ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

Saturday, August 28, 2010

Masih terlalu awal buat keputusan: Izzah


SHAH ALAM - Masih terlalu awal buat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengumumkan sama ada beliau akan bertanding mana-mana jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan parti itu Oktober depan.

Anak sulung Penasihat PKR itu berkata, baginya bukan jawatan diperlukan dalam membantu parti, sebaliknya kerjasama kekeluargaan lebih diutamakan.

"Buat masa ini, saya akan menggunakan ruang yang ada iaitu sebagai Ahli Parlimen dalam memberikan tumpuan dan komitmen parti.

"Jika ada yang mencalonkan, saya menyerahkan kepada ahli, mereka yang tentukan saya layak dicalonkan atau tidak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kini beliau lebih selesa menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen dan banyak perkara yang perlu diselesaikan di kalangan masyarakatnya memandangkan bulan Ramadan.

Ketika ditanya adakah beliau akan merebut Ketua Cabang Lembah Pantai, Nurul Izzah berkata, walau bukan ketua, beliau sentiasa bersama masyarakat kerana tugas ahli parlimen sememangnya menghendaki beliau berbuat demikian.

Pemilihan PKR dijangka dibuat penghujung Oktober depan dan menyaksikan pertandingan sengit jawatan tertinggi parti termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

www.sinarharian.com.my
27.8.2010
Muslihat politik UMNO

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) sedar wujud muslihat politik pimpinan UMNO - Barisan Nasional (BN) yang menggunakan sentimen perkauman sempit dan agama bertujuan memecah belahkan keharmonian masyarakat.

Pimpinan Tertinggi PR dalam satu kenyataan bersama semalam berkata, strategi itu digunakan memandangkan UMNO-BN kini dalam keadaan tersedak untuk meneruskan kelangsungan kuasa.

"Berdepan serangan bertali arus, PR tetap beriltizam melaksanakan perubahan demi memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat diperteguh.

"PR juga bertekad menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berteraskan prinsip memelihara kepentingan bersama. Perpaduan negara mesti mencerminkan kesepakatan, persefahaman serta muafakat antara kaum, budaya dan agama," kata kenyataan bersama Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kenyataan sama menyebut, PR akan bersatu melawan politik perkauman sempit dan merasa bertanggungjawab menyuburkan politik baru yang lebih matang dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

"Kita akui terdapat perbezaan di antara komponen PR namun ianya diselesaikan menerusi perbincangan dan bersikap terbuka. Ia berbeza jika dibandingkan dengan politik dalaman BN yang mana komponennya sering bertelagah dan bersikap menyembunyikan segala permasalahan," kata kenyataan itu.

Tiga pimpinan tertinggi PR itu berkata, serangan terhadap pembangkang juga adalah untuk menutup kegagalan UMNO-BN menguruskan khazanah negara seperti skandal saham Bumiputera bernilai RM52 bilion yang didakwa hilang.

"Kita menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kehilangan hak rakyat itu," kata mereka.

Pada 29 Mac lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta penjelasan di Dewan Rakyat mengenai RM52 bilion saham bumiputera yang dilaporkan ‘hilang’ daripada tangan bumiputera di Bursa Kuala Lumpur.

Permohonan penjelasan itu dibuat berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan oleh Bernama yang bertarikh 30 Jun 2009.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui terdapat perbezaan ketara antara RM54 bilion saham bumiputera yang diperuntukkan berbanding dengan jumlah sebenarnya yang masih dimiliki mereka.

Dalam laporan itu Najib dipetik sebagai berkata, “Daripada RM54 billion saham yang diperuntukkan, hanya tinggal RM2 bilion yang masih dipegang oleh Bumiputera.”


www.sinarharian.com.my
27.8.2010
SEORANG LAGI TEMAN BUAT HARUSSANI ?
BUTAKAH MATA JAMIL KHIR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL Khir seorang menteri yang menjaga agama, dilantik melalui jawatan Senator di dalam kabinet Najib menyebut betapa berdosanya seseorang yang memburukkan nama negara sendiri. Kenyataan beliau adalah berhubung dengan wawancara Nurul Izzah Anwar di Indonesia yang menceritakan darihal apa yang tidak betul di dalam pentadbiran Najib menguruskan negara. Jamil Khir berkata, jika niat untuk menimbulkan kekacauan maka hukumnya berdosa.

Persoalannya, di mana kisah buruk yang boleh menimbulkan kekacauan yang disebut oleh Nurul Izzah itu? Jika tiada, maka tentulah hukumnya tidak berdosa. Apa yang penting, Jamil Khir mesti membuktikan Nurul Izzah mempunyai niat untuk menimbulkan kekacauan. Sudah semestinya niat itu Allah jua yang tahu.

Jika berniat sahaja untuk menimbulkan kekacauan itu berdosa, apa pula hukumnya membuat kekacauan? Tentulah terang lagi hukumnya berdosa. Jamil Khir sedar atau tidak, berapa banyak yang telah Umno lakukan yang telah menimbulkan kekacauan? Itu bukan niat lagi, malah telah pun berlaku. Isu perkauman yang dimainkan oleh Umno selama ini boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Fitnah ke atas PAS yang dikatakan sebuah parti ajaran sesat itu boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Akta zalim ISA yang terang-terang melanggar hukum Islam itu boleh menimbulkan kekacauan atau tidak? Amalan media yang sering menimbulkan isu berbentuk fitnah dan provokasi terhadap parti pembangkang boleh menimbulkan kekacauan atau tidak?

Terlalu banyak untuk kita bentangkan betapa Umno yang menjadi tunjang kerajaan sekarang telah menimbulkan kekacauan. Apabila fitnah yang telah dilakukan ke atas DS Anwar semenjak kes liwat pertamanya dahulu hingga kes yang sama untuk kali kedua, tidakkah menyebabkan kekacauan? Malah, isu ini lah yang menjadi kekacauan yang amat besar di dalam negara sehingga sekarang.

Jamil Khir tidak pernah mahu menyebut pemimpin di dalam Umno itu berdosa apabila melakukan kekacauan-kekacauan seperti yang dinyatakan tadi. Mengapa beliau mempertikaikan niat Nurul Izzah? Niat yang berada di dalam hati Nurul Izzah dijadikan modal besar Jamil Khir sedangkan yang terang-terang terjadi sejak turun temurun tidak dipedulikannya. Ikhlaskah Jamil Khir? Jika Jamil Khir sememangnya bersungguh tidak suka kepada orang yang melakukan kekacauan, sepatutnya Jamil Khir tidak berada di dalam Umno. Mungkinkah mata Jamil Khir menjadi `buta' selepas mendapat habuan di dunia ini?

Sebenarnya Jamil Khir semenjak berada di dalam ATM sewaktu memegang jawatan tinggi di dalam Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah gagal membentuk warga tentera yang cinta kepada Islam. Pengembangan Islam di dalam ketenteraan sewaktu era beliau tidak dapat dilihat. Tentera kita tidak disemaikan dengan semangat juang dan jihad berlandaskan agama. Maka tidak hairan jika kita melihat terlalu banyak kes salah laku dan moral melanda warga tentera kita.

wfauzdin.blogspot.com
27.8.2010
ISLAM: AMBIL SELURUHNYA ATAU TINGGALKAN SEMUA SEKALI

Setiap sistem mempunyai falsafah dan gagasannya tentang kehidupan. Setiap sistem mempunyai masalah-masalah yang timbul dari penerapannya dan mempunyai persoalan-persoalan yang sesuai dengan watak dan pengaruhnya di alam nyata. Demikian pula setiap sistem mempunyai penyelesaian-penyelesaian untuk menghadapi persoalan dan masalah yang timbul dari watak dan metodnya. Jadi tidak logik dan juga tidak adil, kalau dari sistem tertentu diminta penyelesaian dari masalah-masalah yang tidak ditimbulkannya sendiri, tetapi ditimbulkan oleh satu sistem lain yang berbeza watak dan metodnya dari sistem itu.

Logika yang rasional akan berpendapat: siapa yang bermaksug meminta pendapat dari suatu sistem tertentu dalam menyelesaikan masalah-masalah kehidupan, maka sistem ini harus dilaksanakan terlebih dahulu dalam kehidupan. Setelah itu baru dilihat apakah masalah-masalah itu masih ada atau menghilang, atau berubah bentuk dan unsurnya. Hanya di saat inilah kita mungkin meminta pendapat dari sistem ini, mengenai permasalahan-permasalahan yang timbul sewaktu pelaksanaannya.

Islam adalah suatu sistem kemasyarakatan yang lengkap, yang segi-seginya saling berjalinan dan saling menyokong. Sistem ini berbeza wataknya dan gagasan-gagasannya tentang kehidupan dan cara-cara pelaksanaannya dari sistem Barat misalnya, dari sistem yang kita pakai sekarang ini. Perbezaan ini bersifat pokok dan menyeluruh. Sudah pasti sistem Islam itu tidak ikut serta dalam menimbulkan persoalan-persoalan yang terdapat dalam masalah sekarang ini. Persoalan-persoalan itu timbul dari watak dari sistem-sistem yang dilaksanakan dalam masyarakat kini dan timbul kerana dijauhkannya Islam dari segenap segi kehidupan.

Tetapi setelah itu, Islam kerapkali ditanya atau diminta pendapatnya mengenai permasalahan yang berbangkit. Islam diminta untuk mengemukakan penyelesaiannya. Ia diminta untuk mengeluarkan pendapat tentang masalah yang tidak ditimbulkannya, dan ia tidak ikut serta menimbulkannya. Hairan sekali kenapa Islam diminta pendapatnya dalam suatu negara di mana sistem Islam itu tidak dilaksanakan seperti masalah-masalah wanita di Parlimen, wanita dan pekerjaan, wanita dan pergaulan bebas, masalah seks para pemuda dan lain-lain. Orang-orang meminta agar Islam mengeluarkan pendapat dalam masalah ini adalah orang-orang yang tidak suka kalau Islam itu memerintah, malah mereka takut sekali untuk membayangkan saat-saat kalau-kalau pemerintahan Islam itu datang menguasai kehidupan.


Dan yang lebih aneh lagi, jawaban diberikan oleh ulama-ulama Islam, dan kesediaan untuk ikut serta dalam permasalahan serta perdebatan tentang hukum Islam, dalam perincian-perincian masalah seperti itu, membahas persoalan-persoalan sedemikian dalam suatu negara yang tidak diperintah oleh Islam dan sistem Islam tidak dilaksanakan. Apakah urusan Islam kini dengan masuknya wanita ke Parlimen? Apa ursan Islam dengan pemuda dan pemudi bergaul bebas atau tidak? Apaka urusan Islam mengenai wanita bekerja di luar rumah atau tidak? Apa hubungan Islam dengan persoalan-persoalan yang dipunyai oleh sistem-sistem lain yang dilaksanakan dalam masyarakat yang tidak percaya kepada Islam dan tidak suka kepada pemerintahan Islam?

Islam adalah suatu keseluruhan yang tidak dapat dipisah-pisahkan. Jadi Islam dapat diambil sebagai suatu keseluruhan dan dapat pula ditinggalkan sebagi suatu keseluruhan, tetapi jika ia diminta untuk mengeluarkan suatu pendapat dalam urusan yang kecil-kecil, tetapi sama sekali tidak diperhatikan masalah prinsip yang besar-besar yang menjadi dasar kehidupan masyarakat, maka masalah kecil itu tidak boleh diterima oleh umat Islam, jangankan dari golongan ulama untuk diselesaikan secara Islam.

Jawaban yang harus diberikan kepada setiap orang yang meminta pendapat tentang suatu persoalan perincian dan masalah-masalah yang terdapat pada masyarakat-masyarakat yang tidak percaya kepada agama Islam dan tidak mengakui hukum Islam adalah seperti berikut:

Pertamanya, jadikan Islam memerintah seluruh kehidupan. Kemudian setelah itu baru diminta pendapat Islam tentang persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Islam itu sendiri, bukan yang ditimbulkan oleh suatu sistem lain yang bertentangan dengan Islam.


Islam mendidik manusia dengan suatu pendidikan tertentu dan memerintah manusia dengan suatu hukum tertentu, mengatur masalah-masalah mereka atas dasar-dasar tertentu, menciptakan unsur-unsur kemsyarakatan, perekonomian dan perasaan tertentu Jadi pertama-tama:

Laksanakanlah Islam itu sebagai suatu keseluruhan, dalam sistem hukum dan pemerintahan, dalam dasar-dasar perundangan, dan dalam prinsip-prinsip pendidikan.Setelah itu baru kita dapat melihat apakah masalah-masalah yang tanyakan itu masih ada dalam masyarakat, atau menghilang dengan sendirinya. Tetapi sebelum hal ini dilakukan, apa hubungan Islam dengannya, dengan semua masalah yang tidak akan pernah dikenal oleh suatu masyarakar Islam yang sebenar?

Ciptakanlah masyarakat Islam yang diperintah oleh hukum Islam dan prinsip-prinsip Islam, didiklah pemuda dan pemudi dengan didikan Islam yang sesungguhnya, di rumah, di sekolah, dalam masyarakat, dan ciptakanlah jaminan-jaminan kehidupan yang telah ditentukan oleh Islam untuk semua orang, realisasikan keadilan Islam yang telah diwajibkannya untuk semua orang. Baru setelah itu kita bertanya kepada para wanita: apakah ia masih ingin untuk ikut serta ke Parlimen? Atau ia tidak merasa perlu lagi untuk turut serta di dalamnya kerana jaminan-jaminan yang ada telah cukup?

Tanyakan kepada wanita-wanita itu: Apakah ia masih ingin untuk keluar bekerja di pejabat-pejabat pemerintah? Ia tidak akan ingin bekerja, kerana keperluan hidupnya tidak memerlukannya lagi. Tanyakanlah kepadanya: apakah ia ingin bergaul bebas dengan laki-laki? Untuk menghias diri dan memperlihatkan bahagian-bahagian badan? Atau apakah pendidikannya di waktu itu memeliharanya dari naluri-naluri kebinatangan, dari hawa nafsu kebinatangan dan perasaannya akan menyerunya untuk bertindak dengan penuh tata kesopanan, kerana ia merasa malu kepada Allah?

Pada saat-saat tertentu ada orang-orang bertanya: apakah kita akan memotong ribuan tangan pencuri setiap tahun demi untuk melaksanakan hukum Allah? Orang-orang ini juga melakukan kesalahan yang sama. Sedangkan orang-orang yang menjawabnya dengan fiqh Islam telah melakukan dua kesalahan sekaligus:

Ribuan pencuri yang terdapat setiap tahun bukanlah akibat dari masyarakat Islam dan juga bukan dari sistem Islam. Ia adalah hasil dari suatu masyarakat lain yang telah mengusir Islam dari kehidupannya, dan telah melaksanakan suatu sistem kemasyarakatan lain yang tidak dikenal oleh Islam.Para pencuri iru adalah produk dari satu masyarakat yang mewujudkan orang-orang lapar dan miskin,tanpa mengemukakan penyelesaian dari masalah yang mereka hadapi, suatu masyarakat yang tidak menyediakan makanan yang cukup untuk jutaan orang, tidak mendidik jiwa kemanusiaan, dan tidak menghubungkan seluruh kehidupan dengan Allah dan juga tidak dengan syari’at Allah.


Sedangkan masyarakat Islam adalah satu masyarakat lain: satu masyarakat suatu masyarakat masyarakat di mana setiap individu dijamin rezekinya, baik yang bekerja atau yang mengganggur, baik yang kuat mahupun yang lemah, baik yang sihat mahupun yang sakit. Suatu masyarakat yang setiap tahunnya mengambil satu perduapuluh daripada modal, bukan dari keuntungan, untuk kepentingan perbendaharaan negara. Setelah itu diambil lagi, tanpa ikatan dan syarat, semua wang yang diperlukan oleh negara untuk memelihara masyarakat dari penyakit atau menjamin kesihatan.

Jadi laksanakanlah sistem itu terlebih dahulu. Setelah itu baru dilihat berapa orangkah lagi yang memerlukan pertolongan. Berapa ramaikah lagi pencuri yang melakukan pencurian, sedangkan perutnya dipenuhi oleh makanan dan hatinya dipenuhi keimanan.

Demikian pula ada yang bertanya kepada kita tentang masalah seks di kalangan pemuda, jikalau mereka mengikuti ajaran-ajaran Islam.Orang-orang ini melihat kehidupan para pemuda yang hidup dalam suatu masyarakat yang bukan Islam. Segala yang terdapat di sana merangsang naluri mereka. Segala yang terdapat di sana membangkitkan syahwat mereka. Lalu mereka meminta pendapat-pendapat Islam tentang masalah-masalah yang dihadapi itu?

Dalam masyarakat Islam tidak terdapat pemudi-pemudi yang berbaju separuh telanjang, wanita-wanita yang suka menggoda orang lain atau digoda, yang berkeliaran di setiap tempat, menyebarluaskan fitnah dan kekacauan, dan semuanya yang bersifat kesyaitanan. Dalam masyarakat Islam tidak terdapat gambar-gambar telanjang, filem-filem dan nyanyian-nyanyian cabul, seperti filem-filem dan nyanyian Abdul Wahab dan kuncu-kuncunya. Dalam masyarakat Islam tidak terdapat media yang menyiarkan gambar-gambar telanjang, kata-kata yang cabul dan lawak-lawak yang cabul yang dapat dijumpai disetiap tempat. Dalam masyarakat Islam tidak terdapat minuman keras, yang mendorong manusia membuat hal-hal yang kurang sopan, yang dapai memenuhi keinginan nafsu buas kesyaitanan. Akhirnya masyarakat Islam itu akan mempersiapkan pemuda untuk hidup bersuami-isteri dengan cepat, kerana perbendaharaan negara akan membantu orang-orang yang inginkan hidup yang lebih baik dalam sebuah rumah tangga.

Jadi kalau kita ingin mendapatkan gambaran pendapat Islam tentang masalah seksual di kalangan pemuda pemudi, pertama-tama laksanakanlah sistem Islam secara keseluruhan. Baru setelah itu dilihat, bukan sebelumnya, apakah para pemuda pemudi masih mempunyai masalah dalam hal seks atau tidak.

Saya menganggap semua persoalan yang diajukan kepada Islam mengenai suatu persoalan yang tidak ditimbulkan oleh sistem Islam, pada waktu itu Islam diusir dari segala bidang kehidupan, saya menganggap semuanya ini mempermain-mainkan Islam dan memperolok-olokkan Islam. Dan saya juga berpendapat bahawa jawaban yang diberikan kepada pertanyaan-pertanyaan seperti itu sama dengan ikut serta memperolok-olokkan Islam yang dilakukan oleh para ahli yang memberikan fatwa.

Orang-orang yang berteriak-berteriak sekarang ini, agar wanita diberi hak untuk memilih dan dipilih, atas nama Islam, atau memanjangkan bajunya atau lengan bajunya atas nama Islam, maka saya minta maaf kalau saya katakan, walaupun saya amat memuliakan maksud baik dari orang-orang yang menyatakannya: mereka itu telah menjadikan Islam objek olok-olok dan sesuatu yang ditertawakan, kerana mereka membatasi semua perincian-perincian kecil seperti ini.

Semua potensi mereka harus diarah kepada pelaksanaan sistem Islam dan hukum Islam dalam segala segi kehidupan. Mereka seharusnya menuntut agar sistem Islam itu menguasai sistem masyarakat dan undang-undang internasional. Pendidikan Islam itu harus menguasai sekolah-sekolah, rumah tangga dan masyarakat. Islam harus diambil sebagai sebagai suatu keseluruhan dan dibiarkan untuk melakukan kegiatannya di dalam kehidupan secara total. Inilah yang lebih sesuai demi kehormatan Islam dan kehormatan orang-orang yang menyeru kepada Islam.

Ini kalau mereka benar-benar ingin bersungguh dalam hal ini,kalau mereka benar-benar ikhlas dalam berdakwah. Tetapi kalau yang dimaksudkan adalah hanya untuk ribut-ribut dan menarik perhatian, dan dalam pada itu berada dalam keadaan aman, tidak memikul risiko sedikit pun, maka ini adalah persoalan lain, yang saya inginkan agar sekurang-kurangnya badan-badan dan kelompok-kelompok Islam tidak harus terlibat dengannya.


Assyahid Syed Qutb,
Disunting oleh AlKundangi
Dari kitab: Dirasatul Islamiyyah.
6.9.2009.
http://alkundangi.blogspot.com

Thursday, August 26, 2010

DOA UNTUK BUKAN MUSLIM


Oleh - Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Saya rasa amat wajar mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan Muslim yang ‘dikecohkan’ sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati S.S Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya ‘malu’) dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”. Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan ‘sejahtera’ itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut;

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun S.S Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh – bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.

Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia ‘Islam adalah agama yang rahmat’, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Ketika dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan – terutama di media-media kerajaan- “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi SAW –seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik Baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, Baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja. Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’. Tidakkah ‘salam sejahtera kepada bukan beragama Islam itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan?. Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam erti kata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabat Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabat berkenaan 100 ekor kambing. Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian daripada doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya): “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu, dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).

Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram, sama ada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim. Firman Allah: “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: “Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak-peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan Muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?

Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi SAW pernah berdoa: “Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi). Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya S.S Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apa pun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas daripada belenggu kepentingan mana-mana pihak.

Ini adalah pandangan saya.

sumber: Sinar Harian,26.8.2010.

Tuesday, August 24, 2010

SUARA SUMBANG NGO MELAYU DALAM KEKALUTAN UMNO-BN

Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan Persatuan NGO-NGO Melayu menggesa kerajaan BN agar menggunakan ISA bagi menangkap tanpa bicara Presiden MCA, Chua Soi Lek atas alasan mempertikaikan 30% ekuiti Melayu dalam DEB. Turut disarankan supaya ditahan di bawah ISA adalah para pemimpin pembangkang dan lain-lain yang tidak setuju dengan agihan itu. Walaupun DEB sudah ditukar kepada MEB, namun peruntukan 30% itu masih dikekalkan. Para pengamat dan penganalisa politik berpandangan bahawa usaha itu adalah satu usaha terdesak UMNO-BN yang kian terhimpit sekarang ini dan mungkin akan menerima kekalahan teruk jika sekiranya PRU ke 13 di adakan dalam waktu terdekat.

2. Kaedah yang digunakan mungkin sama seperti operasi lalang, di mana ketika itu UMNO berkeadaan lemah berhadapan dengan pembangkang. Kita dapat memahami keadaan ini dengan melihat kepada beberapa siri Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas PRU ke 12. Dalam sembilan PRK yang diadakan, UMNO-BN cuma memenangi dua kerusi, itu pun termasuk sebuah di Sarawak. Keadaan bertambah teruk bila para pemimpin UMNO-BN dilanda dengan pelbagai skandal dan salah guna kuasa serta rasuah yang tidak dapat ditutup dengan nyiru lagi. Ia samalah seperti bangkai gajah yang sudah begitu besar dan membarah di dalam pentadbiran kerajaan dan negara. Isu-isu seperti model Monggolia, Altantuya, pembelian Scorpene, pendedahan dan penyelewengan di FELDA, FELCRA, MAS, PKFZ dan sebagainya menambahbusukkan lagi kerajaan UMNO-BN. Mereka pun sedar akan hal ini, dan sebab itu mereka mencuba bersungguh-sungguh untuk mensabitkan kesalahan ke atas DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang sekaligus penasihat PKR dan bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat yang pertama supaya mereka dapat menghumbankan DS Anwar ke penjara dan mengurangkan ancaman dan pengaruh beliau dalam persada politik tanah air.

3. Namun apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh UMNO-BN ini sudah dapat dibaca seperti kata Ahmad Lutfi, Ketua Pengarang Harakah. Sayuti (pemilik Akhbar Siasah) pula meramalkan bahawa jika tidak BN hancur ISA akan digunakan menjelang PRU ke 13. Sebab itu bila ada suara-suara sumbang dari NGO-NGO Melayu itu, kita sudah dapat membaca apakah muslihat di sebalik itu dan ke manakah senapang mereka akan dihalakan.

4. Pihak Pakatan Rakyat haruslah berhati-hati sekarang ini supaya tidak terjebak dalam permainan kotor UMNO-BN ini. Asakan-asakan yang dihalakan kepada KM Pulau Pinang adalah antara usaha yang memerangkap Pakatan Rakyat. Sebab itu kita perlu berhati-hati jangan sampai terjebak ke dalam mana-mana akta yang boleh dipersalahkan oleh kerajaan UMNO-BN. Insyaallah kita akan menang pada PRU mendatang sekiranya kita lebih banyak bersabar menghadapi kerenah UMNO-BN yang sedang mabuk seolah-olah mereka dapat merasakan akan kehilangan kuasa tidak lama lagi. Rakyat marhaen yang semakin sedar telah diperbodohkan dan diperhambakan UMNO-BN sedia berdiri di belakang Pakatan Rakyat, sekiranya Pakatan Rakyat tetap teguh dengan prinsipnya dan tidak angkuh dan bodoh sombong sepertimana UMNO-BN.


AlKundangi,
24.8.2010
http://alkundangi.blogspot.com

Sunday, August 22, 2010


PROSES REVOLUSI ISLAM


Syarahan ini disampaikan oleh beliau di Universiti Islam
Aligarh, India,
pada 12hb. September, 1940M.)

Oleh:

Sayyid Abul A’la Al-Maududi


Saudara-saudara!

Dalam ceramah ini saya akan terangkan proses kemunculan Negara Islam sebagai satu natijah tabii(nature). Sekarang ini rangkai kata "Negara Islam" sudah tidak asing lagi dan banyak disebutsebut dan terlalu ingin dicapai, tetapi mereka tidak mengetahui cara untuk mewujudkannya hinggakan banyak kaedah-kaedah pelik disarankan di mana kesemuanya mustahil untuk tercapai sama seperti kegagalan kita untuk ke Amerika dengan motokar. Pemikiran yang berkecamuk itu disebabkan oleh politik dan sejarah yang menimbulkan satu ideal (keunggulan) yang boleh dinamakan sebagai
"Negara Islam". Tetapi belum ada lagi daya-usaha untuk mendefinisikan secara saintifik keadaan negara ini atau mempelajari proses evolusinya. Dalam keadaan ini, sangat mustahak diselidiki masalah ini secara saintifik.

EVOLUSI SEMULA JADI SISTEM NEGARA.

Dalam perjumpaan para cendekiawan ini, saya tidak akan mengambil masa yang panjang untuk menerangkan bahawa sesebuah negara (dalam bentuk apa sekalipun) tidak muncul secara artifisial;bukan seperti barang buatan yang disiapkan di suatu tempat dan dihantar ke tempat tertentu mengikut kehendak hati manusia. Tetapi ia adalah hasil sampingan asli permainan antara faktorfaktor,saikologi, kebudayaan akhlak dan sejarah yang sedia ujud di sesuatu tempat. Sebelum ia muncul dari tekanan-tekanan kejadian, sesuatu keperluan awal mesti dipenuhi, sesuatu daya tertentu tercipta dan sebahagian keperluan tabii dipuaskan.

Seperti dalam logik keputusan deduktif selalu diikuti dengan pengaturan dasar-dasar; dalam kimia sebatian didapati dari campuran dan tidak dapat disangkal lagi dalam sosiologi, sesebuah negara adalah hasil tabii keadaan-keadaan yang sudah wujud di dalam sesuatu masyarakat tertentu. Sekali lagi, sifat negara ditetapkan secara keseluruhannya oleh sifat keadaan-keadaan yang menyebabkan kelahiran dan penubuhannya. Juga tidak mungkin dasar-dasar itu cuma satu jenis sahaja dan susunan
mereka mungkin membawa keputusan yang berbeza. Unsur dalam bahan-bahan kimia mungkin sama tetapi bila dicampur kita akan dapati sebatian yang berlainan jenis; benih mempelam mungkin menjadi mangga; begitu juga kemungkinan keadaan-keadaan wujud menggalakkan perkembangan sesuatu jenis negara dan telatah interaksi bersama mereka mungkin juga sesuai bagi perkembangan negara yang serupa, tetapi selepas melalui beberapa peringkat evolusi, muncullah negara yang sangat berbeza dan operasi tenaga tertentu yang menghendakkan sesuatu bentuk negara akan melahirkan sebuah negara yang termasuk ke dalam kategori lain sama-sekali.Diharap janganlah memikirkan saya membawa doktrin determinisms di sini dan menyangkal kebebasan kehendak manusia.

Kemahuan dan tindak-tanduk orang-orang perseorangan dan masyarakat memainkan peranan yang amat penting dan tidak dapat disangkal lagi di dalam menentukan aliran sesuatu negara. Bagaimana bentuk sistem yang dikehendaki untuk menciptanya? Oleh yang demikian mustahaklah diambil dan dipilih cara yang sesuai dengan corak dan semangat sistem pilihan, dan turutlah jalan aksi yang sesuai ke arah itu. Adalah mustahak bagi sesuatu bentuk pergerakan berkembang dan diserap oleh semangat yang sama; satu aliran watak penduduk terbanyak diacukan; akhlak masyarakat yang sama dikembangkan; buruh yang serupa dilatih dan kepimpinan yang serupa patut dilahirkan; dan tindakan
bersama yang berpaut kepada aliran sesuatu sistem negara yang diingini kelahirannya.

Apabila semua ini berjaya dikendalikan dan tenaga-tenaga yang diperlukan serta faktor-faktor yang sesuai, diteruskan operasi bagi suatu jangka masa yang cukup dan keputusan operasi itu, mereka telah melawan pengaruh-pengaruh luar yang bertentangan dengan semangat, justeru lahirlah, dari urutan peristiwa-peristiwa, sejenis aliran tenaga-tenaga yang kuat. Ini sama juga dengan anak benih yang telah cambah menyambung hidup dengan daya sendiri dan lepas itu akan membesar dan berbuah sesuai
dengan bentuk semulajadi. Jika anda timbangkan fakta ini, anda akan mendapatinya, bila sesuatu jenis aliran pergerakan, kepimpinan, watak terbanyak dan akhlak masyarakat telah muncul dengan bentuk yang sesuai dengan bentuk tetap sistem negara. Akan tetapi digembirakan harapan, lanjutan dari itu,satu sistem negara yang berbeza sama-sekali akan diciptakan. Ini cuma sesuatu keinginan yang dimimpikan.

NEGARA BERIDEOLOGI

Sekarang kita mesti timbangkan apakah bentuk negara yang dipanggil "Negara Islam". Bersangkutan dengan ini, saya akan tunjukkan tanda paling nyata negara Islam ialah kebebasan keseluruhannya dari apa bentuk dan pengaruh nasionalisme, secara langsung atau tidak langsung. Ia adalah sebuah negara yang didirikan dengan pengecualian prinsip-prinsip. Saya akan panggil negara ideologi. Sebuah negara yang mempunyai asas dan prinsip-prinsip moral tertentu dan bebas dari semua idea kebangsaan atau
ras telah dikenali dunia cuma sekali saja dan kebaikan-kebaikannya tidak dimuliakan hingga ke hari ini.

Dalam zaman purba manusia cuma mengetahui pemerintahan oleh keluarga atau kelas. Lepas itu mereka mengalami pemerintahan bercorak ras dan kebangsaan. Tetapi idea sebuah negara diselenggarakan atas prinsip-prinsip tertentu dan diperintah oleh sekumpulan orang yang terdiri dari berbilang kaum yang menerima prinsip-prinsip itu sebagai asas hidup mereka -sosial, ekonomi,politik- penerimaan prinsip-prinsip sebegitu: menjadi hak mutlak untuk dapat bersuara dalam pemerintahan, ini tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Kristian pun mengandungi satu pengamatan yang samar-samar tentang kebenaran ini tetapi ia tidak dapat menumbuhkan satu sistem
idea-idea yang cukup sebagai asas bagi penubuhan negara serupa itu.

Dalam revolusi Perancis, kita dapati sejenak idea penubuhan sebuah negara yang berasaskan prinsipprinsip,tetapi ia segera lenyap dalam kegelapan nasionalisme. Komunisma memang dengan giat mengajar hal ini dan telah cuba mendirikan sebuah negara dengan asas ini supaya dunia meminati percubaan-percubaan Rusia ini. Tetapi semangat liar nasionalisme telah menguasai negara Komunis dan mencucukkan racunnya hingga ke akar-akarya sekali. Dari dahulu hingga sekarang cuma sistem Islam saja di dunia ini, yang menyusun negara mengikut asas ideologi, yang bebas dari segala bentuk
nasionalisma dan mengundang manusia membentuk negara tidak berkebangsaan dengan menerima asas-asas ideologinya. Oleh kerana perkara ini baru dan dunia keliling sedang bergerak ke arah yang bertentangan, bukan sahaja orang-orang bukan Islam, tetapi orang orang Islam sendiri pun tidak dapat menyedari sepenuh implikasinya. Idea ini terkeluar langsung dari pencapaian orang orang Islam yang lahirnya Islam, tetapi mendapat pendidikan dan latihan-latihan Barat, yang mempunyai pandangan hidup dan sejarah yang dipinjamkan dari sejarah dan politik Barat. Akibatnya ternyata di
negara kita di mana orang-orang Islam lebih ramai dan merdeka, tetapi umat manusia jenis ini terus mengendalikan kerajaan. Mereka tidak nampak bentuk pemerintahan atau sistem negara yang lain kecuali pemerintahan nasional dan negara nasional. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan Islam dan tasawwur Islam terhadap masalah hidup dan tidak mempunyai konsep sebuah negara yang diasaskan dari kumpulan moral-moral tertentu dan prinsip kerohanian, bukan prinsip ras atau kebangsaan.

Di rantau ini terdapat juga orang-orang yang mendapat latihan-latihan mental yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan yang sama. Mereka inginkan sebuah negara Islam, tetapi oleh kerana latihan latihan mental yang ganjil dan berlatar-belakangkan sejarah politik Barat, mereka tidak mempunyai rancangan hidup yang lain selain dari kehidupan dan sejarah kebangsaan negara-negara di Eropah.Secara sedar atau tidak, mereka telah menjadi mangsa ideologi nasionalis; dan apa-apa rancangan yang
difikirkan semuanya bercorak nasionalisma. Mengikut mereka bentuk masalah yang menghadapi kita ialah: Orang-orang Islam adalah satu kumpulan "nasionalis" yang berasingan seperti Hindu, Inggeris dan Perancis dan mereka mempunyai kebebasan untuk tegak sendiri di bawah negara dan pemerintahan sendiri. Walau bagaimana sekalipun mereka memeras otak,. mereka tidak dapat memikirkan jalan lain bagi mencapai objektif ini kecuali sebagai sebuah negara, orang-orang Islam patut mengikut qaa'idah-da'idah dan strateji yang sama seperti kumpulan negara-negara nasionalis lain di dalam sejarah.

Dalam lain perkataan, unsur-unsur nasional mesti dipeterikan terlebih dahulu; semangat kebangsaan yang kuat mesti dicurahkan; mereka mesti dipimpin oleh pihak berkuasa pusat; mereka mesti merancangkan pengawal kebangsaan sendiri; mereka patut memiliki tentera kebangsaan; bila mereka sudah menjadi majoriti, mereka patut membentuk sebuah negara demokrasi atas dasar pemerintahan golongan majoriti; di mana mereka merupakan kaum minoriti, hak-hak asasi mereka sebagai kaum-kaum minoriti di negara-negara lain yang meminta perlindungan sedemikian rupa: dalam perkhidmatan, yayasan pendidikan dan badan-badan berkanun mereka diwakilkan dengan betul, wakil-wakil mereka mesti dipilih oleh mereka sendiri, dan mereka patut diberi bahagian di dalam kementerian-kementerian.

Demikianlah idea-idea dan qaidah-qaidah mereka. Jelas semuanya dipinjam dari konsep sistem negara Barat dan mereka yang mengambil cara dan strategi di atas bercakap dalam nada Barat, tentang resolusi pembentukan negara Islam . Mereka ini juga menggunakan istilah-istilah Islam seperti:
'Ummah', 'Agama', 'Sultan', dan tunduk kepada Sultan, yang mana maknanya dalam istilah-istilah Islam berbeza dari apa yang difikiran oleh mereka, apabila mereka menggunakan perkataan-perkataan tersebut. Bagi mereka bagaimanapun, perkataan-perkataan Islam ini seperti dengan istilah nasionalisma, dan nasib baik pula, perkataan-perkataan itu sedia ada dalam kesusteraan Islam dan sekarang dipergunakan secara bebas sebagai pakaian idea-idea bukan Islam dalam nada-nada yang diperolehi dari Barat.

Jika anda memahami corak sesebuah negara Islam yang berasaskan prinsip-prinsip kerohanian dan akhlak, dengan senang anda akan menyedari tentang sikap pemikiran dan tindakan serta rancangan kerja tersebut tidak dapat dijadikan tapak permulaan ke arah cita-cita negara berideologi. Kita tinggalkan soalan pengunaannya dalam peringkat akhir pergerakan itu. Juga idea-idea dan tindakan serupa itu kelihatan mudarat kepada perkembangan dan evolusi sesebuah negara yang akan diasaskan
di atas prinsip-prinsip bukan kebangsaan.

Asas awal negara berideologi ialah kita menolak semua soalan tentang kaum, klas dan bangsa dan melihat manusia sebagai makhluk berakhlaq dan kerohanian. Bukan bangsa yang kita perihalkan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mereka. Kita hadapkan kepada mereka prinsip-prinsip tertentu untuk tindakan dan satu kumpulan kepercayaan di mana mereka perolehi dan dapat mendakwa prinsip-prinsip itu meletakkan asas kebudayaan sejagat dan sistem negara-bukan-nasiona1 yang akan membimbing manusia ke arah keamanan sejati di di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menerima prinsip-ini berhak mendapat hak-hak yang sama di dalam menyelenggarakan sistem negara yang diserahkan ke atas mereka.

Bagaimana mungkin seseorang yang kebanyakan aktivitinya berbau nasionalisma datang ke depan dengan ideal Islam itu? Bagaimana mungkin dia meminta dari kemanusiaan dan sentimen moral manusia bila dia sendiri menodai kedudukannya dengan berkerjasama dengan kebaikan sesebuah negara atau sesuatu masyarakat? Adakah wajar bagi memohon dalam nama kemanusiaan dan kebajikan biasa manusia kepada orang-orang yang dikelabui oleh prasangka nasional dan berperang sama sendiri di atas nama nasionalisma dan negara kebangsaan, dan dalam nada yang sama menuntut kebebasan nasional dan kebebasan menentukan nasib orang-orang Islam kita? Adakah dapat diterima
aqal bahawa sesuatu pergerakan untuk menasihati orang dari pendakwaan mengadu ke mahkamah undang-undang?


KHALIFAH AL-RASYIDIN

Satu perkara terkemuka di dalam negara Islam iaitu konsep asas yang menjadikan dasar luar manifestasi ialah kedaulatan suci. Teori asasnya ialah dunia dan segala yang ada di dalamnya, dimiliki oleh Allah Yang Maha-Kuasa dan Dia saja mempunyai kedaulatan. Tidak ada orang perseorangan,famili, klas atau negara atau semua manusia boleh menuntut kedaulatan sedikit ataupun banyak. Allah sahaja mempunyai kuasa undang-undang dan rhemberi perintah.

Negara, mengikut Islam, tidak lebih dari kombinasi manusia berkejasama sebagai hamba Allah untuk menjalankan kehendakNya dan tujuanNya. Ini boleh berlaku dalam dua cara: sebahagian mereka patut menerima undang-undang negara dan perlembagaan asas secara terus dari Allah atau dia patut mengikuti bimbingan orang yang menerima undang-undang dan perlembagaan serupa itu. Dalam pejalanan negara, perserta-perserta terdiri dari mereka yang mempercayai undang-undang ini dan bersedia mengikutinya. Mereka akan berkerja dengan perasaan penuh tanggungjaawab secara orang perseorangan dan (Jamaah) kepada Allah, bukan kepada pengundi, raja atau diktator.

Mereka akan bergerak atas kepercayaan bahawa Allah mengetahui segala-galanya sama ada nyata atau terselindung; mereka tidak ada harapan melepaskan diri dari kekuasaanNya walaupun selepas mati.Tanggungjawab memerintah negara yang diamanahkan kepada manusia bukan untuk menguatkuasakan undang-undang mereka sendiri atau mengenakan kehendak mereka sendiri ke atas orang lain, memperhambakan mereka sendiri ke atas orang lain, memperhambakan mereka dari bangsa lain,memerintah mereka supaya tunduk dan memperhambakan diri, membolehkan mereka membina istana-istana besar dengan menindas rakyat yang lemah dan tertindas (mustadh'afin), pendeknya,
semata-mata untuk mengejar kemuliaan diri sendiri.

Di suatu pehak yang lain mereka yang mengemudikan negara patut mempunyai perasaan bahawa beban yang dipertanggunajawabkan ke atas mereka ialah, mereka patut menguatkuasakan undangundang Tuhan, patut merasa bahawa jika melakukan walaupun kesalahan yang kecil dalam mengikut dan menguatkuasakan undang-undang itu ataupun berkesalahan yang kecil seperti tamak sebesar biji padi, prasangka, tidak jujur sedikit saja, mereka akan disoal di hadapan Allah pada hari Hisab (Day of
Judgement), walaupun mereka terlepas dari seksaan di dunia.

Struktur besar kelakuan masyarakat dan aksi politik Islam yang diujudkan atas asas teori ini sangatlah berbeza dengan negara lama dari segi detail dan percabangannya. Di antara kedua bentuk kehidupan sosial dan politik tidak ada yang sama, sama ada dalam unsur-unsur yang menjadi kesatuan atau dalam semangat dan sikap yang merupakan dasar mereka. Sistem negara yang berasaskan kepercayaan kepada kedaulatan Allah dan perasaan tanggungjawab kepadaNya memerlukan sejenis tindakan secara jama'ah, atau perseorangan dan sikap mental yang tersendiri untuk menjamin kejayaannya. Tentera
Islam , polis Islam, mahkamah undang-undang Islam, sistem pendapatannya (revenue system), cukai,pemerintahan dan dasar luas, pimpinan mesa perang dan aman -- semuanya berbeza dengan'pemerintahan sekular.

Hakim biasa dan hakim besar dari mahkamah sekular tidak layak menjadi kerani atau peon dalam sistem kehakiman negara Islam itu. Seorang Inspektor-General polis dalam negara sekular tidak layak untuk menyandang sebagai polis biasa di sini; General dan Field Marshals tidak layak diambil sebagai askar biasa. Menteri luar negara sekular tidak layak untuk sebarang kerja di dalam sistem negara Islam,mereka pastilah tidak dapat dielakkan dari dipenjarakan atas kesalahan kerana dusta, menipu dan tidak amanah.

Pendeknya, semua orang yang telah dilatih untuk bertugas dalam negara sekular dan latihan moral dan jiwa yang dipadankan kepada semangat yang diserap dan segala aktiviti negara sekular adalah tidak layak untuk sebuah negara Islam, yang memerlukan manusia yang sangat berbeza sebagai rakyat,pemilih, penasihat, jawatan-kuasa, hakim-hakim, majistrit, ketua-ketua jabatan, panglima-panglima perang, duta-duta dan menteri-menteri -- secara ringkas, untuk semua lapangan masyarakat dan dalam jentera pemerintahannya.

Ia memerlukan manusia yang takut kepada Allah; bertanggungjawab kepada Allah; mementingkan akhirat dari dunia; memandang berat tentang ketinggian dan kerosakan akhlak lebih dari yang lain;mengikuti di dalam semua lapangan aliran tingkah-laku dan garisan untuk bertindak yang telah sedia dirumuskan; semua pejuangan`dan daya tenaganya diarahkan untuk mendapat keredaan Allah;mereka tidak dipengaruhi oleh motif nasional ataupun orang perseorangan; mereka bukan hamba bakhil dan kuat nafsu; mereka bebas dari berfikiran sempit dan prasangka; tidak boleh dibeli dengan
wang, wanita jelita dan kekuasaan; mereka tidak gila pangkat dan kekayaan; mereka mempunyai kekuatan peribadi yang dapat menolak semua godaan walaupun diletakkan semua isi bumi dan semua kekayaan dunia di bawah telunjuknya tanpa pemeriksaan orang lain; tidak tidur malam bila mereka diamanahkan pemerintahan negara untuk menghilangkan segala ketakutan penduduknya tentang nyawa, harta benda dan kehormatan mereka; mereka sekalian para (tentera mujahidin Islam ) yang menakluk sesebuah wilayah bukan Islam telah membuangkan segala kebimbangan rakyat yang ditakluki di atas harta, kehormatan dan kekejaman pemerintahannya.

Di pehak rakyat yang ditakluki pula, mereka mendapati suatu aliran bimbingan hidup dan keselamatan harta dan kehormatan yang diberi kepada kaum wanita dari tiap-tiap askar mujahidin Islam yang datang; nama mereka begitu harum dalam arena politik antarabangsa sehingga seluruh dunia boleh bergantung kepada mereka kerana kejujuran mereka, mencintai keadian, menurut prinsip-prinsip akhlak, dan memenuhi janji dan tanggungjawabnya.

Sesebuah Negara Islam cuma dapat dibentuk melalui orang-orang tersebut dan orang-orang yang berbudi pekerti demikian jua yang dapat melaksanakannya. Manusia-manusia yang memiliki mentaliti kebendaan dan utilitarian, yang selalu datang dengan prinsip-prinsip baru dengan penegasan kepada manfa'at perseorangan atau negara; tidak mempercayai A1lah dan Hari Kemudian; polisi mereka berputar di atas keuntungan dan kerugian dunia, adalah terlalu tidak sesuai untuk mengujud atau memerintah negara Islam tersebut dan menjadi ancaman kepada kestabilannya. Kemunculan mereka
dalam negara itu adalah sebagai suatu cabaran kepada prinsip-prinsip yang didakwanya.

QA'IDAH REVOLUSI ISLAM

Dengan berpandukan kepada gagasan negara Islam yang telah dibincangkan di atas, marilah kita pertimbangkan qa'idah untuk mewujudkannya. Seperti yang telah diterangkan pada permulaan lagi,keadaan ideologi, akhlak dan kebudayaan yang ujud dalam sesuatu masyarakat itu adalah menjadi ukuran bentuk negara yang sesuai kepada mereka.

Tidak mungkin sepohon pokok mempelam yang dari kecil hingga besar sebagai mempelam akan membuahkan mangga. Sesebuah negara Islam tidak akan wujud dengan tiba-tiba seperti mu'jizat (miracle); ia mesti dilahirkan melalui satu pergerakan permulaan yang berasaskan pandangan hidup,ideal, taraf akhlak, dan sifat-sifat serta semangat yang selaras dengan Islam. Pernimpin-pemimpin dan pekerja-pekerjanya mestilah dari orang-orang yang layak dari ukuran saikologi dan spiritual untuk dibentuk kepclda sifat tertentu.

Tanpa penat-lelah, mereka mesti membentuk sikap mental dan sikap semangat akhlak yang sama kepada rakyat dan di atas asas kecenderungan akhlak dan intelek yang dibentuk, mereka mesti membina satu sistem pendidikan untuk melatih dan menggemburkan rakyat jelata ke corak kehidupan Islam. Sistem ini akan mengeluarkan saintis-saintis Islam, ahli falsafah Islam , ahli sejarah Islam , ahli ekonomi dan pakar kewangan Islam, juri dan politikus Islam pendeknya, di setiap bidang mesti ada
orang-orang yang berideologi Isam dan telah betul-betul bersemangat, orang-orang yang
berkebolehan membina satu sistem yang lengkap berkenaan cita-cita dan kehidupan praktik yang diasaskan atas prinsip-prinsip Islam dan mempunyai cukup tenaga untuk menentang pemimpin pemimpin intelek dari golongan ahli-ahli fikir dan saintis-saintis yang tidak mempercayai Tuhan.

Dengan berlatar-belakangkan intelek, pergerakan itu mesti mengambil tempat menentang sistem yang salah di sekeliling kita di dalam dunia luas. Dalam perjuangan ini para penyuluh jalan mesti menunjukkan bukti kekuatan akhlaqnya dan kejujuran dengan menghadapi kecemasan, bahaya dan dengan mengorbankan harta dan nyawa. Mereka mesti melalui setiap dugaan dan muncul sebagai emas tulin yang setiap kali diuji tidak mengandungi bahan lain. Di masa perjuangan, mereka mesti menjadi tauladan baik dari kata-kata maupun perbuatan mengikut ideologi yang dituruti. Ia mesti ternyata kepada semua yang mendampinginya bahawa negara berideologi yang tidak pentingkan diri
sendiri, jujur, takut kepada Allah, menjamin dunia kepada keselamatan dan keamanan sejagat.

Menerusi perjuangan sedemikian, semua unsur-unsur dalam masyarakat yang belum mempunyai kebenaran dan keadilan akan tertarik kepada pergerakan itu. Pengaruh dari mereka yang rendah mentaliti dan melalui tipu-helah akan dihilangkan oleh pergerakan serupa ini. Satu revolusi mental akan melaungkan satu sistem negara serupa ini, hingga suatu masa tidak dapat ditukarkan lagi ke suatu sistem lain. Akhirnya akibat yang tidak dapat dielakkan dan secara natural, sistem negara serupa ini ditubuhkan mengikut asas dan lunas yang tersedia dan selepas sahaja sistem ini ditubuhkan,
jawatankuasa dari peringkat tinggi di setiap pangkal dan peringkat untuk menjalankan sistem pendidikan dan latihan yang saya telah sebutkan di atas.

Saudara-saudara,

Inilah qa’idah asli untuk melahirkan revolusi itu dan mengatur sistem negara yang dipanggil Revolusi Islam dan negara Islam. Saudara semua orang terpelajar dan sejarah revolusi dunia sudah saudara maklumi. Saudara insaf bahawa sesuatu revolusi tertentu berkehendakkan satu jenis pergerakan, satu jenis pemimpin dan pekeja, dan suasana akhlaqnya.

Revolusi Perancis maukan satu jenis moral dan asas mental yang disediakan oleh pemimpin pemimpin seperti Rousseau, Voltaire dan Montesqueu. Revolusi Russia dijayakan oleh idea-idea Marx, pimpinan Lenin dan Trotsky dan ribuan pekerja yang dijiwai dengan komunis. Nasional Sosialism Jerman dapat berakar di dalam moral, saikologikal dan kebudayaan yang telah dicipta oleh ahli-ahli teori seperti Hegel, Fichte, Goethe, Neizsche dan orang-orang lain termasuk Hitler. Begitu juga Revolusi Islam cuma boleh diujudkan apabila pergerakan beramai-ramai (Jama-a'ah) diusahakan
pembentukannya mengikut teori dan konsep al-Quran dan contoh tauladan Nabi Muhammad (s.a.w.) yang mana dengan perjuangan kuat, akan mengubah intelek, akhaq dan saikologikal dan asas kebudayaan masyarakatnya.

Adalah terkeluar dari fahaman saya bagaimana sesuatu pergerakan bersifat kebangsaan dan berlatarbelakangkan pendidikan tidak sempurna seperti terlazim di kalangan kita, yang berasaskan Utilitarian, tanpa nilai moral dan opportunis, boleh membawa ke arah Revolusi Islaun. Saya tidak percaya kepada miracle (mu'jizat) yang dipercayai oleh Mr. Reynand (seorang Perdana Menteri Perancis di masa perang menyatakan di dalam suatu siaran radio beberapa hari sebelum kekalahan Perancis di dalam perang dunia ke I melawan nazi German: "Bahawa miracle (mu'jizat) saja yang boleh menyelamatkan
Perancis dan saya percaya kepada miracle." ) bekas Perdana Menteri Perancis. Saya percaya cara yang digunakan untuk mendapat sesuatu kesimpulan akan memberi kesan kepada keputusan yang dilahirkan.

PEMIKIRAN LONGGAR (Loose Thingking)

Terdapat suatu pertelingkahan pendapat di kalangan kita, bahawa jika orang-orang Islam diselenggarakan secukupnya dan diperkembangkan perpaduan di antara mereka, itu adalah penawar bagi segala penyakit. Adalah difikirkan, untuk mencapai cita-cita negara Isam atau "Islam bebas dalam negara Isam bebas" hanya menerusi satu jalan sahaja iaitu dengan menyatukan semua orang perseorangan dari negara-negara Islam dan wujudkan satu organisasi pusat yang bertanggungjawab kepada pucuk pimpinan pusat.

Sesungguhnya qa'idah di atas adalah program nasionalis. Qa'idah ini digunakan oleh negara-negara yang ingin gagah dan berkuasa tidak kira sama ada ia negara'Arab atau India, German atau Halian.Seorang pemimpin yang berbakti kepada negara, yang menukar rancangan-rancangan dan strategistrateginya untuk kepentingan semasa dan mempunyai bakat pimpinan semula-jadi tidak kira dia itu Moonje atau Savarkar, Hitler atau Mussolini. Dan ratusan ribu rakyat yang bersatu dan tunduk kepada ketuanya untuk kepentingan ideal negaranya boleh menaikkan taraf negaranya, tidak kira sama
ada mereka percaya kepada ideal Cina atau Jepun.

Di zaman ini, jikalau sebuah negara Islam itu, telah Isam dari segi sejarah atau mempunyai ramai penganut-penganut Islamnya, kalau hendak menguatkannya kita boleh saja menggunakan qa'idah di atas. Orang-orang-Islam bolehlah megikuti jalan cita-cita kebangsaan yang lazim digunakan di Barat dan keputusannya tentulah akan terbentuk sebuah negara kita sendiri atau sekurang-kurangnya kita mendapat bahagian yang 'adil dalam pemerintahan negara kita. Tetapi qa'idah tersebut bukanlah
bercirikan Revolusi Islam atau pembentukan negara Islam tulin tetapi merupakan proses yang bertentangan yang akan membawa kita ke belakang.

Masyarakat yang kita kenali sebagai "masyarakat Islam" masa kini adalah campuran dari berbagai bangsa yang mempunyai kelakuan yang berbeza. Dari kaca-mata kelakuan akhlaqnya, anda akan lihat berbagai jenis kelakuan sama seperti yang anda lihat pada orang-orang bukan Islam. Jumlah orangorang Islam yang berbohong dalam mahkamah mungkin sama banyak dengan orang-orang yang bukan Islam. Begitu juga orang-orang Islam tidak ketinggalan di dalam rasuah, mencuri, berzina,berbohong dan lain-lain. Semua cara hidup yang digunakan oleh orang-orang bukan Islam telah digunakan oleh orang-orang Islam.

Seorang peguam Islam yang mengetahui bahawa pelanggannya bersalah, tidak mempunyai perasaantakut kepada Allah untuk menolong melepaskannya seperti peguam bukan Islam. Seorang aristokrat Islam bila berjumpa dengan kekayaan atau pegawai Islam dalam satu-satu jabatan akan berlagak seperti orang bukan Islam. Untuk menyatukan unsur-unsur sedemikian ke dalam satu organisasi dan mengajar mereka melalui latihan politik tentang kecerdikan dan kecurangan sang kancil atau latihan ketenteraan supaya berani seperti serigala, mungkin berjaya mendapatkan sebuah kerajaan rimba
(Kingdom of the jungle), tetapi saya tidak dapat memikirkan bagaimana mereka akan memperolehi kerajaan Alah dengan cara-cara serupa itu. Siapa akan mengakui ketinggian akhlak mereka? Siapa akan tertarik kepada Islam bila berdamping dengan mereka?

Dengan kepimpinan begitu dapatkah mereka mengulangi perubahan seperti yang tersebut di dalam Al-Qur'an: "Mereka akan masuk Islam beramai-ramai?" Di manakah kepimpinan ruhaniyah mereka akan diterima? Di rantau manakah orang-orang yang tertindas (mustad'afin) akan mengalu-galukan mereka sebagai penyelamat? Tugas memuliakan "Perkataan Allah" memerlukan sekumpulan manusia yang takut kepada Allah dan mengikuti undang-undang Allah tidak kira rugi atau untung dan tidak kira sama ada mereka datang dari masyarakat Islam atau tidak. Dua tiga orang seperti itu lebih baik
dari sekumpulan besar seperti yang saya sebutkan tadi. Islam ditegakkan bukan bertujuan untuk menukarkan wang tembaga dengan mohor emas. Sebelum melihat kepada rupa wang itu, Islam cuba mengkaji kalau-kalau ada emas dibawahnya. Satu dari wang emas itu lebih baik dari timbunan wang emas yang palsu.

Kepimpinan yang dikehendaki Allah untuk keagunganNya adalah jenis yang mengikut prinsip-prinsip Islam, tidak kira apa akan terjadi, walaupun orang-orang Islam akan musnah kerana kelaparan atau mati dibunuh. Kepimpinan yang mementingkan hanya masyarakatnya sahaja dan tidak mengikut prinsip-prinsip Islam yang menjamin keselamatan dunia; kepimpinan yang seperti ini tidak layak untuk menjunjung ideal Islam yang ditetapkan untuk penganutnya. Sistem pendidikan dan latihan yang menganjurkan kepada manusia supaya mengikut peredaran masa tidak dapat berkhidmat kepada agama yang menyuruh manusia melalui jalan yang ditetapkan oleh Allah walaupun dunia berada di berbagai jalan.

Saya pastikan bahawa kalau saudara diberi satu wilayah untuk diperintah secara Islam, saudara tidak akan dapat melaksanakannya walaupun untuk satu hari sahaja. Saudara belum membuat persediaan untuk melatih atau mengajar orangramai dengan jiwa akhlak dan sikap intelek yang diperlukan untuk mentadbirkan negara Islam seperti dalam polis, tentera, mahkamah, hasil dan memperkuatkan polisi kewangan, pendidikan dan dasar luar. Kursus yang diajar di Universiti-universiti dan maktab-maktab
sekarang akan mengeluarkan setiausaha-setiausaha dan menteri-menteri untuk negara bukan Islam.Tetapi tidak akan dapat mengeluarkan walaupun seorang peon di dalam mahkamah Islam atau seorang anggota konstabel di dalam polis Islam. Kelemahan ini bukan saja terdapat di dalam sistem pendidikan masa kini. Sistem pendidikan lama yang tidak mempercayai peredaran bumi pun tidak berguna dalam kaca-mata ini dan tidak dapat menyumbangkan kepada negara Islam walaupun seorang qadi, menteri kewangan atau pengarah pelajaran. Dengan persiapan yang lemah, penciptaan
sebuah negara Isam akan tinggal impian sahaja. Mereka-mereka yang bercakap dalam nada ini terlalu buta dalam konsep negara Islam yang sebenarnya.

Ada orang yang berpendapat bahawa bila saja terbentuk sebuah negara orang-orang Islam, walaupun tidak bercorak Islam, ianya akan dapat ditukar "beransur-ansur" kepada negara Islam melalui pendidikan, latihan dan reformasi akhlak. Tetapi mengikut sejarah, politik dan sosiologi perkara ini tidak pernah berlaku. Jika rancangan itu berjaya, saya akan anggapkan sebagai miracle. Seperti yang
saya telah terangkan, bentuk organisasi sesebuah negara mempunyai akar dalam kehidupan sosial.Selagi tidak ada perubahan dalam unsur sosial, selama itulah perubahan yang kekal secara artificial tidak akan berlaku di dalam mana-mana sistem pemerintahan.

Seorang Khalifah yang berkuasa seperti 'Umar ibn 'Abdul 'Aziz yang dibantu oleh orang-orang yang dilatih oleh sahabat-sahabat Rasilulah (s.a.w.) gagal untuk membuat reformasi ke atas pemerintahan Umaiyyah kerana masyarakat tidak bersedia untuk direformasikan. Orang-orang yang berkebolehan seperti Mubammad Tughluq dan Aurangzeb 'Alamgir tidak dapat menukar sistem pemerintahan.Bahkan Khalifah Makmur al-Rashid yang maukan sedikit perubahan dalam kerajaan Abbasiyah telah gagal. Ini berlaku di masa kekuasaan dan kekuatan orang-orang perseorangan dapat menjadi satu ideal.

Saya tidak dapat memahami bagaimana sesebuah negara yang diasaskan atas dasar demokrasi bolehmelalui proses dasar transformasi begitu. Di dalam nagara demokrasi, kekuasaan dipegang oleh orang yang dipilih oleh pengundi. Jika pengundi-pengundi tidak memiliki mentaliti Islam yang sebenar dan sikap akhlak yang dipelupuri Islam, jika mereka tidak dapat menerima taraf kejujuran dan kesucian akhlak secara Islam, dan jika mereka tidak dapat menerima keadilan dan prinsip-prinsip perjalanan
negara Islam, pengundi-pengundi tidak akan dapat mengundi orang-orang Islam yang sebenamya ke parlimen atau dewan negeri.


Dalam keadaan ini, kekuasaan akan jatuh ke tangan orang-orang yang "mengaku" dirinya Islam tetapi idea-idea dan tingkah lakunya tidak bercorak Islam. Jika kekuasaan berada di dalam tangan orangorang seperti ini, samalah seperti kita berada di bawah kekuasaan orang-orang yang bukan Islam. Kita mungkin berada di dalam keadaan yang lebih buruk dari itu, kerana negara yang berlebelkan Islam akan lebih berani lagi dari negara-negara bukan Islam di dalam melakukan penekanan ke atas Revolusi Islam. Negara Islam palsu itu akan menghukum bunuh pejuang-pejuang pada hal negara
Revolusi Islam yang tulin akan memenjarakan sahaja bagi kesalahan yang serupa.

Seperti biasa juga, pemimpin-pemimpin negara sekular akan didewa-dewakan semasa hidup danmenjadi keramat selepas mati, sebab mereka kebetulan dilahirkan dalam Islam. Jadi amatlah salah jika kita fikirkan negara serupa ini akan dapat menolong melahirkan Revolusi Islam. Soalnya sekarang ialah kita mesti mengubah (revolutionise) corak kehidupan masyarakat walaupun di dalam sebuah negara Islam dan walaupun tanpa pertolongan negara itu, mungkin kita terpaksa menempuh halangan
yang kuat dari negara Islam (sekular) itu. Mengapakah kita mesti menunggu sampai ada penentangan baru hendak memulakan Revolusi Islam? Mengapakah kita mesti menghabiskan masa dengan negara Islam sekular itu dan rugi tenaga kita untuk membangunkannya? Kita tahu bukan saja tidak berguna kepada kita tetapi akan menghalang perjalanan kita.


TEKNIK PERGERAKAN ISLAM

Saudara-saudara,

Sekarang saya akan terangkan secara ringkas sejarah bagaimana dasar masyarakat boleh diubah dan dibina semula untuk mengujudkan Revolusi Islam dan teknik yang khusus untuk digunakan supaya mendapat kejayaan.Sebenamya Islam adalah satu pergerakan untuk membina struktur masyarakat manusia di atas konsep kedaulatan Ketuhanan. Pergerakan ini mengikuti corak yang sedia ada dalam sejarah. Pemimpinpemimpin
mereka terdiri dari Orang-orang yang dipanggil Rasalullah (sa.w.). Jika kita mahu
memulakan pergerakan ini, kita terpaksa mengikuti qa'idah dan 'amali yang sama yang diikuti oleh pemimpin-pemimpin itu kerana tidak ada teknik yang lain yang lebih sesuai untuk pergerakan serupa ini. Tetapi kita akan menghadapi kesukaran yang amat besar apabila kita meniru jalan Rasulullah (s.a.w.). Kita cuma dapat sedikit sahaja pengetahuan tentang kerja-kerja dan qa'idah Rasul-Rasul yang terdahulu. Walaupun Al-Quran mengandungi kiasan kerja-kerja mereka tetapi ianya tidak memberi gambaran sepenuhnya. Kita juga mendapat tahu sebahagian kata-kata Nabi 'Isa ('a.s.) dalam kitab Injil, walaupun kurang pengesahan tetapi dapat juga memberi cahaya bagaimana pergerakan Islam dapat dilaksanakan pada peringkat permulaan dan apakah masalah yang pasti dihadapi. Tetapi Nabi 'lsa ('a.s.) sendiri tidak melalui peringkat akhir pergerakan itu, jadi kita tidak boleh mendapat apa-apa bimbingan darinya tentang peringkat akhir dan terakhir pergerakan Islam.

Dalam hal ini kita cuma boleh dapat bimbingan yang sempurna dan jelas dari Nabi Mubammad (s.a.w.). Kita mengambil bimbingannya bukan kerana pengaruh sentimental tetapi kerana tidak kedapatan punca yang lain untuk mendapat pengetahuan tentang setiap peringkat yang dilalui oleh pergerakan Islam. Di dalam sejarah pemimpin-pemimpin pergerakan Islam cuma Nabi Muhammad (s.a.w.) saja yang menggambarkan secara terperinci setiap peringkat dan aspek pergerakan Islam dari awal sebagai Rasul hingga ke akhir sebagai perangka dasar-luar dengan perlembagaan tetap satu polisi
luar dan dalam yang jelas dan organisasi sosial yang teliti. Dari sekarang saya akan terangkan teknik pergerakan ini.

Saudara telahpun maklum apabila Nabi kita Muhammad (s.a.w.) diperintahkan menyampaikan seruan Islam, terdapat problem-problem akhlak, kebudayaan, ekonomi dan politik yang mesti diselesaikan. Terdapat juga dua kuasa besar imperialis yang sentiasa berperang -- Romawi dan Farsi. Masyarakat 'Arabnya dan negara sekitarnya mengambil sistem klas dan selalu berperang. Eksploitasi ekonomi dan keruntuhan akhlak berada di kemuncaknya. Dalam negara Baginda telah sedia ada masalah-masalah rumit yang mesti diselesaikan oleh seorang pemimpin. Seluruh negara diseliputi oleh
buta-huruf, keruntuhan akhlak, kacau-bilau ekonomi dan permusuhan yang merbahaya.
Kawasan-kawasan disepanjang pinggir pantai 'Arabia, Yaman dan 'Iraq di bawah kekuasaan imperialis Farsi -- Majusi, penyembah api. Di Utara kekuasaan Romawi -- Kristian telah sampai ke sempadan Wilayah Hijaz. Di Hijaz juga kaum Kapitalis Yahudi telah menubuhkan pusat-pusat perniagaan yang besar dan telah menjerat orang-orang 'Arab dengan perjanjian perdagangan secara riba'. Di sebelah Barat terdapat kerajaan Kristian Abyssinia yang telah melanggar Makkah beberapa tahun terdahulu. Di Najran di antara Hijaz dengan Yaman terdapat satu golongan orang-orang Kristian yang mendapat bantuan dari kerajaan Kristian dan mempunyai hubungan ekonomi dan
politik dengannya.

Sungguhpun terdapat berbagai masalah tetapi Rasulullah (s.a.w.) tidak hairan dengan masalah dunia luar dan yang bersangkutan dengan bangsanya. Dia hanya menyeru bangsanya meninggalkan tuhan tuhan lain kecuali Alah dan hanya menurut perintah Allah sahaja. Ini kerana bukan Rasul Islam menganggap problem-problem itu tidak mustahak atau tidak patut mendapat perhatian yang serious.Anda telah sedia maklum bahawa dia telah memberi perhatian dan menyelesaikan problem-problem itu satu persatu. Sebab kenapa dan mengapa dia mengalih pandangan dari persoalan-persoalan
penting semasa dan memusatkan kepada seruan tunduk kepada Allah ialah (dari tasawwur
pergerakan Islam) kerana semua kejahatan dalam masyarakat manusia timbul dari keangkuhan manusia yang menganggap diri mereka bebas dan tidak bertanggungjawab dalam lain perkataan mereka mengaku sebagai "tuhan" atau mempercayai tuhan selain dari Allah sebagai pembimbing dan pemberi undang-undang, sama ada benda itu manusia atau makhluk lain.

Selagi gejala syaitan itu masih berakar, selama itulah teori Islam tidak akan berjaya menghapuskan penyakit sosial itu. Kecuali kesalahan konsep yang asas ini diperbetulkan dan manusia sedar kewajipannya kepada Pencipta. Penekanan ke atas kejahatan di suatu tempat akan timbul di tempat lain di dalam bentuk lain. Jadi untuk mereformasikan dan membersihkan jiwa masyarakat manusia dari kejahatan, jiwa manusia mesti dibersihkan dari idea kebebasan dan manusia mesti sedar bahawa
'alam yang kita duduki ini ada Penciptanya. Ia diperintah oleh Yang Maha Kuasa, kedaulatanNya tidak menurut kehendak nafsu manusia atau dipadamkan oleh kekuasaan manusia, juga tidak dapat keluar dari dunia ini dan mencari perlindungan di tempat lain. Memandangkan kepada faktor dan hakikat ini, anggapan manusia sebagai makhluk bebas, bebas mengikut kehendak dan ta'qulannya,adalah satu andaian yang jahil yang tidak dibantu oleh fakta-fakta dan akibatnya akan menimpa hidung orang itu sendiri. Tetapi adalah suatu hakikat dan kearifan menyuruh manusia menyembah Allah tanpa ada sebarang syarat, dan mengaku dirinya sebagai hamba kepada Pencipta -- yang
menjadi Tuan, Pemandu dan Pemberi undang-undang.

Amat wajar difahamkan kepada manusia bahawa di seluruh alam ini cuma terdapat satu kedaulatan,Tuan dan Pemerintah. Tidak seorang pun yang berhak memberi perintah sendiri atau ada perintah rasmi dari orang lain. Dengan itu, seorang itu tidak boleh menyetujui untuk menjadi alat kehendak orang lain selain dari Kehendak Allah. Tidak seorang pun di dunia ini layak dipanggil yang Teragung sebab semua Keagungan berada pada Allah. Tidak seorang pun yang boleh dipanggil Yang Suci kerana kesemua Kesucian berada padaNya. Tidak seorang boleh dipanggil Yang Mulia sebab Kemuliaan adalah hak Allah sahaja. Tidak ada yang layak dipanggil Yang Maha Kuasa Kerana semua Kekuasaan kepunyaan Allah. Tidak ada penggumbal undang-undang di sini atau pemberi undangundang
selain Allah. Tidak ada seorang pun yang boleh mendakwa mengawal dan mengatur hal
manusia, mentadbir keadilan sendiri, memakbulkan doa dan menolong semasa kesusahan kecuali Allah, yang mempunyai kunci kekuasaan dan tidak ada orang lain yang boleh mendakwa mempunyai keta'atan mutlak dan tanpa syarat dari manusia.


Semua manusia adalah hamba. Jadi kita mesti jangan ta'at kepada pemerintah yang tidak ta'at kepada Allah dan jangan berkerjasama dengan orang atau orang-orang yang bertindak bebas dari Kehendak dan Tujuan Allah. Ini adalah batu hampar bagi segala reformasi. Atas dasar ini sahaja keseluruhan struktur kelakuan perseorangan dan organisasi masyarakat boleh dirancangkan semula selepas meroboh struktur lama, dan semua problem manusia yang timbul akan dapat diselesaikan di masa depan dengan cara baru.

Nabi Mubammad (s.a.w.) secara langsung menyampaikan konsep fundamental kepada umatnya tanpa apa-apa persediaan awal atau tindakan permulaan. Dia tidak menggunakan cara tidak langsung di dalam penyampaian ajarannya. Misalnya, dia berasa tidak perlu membina asas melalui cubaan mendapat sanjungan dan kasih sayang umatnya melalui pekerjaan-pekerjaan sosial dan kemanusiaan.Tidak juga dia mencari kekuasaan politik melalui jalan belakang kekuasaan pemerintah. Dia tidak pernah membeli undi. Apa yang kita lihat ialah ada seorang yang tampil ke hadapan dan secara langsung memberitahu, "Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa". Dia tidak pusatkan pemandangannya pada benda-benda lain. Adalah salah memutuskan cuma keberanian Rasul atau semangat da'wah bertanggungjawab ke atas nada pengajaran yang langsung dan terus-terang.Telah menjadi keliyataan bahawa teknik ini perlu bagi pergerakan Islam . Pengaruh dan Martabat Isam yang didapati dengan jalan lain tidak berguna kepada reformasi moral yang dipelupuri Islam.

Orang yang berkerjasama dengan anda selain dari asas "Tidak ada Tuhan lain melainkan Allah" tidak dapat menolong anda dalam pembinaan semula masyarakat mengikut garisan (tuntutan) Islam.Dalam pekerjaan penting ini cuma orang-orang yang menyahut bila mendengar "Tidak ada Tuhan melainkan Allah" ( لا إله إلا الله )sahaja yang berguna dan mereka ini tertarik sepenuhnya kepada kebenaran ini dan mereka berazam membina asas hidup mereka dan menyediakan diri untuk berkerja pada dasar ini. Sebab itu, kebijaksanaan dan faham amalan praktik yang perliu bagi menguruskan pergerakan Islam memerlukan permulaan kepercayaan keEsaan Allah.

Konsep keEsaan Allaah bukan sekadar kepercayaan agama. Seperti yang saya terangkan, keseluruhansistem kehidupan sosial yang diasaskan atas konsep manusia itu bebas atau kedaulatan terletak kepada makhluk lain terbungkus dari asasnya dan satu struktur baharu muncul atas dasar berbeza dari kepercayaan keEsaan dan kedaulatan Allah. Hari ini seluruh dunia mendengar Bilal-Bilal melaungkan, "Aku mengaku tidak ada tuhan lain yang disembah melainkan Allah" أشهد أن لا إله إلا الله dan tidak ada orang yang mengetahuinya kerana kedua-dua orang yang memanggil dan yang dipanggil tidak tahu
makna dan tujuan sebenar di dalamnya. Tetapi adakah penyataan itu dimaksudkan untuk makna (Juru azan sangat sedar dengan makna ini) -- bahawa seseorang tidak boleh mengakui kedaulatan,pemerintahan, tunduk kepada undang-undang, menerima keadilan dari mahkamah, menjalankan suruhan orang lain atau mengikat diri kepada upacara atau adat, menerima keistimewaan, kedaulatan,kesucian dan kekuasaan oraag lain selain dari Allah, dan mengistiharkan dirinya sebagai pemberontak kepada pemerintahan tanpa Tuhan? Anda sudah maklum bahawa pengistiharan ini tidak boleh ditolak walaupun buat satu ketika. Sama ada anda berhajat hendak berseteru dengan orang atau tidak
tetapi seluruh dunia akan berseteru dengan anda. Selepas saja anda melaungkan seruan ini anda akan berasa seluruh dunia dan langit berpaling menjadi seteru dan anda dikelilingi dengan unsur-unsur permusuhan.

Keadaan ini telah berlaku kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) apabila dia melaungkan seruan itu. Jurucakap ini telah melaungkan seruan -- ( لا إله إلا الله )dengan penuh kesedaran dan pendengar sekelian faham apa yang dimaksudkan. Oleh itu orang yang ada kaitan dalam berbagai aspek seruan itu telah bangun untuk menekannya. Padri telah bau bahaya seruan ini ke atas kekuasaan padri besar. Orang orang kaya melihat seruan itu sebagai penghalang kepada timbunan harta dan hidup mewah. Kaum kapitalis sedar bahaya itu kepada cengkaman ekonominya. Penyembah ras dan kaum merasai cabaran
kepada kuasa perpaduan yang baharu ini yang akan menghancurkan perpaduan tiran yang diasaskan di atas idea kebangsaan. Dan penyembah keturunan bangun dengan berang melihat air hujan yang akan membasuhi cara hidup berketurunan.

Pendeknya setiap orang yang mempunyai cara penyembahannya merasai kedudukan mereka terancam dan dengan gopoh mereka bersatu, walaupun fahaman mereka sangat-sangat berbeza, untuk menentang gejala yang menjadi ancaman kepada kehidupan tradisi mereka. Dalam keadaan ini cuma orang-orang yang terang jiwa, berkebolehan memaharni dan menerima keadilan serta sedar bahawa panggilannya adalah panggilan kebenaran dan bersedia menghadapi maut, kerana keadilan sahajalah yang datang bersatu dengan Nabi Mubammad (s.a.w.) Pergerakan itu berkehendakkan orang-orang serupa ini. Mereka datang seorang, berduaan atau berempat. Jumlahnya bertambah bila perjuangan
berkembang. Setengah daripada mereka hilang pekerjaan. Setengahnya dihambat keluar rumah oleh sahabat, saudara dan kerabat. Ramai yang kena heret di atas pasir yang panas dan yang lain dilempar dengan batu di pasar. Ada yang dibuang mata dan ada pula yang pecah kepala. Langkah juga diambil untuk membeli mereka itu dengan perempuan, kekayaan, jawatan, kekuasaan dan apa sahaja. Semua ini berlaku, kalau tidak pergerakan Islam tidak akan kuat dan meluas.

Kebaikan pertama ialah orang-orang lemah peribadi dan was-was tidak boleh menganggotai barisan ini. Orang-orang yang datang adalah pati masyarakat yang sangat-sangat diperlukan. Tidak ada qaidah penilaian yang lebih berkesan dari cara ini. Sesiapa sahaja yang datang menganggotai pergerakan ini akan melalui cubaan ini. Orang yang tidak layak secara automatik dikeluarkan.

Selain dari itu, mereka yang datang ini menghadapi kesusahan bukan kerana tamak, kebajikan famili,kaum atau negara tetapi untuk apa yang difikirkan sebagai kebenaran sejati dan mendapat rahrnat dari Allah. Kerana ini sahaja mereka dipukul, dibiar mati kelaparan dan menjadi mangsa penindasan berat sebelah. Sebagai hasilnya mereka telah mengembangkan semangat Islam sebenar yang diperlukan.Pejuangan itu membulatkan kelakuan mereka dan menambahkan kejujuran mereka kepada kepercayaan dan tindakan mereka.

Sudah menjadi kebiasaan bahawa proses latihan secara automatik ini menyerapkan mereka dengan semangat Islam yang sejati. Bila seseorang datang dengan keunggulan (ideal) yang tinggi dan melalui penderitaan penyeksaan, pemulauan, kemelaratan dan kesusahan kerananya, semangat keunggulan itu akan memenuhi hati dan jiwanya dan seluruh orang perseorangan itu bertukar kepada menyukai keunggulan dan tujuan itu. Untuk menyempurna dan mempercepatkan perubahan, sembahayang diwajibkan ke atas pergerakan baru untuk memusatkan jiwa mereka kepada satu tujuan - satu-satunya
objek di dalam hidup mereka. Dengan mengulangi pengakuan kedaulatan Allah yang mereka anggap sebagai Berdaulat, akan bertambah keyakinan mereka kepada kebijaksanaan Allah dalam penguasaan Hari Akhirat dan kelebihanNya dari makhluk, kerana mereka terpaksa bekerja di bawah arahanNya.Idea keta'atan kepada Allah adalah mustahak untuk mengelakkan pengaruh luar.

Di satu pehak, ahli-ahli pergerakan Islam sedang menjalani proses latihan, di satu pehak yang lain perjuangan itu sendiri memberi dorongan kepada pergerakan itu. Apabila orangramai melihat dengan mata sendiri bahawa nuraka ditutup kepada pengikut-pengikut Muhammad (s.a.w.) dan mereka dipukul, dipenjara dan dihalau keluar dari rumah, mereka tertarikh untuk mengetahui perkara itu dengan lebih mendalam lagi. Dan apabila mereka mengetahui bahawa mereka ini diseksa bukan kerana perempuan, kekayaan atau harta, tetapi kerana memiliki satu "kebenaran baru" yang mereka pegang teguh dengan jujur dan hidup mereka tidak ada motif tamak, orang ramai dengan sendiri
mencari apa yang dimiliki mereka yang dengan senang hati menghadapi segala kesusahan dan kecelakaan.

Dan bila orang ramai dapat tahu insan-insan itu cuma mempercayai kepada keEsaan Allah, bahawa kepercayaan itu telah pun membuat satu revolusi yang agong kepada hidup mereka sehingga mereka sanggup membuang segala kesenangan masyarakat dan dengan suka hati membuang semua prospek kejayaan di dunia kerana kebenaran dan kejujuran. Di dalam hal ini mereka sedia mengorbankan nyawa mereka, harta benda dan keluarga mereka. Satu cahaya baru menerangi segala kekeliruan dan salah faham. Di dalam latar belakang kesengsaraan orang-orang yang benar, yang melihatnya pun
tertarik kepada pangakuan kebenaran. Inilah sebabnya orang-orang yang tidak dikelabui perasangka keagamaan dan kepentingan diri telah tertarik kepada pergerakan ini. Segolongannya terus sahaja tertarik dan segolongan lagi menunggu beberapa ketika. Tetapi lambat-laun orang-orang yang cintakan kebenaran memasuki pergerakan itu.

Sementara itu ketua pergerakan Islam itu, telah menunjukkan prinsip pergerakan itu dan tujuannya.Setiap kelakuan, kata-kata dan gerakan pemimpinnya bernafaskan semangat keIslaman yang sebenamya dan memperlihatkan implikasi sepenuhnya dalam kehidupan hari-hari. Persoalan ini berkehendakkan perbincangan yang detail yang tidak dapat dilakukan di sini kerana kekurangan ruang tetapi saya akan sebut beberapa hal penting. Isterinya Siti Khadijah (r.h.a.) adalah seorang wanita fang
terkaya di Hijaz dan Rasulullah (s.a.w.) berniaga dengan modalnya. Apabila Rasulullah (s.a.w.) mulai aktif dalam da'wah Islam , pemiagaannya pun tergendala dan apabila dia giat mengajar, perniagaannya terhenti sama sekali dan terus bengkerap. Apa yang ada pada mereka habis dilaburkan ke dalam jentera penda'wahan kepercayaan baharu itu. Sehingga sampai ke detik baginda tidak ada wang hendak membeli Kaldai untuk membawanya ke tempat tujuan di Taif di mana pada suatu masa dahulu baginda adalah raja dalam pemiagaan.

Orang-orang Quraisy mempelawanya takhta Kerajaan Hijaz dan mereka akan terima beliau sebagai raja mereka. Mereka menawarkannya seorang wanita yang paling cantik di'Arabia sebagai isteri dan segala kekayaan dengan syarat dia berhenti dari da'wahnya. Tetapi orang yang bangun untuk menyelamatkan manusia menolak semua pelawaan itu dan tinggal di dalam kekasaran, kecaman dan kekejaman bangsanya. Pemimpin-pemimpin Quraisy dan 'Arab berkata "Ya Muhammad'. bagairnana kami' hendak duduk bersama-sama anda dan mendengar anda bercakap pada hal setiap masa anda
berada bersama hamba, orang-orang miskin dan melarat? Anda mengumpul ke sekeliling anda orangorang yang kami anggap sebagai klas bawahan dalam masyarakat kami. Singkirkan mereka dan kami akan masuk kumpulan anda." Tetapi orang yang muncul untuk menyamakan yang kaya dengan miskin, yang tinggi dengan rendah, menolak penyingkiran yang miskin untuk kepentingan yang kaya. Di dalam masa perjuangannya Rasulullah (s.a.w.) tidak pernah mementingkan negara, bangsa dan familinya. Hal inilah yang meyakinkan dunia bahawa Rasulullah (s.a.w.) sedang bekerja untuk kebajikan manusia sejagat tidak kira bangsa atau ras dan hal ini juga yang menarik manusia kepada
pergerakannya. Jika baginda mementingkan kaum familinya, orang-orang bukan dari Bani Hashim tidak ada tempat langsung di dalam pergerakannya. Jika baginda ingin mengekalkan kekuasaan orang Quraisy, orang-orarig bukan Quraisy tidak ada galakan mengambil peluang dalam pekerjaannya. Jika baginda mengutamakan bangsa'Arab, tidak ada sebab Bilal dari Abyssinia, Suhaib dari Itali dan Salman dari Farsi menyokong da'wahnya.. Apakah hakikatnya yang menarik setiap orang ialah ketuhanan yang suci dan tulin. Tidak ada kepentingan diri langsung padanya dan bebas dari motif
persendirian, famili, kaum dan kebangsaan.

Apabila baginda terpaksa meninggalkah Makkah, semua wang dan harta yang disimpankan kepadanya oleh musuh diamanahkan supaya dikembalikan kepada empunyanya. Kalau orang lain tentu mempunyai berbagai motif untuk melarikan apa-apa harta yang di dapatinya. Tetapi hamba Allah ini memulangkan semua harta-harta itu di sa'at musuh-musuh yang dahagakan darahnya membuat keputusan untuk membunuhnya. Tindakan Rasulullah (s.a.w.) sangat menakjubkan penduduk penduduk Makkah, dan saya pasti bahawa dua tahun kemudian semasa peperangan Badar mereka masih merasai yang mereka sedang berperang dengan orang yang tidak pernah menganiaya mereka walaupun mereka merancang membunuhnya dan sebenamya, telah tekad untuk melakukannya.


Apabila mereka mengangkat pedang untuk menentangnya kerana degil dan marah membabi-buta,mereka tentulah merasai keinsafan di dalam hati masing-masing. Ini mungkin salah satu sebab moral yang membawa kepada kekalahan orang- orang Musyrikin di dalam peperangan badar.Setelah tiga-belas tahun di dalam peperangan yang pahit, tibalah masanya untuk membentuk sebuah negara kecil Islam di Madinah. Pada ketika itu terdapat 400 orang pekerja-pekerja Islam yang telah dapat latihan penuh dalam Islam dan berkemampuan menjalankan apa-apa tugas sebagai seorang Islam. Orang-orang ini telah sedia menjalankan tugas di dalam negara Islam yang baharu dibentuk.Sepuluh tahun Rasulullah (s.a.w.) membimbing sendiri hal ehwal negara itu dan dalam masa yang
pendek ini telah melatih hingga sempurna ribuan manusia untuk menyelenggarakan setiap jabatan kerajaan secara Islam dan sepenuh masa.

Ketika inilah ideologi Islam berubah dari idea menjadi satu sistem sosio-politik yang sempuma dan setiap aspek pentadbiran, pendidikan, pengadilan, ekonomi, kebudayaan, kewangan, ketenteraan dan polisi antarabangsa Islam telah menjadi terang dan nyata. Semua prinsip hidup dikemuka dan dipraktikkan dalam kehidupan hari-hari pekerja-pekerja ( Islam dalam semua bidang disediakan melalui pendidikan, latihan dan pengalaman praktik dan mereka ini telah memberikan contoh yang baik kepada kerajaan Islam hingga dalam masa sepuluh tahun sahaja negara kecil Islam di Madinah
telah berkembang hingga meliputi seluruh 'Arabia. Orang-orang yang melihat Islam dipraktikkan dan menyaksikan keputusan yang konkrit telah yakin bahawa inilah kemuncak kemanusiaan dan di dalam masyarakat demikian sahajalah keselamatan sebenar manusia akan terjamin. Musuh ketat yang bertahun-tahun berperang telah menerima kebenaran. Khalid Ibnu Al-Walid menerimanya; Ikramah Ibnu Abu Jahal tunduk kepadanya dan begitu juga Abu Sufyan (pembunuh Sayyidina Hamzah Ibnu 'Abdul Mutalib) memeluk Islam ; dan juga Hindun yang memakan hati bapa saudara Baginda,berjalan ke khemah Rasulullah, (s.a.w) orang yang paling di bencinya. Ahli-ahli sejarah telah
memberikan lebih penekanan kepada peperangan agama Rasulullah (s.a.w.) hingga ramai orang yang terkeliru dan percaya bahawa Revolusi Islam di 'Arabia dijalankan secara kekerasan dan tumpah darah.Tetapi hanya di antara seribu ke seribu,dua ratus sahaja yang terbunuh di kedua-belah pehak di dalam peperangan selama lima tahun hingga tertakluknya seluruh negara 'Arab. Jika dibandingkan dengan revolusi-revolusi yang telah berlaku kemudian kita dapat mengatakan Revolusi Islam adalah satu revolusi tanpa penumpahan darah (bloodless revolution). Dan Revolusi Islam ini bukan sahaja
menukar pentadbiran negara tetapi telah menukar mental dan pandangan moral manusia. Seluruh aspek kehidupan di dunia'Arab mengalami perubahan. Ia bukan sahaja satu reformasi politik dan sosial. Seluruh asas kebendaan dan akhlaq telah menjalani Revolusi.

Bekas-bekas penzina telah berubah menjadi pembela kehormatan kaum wanita. Manakala kaum pemabuk menjadi ketua pergerakan pengharaman pula. Orang-orang yang hidup mencuri dan sebagai petualang telah menjadi terlalu jujur sehingga mereka enggan menerima makanan dari kawan- kawan kerana terasa sebagai mengambil harta orang lain; hingga Allah sendiri menjamin di dalam Qur'an mengatakan tidak salah menerima makanan-makanan itu. Orang-orang yang hidup menyamun menjadi terlalu 'alim hingga seorang askar dari kalangan mereka telah menyelimuti mahkota Raja Farsi yang mahal itu dengan kain dan diserahkan kepada panglimanya di waktu malam semasa penaklukan
Ibu Kota Farsi. Ini dilakukan kerana takut kejujurannya dicemari oleh hipokrit.
Orang yang tidak mempunyai hormat kepada nyawa manusia dan telah biasa menanam anak
perempuan mereka hidup hidup telah menghormati kesucian sehingga mereka tidak boleh melihat orang menyembelih ayam dengan kasar.

Orang yang tidak pernah tahu apakah kebenaran dan keadilan telah menjadi terlalu jujur. Ini ternyata di perjanjian Khaibar apabila seorang pemungut cukai menolak rasuah dari seorang Yahudi. Dia mengambil harta itu lalu dibahagi dua dan disuruhnya orang Yahudi itu memilih bahagiannya dan tinggalkan bahagian kerajaan. Orang Yahudi itu sangat kagum dengan kelakuan pelek pemungut cukai dan berseru dengan sukarela, "Inilah kebenaran yang menjadi asas bumi dan langit."

Di antara mereka muncul gabenor-gabenor yang tinggal di rumah sendiri, bejalan kaki; tidak ada pengawal di rumah dan boleh ditemui setiap masa. Di antara mereka terdapat seorang Hakim yang menolak rayuan khalifah kerana khalifah tidak dapat mengemukakan seorang saksi lain kecuali anaknya dan seorang hamba. Di antara mereka terdapat seorang general yang memulangkan jizyah orang-orang kafir. Dia tidak berhak mengambilnya sebab askar-askar Islam telah terpaksa berundur.Di antara mereka lahir seorang duta yang pernah memberi tunjuk cara di istana Farsi tentang prinsip
kesamaan dalam Islam dan mengkritik sistem Mas di Farsi. Cuma Allah sahaja yang tahu berapa ramaikah askar-askar Farsi yang kagum dengan agama kemanusiaan ini.

Ada rakyat yang datang menyerah diri kerana berbuat salah dan minta dihukum di dunia ini kerana mereka tidak ingin berdepan dengan Allah kerana kesalahan mencuri atau berzina di hari Akhirat.Terdapat askar-askar yang berperang bukan kerana upah tetapi kerana kepercayaan yang dianuti.Mereka pergi ke medan perang dengan perbelanjaan sendiri dan semua barang rampasan diserahkan kepada general mereka. Dapatkah tranformasi akhlaq dan sikap begitu sempurna dilakukan cuma melalui peperangan atau paksa? Bahan-bahan sejarah berada di depan saudara. Dapatkah saudara memberi misalan di mana pedang telah berhasil menukar keseluruhan akhlaq manusia?

Kelihatan sangat mengkagumkan; di dalam masa tiga belas tahun pertama cuma tiga ratus orang saja memeluk Islam tetapi sepuluh tahun kemudian seluruh 'Arabia telah menganut agama Islam. Orang yang tidak dapat menyelesaikan masalah sulit ini memberi berbagai sebab yang pelek-pelek. Tetapi perkara ini terlalu nyata. Selagi hidup tidak dirancang mengikut ideologi baharu ini selama itulah mereka tidak akan faham apa yang hendak dilakukan oleh pemimpin agung jenis ini. Bermacammacam kekeliruan muncul di jiwa mereka. Setengah mengatakan dia sudah hilang 'aqal. Ada yang
mengatakan dia menerima wahyu dan begitulah komen mereka di atas perkara itu. Cuma manusia yang 'arif dan dapat melihat dengan nyata kesejahteraan manusia sahaja mempercayai Mubammad (s.a.w.). Tetapi apabila satu sistem yang syumul dibina, dari ideologi ini dan manusia selidiri mengalaminya; apabila mereka melihat sendiri kejayaan yang konkrit, fahamlah mereka apa yang menyebabkan hamba Allah ini menghadapi bahaya dan kesusahan. Lepas ini tidak ada ruang lagi untuk was-was, degil dan prasangka. Mereka yang dapat melihat dan waras tidak dapat menolak hakikat yang benar ini.

Saudara-saudara,

Inilah qai'idah yang dituntut oleh Islam untuk mengadakan revolusi sosial. Inilah cara menjalankannya. Ia bermula dengan seruan kepada Allah dan menjemput manusia meninggalkan hidup mementingkan diri sendiri dan pertahankan moral. Lepas itu ia mula bergerak ke depan.Manusia menganggap ini satu miracle (mu'jizat) dan tidak boleh berlaku lagi. Cuma Rasulullah (s.a.w.)saja patut datang dan melakukannya. Dari pengetahuan sejarah kita tahu itu adalah kejadian natural.Kita boleh dapati pertalian yang logik dan saintifik di antara sebab dan musabbab (cause and effect).
Jika kita bertindak demikian, Insya Allah kita akan mendapat keputusan yang sama. Telah menjadi kenyataan dalam tugas ini memerlukan kualiti kepercayaan, fahaman Islam yang sejati, satu tujuan,kuasa pengadilan yang kuat dan pengorbanan kepentingan sendiri dan tamak dengan sepenuhnya.

Orang-orang yang kuat tekad dikehendaki di dalam tujuan ini dan apabila menerima kebenaran akanmenumpukan sepenuhnya tanpa menghirau perkara-perkara lain. Walau apapun tejadi di atas dunia ini mereka tidak akan berganjak walau seinci pun dari jalan yang digariskan oleh Al-Qur'an. Mereka mesti bersedia mengorbankan segala prospek kejayaan di dunia. Mereka mesti tidak ragu-ragu lagi untuk memeranjatkan harapan ibubapa dan kawan-kawan. Mereka tidak boleh berasa hiba kerana terpisah dari keluarga dan sahabat handai. Mereka mesti bersedia untuk berjuang menentang apa saja:
masyarakat, kerajaan, undang-undang, negara, negeri, dan lain-lain yang cuba menghalang pencapaian cita-cita mereka. Orang yang menjulang dan memuliakan perkataan الله sahaja yang akan dapat mengulangi kejayaan Revolusi Islam tersebut sekali lagi.

Sekarang saya tamatkan subjek ini dengan kata-kata penutup. Saya telah menjalankan tugas saya dan saya telah memberitahu saudara saudara apa yang ada dalam jiwa saya.Tanggungjawab menukar hati anda bukanlah hak saya.

Sekian, terima kasih. Wassalam. Allahu-Akbar!


PROSES REVOLUSI ISLAM
(Ringkasan)

Ramai inginkan Daulah Islam - tapi tak faham apa dan bagaimana lahir.
Akan jelaskan bagaimana jalan dan manhaj untuk capai DI.
Pencapaian tabii sistem daulah.
Bukan melalui cara buatan barangan - dipindah dan diletak - lahir dari masyarakat melalui sebabakhlak, jiwa, tamaddun, sejarah yang bertindak balas.
Sama spt mantiq dan kimia - awal menentukan akhir - buah mengikut pokok yang ditanam. Jalan pembuatannya juga menentukan natijah.
Perlu dibentuk gerakan yang sesuai dengan DI, membentuk peribadi yang sesuai dan kerja jamaai yang sesuai, sabar - akan mampu ambil tempat sistem yang ada.
Tiada persediaan ini - tak mungkin sampai ke matlamat ini.

Daulah Fikriyyah:
Apa ciri khusus DI ?
Pertama: Tiada terikat dengan unsur bangsa / puak tetapi terbina atas dasar fikrah, prinsip dan matlamat yang jelas.
Banyak negara belum kenali bentuk ini. Biasanya atas keluarga, bangsa dan keturunan.
Kristian & Komunis pernah cuba tapi gagal - masih ada nasionalis.
Muslimin sekular nasionalis juga tidak faham konsep Negara Fikrah dan tidak menggunakan manhaj fikri untuk tegakkan daulah - kumpulkan semua anasir baik dan buruk untuk bentuk negara demokrasi. Tidak malu guna istilah Islam untuk pertahankan perbuatan mereka (umah, jamaah,agama, amir, taat dll).
Nasionalis langsung tak boleh capai daulah fikriyyah - bahkan peruntuh. DF tidak lihat kepada bangsa dan keturunan - lihat kemanusiaan sebagai manusia. Pandang sama kepada siapa terima prinsip dan tolak siapa tak ikut prinsip.
Ciri kedua: Khilafah Ilahiyyah:
Asas binaanya - hakimiyyah lillah. Tiada makhluk boleh menentukan hukum dan keputusan - manusia hanya khalifah.
Siapa terima ini - berhak memimpin. Dengan penuh sedar tujuan khilafah dan amanah.
Orang yang layak pada sistem sekular langsung tak layak dalam DI (pegawai, polis, tentera, hakim..)
Urusan DI perlu dijalankan oleh orang yang dibentuk khusus ikut manhaj khas - takutkan Allah,lebihkan akhirat, memandang berat dosa, tiada taasub….
Hamba syahwat, pengejar manfaat, tidak takut Allah dsb - tidak layak uruskan negara Islam.

JALAN REVOLUSI ISLAM

Daulah lahir mengikut faktor fikrah, akhlak dan masyarakat. Hanya pokok limau membuahkan buah limau.
DI tidak lahir cara mukjizat - perlu gerakan syamilah terbina atas konsep hidup Islam - orangnya bersedia cernakan Islam dan usaha sebarkannya.
Mereka bergerak - bina kehebatan ilmu - bentangkan Islam kepada masyarakat.
Cabar keburukan sistem pemerintah yang sedia ada - dimehnah - keluar lebih bersih dan cekal.Manusia dengan fitrah baik akan tertarik - menyertai golongan ini - jahiliyyah akan berundur dengan pertolongan Allah.Semua revolusi bermula dengan gerakan sebarkan fikrah (Perancis, Komunis, Nazi). Begitu juga revolusi Islam.

ANGAN-ANGAN MANIS.


Penyelesaian bukan dengan kumpulkan orang Islam dalam saf dan bekerja untuk capai DI - sama dengan orang lain (nasionalis).Kumpulkan baik dan buruk dalam satu saf bukan cara revolusi Islam. Bagaimana orang akan hormat kepada Fikrah Islam jika ahlinya tidak menunjukkan contoh yang baik ?Dakwah hanya boleh berjaya dengan orang yang layak. Tiada nilai orang fasik yang beribu (eg. Duit palsu yang banyak).

Sistem pendidikan sekular tidak mampu lahirkan orang yang layak untuk DI.
Pendapat - lahirkan daulah nasionalis dulu - kemudian tukar tadriji kepada DI melalui pendidikan mustahil : Umar Abdul Aziz, Ma’mun, Muhammad Tughluq, Aurangzeb gagal kerana tiada kesediaan masyarakat.

Dalam negera demokrasi - rakyat yang tidak faham akan menolak bila tidak sesuai dengan mereka sama dengan negara sekular bahkan lebih teruk kerana akan guna agama untuk sekat dakwah dan Islam.

Tiada guna habis masa usaha bina negara nasionalis- tahu tak akan sampai DI.

MANHAJ KHUSUS HARAKAH ISLAMIYYAH.

Hakikat Islam - gerakan membina manusia atas hakimiyyah kepada Allah.
Ketua Islam - semua Rasul-rasul.
Cara jalankan gerakan ini - mengikut cara Rasul-rasul.
Tiada yang lengkap kecuali cara Nabi saw.
Cara revolusi Nabi saw: Ketika kelahiran Nabi, arab hadapi pelbagai masalah:
akhlakiyyah tamaddun - mundur ekonomi - riba, penindasan politik - kekuasan luar, pecah belah.Perlukan seorang pemimpin selesaikan masalah.
Tapi Nabi saw datang tak selesaikan/ sentuh masalah ini - hanya ajak beribadah kepada Allah dan jauhi taghut. Bukan perkara itu tak penting - tapi Nabi tahu semuanya mudah selesai bila selesaikan satu perkara.

Masalah manusia lahir kerana rasa tidak dipertanggungjawabkan.
Iman dan aqidah La ilaha illa Allah asas segala kebaikan.
Nabi saw tidak pusing-pusing - direct kepada point.
Inilah manhaj sebenar gerakan Islam - siapa yang tolong Islam bukan kerana asas ini tidak boleh dipegang.

Hari ini - LA ILAHA ILLA ALLAH - diseru tetapi tidak mengerakkan orang - musuh tidak
menerkam.Zaman Nabi saw - musuh menyerbu kerana faham erti dan implikasinya - akan hancurkan kekuasaan dan berhala mereka.

Dakwah akan disambut oleh orang yang bersih fitrah dan nampak kebenaran walaupun terpaksa hadapi risiko - Islam perlu orang begini di sepanjang zaman.
Bila bilangan bertambah, mehnah berlaku.

disunting oleh;

alKundangi,
22.8.2010.