ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Monday, January 11, 2010

Kemaskini Blog dan Peristiwa Semasa

Assalamualaikum wbkt,

Para pengunjung sekelian, terima kasih atas sokongan kalian. Namun akhir-akhir ini saya tidak dapat mengemaskini blog ini secara tetap seperti dulu.Kesihatan saya agak kurang baik. Saya mungkin mengalami slipped disc,namun keputusan XRay masih belum didapati,mungkin sehari dua lagi.

Di awal tahun ini banyak perkara yang terjadi di negara kita seperti yang tuan puan baca di akhbar, dengan di media elektronik, atau media baru- blog dan laman web.

1.Ada kes penggunaan nama Allah. Penggunaan nama Allah adalah sah dikalangan agama-agama samawi, iaitu kristian,nasrani,yahudi dan Islam. Namun agama-agama selain Islam sudah dibatalkan kerana Islam melengkapkan semua agama tadi. Dengan demikian penggunaan nama Allah mungkin disalahguna, seperti untuk menarik penganut baru dan sebagainya. Sebaiknya biarlah Islam sahaja yang menggunakannya.

2.Berita hari ini memaparkan empat buah gereja dilontar dengan molotov coctail, hingga menyebabkan ada yang terbakar. Perbuatan ini semacam suatu provokasi. Berhati-hatilah kita agar ISA tidak digunakan untuk mententeramkan keadaan. Di saat UMNO-BN hampir kehilangan kepercayaan rakyat, akta itu mungkin digunakan untuk kembali mengukuhkan kuasa. Ini adalah taktik lama yang digunakan sejak lama oleh UMNO-BN.

3.Lebih memeranjatkan, 2 enjin jet pejuang F5E hilang dan dilaporkan dijual di luar negara dengan harga 100 juta. Yang ditangkap cuma berpangkat sarjan dan kontraktor terbabit. Beranikah sarjan menjual enjin jet pejuang dengan 50 juta sebuah? Pelik tetapi benar. Inilah hakikat politik Malaysia di bawah UMNO-BN.

4. Perkembangan politik ini khasnya UMNO-BN menjadi semakin bercelaru. Kerajaan kini nampak semakin lemah dan mula ditolak rakyat. Pakatan Rakyat terus mendapat tempat. Tua Guru Nik Aziz terus mendapat sanjungan. Begitu juga dengan TG Abdul Hadi. Kedua-duanya mendapat dukungan rakyat. Ini membuktikan ulama bukan sahaja tukang baca doa seperti fahaman suatu masa dulu. Kepimpinan ulama sudah mula diterima di negara ini oleh semua kaum termasuk yang bukan Islam.


5. Seorang penulis, menulis buku dengan menyebutkan Mahathir telah membazirkan 100billion sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Ramai yang mencadangkan satu surhanjaya dibentuk untuk menyiasat perkara ini. Namun pemimpin-pemimpin UMNO-BN nampak tidak bersetju dengan siasatan itu, barangkali ibarat membuka pekung di dada. Apa pun, seorang penulis tidak akan menulis sesuatu kecuali ada sumber yang sah. Ini adalah kerja-kerja penulisan yang ikhlas, bukan memutar belitkan keadaan. Tetapi penulis upahan memang begitu. Menyelewengkan fakta. Sebab itu Tuhan menyebut " jika ada orang munafik membawa berita kepadamu maka hendaklah disiasat terlebih dahulu, tidan boleh menerima membuta tuli sahaja. Ke manakah wang itu dibazirkan? Inilah tugas Suruhanjaya itu. Sebab itu surhanjaya itu mesti dibentuk.

6. Amerika pula terus cuba menguasai Afghanistan, dengan menghantar 10,000 tentera tambahan. Namun Allah lebih berkuasa. Insya'allah Afghasnitan tidak akan dapat dikalahkan. Selagi azan bergema, umat Islam pasti menuju kemenangan. Menang atau mati syahid, hanya dua pilihan dalam Islam. Kedua-duanya adalah menang.


Sekian dulu, moga bertemu di lain masa.
Terima kasih dan salam untuk semua, doakan saya semoga cepat sembuh.

AlKundangi,
11.1.2010.