demi untuk mempertahankan ketua-ketua mereka? Rakyat negara ini harus menyedari hal ini, dan melakukan perubahan total dalam pilihanraya akan datang jika inginkan negara dan bangsa serta agama dan cucu cicit mereka selamat di bumi jantung pisang ini. Tidak ada gunanya ijazah berjela, pintar berbagai ilmu, namun tunduk kepada kebatilan.

Di manakah kita kalian?


AlKundangi,
18.3.2010.
http://alkundangi.blogspot.com