ads

emel kepada (pendapat,komen, artikel)

zainal55@yahoo.com

Saturday, August 15, 2009

DI ANTARA INFLUENZA A, BENG TEONG DAN PAKATAN RAKYAT

Di antara Influenza A, Beng Teong dan Pakatan Rakyat


Negara kita kini berdepan dengan penularan wabak Influenza A yang kian serius.Akhbar menyiarkan 51 orang sudah menjadi korban setakat ini. Malaysia menduduki ranking ke sembilan di dunia. Tempat pertama diterajui Amerika. Kita harus bersedia dengan segenap segi persiapan kesihatan, termasuk memakai topeng penutup muka bila berada di tempat awam. Tidak ada pilihan. Atau lebih baik berkurung di rumah sahaja. Begitulah. Seorang anak saya sudah dua minggu tidak ke sekolah.Mujurlah, doktor kata bukan H1N1. Tapi demamnya lambat sembuh. Inilah fenomena baru kebelakangan ini, demam yang lama dan lambat sembuh. Anak beberapa orang sahabat juga begitu. Apakah ini ujian Tuhan atau sesuatu yang dirancang? Sukar untuk ditafsirkan. Kita hanya dapat berusaha dan akhirnya berserah kepada takdir setelah usaha, dan itu secocok dengan iktikad ahli sunnah.

Kematian Beng Teong masih misteri. Adakah ia ada kaitan dengan misi menawan Selangor seperti yang diumumkan PM baru-baru ini? BN katanya harus menawan Selangor selewat-lewatnya pada PRU ke 13. Kita harus menunggu inkues ke atas Beng Teong, apakah hasilnya bersifat politik atau mencari kebenaran. Seperti yang penulis pernah sebutkan pembunuhan adalah perkara biasa dalam sejarah negara ini berkaitan politik. Assyahid Ustaz Ibrahim Libya masih dalam kenangan. Begitu juga peristiwa Lubuk Merbau, Datuk Taha Talib, Jalil Ibrahim (BMF), Mustakizah, Datuk Norjan dan sebagainya semuanya meninggalkan tandatanya yang belum terjawabkan.

Ketika musim perayaan kian hampir, di mana Ramadhan dijangka bermula seminggu lagi, kita berdepan pula dengan nasalah kekurangan gula. Semua ini adalah angkara tamak haloba untuk mengaut keuntungan di air keruh. Siapakah yang harus dipersalahkan. Apakah pihak yang bertanggungjawab dari segi kepenggunaan gagal menjalankan tugasnya? Apakah penguatkuasaan undang-undang tidak berjaya membendung ini semua. Semua ini meninggalkan persoalan yang tidak terjawabkan.

Namun, isu penjualan arak di Selangor akhirnya selesai. Media arus perdana gagal mempolitikkan isu ini agar PR berpecah. Datuk Hassan Ali kini sudah boleh tersenyum dan berjabat tangan dengan Ronnie Liu. Arak hanya boleh dujual kepada orang bukan Islam. Kepada orang Islam ia tidak dibenarkan. Begitulah keputusan diambil. Tidak harus ada teori yang mengatakan kita mengharamkan arak berperingkat-peringkat. Itu di zaman permulaan Islam. Kini di zaman siber, ia harus diharamkan sekaligus, kerena Islam itu sudah lengkap dan sempurna dengan kedatangan rasul terakhir, Muhammad SAW. Muhammad SAW yang menghancurkan semua bentuk berhala dalam hidup manusia moden hari ini, samada berhala itu bersifat fizikal ataupun abstrak. Pemujaan berlebihan terhadap budaya barat, materialisme, keturunan, kapitalisme, kepimpinan dan apa sahaja falsafah hidup yang tidak sealiran dengan akidah Islam ini adalah satu bentuk pemujaan berhala sebenarnya, demikian yang dapat disimpulkan darim pandangan Syed Qutb dalam tulisannya Dirasatul Islamiyyah yang sedang penulis usahakan untuk memayakannya, Insyaallah. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan Syyahid Syed Qutb adalah penggalak kepada radikalisme yang merata di dunia Islam kini, namun beliau adalah seorang ulama gadungan, hafiz AlQuran, pengagum Imam Hassan AlBanna, pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir, yang mengambil-alih kepimpinan ummah sejak kejatuhan kerajaan Islam terakhir di Turki. Beliau menggadaikan nyawanya untuk Islam sehingga akhirnya syahid di taligantung di zaman Jamal Abdul Nasser. Sejak itu gerakan Ikhwanul Muslimin berkembang hingga kini, dan HAMAS di Pelastine adalah sebahagian dari sayapnya.

Banyak lagi perkara yang harus kita lakukan, khasnya dalam menghadapi PRK Permatang Pasir, berikutan kematian ADUNnya, dijangka pengundian akan dijalankan pada 25 Ogos ini, dalam bulan Ramadhan yang mulia. Kita harus sama-sama bekerja dalam bidang masing-masing agar calon PR memenangi kerusi berkenaan. Dan jika kita menang, pastinya BN kalah untuk kesekiankalinya, barangkali untuk kali ke 7, kalau tidak silap. Kiat memerlukan perubahan, agar korupsi, amalan nepotisme, pemilikan kekayaan hanya kepada golongan tertentu dibenteras secukupnya. Kita mahukan hidup yang lebih baik dari yang ada kini. Sudah lebih 52 Tahun kita di bawah BN, keadaan tidak banyak berubah. Kalau dulu Allahyarham Tun Abd Razak, Hussein Onn, Tun Mahathir dan Abdullah Badawi menguasai politik, kini giliran anak-anak mereka pula menguasainya, seolah-olah politik negara ini boleh diwarisi, diwarisi atas nama demokrasi? Di negara lain, pasti politik yang memerintah sudah bertukar ganti, tetapi kita lebih setengah abad, masih di takuk lam juga. Apakah orang Malaysia tidak berani berubah atau tidak inginkan perubahan?

Sekurang-kurangnya kita sudah merasa sedikit nikmat dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, mengapa pula tidak di tempat lain? Bagaimana dengan Negeri Sembilan dan Melaka, Johor dan Pahang? Mengapakah Amerika begitu mudah bertukar pasti pemerintah, begitu juga Britain dan lain-lain, tetapi kita begitu sukar sekali sehingga terpaksa bergelut siang malam dengan komputer, dengan FRU dan bom pemedih mata, namun masih belum dapat mengembalikan keadilan sebenarnya seperti yang dikehendakki ramai? Inilah persoalan kita barangkali. Inginkan perubahan, tetapi takut untuk menanggung risiko. Namun kita menduga, bahawa PRU ke 13 adalah milik kita, Insyaallah. Sama-samalah kita berusaha untuk merealisasikannya. Marilah kita tukarkan impian ini menjadi kenyataan. Menjadi realiti.


AlKundangi,
14.8.2009.
http://alkundangi.blogspot.com

Thursday, August 13, 2009

PENDOBRAK BERHALA -V

Islam telah memilih untuk mengeringkan sumber perhambaan itu, sehingga pada akhirnya sistem itu akan hancur dengan sendirinya, tanpa harus mengalami kegoncangan kemasyarakatan yang tidak mungkin dikembalikan lagi. Islam mulai dengan mengeringkan sumber-sumber dan mata air seluruh perhambaan, selain dari tawanan perang yang dilakukan sesuai dengan hukumnya. Sebabnya adalah kerana di saat itu masyarakat-masyarakat yang anti Islam menjadikan hamba terhadap tawanan-tawanan kaum Muslimin, sesuai dengan kebiasaan antarabangsa. Jadi kalau sekiranya Islam membatalkan sistem perhambaan, tentulah hanya hal ini akan terbatas pada tawanan-tawanan perang orang yang bukan Islam yang ditawan oleh pasukan Islam. Sedangkan tawanan yang berasal dari kaum Muslimin akan tetap mengalami nasib buruk kerana perhambaan yang tetap berlaku di pihak sana. Keadaan ini akan menjadikan orang orang bukan Islam merasa lebih bersemangat untuk menawan kaum Muslimin. Untuk keadaan sistem kemasyarakatan yang ada di waktu itu AlQuran tidak pernah mengeluarkan teks untuk memperhamba tawanan perang. Ia hanya berkata:

" Kamu boleh membebaskan tawanan perang atau meminta wang tebusan sampai peperangan selesai."(Muhammad:4).

Demikian pula Alquran tidak menjelaskan agar tawanan perang itu jangan diperhambakan. Dengan demikian maka suatu negara yang Islam diberi kebebasan untuk mengambil sikap terhadap tawanan perang yang jatuh ke tangannya, sesuai dengan kepentingannya, dan perlakuan musuh-musuhnya terhadapnya. Ia boleh menebus tawanan perang kalau dipersetujui oleh kedua belah pihak. Boleh pula dipertukarkan, dan boleh juga dijadikan hamba terhadap pihak yang memperhambakan kaum Muslimin. Dengan begitu maka tidak akan terjadi tawanan perang dari pihak kaum Muslimin saja yang menjadi hamba sedangkan tawanan perang dari pihak musuh menjadi orang-orang yang bebas merdeka. Hal ini berlangsung terus sampai ada kesempatan bahawa masalah ini dapat diatur dengan persetujuan bersama.


AlKundangi,
13.8.2009,
disunting dari,
Syed Qutb,Dirasatul Islamiyyah.

PERGINYA SEORANG PENULIS


Pengarang dan penyair veteran,Dharmala NS 62,atau nama sebenarnya Abdul Muluk Daud meninggal dunia pagi semalam jam 8.41akibat serangan jantung. Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang pada 4 Ogos lalu meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak berumur di antara 32 dan 16 tahun. Sebelum ini beliau mengidap darah tinggi dan asma.Beliau mengadu sakit dada dan dikejarkan ke Hospital Selayang dan dimasukkan ke wad CCU. Doktor mendapati jantungnya lemah. Sebelum itu beliau masih sempat menyiapkan sebuah novel yang belum dihantar ke mana-mana penerbit.


Puisi-puisi Dharmala NS menjadi kajian di sekolah-sekolah menengah dan di pusat-pusat pengajian tinggi. Puisinya berjudul Kampung Talang dapat diingat sehingga kini. Beliau adalah antara penulis prolifik sekitar tahun-tahun 60an dan 70an. Beliau juga menulis novel dan cerpen. Semoga Allah merahmati roh beliau.


AlKundangi,

13.8.2009.

CATATAN PAGI INI

H1N1

Wabak Influenza A kian menular di negara kita. semalam diumumkan 6 lagi mangsa meninggal dunia. Kerabat diraja Pahang turut dijangkiti wabak berkenaan dan kini dirawat dihospital. Apakah ini ujian Tuhan, atau satu bala akibat kedegilan kita tidak megindahkan ajaran Tuhan, hanya Dia sahaja yang dapat memastikannya. Setakat ini WHO meramalkan 20% penduduk negara ini akan diserang oleh wabak influenza A. Dari jumlah itu kematian dijangka melibatkan 5,000 orang. Oleh itu orang ramai diminta jaga kesihatan masing-masing, gunakan penutup hidung jika berada di tempat-tempat awam. Amalkan basuh tangan dengan sabun selalu. JJika tiada apa urusan, janganlah ke tempat-tempat awam.

2.Di Hospital Sg Buluh keadaan agaka teruk. Setiap hari ada manusia datang untuk mendapatkan rawatan. Kelmarin penulis mengambil masa 4 jam untuk mendapatkan rawatan anak yang telah demam seminggu. Khemah-khemah didirikan di sekitar wad kecemasan. Minumlah air teh herba HPA untuk mengelakan dari dijangkiti. Ada juga yang menyarankan supaya meminum air ECPI 2 liter sehari untuk mengelakan dari serangan wabak ini.

3. Apapun marilah kita semua berdoa agar negara kita selamat dari menjalani ujian tuhan ini. Perbanyakanlah sembahyang hajat memohon supaya dihindarkan dari wabak yang tidak mengenal siapa sahaja ini.

AlKundangi,
13.8.2009.

Tuesday, August 11, 2009

H1N1-Jumlah Kematian Meningkat 32 Orang

H1N1: Enam lagi kematian, jumlah kini 32


KUALA LUMPUR - Enam lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) disahkan semalam,: menjadikan jumlah kematian kepada 32 di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataannya semalam, berkata, sejumlah 203 kes baru H1N1 dilaporkan dengan semuanya adalah kes tempatan yang membabitkan warganegara Malaysia.

Dr Mohd Ismail berkata, dengan ini jumlah terkumpul kes H1N1 di Malaysia ialah 1,983 kes. “Daripada enam kematian tersebut hanya satu kematian yang berlaku pada 9 Ogos, manakala yang lain adalah kematian yang berlaku terdahulu dan hanya disahkan ada jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos tetapi dilaporkan semalam secara formal sebagai kes kematian yang ada kaitan dengan jangkitan H1N1. “Tarikh kematian sebenar enam kes itu adalah dua kematian pada 5 Ogos, diikuti tiga kematian (8 Ogos) dan satu kematian pada 9 Ogos. Empat daripada kes kematian didapati mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, warga tua dan lain-lain lagi,” katanya.


Beliau berkata, pada ketika ini, terdapat sejumlah 67 pesakit sedang dirawat di hospital manakala 15 lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada 15 pesakit tersebut, enam daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik seramai tiga orang, obesiti (1), selepas bersalin (1) dan seorang bayi. Di peringkat global, katanya, setakat ini virus tersebut telah mengorbankan sejumlah 1,688 orang di 174 negara daripada 208,155 kes yang dilaporkan.

Berikutan peningkatan penularan penyakit tersebut, Dr Mohd Ismail meminta orang ramai supaya serius mengambil langkah-langkah pencegahan dan mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan dan bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan H1N1 agar segera mendapatkan rawatan anti viral.

Beliau berkata, mereka yang dalam kategori berisiko tinggi terdiri daripada kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah, warga tua berusia 65 tahun ke atas, wanita hamil, kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang, berpenyakit asma, paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovascular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, diabetes, obes dan mempunyai daya ketahanan badan yang rendah.

Menurutnya, kumpulan ini akan diberikan rawatan anti-viral tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal, dan ia sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula. “Bagi mengurangkan penularan penyakit ini orang ramai perlulah terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk meminum air dengan banyak, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal dengan teratur.

“Mereka juga dinasihatkan memberi perhatian kepada tanda-tanda amaran jangkitan H1N1 seperti sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk atau kahak berdarah, muntah dan cirit-birit yang kerap. “Sekiranya mempunyai tanda-tanda tersebut mereka perlulah segera dapatkan rawatan,” katanya. Dr Mohd Ismail berkata maklumat lanjut mengenai H1N1 boleh didapati melalui hotline yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300 atau melayari laman web kementerian di http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my - Bernama


www.sinarharian.com.my,
11.8.2009.

Penamaan Calon Permatang Pasir dan Hari Pengundian

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang ialah 17 Ogos ini, manakala pengundian 25 Ogos jika ada pertandingan. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Speaker DUN Pulau Pinang 3 Ogos lalu, tiga hari selepas penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit jantung dan bersetuju bahawa kekosongan kerusi DUN berkenaan berkuat kuasa 1 Ogos.

“SPR menetapkan daftar pemilih menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009 yang dikemas kini sehingga 31 Julai 2009, mengandungi 20,290 pemilih, termasuk seorang pengundi pos,” katanya pada sidang media di Pejabat SPR di sini, semalam. Abdul Aziz berkata, SPR memutuskan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi dan lapan sekolah akan dijadikan pusat mengundi.

“Bagi urusan pengundian pula, proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, manakala pusat mengundi pula, sebanyak lapan pusat mengundi yang melibatkan lapan sekolah dan 39 tempat mengundi (saluran). “Pada pilihan raya kecil ini, seramai 423 petugas terbabit dalam pengendalian pilihan raya kecil itu dan mereka akan diberikan latihan mencukupi bagi memastikan proses pilihan raya itu berjalan lancar,” katanya.

”SPR juga akan menubuhkan tiga Pasukan Penguat kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) mengikut Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang akan memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen dari 17 Ogos 2009 sehingga tamat hari mengundi,” katanya. Daftar pemilih pilihan raya berkenaan mula dijual pada 14 Ogos dan pengundi boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi SPR www.spr.gov.my. Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 14 Ogos ini. Pengundi juga boleh Raya Negeri Pulau Pinang di talian 04-2617692.

www.sinarharian.com.my,
11.8.2009

PENDOBRAK BERHALA- IV

I a adalah revolusi menentang berhala perhambaan.Revolusi ini telah mengangkat darjat hamba dari tingkat binatang ke tingkat manusia. Perhambaan dahulunya adalah satu sistem universal. Para hamba di Kerajaan Romawi diperlakukan dengan cara yang amat kejam. Siang hari mereka bekerja di ladang-ladang. Pada malamnya mereka dirantai, dan dimasukkan ke dalam kamar-kamar di bawah tanah untuk tidur malam. Mereka dijaga oleh pengawal-pengawal yang bertindak juga amat kejam. Hukuman yang diberika kepada mereka adalah di antara cambuk dan salib. Ini di samping tugas mereka untuk menjadi barang permainan memuaskan hati orang-orang yang merdeka (bukan hamba).

Untuk itu diadakan pertandingan-pertandingan yang kejam. Atau mereka disuruh berlawan dengan singa. Dan semuanya itu berlangsung dalam pesta-pesta yang amat digemari oleh orang-orang yang merdeka. Lalu Muhammad bin Abdullah SAW datang. Ia berkata:

"Siapa yang membunuh hambanya akan kami bunuh pula. Siapa yang memotong sebahagian badan hambanya akan kami potong pula bahagian badannya. Siapa yang mengebiri hambanya nescaya akan kami kebiri pula.(Hadis Riwayar Bukhari dan Muslim)."

"Para hamba itu adalah saudara-saudara yang dipercayakan Tuhan ke dalam tanganmu. Siapa yang mendapat kepercayaan Tuhan memelihara saudaranya , makanan mereka harus sama dengan makananmu.Pakaian mereka harus sama dengan pakaianmu. Jangan ia diberi pekerjaan yang terlalu berat. Siapa yang memberikan pekerjaan yang terlalu berat , maka ia akan dilaknati Tuhan (Riwayat Masabih Assunah- termasuk hadis sahih).


" Saya pernag memukul budak saya. Lalu di belakang saya terdengar suatu suara:"Ya Abu Mas'ud, Tuhan dapat memperlakukan kamu lebih kejam dari kamu perlakukan ke atas hamba itu. Lalu saya melihat ke belakang. Rupanya Rasulallah SAW. Lalu saya berkata "Hai Rasulallah, hamba ini saya merdekakan untuk mencari keredaan Allah. Lalu rasul berkata,"Kalau kamu tidak memerdekakannya tentu kamu akan dikejar api neraka dan akan dibakarnya (Ibid)."


Lalu kenapa Muhammad SAW tidak menghapuskan perhambaan sekaligus? Dan semenjak dari saat pertama maka persoalan itu adalah persoalan keadaan masyarakat dan kebiasaan antarabangsa, di mana di waktu para tawanan perang dijadikan hamba dia diperhambakan. Keadaan sosial sedemikian memerlukan perubahan total dalam unsur-unsur dan hubungan-hubungannya. Kebiasaan internasional memerlukan adanya perjanjian-perjanjian bersama. Islam sama sekali tidak menganjurkan perhambaan. Dalam AlQuran tidak terdapat satu ayat pun yang meminta sistem perhambaan itu dijadikan satu kebiasaan antarabangsa. Jadi harus ada waktu untuk memperbaiki sistem internasional yang ada itu, memperbaikinya secara menyeluruh.

AlKundangi,
11.8.2009.
disunting dari,
Syed Qutb:Dirasatul Islamiyyah.